Ahad, 2 Disember 2012

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Panas: Poliklinik Penawar Tipu Pelanggan, Kerajaan Di Gesa Pantau Dan Ambil Tindakan Segera Kes Ini !!

Posted: 01 Dec 2012 06:20 PM PST

Apa sudah jadi dengan Poliklinik Penawar? Lain dipaparkan lain pula perkhidmatan yang diberikan. Inilah yang terjadi di cawangan klinik itu di bandar Pontian Johor. Kejadian melibatkan seorang kakitangan kerajaan yang pergi ke klinik tersebut untuk mendapatkan rawatan kesihatan anaknya yang mengidap "demam panas". Papan tanda bercahaya tertera klinik dibuka 24 jam, namun apa yang berlaku sebaliknya. Menurut pengadu, sekitar jam 10.12 malam beliau telah membawa dua orang anaknya yang mengidap demam panas ke klinik terbabit. "Saya ke situ (Poliklinik Penawar) kerana diwar-warkan ia buka 24 jam. Hanya klinik itu sahaja yang paling hampir dengan rumah saya.... Ketika itu dua-dua anak saya mengalami demam panas yang agak kritika. Saya memecut kenderaan dari rumah dan mendapati lampu pada klinik berkenaan masih di pasang. Malah, papan tanda 24 jam juga tertera di premis itu. Sampai di klinik saya bergegas ke pintu hadapan untuk masuk... namun amat mengecewakan apabila dihalang oleh kakitangan klinik yang bertugas .. mereka mengatakan klinik sudah ditutup sambil menuding jadi kepada papan tanda closed (tutup) pada pintu kaca klinik terbabit", katanya. Tidak berpuas hati dengan tindakan kakitangan terbabit, saya menegur dengan mengatakan kenapa perlu tutup sedangkan papan tanda menunjukkan  klinik 24 Jam. "Teguran tersebut dijawab oleh kakitangan terbabit... katanya Encik tak nampak ke papan tanda pada pintu yang berwarna merah nii !!", katanya lagi. "Saya kemudian menjawab, habis tu kenapa papan tanda 24 jam dibuka tertera .. malah berlampu lagi", katanya. Jawapannya itu menyebabkan kakitangan kinik terbabit mengatakan memang dibuka 24 jam, tapi doktor bertukar-tukar. Sebab itu katanya mereka tidak buka 24 jam. "Tidak mahu berlaku kekecohan akhirnya saya dengan perasaan hiba dan kecewa meninggalkan klinik berkenaan.. ketika itu anak saya muntah-muntah dan keadaan mereka agak kritikal", tambah beliau lagi. Difahamkan beliau kemudian terpaksa mencari klinik lain yang terletak agak jauh dari lokasi terbabit. Kejadian ini benar-benar telah menghancurkan kepercayaan orang ramai terhadap Poliklinik Penawar antara klinik swasta yang begutu gah namanya sebelum ini. Persoalannya, kenapa harus menipu dalam perkhidmatan?.


[Apa yang berlaku ini hanyalah satu isu terpencil  yang tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pihak sebenarnya. Namun, ia harus diberi perhatian serius oleh pihak kerajaan demi menjaga nama baik perkhidmatan kesihatan. Mana-mana klinik yang kekurangan doktor atau sebagainya, maka adalah lebih elok tidak dibuka 24 jam. Papan tanda yang tertera kepada klinik terbabit jelas sekali mengelirukan orang awam. Bayangkan jika ia berlaku pada kawasan terpencil yang jauh daripada perkhidmatan hospital kerajaan dan sebagainya. Semua ini harus difikirkan bagi tidak menyusahkan pelanggan. Kementerian Kesihatan harus bertegas dalam hal ini kerana ia memang berlaku di seluruh negara. Tindakan tegas wajar diambil demi kemudahan orang awam. Jika tidak mampu sediakan doktor yang secukupnya maka adalah lebih elok pihak berkenaan (Poliklinik Penawar) tidak membuka terlalu banyak cawangan hingga menyusahkan orang ramai. Kenapa harus menipu sedangkan mereka gagal sedia perkhidmatan terbaik].

Tiada ulasan: