PANAS!!! Dari sebodoh bodoh Lembu, Kad Kredit, Menantu Hantu, Suami Tersayang, Ada banyak ANGKA yang akan runtuhkan Najib! Posted: 24 Dec 2012 06:18 AM PST Tumbangkan Dinasti BN Dengan Angka Oleh : Mohamed Hanipa Maidin Dalam politik Malaysia angka sering menjadi perhatian ramai. Angka-angka yang diterbitkan oleh media-media massa di Negara ini sama ada media bercetak atau media di alam siber memberi banyak makna.Bercakap tentang angka sudah tentu Sharizat dan keluarganya mendahului. Kita percaya angka RM 250 juta yang diamanahkan untuk digunakan bagi pembelian lembu tetapi disalahguna bagi membeli kondominium adalah angka keramat bagi kejatuhan dinasti Umno/BN dalam pilihanraya akan datang.Angka boleh memberi petunjuk bagaimana kaum keluarga ahli politik Baraisan Nasional bergelumang dengan kemewahan hidup dengan wang rakyat. Lihat sahaja pendedahan yang dibuat oleh pegawai bank yang mengesahkan anak kepada Ketua Menteri Sarawak, membelanjakan wang sebanyak RM782,520.88 dalam tempoh enam bulan semasa perbicaraan kes tuntutan bekas menantu Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Shahnaz Majid iaitu kakak kepada penyanyi Sheila Majid.“Ya, saya mengesahkan semua maklumat dalam penyata akaun kad kredit platinum American Express ini adalah milik Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib,” kata Musinah Manap, pengurus bahagian khidmat pelanggan Maybank dalam perbicaraan tuntutan nafkah sebanyak RM 400 juta oleh Shahnaz.Dalam penyata bank itu, Mahmud Abu Bekir telah menggunakan kad American Express sebanyak RM166,332.37 pada bulan Januari 2012 ; RM148,763.88 pada Februari; RM102,236.85 pada Mac; RM172,193.23 pada April; RM39,454.70 pada Mei; dan RM153,539.85 pada Jun, menjadikan jumlah keseluruhan ialah RM880,958.91.Angka-angka berikut pula menunjukkan bagaimana wang rakyat atau pembayar cukui dengan mudah disalahgunakan. Kementerian Pertahanan telah membeli empat buah RIV ( Rapid Intervention Vehicles ) dengan harga RM 2.67juta iaitu pada harga lebih kurang RM 690,000 sebuah. Kita mungkin akan mudah sahaja tertipu bahawa harga yang dinyatakan tersebut mungkin suatu harga yang munsabah sehinggalah Y.M Sultan Johor sendiri bersuara mempertikaikan harga yang amat tinggi tersebut. Media melaporkan pada 8/9/2012 Sultan Johor yang juga memiliki kenderaan RIV tersebut berkata baginda membeli sebuah RIV hanya pada harga RM 150 ribu sebuah.Sultan Johor menyatakan “ tidak seorang pun yang sepatutnya mengambil manfaat dengan pembelian RIV tersebut bagi mendapat keuntungan peribadi”. Hanya setelah Sultan Johor bersuara barulah Zahid Hamidi tersipu-sipu mengarahkan siasatan dijalankan !!Hakikatnya angka pembelian alat-alatan oleh Kementerian Pertahanan dengan harga yang jauh melambung tinggi bukanlah perkara baru. Pada tahun 2008 rakyat telah didedahkan bagaimana Kementerian Pertahanan telah membeli 12 buah Eurocopter Cougar EC725 pada harga RM2.3 bilion atau RM193juta sebuah sedangkan Kerajaan Brazil telah membeli model yang sama pada harga RM 82.8 juta sebuah . Lihat bagaimana wang rakyat sebanyak RM 111juta disonglap di siang hari !!!Angka juga menunjukkan hutang. Suatu yang ironi dalam keadaan Najib berbangga kononnya beliau telah melakukan transformasi ekonomi Malaysia, hutang negara semakin meningkat setiap tahun. Hutang Kerajaan Persekutuan di bawah BN telah meningkat secara mendadak daripada RM242 bilion pada tahun 2004 kepada RM 363 bilion dalam tahun 2009 dan RM 456 bilion pada tahun 2011 dan bagi tahun 2012 hutang Negara dijangka akan meningkat sehingga RM520 bilion. Jika diterjemah dalam bentuk peratus hutang Negara telah meningkat sebanyak 107.4 peratus dalam masa 8 tahun. Apa yang menakutkan rakyat adalah liabiliti kontinjen ( contigent liability ) Kerajaan dijangka akan meningkat pada tahun 2013 hasil dari perbelanjaan RM53 bilion bagi projek MRT dan projek-projek mega yang lain .Yang lebih menyenakkan perut rakyat adalah syarikat kroni Umno yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary juga mempunyai penggabungan hutang yang melambung iaitu sebanyak RM34.3 bilion sedangkan syarikat-syarikat yang beliau ada kepentingan tersebut hanya dijangka mempunyai wang tunai sekadar RM 7.8 bilion setakat bulan Mei tahun ini.Yang lebih mengejutkan meskipun dibelenggu dengan hutang yang banyak, syarikat-syarikat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary masih terus menerus diberi kontrak oleh Kerajaan BN. Baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa projek penswastaan Pelabuhan Pulau Pinang akan diberikan kepada syarikat milik beliau. Juga menjadi berita yang hangat bahawa syarikat beliau dikatakan mendahului persaingan bagi mendapat projek penswastaan Pelabuhan Kelang (Northport Holdings) dan KTM Berhad.Adakah rakyat lupa bahawa pada tahun 1998 apabila berlakuknya krisis ekonomi, syarikat kroni Umno, Renong Berhad yang mempunyai hutang sebanyak RM 20 bilion iaiitu sebanyak 7 peratus dari keseluruhan hutang sektor perbankan di Negara ini . Hutang yang melambung tinggi menyaksikan beberapa bank jatuh bankrap. Ia bukan sahaja mendatangkan kerugian kepada para pelabur dan keruntuhan pasaran saham , wang kita semua sebanyak RM 10 bilion juga disalahguna oleh Kerajaan BN untuk selamatkan kroni Umno ini. Tidak mustahil perkara yang sama akan dilakukan ke atas Syed Mohktar yang semua tahu adalah kroni Umno.Bercakap tentang angka pemimpin MCA pula nampaknya buta angka. Timbalan Menteri Kewangan , Datuk Donald Lim dengan tanpa segan silu berbohong di Parlimen apabila beliau menuduh tanpa bukti bahawa sejak Pakatan Rakyat ambil alih Selangor pada tahun 2008 tiada satu rumah kos rendah pun dibina oleh Kerajaan PR Selangor.Apabila ditunjukkan dengan angka sebenar oleh YB Tony Pua, “Sibuta angka” MCA ini masih tidak dihukum oleh Speaker Parlimen di bawah Aturan 36 ( 12 ) Standing Orders kerana berbohong di dalam Parlimen. Kerajaan Selangor hakikatnya telah membina 23,637 unit rumah kos rendah termasuklah memulihkan semula 9,176 unit rumah akibat projek yang ditinggalkan.Posted by Kedah Lanie |
Mulut Celupar: Pas pertahan Nik Aziz, dakwa Muhyddin 'macam anak kecil' baru kena sikit meracau.... Posted: 24 Dec 2012 06:17 AM PST sinarharian online SHAH ALAM - Pemimpin kanan Pas mempertahankan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, yang melabel Mursyidul Am Pas bermulut celupar, sebagai "anak kecil yang menangis apabila dipukul."Sehubungan itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sebagai seorang pemimpin tertinggi negara, Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno tidak perlu bertindak seperti anak kecil apabila dipukul terus menangis.Menurutnya, Muhyiddin seharusnya menggunakan kebijaksanaan apabila mengeluarkan kenyataan balas membidas Nik Aziz."Seharusnya Muhyiddin menjawab apa yang dikatakan oleh Nik Aziz secara "gentlemen.""Bukan menjadi seperti anak kecil, apabila dipukul sedikit terus menangis."Umno kena balas balik dengan hujah-hujah (yang bernas) untuk nafikan apa yang dikatakan Nik Aziz jika tak betul, bukan menangis," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.Semalam, Muhyiddin menyifatkan Nik Abdul Aziz sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya umum."Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ini kafir, orang Umno ini Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya.Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno perlu bertindak dengan betul apabila ditegur oleh Nik Aziz.Tuan Ibrahim berkata, Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan bukan celupar, sebaliknya itu reaksi spontan beliau apabila melihat keadaan Umno yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar."Yang penting bukan pada siapa yang mengeluarkan kenyataan, tapi kenapa Nik Aziz cakap begitu."Umno kena lihat itu sebagai teguran dan memperbaiki keadaan."Memang kita nafikan tindakan Nik Aziz itu bukan celupar, tetapi memberi reaksi spontan terhadap keadaan Umno yang semakin terkeluar daripada ajaran Islam," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Pahang. |
Nenek Tua Terkejut Lihat Hantu Arwah Suami Di Dinding Gereja! Posted: 23 Dec 2012 08:56 PM PST KENT - Seorang nenek terkejut ketika melihat penampakan kepala hantu di dinding gereja di mana cucunya dibabptis. Kepala hantu itupun disebut memiliki wajah yang sama seperti mendiang suaminya.Heather Sewell melihat foto pembabtisan cucunya Mia-Bella Kennett, di Gereja St Martin, Canterbury, Inggris, di jejaring sosial Facebook. Namun Sewell terkejut ketika melihat penampakan wajah mantan suaminya Terry Sewell di dinding gereja itu.Terry Sewell sudah meninggal 17 tahun silam karena bunuh diri di usianya yang ke-41. Sewell pun cukup terkejut sekaligus sedih ketika melihat penampakan wajah suaminya."Saya mencoba untuk meyakinkan diri saya bahwa, itu bukanlah Terry namun itu sulit. Terry memiliki struktur wajah yang panjang yang sama seperti hantu itu, rambutnya pun sama," ujar Sewell, seperti dikutip Daily Mail, Jumat (21/12/2012).Sewell menambahkan, posisi kepala hantu itu menunjukkan bahwa hantu itu memiliki tinggi yang sama seperti Terry. Perempuan berusia 50 tahun itu mengaku, dirinya memang mempercayai hal-hal gaib di dunia ini.Gereja St Martin merupakan salah satu gereja tua di Inggris. Gereja itu masih sering digunakan untuk upacara keagamaan, namun pemberitaan mengenai hal-hal gaib di St Martin sama sekali tidak pernah terdengar.(AUL) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan