Merah Hitam |
Umar Azmi(occupy dataran):From zero to hero Posted: 26 Dec 2012 09:23 AM PST "Ehhh...ayah Umar ni kan suami Rose(Ruslina)....."aku terkedu sendirian melihat gambar di FB aktivis terkenal Nashita Md Noor.... Selama ni aku turut mengikuti kisah penahanan remaja berani bernama "Umar" yang kena tahan ketika operasi DBKL di Dataran awal tahun ini...... tetapi tak pernah menyangka remaja itu adalah anak pada salah seorang rakan baikku sendiri.... Ya Allah...astaghfirullah......teruknya akuuuuuu........ "Rose....how are you? So sorry...... I didnt give any support to u all these while......" kata-kata yang tidak lengkap itu meluncur saja bagai peluru termuntah dari hujung pistol!!! "It's ok.....kami bersyukur sangat..dia tak jadi masuk penjara.." jawab Rose(panggilan ku untuk Pn Ruslina), ummi kepada Umar dengan nada gembira. "Congratulations for being so strong..."tambahku lagi. "Laila, I'm not that strong...I used to cry each time he went for the hearing. Most of the time, his father took his leave to be in court with Umar..." tambah Puan Rose lagi dan kami berbual untuk beberapa ketika.... Pada tahun 2010, aku dan Puan Ruslina mengajar subjek Bahasa Inggeris dan mengendalikan kelab Bahasa itu di sekolah yang sama.... Di tahun itu juga, aku bergelut antara tuntutan kerja dan menghadiri kes OKT-Himpunan Mansuh ISA di mahkamah yang sama dimana Umar dibiucarakan....Ketika itu, kawan-kawanlah yang banyak memberi sokongan terutamanya dalam pertukaran jadual kelas yang terpaksa di lakukan pada hari-hari kes itu di jadualkan berlangsung.... Aku amat-amat memahami perasaan ibu-bapa Umar yang rasanya, telah melalui fasa yang sama seperti mana aku lalui dulu.... Mengimbau kembali tentang kes Umar, segalanya bermula dengan ketidak puasan mahasiswa yang mendakwa mereka di aniaya oleh kerajaan melalui PTPTN. Aku yang tidak pernah membuat pinjaman itu, ingin mengetahui isu tersebut denganlebih jelas lagi. Jemputan ke forum PTPTNdari Mandeep Singh, salah yang telah membawa kes itu ke mahkamah , tidak di lepaskan. Mahasiswa dari golongan miskinlah yang paling terdesak untuk mengambil pinjaman tersebut bagi memastikan mereka memegang segulung ijazah! Kami sekeluarga sentiasa mengikuti perkembangan golongan mahasiswa yang rata-rata sudah tidak sanggup menanggung beban kewangan yang sangat serius. Bayangkan, belum 'graduate', hutang telah menunggu mereka yang baru nak memulakan penghidupan...(Persamaan mereka bertiga diatas ialah, pernah di zalimi oleh kerajaan yang sedang berkuasa ). Ini adalah antara poster dan banner yang di luahkan oleh mahasiswa yang berani tersebut. Mahasiswa adalah dari generasi y yang mana, maklumat kehidupan ini di hujung jari mereka.....Sudah tentu mereka tahu mengenai hasil negara yang banyak, tapi tidak dapat membantu mereka yang susah untuk mendapat pendidikan yang mampu mengubah nasib mereka dan keluarga.... Setelah menggunakan semua saluran yang dibenarkan seperti menemui Menteri Pengajian Tinggi dan dibawa ke Parlimen, tetapi tiada respon positif dari pihak berwajib....apa lagi pilihan yang mereka(mahasiswa) itu ada melainkan mengadakan demonstrasi aman di tempat awam ini...? Mungkin atas arahan pihak tertentu, Hakim telah buat keputusan 'awal' sebelum judgement day kerana keputusan itu terlalu 'luar biasa' dan tidak adil...Agaknya pihak tertentu itu mahu jadikan "Kes Umar' sebagai pengajaran kepada semua mahasiswa....namun rupa hakim tu dah buat satu kesilapan besar!Kes ketidak adilan pada Umar telah meledakkan semula semangat dan perjuangan mansuhkan PTPTN ni setelah beberapa ketika agak dingin dan hambar..... Lihat...penjara telah membuatkan Umar lebih kuat dari sebelumnya....!!!! |
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan