KRAI Utara |
LU JANGAN TAK DATANG! Himpunan 1 Juta Rakyat, 12 Jan di Stadium Merdeka Posted: 20 Dec 2012 05:09 AM PST Harakahdaily Hazayani Zakaria, KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) secara rasmi mengumumkan, Himpunan 1 juta rakyat pada 12 Januari tahun hadapan akan diadakan di Stadium Merdeka.Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohamad Sabu berkata, ia sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mahu rakyat berhimpun di stadium jika ingin menyatakan sebarang tuntutan terhadap kerajaan.Saranan tersebut dibuat Najib sebelum Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan pada 28 April lalu."Kita mohon (adakan perhimpunan) dibuat di Stadium Merdeka kerana itulah cadangan Perdana Menteri yang kita sayangi," kata beliau pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), dekat sini hari ini.Timbalan Presiden PAS itu juga berkata, permohonan menggunakan stadium dibuat atas nama Sasterawan Negara.Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Sasterawan Negara yang dimaksudkan."Permohonan stadium atas nama Sasterawan Negara yang terkenal," katanya.Ujar Mohamad juga, perhimpunan dengan empat warna tema iaitu kuning, hijau, oren dan merah akan bermula jam dua petang dan dijangka akan berakhir jam lima petang tanpa sebarang kekecohan."Saya yakin melalui himpunan-himpunan sebelum ini, akan berlaku kerjasama yang baik di semua jabatan termasuk pihak polis untuk menjaga keamanan."Kita akan berhimpun tanpa menyerahkan apa-apa memorandum kerana memorandum lapan tuntutan Bersih sudah diserahkan dalam perhimpunan sebelum ini," katanya.Warna kuning mewakili Bersih, Merah untuk R yang menuntut royalti Petroleum Kelantan, Hijau mewakili Anti Lynas manakala oren mewakili Anak Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).Antara NGO lain yang akan turut serta dalam perhimpunan ialah Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Sekretariat Prihatin OKU, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beberapa NGO lain.Dalam sidang media sama, wakil-wakil NGO turut menyatakan komitmen menggerakkan seramai mungkin anggota ke himpunan tersebut."Mana-mana individu yang tak sertai mana-mana NGO pun mesti hadir bagi menyatakan kemarahan secara aman," kata Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais. |
Detik News-Polis Minta Pemerkosa Mahasiswi Dihukum Berat Posted: 19 Dec 2012 09:16 PM PST New Delhi - Kes pemerkosaan mahasiswi India di dalam bas juga memicu kemarahan pasukan polis India. Bahkan Ketua Polis New Delhi dengan tegas menghendaki agar para pelaku pemerkosaan di India dijatuhi hukuman mati."Kami akan mengusahakan hukuman penjara yang paling berat bagi para pelaku dan kami akan mengirimkan permohonan kepada pemerintah agar memberlakukan hukuman mati bagi para pemerkosa," ujar Komisioner Polis New Delhi, Neeraj Kumar, seperti dilansir AlJazeera, Rabu (19/12/2012).Selama ini, India dikenal akan maraknya kes kekerasan terhadap kaum wanita, termasuk kes pemerkosaan. Namun seringkali, kes-kes semacam itu diabaikan dan bahkan para pelaku dibiarkan tidak dihukum.Sesuai dengan hukum di India, hukuman maksima bagi tindak kesalahan pemerkosaan adalah 10 tahun penjara. Sedangkan hukuman mati hanya diberlakukan bagi kes pembunuhan dan perlawanan terhadap negara.Kumar sendiri sangat marah dengan kes yang menuai banyak protes di India ini. Empat dari total 6 pelaku kes ini sudah berhasil ditangkap polis . Namun Kumar menegaskan, polis masih terus memburu 2 pelaku lain .Seruan serupa juga dilontarkan sejumlah anggota parlimen perempuan India. Pemerkosaan mahasiswi India yang berusia 23 tahun ini terjadi pada 16/12 malam di dalam sebuah bas yang melaju di jalanan New Delhi. Kes ini menuai kemarahan warga India yang kemudian menggelartunjuk perasaan di sejumlah wilayah.Diketahui bahawa reputasi ibukota New Delhi cukup memalukan kerana digelar dengan 'ibukota pemerkosaan'. Menurut data polis , angka kes pemerkosaan di New Delhi terus meningkat dari tahun ke tahun. Tercatat pada tahun 2009 lalu terdapat 459 kes pemerkosaan dan tahun 2011 meningkat menjadi 568 kes pemerkosaan. Sedangkan untuk tahun 2012, sejauh ini sudah tercatat lebih dari 600 kes pemerkosaan.Kondisi semakin memprihatinkan kerana kes-kes pelecehan seksual terhadap wanita di tempat umum hampir menjadi makanan sehari-hari bagi wanita India. Bahkan terkadang, kaum wanitalah yang disalahkan kerana dianggap telah 'menggoda' pelaku. Saat ini, parlimen India tengah menggodok perubahan istilah dan definisi dalam sebuah undang-undang baru yang mengatur pesalah pelecehan seksual.(nvc/ita) |
You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan