Isnin, 24 Disember 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Bandar Kuantan Lumpuh, Banjir Kilat Terburuk Melanda Buat Kali Yang Kedua Pada Tahun 2012 Ini !

Posted: 23 Dec 2012 10:25 PM PST



KUANTAN, 24 Dis - Bandar Kuantan dilaporkan lumpuh akibat banjir kilat yang melanda sejak pagi tadi. Difahamkan banyak jalan-jalan utama terpaksa ditutup dan hujan lebat masih belum berhenti sekitar jam 1.00 petang tadi. Banyak kenderaan tersangkut dalam banjir sedalam antara 0.5 meter hingga 1.0 meter. Setakat jam 12.30 tengahari tadi, antara jalan-jalan yang  teruk dinaiki air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jaan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Hj.Ahmad, Jalan Beserah dan Persimpangan Lampu Isyarat Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM). Manakala kawasan pusat tumpuan orang ramai yang paling teruk dilanda banjir ialah di kawasan Jalan Tun Ismail terutamanya sekitar komplek membeli belah Berjaya Megamall dan Sri Dagangan. Orang ramai panik dan terpingga-pingga melihat senario yang berlaku. Malah ada yang mengatakan banjir kali ini lebih buruk daripada yang berlaku awal tahun ini. 


[Ada pihak yang mendakwa banjir kilat yang sering beraku di bandar Kuantan mutakhir ini adalah berpunca daripada pembangunan kawasan Koridor Pantai Timur (MSC) dekat sini. Sistem pembentungan dan perparitan di kawasan yang menempatkan pusat perniagaan terbesar East Cost Mall dan The Zenith Hotel itu dikatakan telah bermasalah sejak projek berkenaan disiapkan. Banyak laporan dibuat oleh para peniaga berkenaan sistem terbabit sebelum ini, namun ia dipandang sepi oleh pihak berkenaan bagi menjimatkan kos berkaitan. Lantaran itulah, tidak hairan pada tahun 2012 ini sahaja berlaku dua kai banjir kilat besar di bandar Kuantan. Namun, situasi pada kali ini lebih buruk dan sungguh mengejutkan ramai pihak kerana pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sebelum ini mendakwa banjir kilat dapat diatasi dengan baik pulih sistem perparitan yang mereka lakukan. Namun, ternyata dakwaan itu meleset dan kini rakyat Kuantan harus berhadapan dengan banjir kilat setiap tahun andai dakwaan yang dibuat terhadap sistem pembentungan dan perparitan di kawasan berkenaan tidak diperbetulkan. Sejak sekian lama, walau selebat mana hujan melanda keadaannya tidaklah seburuk ini. Maknanya, gara-gara pembangunan tidak dirancang dengan baik, banjir kilat terus melanda dan menyusahkan orang ramai. Justeru, pihak berkenaan digesa agar dapat memperbetulkan masalah ini segera!].

Panas: Video "Kembara Oren" Di Halang Ke Masjid !

Posted: 23 Dec 2012 04:44 PM PST

Tiada ulasan: