Selasa, 25 Disember 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Saiffudin Langgar Arahan PM Najib, Mahu Bida Menjadi 'Tuan Rumah Debat' Universiti Sedunia 2015

Posted: 24 Dec 2012 07:43 PM PST

PUTRAJAYA, 25 Dis - Malaysia membida untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Debat Universiti Sedunia 2015, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (foto). Beliau berkata, Malaysia bersaing dengan Auckland, New Zealand, untuk menjadi tuan rumah kepada satu daripada acara tahunan antarabangsa yang terbesar dan beliau yakin Malaysia, melalui Universiti Teknologi Mara (UiTM), boleh menjadi tuan rumah kepada acara berprestij itu. "Kami sangat optimis (memenangi tawaran) dengan sokongan jelas dari kerajaan. Pada tahun 2005, Universiti Multimedia (MMU) melakukannya sendiri. kali ini giliran UiTM, disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelancongan," katanya pada sidang media di sini semalam. Keputusan bidaan akan diketahui selepas Malaysia dan Auckland membentangkan kertas kerja masing-masing kepada Majlis Debat Universiti Dunia, bulan depan. Saifuddin berkata, Malaysia telah terlibat dalam kejohanan debat dunia itu sejak awal 1990-an dan MMU menganjurkan Kejohanan Debat Universiti Dunia pada tahun 2005. "Penganjuran pertandingan ini akan menggalakkan mahasiswa universiti untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis," katanya. Saifuddin berkata, Malaysia hantar seramai 16 peserta dari enam universiti untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Debat Universiti Dunia di Berlin bermula 27 Disember ini. Sementara itu, Pengurus Besar Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia-Acara Antarabangsa Tony Nagamaiah berkata jika Malaysia memenangi bidaan menjadi tuan rumah kejohanan tersebut, ia akan merangsang pertumbuhan ekonomi negara. "Menjadi hos acara antarabangsa akan menjana kira-kira RM20 juta untuk hotel, pengangkutan, makanan dan minuman, dalam tempoh tujuh hari. "Kami menjangkakan 1,500 pendebat dan pegawai dari 50 negara dan 200 universiti akan datang ke negara ini," katanya. Bernama



[Tindakan Saifuddin Abdullah mahu Malaysia bida jadi tuan rumah Kejohanan Debat Universiti Sedunia ini jelas sekali melanggar arahan Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak sebenarnya. Najib berulang kali mendakwa "debat bukan budaya kita dan ia dibawa oleh barat ke negara kita". Perkara itu dikatakan Najib ketika beliau berulang kali menolak debat antaranya dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib seperti terlalu takut untuk berhadapan dengan Anwar secara berdepan (empat mata). Makanya, tindakan Saifuddin ini jelas sekali melanggar arahan Najib dan sudah pasti akan memurkakan anak Tun Razak itu sebenarnya. Apakah wajar Saifuddin bertindak sedemikian rupa, dikala nama-nama calon UMNO BN kini sudah disenarai pendekkan oleh Najib untuk menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 nanti agaknya. Ramai yang menjangka, Saifuddin tidak mungkin jadi calon BN bagi Parlimen Temerloh untuk kali ini kerana sikapnya yang dikatakan agak terbuka dalam isu-isu rakyat di negara ini. Apapun, syabas diucapkan kepada Saifuddin kerana berani melakukan perubahan yang boleh membawa mudarat ke atas diri sendiri. UMNO tidak suka orang seperti beliau kerana gagal teruskan tradisi parti].

Eksklusif: Video BH, Banjir Kilat Di Bandar Kuantan

Posted: 24 Dec 2012 09:49 AM PST

Panas: 'Isu Tanah', PAS Pahang Dakwa Menteri Besar Tiada Idea Sehingga Tergamak Ciplak Idea Pakatan !!

Posted: 24 Dec 2012 08:45 AM PST

TEMERLOH, 25 Dis - PAS Pahang menganggap UMNO dan BN negeri ini kekeringan idea dalam usaha memancing undi rakyat menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) sehingga sanggup meniru idea Pakatan Rakyat (PR) Pahang. Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad (foto) berkata sudah dua tawaran PR diulang balik oleh Menteri Besar Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob iaitu dahulu menyediakan lot-lot tapak rumah, sekarang mahu menyelesaikan urusan tanah pula. "Nampak sangat UMNO BN dah kering idea, bayangkan dah 55 tahun negara merdeka kerajaan masih gagal memberikan keselesaan kepada rakyat sehingga terpaksa berjanji meniru tawaran PR. "Saya yakin banyak lagi tawaran PR akan diciplak kerana mereka tidak ada idea. Jadi bolehkah rakyat memberikan harapan kepada golongan yang bankrap idea ini?" soalnya ketika ditanya mengenai janji  Adnan Yaakob yang disiarkan akhbar Sinar Harian semalam. Dalam kenyataan tersebut, Adnan ketika berkempen di Jerantut, memberi jaminan akan menyelesaikan permohonan tanah oleh rakyat negeri ini selepas selesai PRU13. Sebelum ini, rata-rata rakyat mengeluh akibat kesukaran dan kelewatan untuk memohon satu kelulusan tanah sehingga terpaksa menempuh antara 20 ke 30 meja di Pejabat Tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Akibatnya, untuk pelupusan tanah kerajaan, urusan pemilikan dan sebagainya, rakyat terpaksa menunggu masa antara 10 hingga 20 tahun. Dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Kerdau baru-baru ini, PR telah menjanjikan Tawaran 6+3 kepada rakyat negeri ini. Tawaran pertama PR ialah menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat Pahang yang tidak mempunyai tanah dan rumah kediaman serta menstruktur semula Kampung-kampung Baru dan Kampung Tersusun. Tawaran kedua pula ialah selesaikan permohonan tanah yang sekian lama dipohon oleh rakyat sekiranya permohonan tersebut benar-benar layak, wajar dan memenuhi syarat. 



Adnan juga sebelum ini, mengatakan kerajaan BN bersedia menyediakan lot-lot rumah kepada rakyat selepas PRU nanti. Dalam pada itu, Suhaimi berkata, rakyat mesti melihat BN sudah tidak mampu menghasilkan idea dan hanya bergantung kepada idea ciplak termasuk tawaran 100 hari Pakatan Rakyat diambil oleh Kerajaan BN. "Selama 55 tahun rakyat menunggu dan memberi peluang kepada BN namun janji hanya tinggal janji selepas  PRU. Apa yang boleh diharapkan kepada kerajaan yang sudah tua di mamah usia  untuk menyelesaikan masalah rakyat? "Bagi PAS, tawaran yang sebutkan oleh Adnan itu seperti terdesak dan tidak ikhlas. Kenapa mesti tunggu selepas  PRU kalau benar dia ikhlas nak selesaikan masalah rakyat?" soal Suhaimi. Harakah

[Menteri Besar Pahang tidak wajar berjanji kononnya permohonan tanah akan selesai selepas Pilihanraya Umum. Ini kerana, sudah banyak janji yang dibuat oleh Adnan Yaakob gagal ditepati sebenarnya. Malah, dalam isu tanah ini sendiri memang setiap kali pilihanraya maka setiap kali juga janji dibuat oleh calon-calon BN dan wakil rakyat berkenaan. Sebaliknya selepas PRU, tanah yang dipohon oleh rakyat akhirnya jatuh ke tangan mereka dan kroni-kroni masing-masing. Malah, ada tanah kelompok yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat akhirnya dimonopoli oleh pemimpin UMNO setempat. Mereka yang dapat, rakyat tertipu akhirnya. Justeru, Adnan tidak wajar membuat janji yang dia sendiri tahu hanyalah janji manis sahaja. Sedangkan rakyat Pahang sudah tahu sejak sekian lama, Adnan hanya akan melayan tokey-tokey besar Cina untuk  mendapatkan tanah. Bahkan, rakyat yang mahu menjual rumah atau tanah kepada Cina beliau langsung tidak menyokongnya. Hingga ada yang mati menunggu dan terus menunggu. Dia boleh jual, bila rakyat nak jual macam-macam alasan yang diberikan oleh MB Pahang itu. Maka, usahlah rakyat terpedaya lagi dengan janji Adnan yang nyata hanyalah auta sebenarnya. Buatlah perubahan, jika mahu nikmati kehidupan yang lebih selesa untuk anak cucu pada masa akan datang!.].

Tiada ulasan: