Pahang Daily Online |
Panas: Tipu PKG Sawit, Felda Di Saman Lagi Oleh 351 Warga Peneroka "Wilayah Mempaga" Pagi Semalam !! Posted: 26 Dec 2012 04:17 PM PST TEMERLOH, 27 Dis - Seramai 351 orang peneroka Felda Mempaga 1, 2, dan 3 serta Felda Bukit Damar, telah memfailkan saman menuntut ganti rugi keseluruhan kira-kira RM200 juta terhadap Felda kerana menipu Kadar Perahan Gred (KPG) sawit. Saman difailkan melalui Tetuan Daim dan Gamany di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pagi semalam itu menamakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua. Plaintif dalam writ saman antara lain mendakwa, Felda Palm Industries berniat jahat dan sengaja menurunkan KPG sehingga enam peratus bertentangan dengan kadar sepatutnya dengan tujuan untuk menurunkan harga setiap tan buah sawit. Peneroka terbabit turut mendakwa wujud konspirasi antara defendan pertama dan kedua menyalahgunakan kaedah penggredan untuk memastikan KPG diturunkan, selain menjual buah sawit dibawah KPG yang sepatutnya tanpa pengetahuan plaintif. Disebabkan itu, plaintif mendakwa setiap mereka mengalami kerugian sebanyak RM30,912 pada tahun 2008. Manakala bagi buah yang ditahan tapi tak dilupuskan, setiap peneroka telah kehilangan pendapatan sebanyak RM1345.63 (RM560.08 setan). "Kerugian kesemua plaintif untuk tahun 2008 lebih kurang RM11.322 juta," writ saman itu menyebut. Sehubungan itu, plaintif memohon mahkamah untuk mendapatkan printah supaya Felda dan Felda Palm Industries membayar ganti rugi khas kepada plaintif berdasarkan jumlah keluaran dan harga sawit untuk setiap tahun bermula tahun 1995. Selain itu, peneroka terbabit turut meminta ganti rugi am dan teladan untuk penipuan dan pecah amanah, kadar faedah empat peratus setahun dikenakan keatas jumlah ganti rugi khas bemula dari tahun 1995 serta empat peratus jumlah ganti rugi am dari tarikh pemfailan writ sehingga kes selesai sepenuhnya dan lain-lain kos. Saman difailkan wakil peneroka Abdul Rashid Abdul Wahab sebagai plaintif pertama dan Din Mohd Arif (plaintif ke-331). Mereka diwakili Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya dan Timbalan Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR T Kumar. Turut hadir ialah Pengerusi Biro Peneroka Felda dan Orang Asal PKR Suhaimi Said serta timbalannya Bob Manolan. [Nampaknya semakin hari semakin banyak penyelewengan Felda didedahkan kepada umum. Penipuan KPG ini memang sudah lama berlaku dan peneroka menjadi mangsanya. Terdapat dakwaan pihak Felda berkerjasama dengan kilang sawit untuk melaksanakan agenda ini. Keringat peneroka dikerah, sedangkan hasil mereka diambil sedikit demi sedikit untuk mengenyangkan tembolok pihak-pihak tertentu. Lantaran itulah peneroka yang bijak akan mengambil tindakan mahkamah untuk menuntut kembali hak-hak mereka. Hanya peneroka yang diperbodohkan dan dijadikan alat sahaja yang akan mengikut telunjuk Felda pada masa ini. Sedangkan mereka sendiri tahu kini Felda berada ditahap yang paling nazak. Saham merudum, harga sawit dan getah kini jatuh menjunam. Durian runtuh yang dijanjikan oleh Perdana Menteri rupanya telah memakan diri dan menyusahkan hidup peneroka. Dari pendapatan ribuan ringgit sebulan kini ada diantara mereka yang hidup dibawah paras kemiskinan tegar. Inilah reailiti yang berlaku mutakhir ini sebenarnya. Cuma, Felda cuba kelirukan peneroka sekarang]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan