Jumaat, 21 Disember 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


NGO Solidariti Hijau Serah Memorandum Krisis Air Di Pahang Kepada MB, Serta Menggesa Isu Di Selesaikan Secara Bersepadu Antara Kerajaan Pusat Dan Negeri

Posted: 10 Dec 2012 07:23 PM PST

KUANTAN, 11 Dis - Kumpulan NGO Solidariti Hijau yang dipimpin oleh Pengerusi Green Clean World Malaysia Zulkefly Mohamad Omar (foto) telah berjaya menyerah memorandum "Krisis Air Di Pahang" kepada Menteri Besar Pahang di Wisma Sri Pahang pagi semalam. Memorandum setebal 12 mukasurat itu telah diterima oleh Setiausaha Politik MB Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi. Turut serta ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (Bekas Pengerusi MRCB), Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang), Siew Fook Chan (Timbalan Ketua PKR Kuantan) serta beberapa orang aktivis seperti Ustaz Yoslaidi, Huzir Sulaiman (PAS), Vijayan Velayudhan (PSM) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (Blogger Cucumatkilau). Terdahulu, kumpulan terbabit seramai lebih kurang 15 orang berkumpul di perkarangan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah sekitar jam 10.00 pagi sebelum bergerak ke pejabat MB yang terletak berhampiran. Difahamkan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob tidak dapat melayan kumpulan terbabit kerana sedang bersidang di DUN Pahang ketika itu. Memorandum turut diserahkan kepada Ketua Pembangkang di DUN Pahang, YB Leong Ngah Ngah untuk dibahaskan pada sidang DUN. Menurut Zulkefly memorandum tersebut dihantar bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berkenaan masalah air yang semakin kritikal di negeri Pahang pada masa ini. "Rakyat Pahang hari ini menghadapi masalah bekalan air... termasuk air yang berkualiti, tercemar, kotor akibat daripada pencemaran tangan-tangan manusia sama ada dari segi sumber-sumber air yang tidak dipelihara.... dan kita melihat hari ini di Pahang sendiri juga kini menghadapi masalah air yang kritikal... Kita telah maklum di Bera.. di Pekan... di Kuantan dan Muadzam Shah.. Isu air ini tidak harus jadi masalah kepada rakyat Malaysia kerana kita merupakan negeri yang paling lembab, banyak hujan dan juga kita ada sumber bekalan air yang banyak.... Cumanya kita tidak menjaga khazanah ini kerana berlakunya pembalakan yang berleluasa dengan mengambil kawasan-kawasan tadahan air terutamanya hutan simpan.. menyebabkan krisis air berlaku", kata Zulkefly. Beliau menegaskan Soladirati Hijau merupakan salah satu NGO yang memikirkan bahawa air itu mesti dijaga untuk kelangsungan kehidupan.


Sumber air ini terjejas di seluruh negara dan mereka mahu ada satu tindakan bersepadu antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri bagi menangani isu air ini dan bukannya dijadikan isu untuk menjatuhkan sebuah kerajaan negeri. "Kita tak bersetuju cara itu.. macam baru ni kita turun ke Selangor dan nampak isu air dimanipulasi untuk jatuhkan kerajaan negeri..... Kita nak supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkerjasama bukan jadikan isu air sebagai isu untuk jatuhkan mana-mana Kerajaan Negeri dengan menggunakan isu-isu yang sepatutnya diselesaikan bersama", tambah beliau lagi. Zukefly turut berpendapat bahawa isu air itu merupakan hak-hak asasi manusia yang  dinyatakan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Rakyat di sesebuah negara mesti mendapat air bersih (bukan tercemar) dan mana-mana rakyat kalau tak dapat air mereka boleh membuat aduan.. ini ialah hak-hak asasi manusia", katanya.  Zulkefly juga berkata mereka tidak mahu institusi air dikorporatkan bagi tujuan untuk cari keuntungan semata-mata.


"Hari ni kita nampak banyak Kerajaan Negeri mula mengkomersialkan (dikorporatkan) jabatan-jabatan bekalan air... atau pun perbadanan air negeri masing-masing.. Tetapi apa yang berlaku bila dikorporatkan.. bukan sistem pengurusan lebih baik.. akhirnya air menjadi masalah. Di Pahang pun menghadapi masalah walau pun telah dikorporatkan (JBA Pahang jadi  PAIP, Perbadanan Air Pahang Berhad) namun isu air masih tidak selesai. Kita mahu oleh kerana air merupakan sumber utama kehidupan manusia maka ia mestilah dibekalkan kepada rakyat secara kos yang paling minima bukan mengikut tarif melampau (sekehendaknya). Sekarang tarif air tidak sama antara satu-satu negeri... ada yang terlalu tinggi hingga membebankan rakyat sebagai pengguna", tambahnya. Beliau turut menyokong langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan peruntukan 20 meter padu air secara percuma kepada rakyat Selangor. "Kita mahu kerajaan-kerajaan negeri yang lain supaya berperanan memberi sekurang-kurangnya 20 meter padu macam yang Selangor berikan. Sebab jumah tersebut sesuai digunakan secukupnya untuk isi rumah. Jadi kita nak air ini tidak dikomersialkan dan kita bersetuju sebagai negara Islam.. agama juga meletakkan satu dasar bahawa air ini merupakan hak rakyat dan akan diberikan kepada rakyat serta tidak boleh dikomersialkan.. kalau boleh kerajaan meberi air percuma kepada rakyat.. tapi kita tak boleh bagi percuma sebab isunya kos yang tinggi.. jadi kita beri kos yang paling minima kepada rakyat supaya mereka boleh meneruskan kehidupan.. dan kalau ada pihak yang cuba memanipulasi isu air untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan .. kita tak mahu perkara ini berlaku... kita nak supaya isu ini diselesaikan peringkat pusat dan negeri dan kita mahu peruntukan air ini diberi secukupnya bagi keselesaan hidup rakyat", tambahnya.


Zulkefly menegaskan apa yang berlaku sekarang ialah dalam belanjawan (Bajet) 2013 baru-baru ini tidak sampai beberapa bilion pun yang diperuntukkan untuk air. "Hanya beberapa juta sahaja yang diperuntukkan... jadi kalau kita benar-benar mahu mengatasi masalah air dalam negara kita... kalau kita boleh buat peruntukan RM10 bilion misalnya.. saya ingat seluruh negara boleh selesaikan masalah ini. Dalam satu jangkamasa yang pendek.. kita selesaikan.. tapi hari nii.. masalah air tidak ditangani secara baik". katanya. "Isu air ini juga ada berkaitan dengan tindakan dan kerakusan kita membawa masuk industri yang boleh mencemarkan air kita. Di Pahang ini ada isunya..ada kilang yang begitu besar iaitu Lynas yang kita semua maklum bahawa kilang ini akan mengeluarkan sisa-sianya yang mengandungi bahan radioaktif (Thorium) yang merbahaya kepada rakyat.. Dalam hal ini, tidak ada satu solution.. satu tindakan untuk menentukan dimanakah tempat nak disimpan bahan-bahan sisa ini... yang ada keputusan hari ini masih dikekalkan di Gebeng. Apa yang saya maksudkan ni..kilang Lynas juga merupakan satu kilang bukan sahaja akan menjejaskan dari segi sturktur alam sekitar kita tapi kita harus melihat sumber air yang digunakan oleh kilang ini terlalu besar (500 cubix meter sejam).. bukan sehari.. satu jam.. cuba bayangkan.. sudahah Pahang ini menghadapi masalah air yang besar kita terpaksa peruntukan air yang besar pula kepada sebuah kilang kerana ia perlukan air yang tinggi untuk memproses bahan nadir bumi. Jadi kalau berlaku krisis air ini... rakyat yang bermasalah bila ia dengan banyak dihantar ke kilang Lynas. Walau pun ada mendakwa kilang itu sediakan peluang pekerjaan tapi kami tidak nampak apa-apa manfaat kepada rakyat kerana bilangan pekerja tidak lebih dari 300 hingga 350 orang .....malah pekerja tempatan lebih kurang 150 orang sahaja.. lainnya pekerja asing.  Apa yang kita lihat hari ni.. ia merupakan kilang yang rugi kepada kita .. tapi kita menerima manfaat begitu kecil dengan pengecualian cukai 12 tahun.. Di samping itu juga kita tidak nampak bagaimana Kerajaan Negeri (Pahang) boleh menguruskan sisa-sisa yang akan melibatkan ribuan tahun .. jutaan tahun untuk dilupuskan seperti mana berlaku di Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah Perak dulu.. ada 80 ribu tong sisa-sisa yang masih disimpan dan perlu dihapuskan di sana. Ini satu yang agak teruklah", tambah Zulkefly lagi.

[Masalah air di negeri Pahang kini semakin meruncing sebenarnya. Jika dulu ia hanya melibatkan majoriti kawasan Felda, namun kini telah merebak ke kawasan bandar terutamanya di Kuantan sendiri. Banyak bukti ada sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi yang terpaksa ditutup sementara akibat ketiadaan air. Soalnya sekarang, apakah ia ada kaitan dengan jumlah air yang terlalu besar digunakan oleh kilang Lynas?. Jika ini keadaannya, wajar benarah rakyat menolak kilang tersebut kerana ia mengganggu keselesaan kehidupan mereka. Kini, isu ini semakin menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang UMNO BN menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apakah ia dapat diselesaikan segera atau BN akan mendapat undi protes besar-besaran daripada rakyat kali ini. Isu air adalah satu masaah besar yang tidak sepatutnya menjadi isu pada zaman moden ini. Jika kerajaan mendahulukan rakyat, pasti ia sudah lama berlalu. Namun, dari bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM ternyata ia tidak cukup untuk meningkatkan kualiti air di negara ini. Rakyat yang bijak boleh fikirkan sekarang!].

Tiada ulasan: