Jumaat, 21 Disember 2012

KRAI Utara

KRAI Utara


Edisi malam jumaat: Dia Rela Disetubuhi Demi Membayar Hutang Negara

Posted: 20 Dec 2012 08:37 AM PST

Jelajah Unik
Entah apa yang ada di fikiran seorang wanita jepun ini yang bernama Anri Suzuki hingga ia rela disetubuhi demi membayar hutang masa lalu negaranya yaitu Jepun.Pada awalnya Anri Suzuki mengambil kajian ilmu sejarah dan dalam tesisnya yang berjudul “ The History of the Japanese Invasion into China ” mengambil huraian sejarah di abad 20 tentang kekejaman tentara Jepun di China yang paling terkenal dalam sejarah hingga tercatat sebuah tragedi yang menewaskan 300,000 rakyat China dalam pembantaian di Nanjing. Jepun yang menawan China ketika itu   pada tahun 1937-1945 memang telah melakukan perbuatan yang sangat keji, bukan hanya membunuh tetapi mereka juga melakukan pemperkosaan wanita beramai-ramai.Dari pengumpulan data yang dilakukannya itulah timbul rasa simpati dalam diri Anri Suzuki, dia sangat bersimpati sekali kepada para mangsa kekejaman tentera Jepun waktu itu. Sebagai orang Jepun Suzuki merasa sangat bersalah dan berdosa sekali. Oleh kerana itu dia ingin menebus dosa dan kesalahan bangsanya yang pernah dilakukan pada rakyat China ketika ini. Lalu bagaimana upaya penebusan dosa Suzuki tersebut ?Tentu para pembaca semua sudah ada yang mengenal siapa itu Anri Suzuki ? Anri Suzuki adalah salah satu bintang film porno Jepun sekaliber Maria Ozawa alias Miyabi. Namanya juga bintang porno ya kalau berulahpun tidak jauh-jauh dari dunia Porno alias Bokep. Ketika ditanya wartawan Suzuki berucap, kerana keahliannya sebagai bintang film porno adalah memuaskan laki-laki maka dirinya menawarkan untuk menghibur para mahasiswa Cina yang berada di Jepun bahkan disetubuhi pun Suzuki rela demi menebus kesalahan bangsa Jepun di masa silam. 

Oh! Terharu! Pengorbanan dukung anak ke sekolah dibalas keputusan 7A

Posted: 20 Dec 2012 08:22 AM PST

sinarharian
KOTA BAHRU - Keadaan lumpuh dari pinggang hingga ke kaki sejak berumur setahun tidak menghalang seorang pelajar mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini.Anis Adilah Amlaki, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab I di sini memperoleh 7A dan 1E dalam keputusan peperiksaan yang diumum hari ini.Dia meraih A dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Sejarah, Geografi dan Sains, dan E untuk Kemahiran Hidup (Perdagangan) berikutan gagal mengambil kerja khusus atas faktor kesihatan.Bapa dan ibunya, Amlaki Jusoh, 41, pembantu tadbir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini dan Che Jah Noh, 40, seorang suri rumah begitu terharu serta bersyukur dengan kejayaan cemerlang anak sulung mereka.Ketika ditemui Bernama di rumahnya di Taman Restu, Kampung Telipot di sini, Anis Adilah melahirkan penghargaan kepada ibu bapanya atas kejayaan itu."Kesusahan ibu bapa yang terpaksa mendukung saya setiap hari ke sekolah berbaloi, dan saya begitu berterima kasih atas pengorbanan mereka selama ini," kata remaja itu yang tergolong sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).Anak pertama daripada empat beradik itu menghidap penyakit lumpuh berikutan demam panas dan terpaksa didukung ketika berulang-alik ke sekolah sejak sekolah rendah."Di sekolah, saya menggunakan kerusi roda berjentera (bateri) yang disediakan pihak HRPZII, dan di rumah, saya mengesot kerana kerusi roda ditinggalkan di sekolah," katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah.Menceritakan resepi kejayaannya, Anis Adilah berkata dia mengulang kaji pelajaran empat jam sehari di rumah selain mendapat tunjuk ajar guru dan ibu bapa.Sewaktu di sekolah rendah, dia mendapat 5A bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.Sementara itu, Ketua Penolong Kanan (Pentadbir) SMK Zainab I Wan Marina Wan Omar berkata pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pelajaran mengenai status pelajar itu berhubung subjek Kemahiran Hidup kerana Anis Adilah sepatutnya dikecualikan daripada menduduki kerja khusus bagi pelajar OKU.Katanya dengan keputusan 7A 1E Anis Adilah, sekolah itu hanya mencatat kelulusan keseluruhan 99.54 peratus dalam peperiksaan itu. - Bernama

Tiada ulasan: