Pahang Daily Online |
- NGO Baru Perjuangkan Hak Rakyat Di Tubuhkan Esok
- Panas: Fitnah, Musa Hassan Bakal Di Saman RM100 Juta Oleh Tokoh Usahawan Tan Sri Robert Phang !!
- Panas: "Haram Jadah", Mahkamah Tolak Permohonan Lapan Peneroka Felda Mahu Saman Perdana Menteri
- Isu Rakyat Pahang: 12 Tahun .... Projek Perumahan Terbengkalai Di Taman Jayadiri Dua Dekat Chenor !
- Isu Rakyat Pahang: Warga Temerloh Berharap Pihak Berkuasa Membaik Pulih Jalan Rosak Dengan Segera
NGO Baru Perjuangkan Hak Rakyat Di Tubuhkan Esok Posted: 20 Dec 2012 07:16 AM PST Sebuah NGO baru yang berpaksikan perjuangan mempertahankan hak-hak rakyat bakal dilancarkan secara rasmi di Hotel Shahzan Inn dekat sini pagi esok (21 Disember). NGO yang diberi nama Angkatan Pembela Hak-Hak Rakyat atau ringkasnya HAK itu dijangka menjadi wadah baru perjuangan rakyat di negara ini. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penaja HAK, Peguam Mohd Harris Abdullah (foto) berkata NGO terbabit akan disertai oleh beberapa orang pemimpin yang memperjuangkan isu-isu rakyat di negara ini. "Rakyat Malaysia dizaman ini banyak dinafikan hak ... Kita akan perjuangkan hak, tanpa kira bangsa dan/atau keturunan ... Kita akan tegur mana pihak baik NGO, BN atau PR sekiranya terdapat pelanggaran Hak Rakyat ... Cuba baca Perlembagaan Persekutuan dan kamu akan lihat berbagai Hak kita dinafikan ... Pasal AJK, tunggu la besok ... biar Jawatankuasa Penaja ditubuhkan dulu", kata Mohd Harris. Satu sidang media khas akan diadakan sekitar jam 11.00 pagi. Semua media adalah dijemput hadir untuk mendapatkan maklumat "siapakah tokoh serta individu" yang akan bersama dengan Jawatankuasa Penaja HAK. |
Panas: Fitnah, Musa Hassan Bakal Di Saman RM100 Juta Oleh Tokoh Usahawan Tan Sri Robert Phang !! Posted: 20 Dec 2012 01:30 AM PST [Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta. Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). "Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu Pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini. Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya. Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah]. |
Panas: "Haram Jadah", Mahkamah Tolak Permohonan Lapan Peneroka Felda Mahu Saman Perdana Menteri Posted: 19 Dec 2012 11:47 PM PST TEMERLOH, 20 Dis - Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini menolak permohonan lapan orang peneroka Felda untuk menyaman Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak berhubung dengan kenyataan panas "haram jadah" yang digunakan oleh beliau ketika berucap mengumumkan "durian runtuh" di Felda Jengka 8 pada 8 Mei 2012 yang lalu. Keputusan tersebut diumumkan oleh Hakim Akhtar Tahir pagi tadi Kesemua peneroka yang bertindak sebagai Plaintif terdiri daripada Samat Yusof dari Jengka 4, Alias Ibrahim (Jengka 15), Idris Mat Sah (Jengka 14) dan Syed Jamaluddin Syed Muhamed (Felda Jengka 17) manakala empat lagi dari Felda Jengka 15 iaitu Abdul Rahim Abdul Rahman, Rosdi Ismail, Abdullah Mohd dan Rakiah Sulong diwakili oleh Peguam Mohd Harris Abdullah (foto). Berdasarkan tuntutan plaintif, mereka mendakwa kesemua 40,000 peneroka yang hadir pada pengumuman durian runtuh itu akan terpengaruh dengan ucapan Perdana Menteri. Mohd Harris berkata, dalam ucapan tersebut, Najib mengeluarkan perkataan "haram jadah" yang menggambarkan lapan peneroka yang telah memulakan tindakan mahkamah menghalang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad. Menurutnya, ucapan mengaibkan dan penghinaan yang diucapkan defendan telah menimbulkan perasaan buruk sangka dan permusuhan sesama masyarakat Felda sehingga plaintif dipulaukan. "Plaintif menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teruk, faedah lima peratus setahun, kos tindakan dan lain-lain seperti mana yang ditaksirkan oleh mahkamah nanti," katanya. Harris kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini. "Mahkamah Tinggi, Temerloh telah cipta satu nas yang cukup bahaya apabila telah putuskan: 1) Perkataan Harmjadah merupakan satu perkataan yang abusive; 2) Namum ianya tidak defamatory; 3) Kalau sekiranya setiap kali seseorang ucap perkataan haramjadah dan ucapan itu dibawa keMahkamah, maka akan terdapat multiplicity of proceedings; 4) Tidak ada niat daripada tukang ucap untuk mengatakan bahawa mereka yang terguris adalah anak haram ... 5) Ucapan tersebut hanya satu figure of speech ... Maka dengan itu permohonan Defendan dibenarkan dan tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00 setiap seorang. Dalam ertikata lain, Hakim telah halalkan pengunaan perkataan Haramjadah ... walau pun ianya abusive namun ianya tidak mengaibkan ... hanya figure of speech ", katanya menerusi posting di laman sembang sosial facebook beliau selepas keputusan tersebut dibuat. [Ramai yang terkejut dan kecewa denga keputusan hakim hari ini.Seolah-olah ia sudah dirancang untuk menafikan hak peneroka berkenaan menyaman Perdana Menteri. Walhal, ucapan "haram jadah" yang diluahkan oleh PM itu adalah satu penghinaan terhadap peneroka berkenaan. Lebih mengejutkan apabila berpuluh-puluh buah bas diangkut oleh Felda untuk membawa peneroka ke Mahkamah Tinggi Temerloh. Ia seolah-olah menggambarkan mereka semua sudah tahu keputusan yang akan dibuat oleh hakim. Dengan keputusa ini juga bermakna rakyat Malaysia tidak salah bila berkata "haram jadah" kepada mana-mana pemimpin selepas ini. Ia dibolehkan oleh mahkamah dan mereka sudah pasti tidak akan dikenakan sebarang tindakan walau pun ucapan itu jelas kurang ajar dikaca mata umat Islam dan orang Melayu itu sendiri sebenarnya. Maka itu fikirkanlah !]. |
Isu Rakyat Pahang: 12 Tahun .... Projek Perumahan Terbengkalai Di Taman Jayadiri Dua Dekat Chenor ! Posted: 19 Dec 2012 09:32 AM PST [Projek perumahan awam kos rendah Taman Jayadiri Dua di Chenor, Maran Pahang ini masih belum siap selepas 12 tahun. Penduduk memberitahu sudah dua kali temuduga diadakan. Menjelang pilihanraya umum, beberapa buah jentera diletakkan di situ untuk menunjukkan kerja-kerja sedang berjalan. Bagaimanapun penduduk tidak mahu tertipu lagi, menjelang PRU 12 pada tahun 2008 dulu pun begitu jugalah keadaannya, dakwa mereka. Selepas UMNO-BN menang semula, projek tersebut ditinggalkan sepi. Sesetengah penduduk mengakui telah putus harapan untuk mendapatkan rumah tersebut kerana tempoh 12 tahun dirasakan terlalu lama untuk menantikan siapnya sebuah rumah. Ada pula yg mendakwa telah memohonnya semasa bujang. Kini selepas beristeri dan dikurniakan 4 orang anak, rumah yang dijanjikan belum juga boleh diduduki. Turut menjadi mangsa ialah penduduk Kg. Awah. Tanah yang sepatutnya dimiliki dan dimajukan oleh belia dan JKKK Kg. Kabut telah dirampas dan dianugerahkan kepada kontraktor sebagai pertukaran untuk siapkan Projek Taman Jayadiri Dua ini (projek silang)]. Baca seterusnya di sini http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15378-penduduk-kesal-pakr-12-tahun-terbengkalai |
Isu Rakyat Pahang: Warga Temerloh Berharap Pihak Berkuasa Membaik Pulih Jalan Rosak Dengan Segera Posted: 19 Dec 2012 08:43 AM PST [Orang ramai di sekitar kawasan Taman Bukit Semantan dan Taman Seri Semantan dekat Temerloh kecewa dengan tindakan pihak berkuasa yang tidak membaik pulih jalan di simpang menuju ke Jerantut (LPT). Gara-gara paip pecah, jalan dikorek untuk diperbaiki, kon diletakkan sebagai makluman kepada lalu lintas. Namun anehnya, hingga kini jalan tersebut tidak dibaik pulih sepenuhnya. Ia menyebabkan masalah kepada lalu lintas, malah ada yang terlanggar kon berkenaan terutamanya pada waktu malam. Persoalannya, kenapa jalan ini harus dibiarkan seperti ini. Mana pergi pihak yang bertanggungjawab?. Justeru, Majlis Perbandaran Temeroh (MPT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa mengambil perhatian perkara ini dan melakukan tindakan segera untuk keselesaan pengguna]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan