Pahang Daily Online |
- Panas: Kontroversi "Sisa Buangan" Rare Earth, Lynas Dakwa Akan Patuhi Undang-Undang Dan Peraturan !!
- Radio Internet "Cili FM" Berjaya Ceriakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang Di Darul Hikmah Kerdau
- Panas: "Bercelaru" Mana Mahu Hantar Sisa Buangan, Ternyata Lynas Tidak Jujur Kepada Rakyat Kuantan
- NGO Solidariti Hijau Serah Memorandum Krisis Air Di Pahang Kepada MB, Serta Menggesa Isu Di Selesaikan Secara Bersepadu Antara Kerajaan Pusat Dan Negeri
- Panas: Kerajaan 'Akhirnya Bertelagah' Dengan Lynas Berkaitan Isu Sisa Buangan Yang Di Pertikai Rakyat !!
Panas: Kontroversi "Sisa Buangan" Rare Earth, Lynas Dakwa Akan Patuhi Undang-Undang Dan Peraturan !! Posted: 11 Dec 2012 12:35 AM PST KUANTAN, 11 Dis - Lynas sekali lagi menegaskan bahawa mereka akan mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan oleh badan pengawal selia. Sebagai respon kepada laporan media baru-baru ini yang dikatakan tidak tepat berhubung pemindahan sisa yang dihasilkan oleh Loji Bahan Lanjutan Lynas (LAMP), ia berkata Lynas akan mengubah sisa WLP, mengandungi bahan radioaktif pada tahap paling rendah yang terhasil secara semula jadi, kepada produk selamat secara komersial dipanggil 'Synthetic Aggregate'. Ia berkata, pada 7 Dis, Lynas menjalankan demonstrasi di LAMP di sini bagi menunjukkan kepada orang ramai dan media bahawa bahan mentah yang diimport itu adalah selamat kepada orang awam. "Naib Presiden dan Pengarah Urusan kami, Datuk Mashal Ahmad di sepanjang taklimat dan demonstrasi itu langsung tidak menyatakan bahawa sisa itu akan kekal di Malaysia," kata Lynas dalam satu kenyataan di sini Isin. Ia menyatakan Mashal dengan jelas menyebut bahawa Synthetic Aggregate akan dieksport ke negara lain sejajar dengan Piawaian dan Peraturan Antarabangsa dan Tempatan di mana ia akan digunakan sebagai bahan kejuruteraan awam. Lynas turut mengulangi kenyataan bahawa kilang untuk mengubah sisa WLP telah dibina di LAMP dan kini siap sedia untuk beroperasi. "Lynas kini meneliti semua berita akhbar bagi mengenalpasti laporan yang sengaja memaparkan Lynas sebagai menipu orang ramai dan Kerajaan Malaysia," kata kenyataan tersebut. [Lynas punyai hak untuk keluarkan apa jua kenyataan, namun rakyat juga berhak untuk memastikan apakah kenyataan itu relevan atau pun tidak. Inilah yang berlaku. Banyak kenyataan yang dibuat oleh Lynas kini bagaikan tidak berpijak dibumi yang nyata. Mereka kata mematuhi peraturan dan syarat. Namun, awal-awal lagi mereka gagal membuktikan sisa buangan bahan rare earth itu mahu dihantar. Bukankah ini jelas melanggar syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sebelum mereka meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) untuk projek tersebut. Justeru, rakyat berhak untuk menolaknya, daripada terus hidup berhadapan dengan risiko terhadap kesihatan mereka kelak. Mereka tidak mahu hidup dalam risiko kerana Malaysia bukanlah sebuah negara berisiko seperti itu. Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji semua pemberian lesen TOL Lynas jika tidak mahu rakyat menolak mereka pada Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang]. |
Radio Internet "Cili FM" Berjaya Ceriakan Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang Di Darul Hikmah Kerdau Posted: 10 Dec 2012 10:01 PM PST TEMERLOH, 11 Dis - Himpunan Kebangkitan Rakyat Pahang di Darul Hikmah, Kerdau baru-baru ini meriah dengan kehadiran krew-krew "Radio Internet Paling Pedas Di Dunia Cili FM". Konti sementara Cili FM di situ telah mendapat sambutan hangat di kalangan para pendengar dan orang ramai yang ingin melihat secara lebih dekat lagi operasi radio internet tersebut. Konti Cili FM di Kerdau yang dikendalikan oleh DJ CMK (foto) itu telah bersiaran secara langsung mulai jam 2.00 petang hingga 12.00 tengah malam. Berbagai segmen menarik disediakan termasuk bersama artis dan beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat. Antara tokoh-tokoh yang telah ditemubual oleh beliau ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang), Dayangku Intan (Artis), Kamarzaman Md Yunus (Timbalan Setiausaha PKR Pahang), Bob Manolan (Timbalan Ketua PKR Bera), Tengku Zulpuri Tengku Puji (R-Pahang) serta lain-lainnya. Siaran dihentikan sekitar jam 7.00 malam dan kemudiannya bersambung dengan segmen ceramah dari pentas utama himpunan terbabit. Apa yang paling menarik untuk diperkatakan ialah, konti Cili FM terpaksa berpindah tempat sebanyak dua kali akibat cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan lebat turun sekitar jam 5.00 petang menyebabkan DJ CMK terpaksa berpayung untuk menyelamatkan peralatan gara-gara kanopi yang sediakan bocor. Apapun, tahniah kepada Cili FM kerana terus menjadi radio "Suara Rakyat" di Malaysia. [Syabas dan tahniah PDO ucapkan kepada Radio Internet Cili FM yang telah memberi ruang hiburan baru kepada seluruh rakyat Malaysia seantero dunia. Dengan kewujudan radio seperti ini ia dapat mengimbangi pengaruh radio-radio sedia ada yang dilihat lebih mengongkong juruhebah bertugas. Khabarnya, pendengar Cili FM kini sudah meningkat mendadak untuk mencecah ke angka 100 ribu biarpun beberapa bulan ia dilancarkan. Sokongan rakyat untuk mendapat berita dan hiburan yang adil dan telus dapat menjadikan Cili FM terus membangun hendaknya pada masa-masa yang akan datang. Kepada anda yang ingin mendengarkan radio Cili FM secara langsung sila klik www.cilifm.blogspot.com]. |
Panas: "Bercelaru" Mana Mahu Hantar Sisa Buangan, Ternyata Lynas Tidak Jujur Kepada Rakyat Kuantan Posted: 10 Dec 2012 08:42 PM PST KUANTAN, 11 Dis - Orang ramai terutamanya penduduk sekitar Kuantan kini mula resah dan sangsi dengan tahap keselamatan dan risiko yang bakal dihadapi oleh mereka akibat kewujudan kilang Lynas di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh empat orang Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Seri Mustapa Mohamed), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili), Menteri Sumber Asli (Datuk Seri Douglas Unggah Embas) dan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai) yang mempersoalkan beberapa kenyataan oleh Pengarah Urusan, Lynas Malaysia Datuk Marsyal Ahmad (foto) bahawa sisa buangan Thorium yang dihasilkan oleh tanah jarang berkenaan tidak boleh dieksport disebabkan undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya. Sebelum ini, beliau mengatakan Lynas akan mengubah sisa WLP, mengandungi bahan radioaktif pada tahap paling rendah yang terhasil secara semula jadi, kepada produk selamat secara komersial dipanggil 'Synthetic Aggregate'. Katanya, Synthetic Aggregate akan dieksport ke negara lain sejajar dengan Piawaian dan Peraturan Antarabangsa dan Tempatan di mana ia akan digunakan sebagai bahan kejuruteraan awam. Namun, dengan kenyataan terbaru oleh menteri itu nampaknya isu Lynas ini masih belum diselesaikan lagi sebenarnya. Mereka juga mempersoalkan, apakah kewajaran kerajaan meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) sedangkan isu ke mana sisa buangan rare erath itu sendiri mahu dihantar masih belum diputuskan secara rasmi. Ini bermakna kerajaan sendiri masih tidak konsisten dengan keputusan yang mereka buat. Jika ini keadaannya, bermakna rakyat Kuantan bakal berhadapan dengan risiko andainya sisa buangan itu dikekalkan dalam negara ini. Terdahulu banyak NGO anti-Lynas yang mendesak kerajaan menghalang operasi kilang terbabit di negara ini kerana ia berisiko tinggi. Namun, kerajaan seperti tidak mahu mendengar suara rakyat terus memberi berbagai alasan demi alasan yang tidak masuk dek akal dan akhirnya membenarkan kilang itu beroperasi baru-baru ini. Namun, kini segalanya bagai sudah suratan takdir akhirnya kerajaan sendiri yang "pening" ke manakah Lynas mahu buang sisa Thorium beradioaktif itu. [Jika ini keadaannya, maka wajarlah rakyat Kuantan terus bangkit menentang dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Ternyata, kelulusan Lynas boleh diberikan tanpa ada jawapan rasmi ke mana sisa buangan itu mahu dihantar sekarang. Siapa yang tertipu agaknya? Rakyat atau Kerajaan Malaysia?. Justeru kerajaan di gesa berhati-hati dengan kenyataan yang dibuat oleh Lynas yang seolah-olah mahu melepas tangan dalam isu ini. Malah lebih teruk lagi mereka sanggup menipu rakyat Kuantan kononnya bahan itu tidak berbahaya. Tindakan memberi beberapa orang penduduk memegang bahan terbabit baru-baru ini jelas sekali menipu rakyat. Apa yang dipersoalkan ialah sisa buangan dan bukan bahan yang belum diproses?. Kenapa rakyat boleh begitu mudah ditipu oleh Lynas?. Nampaknya jika isu sisa buangan ini gagal ditangani dengan baik, kemungkinan besar pasti rakyat akan bangkit untuk menolak UMNO BN pada PRU-13 ini nanti]. |
Posted: 10 Dec 2012 07:23 PM PST KUANTAN, 11 Dis - Kumpulan NGO Solidariti Hijau yang dipimpin oleh Pengerusi Green Clean World Malaysia Zulkefly Mohamad Omar (foto) telah berjaya menyerah memorandum "Krisis Air Di Pahang" kepada Menteri Besar Pahang di Wisma Sri Pahang pagi semalam. Memorandum setebal 12 mukasurat itu telah diterima oleh Setiausaha Politik MB Pahang, Dato' Shamsuddin Nawawi. Turut serta ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang), Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (Bekas Pengerusi MRCB), Ustaz Yusof Embong (Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang), Ustaz Suhaimi Md Saad (Ketua Penerangan PAS Pahang), Siew Fook Chan (Timbalan Ketua PKR Kuantan) serta beberapa orang aktivis seperti Ustaz Yoslaidi, Huzir Sulaiman (PAS), Vijayan Velayudhan (PSM) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (Blogger Cucumatkilau). Terdahulu, kumpulan terbabit seramai lebih kurang 15 orang berkumpul di perkarangan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah sekitar jam 10.00 pagi sebelum bergerak ke pejabat MB yang terletak berhampiran. Difahamkan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob tidak dapat melayan kumpulan terbabit kerana sedang bersidang di DUN Pahang ketika itu. Memorandum turut diserahkan kepada Ketua Pembangkang di DUN Pahang, YB Leong Ngah Ngah untuk dibahaskan pada sidang DUN. Menurut Zulkefly memorandum tersebut dihantar bagi mencari jalan penyelesaian terbaik berkenaan masalah air yang semakin kritikal di negeri Pahang pada masa ini. "Rakyat Pahang hari ini menghadapi masalah bekalan air... termasuk air yang berkualiti, tercemar, kotor akibat daripada pencemaran tangan-tangan manusia sama ada dari segi sumber-sumber air yang tidak dipelihara.... dan kita melihat hari ini di Pahang sendiri juga kini menghadapi masalah air yang kritikal... Kita telah maklum di Bera.. di Pekan... di Kuantan dan Muadzam Shah.. Isu air ini tidak harus jadi masalah kepada rakyat Malaysia kerana kita merupakan negeri yang paling lembab, banyak hujan dan juga kita ada sumber bekalan air yang banyak.... Cumanya kita tidak menjaga khazanah ini kerana berlakunya pembalakan yang berleluasa dengan mengambil kawasan-kawasan tadahan air terutamanya hutan simpan.. menyebabkan krisis air berlaku", kata Zulkefly. Beliau menegaskan Soladirati Hijau merupakan salah satu NGO yang memikirkan bahawa air itu mesti dijaga untuk kelangsungan kehidupan. Sumber air ini terjejas di seluruh negara dan mereka mahu ada satu tindakan bersepadu antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri bagi menangani isu air ini dan bukannya dijadikan isu untuk menjatuhkan sebuah kerajaan negeri. "Kita tak bersetuju cara itu.. macam baru ni kita turun ke Selangor dan nampak isu air dimanipulasi untuk jatuhkan kerajaan negeri..... Kita nak supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkerjasama bukan jadikan isu air sebagai isu untuk jatuhkan mana-mana Kerajaan Negeri dengan menggunakan isu-isu yang sepatutnya diselesaikan bersama", tambah beliau lagi. Zukefly turut berpendapat bahawa isu air itu merupakan hak-hak asasi manusia yang dinyatakan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). "Rakyat di sesebuah negara mesti mendapat air bersih (bukan tercemar) dan mana-mana rakyat kalau tak dapat air mereka boleh membuat aduan.. ini ialah hak-hak asasi manusia", katanya. Zulkefly juga berkata mereka tidak mahu institusi air dikorporatkan bagi tujuan untuk cari keuntungan semata-mata. "Hari ni kita nampak banyak Kerajaan Negeri mula mengkomersialkan (dikorporatkan) jabatan-jabatan bekalan air... atau pun perbadanan air negeri masing-masing.. Tetapi apa yang berlaku bila dikorporatkan.. bukan sistem pengurusan lebih baik.. akhirnya air menjadi masalah. Di Pahang pun menghadapi masalah walau pun telah dikorporatkan (JBA Pahang jadi PAIP, Perbadanan Air Pahang Berhad) namun isu air masih tidak selesai. Kita mahu oleh kerana air merupakan sumber utama kehidupan manusia maka ia mestilah dibekalkan kepada rakyat secara kos yang paling minima bukan mengikut tarif melampau (sekehendaknya). Sekarang tarif air tidak sama antara satu-satu negeri... ada yang terlalu tinggi hingga membebankan rakyat sebagai pengguna", tambahnya. Beliau turut menyokong langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan peruntukan 20 meter padu air secara percuma kepada rakyat Selangor. "Kita mahu kerajaan-kerajaan negeri yang lain supaya berperanan memberi sekurang-kurangnya 20 meter padu macam yang Selangor berikan. Sebab jumah tersebut sesuai digunakan secukupnya untuk isi rumah. Jadi kita nak air ini tidak dikomersialkan dan kita bersetuju sebagai negara Islam.. agama juga meletakkan satu dasar bahawa air ini merupakan hak rakyat dan akan diberikan kepada rakyat serta tidak boleh dikomersialkan.. kalau boleh kerajaan meberi air percuma kepada rakyat.. tapi kita tak boleh bagi percuma sebab isunya kos yang tinggi.. jadi kita beri kos yang paling minima kepada rakyat supaya mereka boleh meneruskan kehidupan.. dan kalau ada pihak yang cuba memanipulasi isu air untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan .. kita tak mahu perkara ini berlaku... kita nak supaya isu ini diselesaikan peringkat pusat dan negeri dan kita mahu peruntukan air ini diberi secukupnya bagi keselesaan hidup rakyat", tambahnya. Zulkefly menegaskan apa yang berlaku sekarang ialah dalam belanjawan (Bajet) 2013 baru-baru ini tidak sampai beberapa bilion pun yang diperuntukkan untuk air. "Hanya beberapa juta sahaja yang diperuntukkan... jadi kalau kita benar-benar mahu mengatasi masalah air dalam negara kita... kalau kita boleh buat peruntukan RM10 bilion misalnya.. saya ingat seluruh negara boleh selesaikan masalah ini. Dalam satu jangkamasa yang pendek.. kita selesaikan.. tapi hari nii.. masalah air tidak ditangani secara baik". katanya. "Isu air ini juga ada berkaitan dengan tindakan dan kerakusan kita membawa masuk industri yang boleh mencemarkan air kita. Di Pahang ini ada isunya..ada kilang yang begitu besar iaitu Lynas yang kita semua maklum bahawa kilang ini akan mengeluarkan sisa-sianya yang mengandungi bahan radioaktif (Thorium) yang merbahaya kepada rakyat.. Dalam hal ini, tidak ada satu solution.. satu tindakan untuk menentukan dimanakah tempat nak disimpan bahan-bahan sisa ini... yang ada keputusan hari ini masih dikekalkan di Gebeng. Apa yang saya maksudkan ni..kilang Lynas juga merupakan satu kilang bukan sahaja akan menjejaskan dari segi sturktur alam sekitar kita tapi kita harus melihat sumber air yang digunakan oleh kilang ini terlalu besar (500 cubix meter sejam).. bukan sehari.. satu jam.. cuba bayangkan.. sudahah Pahang ini menghadapi masalah air yang besar kita terpaksa peruntukan air yang besar pula kepada sebuah kilang kerana ia perlukan air yang tinggi untuk memproses bahan nadir bumi. Jadi kalau berlaku krisis air ini... rakyat yang bermasalah bila ia dengan banyak dihantar ke kilang Lynas. Walau pun ada mendakwa kilang itu sediakan peluang pekerjaan tapi kami tidak nampak apa-apa manfaat kepada rakyat kerana bilangan pekerja tidak lebih dari 300 hingga 350 orang .....malah pekerja tempatan lebih kurang 150 orang sahaja.. lainnya pekerja asing. Apa yang kita lihat hari ni.. ia merupakan kilang yang rugi kepada kita .. tapi kita menerima manfaat begitu kecil dengan pengecualian cukai 12 tahun.. Di samping itu juga kita tidak nampak bagaimana Kerajaan Negeri (Pahang) boleh menguruskan sisa-sisa yang akan melibatkan ribuan tahun .. jutaan tahun untuk dilupuskan seperti mana berlaku di Asian Rare Earth (ARE) Bukit Merah Perak dulu.. ada 80 ribu tong sisa-sisa yang masih disimpan dan perlu dihapuskan di sana. Ini satu yang agak teruklah", tambah Zulkefly lagi. [Masalah air di negeri Pahang kini semakin meruncing sebenarnya. Jika dulu ia hanya melibatkan majoriti kawasan Felda, namun kini telah merebak ke kawasan bandar terutamanya di Kuantan sendiri. Banyak bukti ada sekolah-sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi yang terpaksa ditutup sementara akibat ketiadaan air. Soalnya sekarang, apakah ia ada kaitan dengan jumlah air yang terlalu besar digunakan oleh kilang Lynas?. Jika ini keadaannya, wajar benarah rakyat menolak kilang tersebut kerana ia mengganggu keselesaan kehidupan mereka. Kini, isu ini semakin menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang UMNO BN menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang. Apakah ia dapat diselesaikan segera atau BN akan mendapat undi protes besar-besaran daripada rakyat kali ini. Isu air adalah satu masaah besar yang tidak sepatutnya menjadi isu pada zaman moden ini. Jika kerajaan mendahulukan rakyat, pasti ia sudah lama berlalu. Namun, dari bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM ternyata ia tidak cukup untuk meningkatkan kualiti air di negara ini. Rakyat yang bijak boleh fikirkan sekarang!]. |
Posted: 10 Dec 2012 05:47 PM PST KUALA LUMPUR, 10 Dis - Kerajaan Persekutuan menegaskan pendirian bahawa syarikat Lynas Corporation Australia perlu mengeksport sisa yang terhasil daripada loji di Gebeng untuk memenuhi syarat lesen pengendalian sementaranya (TOL). Empat menteri kabinet dalam satu kenyataan bersama hari ini menyatakan bahawa TOL itu boleh digantung atau dibatalkkan sekiranya syarat berkenaan tidak dipatuhi. "TOL yang dikeluarkan kepada Lynas menetapkan syarat khusus bahawa syarikat Lynas perlu menghantar keluar dari Malaysia semua residu yang dihasilkan oleh LAMP. "Ini termasuk semua produk yang diperbuat daripada residu tersebut. Dalam hal ini, kabinet juga memperakukan syarat khusus tersebut. "Sekiranya Lynas gagal mematuhi syarat khusus ini, Lembaga Pelesenan Atom mempunyai kuasa bawah Seksyen 22 Akta Pelesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) untuk menggantung atau membatalkan TOL dan memerintah Lynas memberhentikan operasinya serta merta," kenyataan itu dipetik. Kenyatan itu dikeluarkan bersama oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Datuk Seri Mustapa Mohamed), Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili), Menteri Sumber Asli (Datuk Seri Douglas Unggah Embas) dan Menteri Kesihatan (Datuk Seri Liow Tiong Lai). Menurut kenyataan itu, ia dikeluarkan "berikutan laporan media yang kurang tepat mengenai penghantaran keluar residu yang dihasilkan LAMP". Walaupun tidak menamakan mana-mana laporan khusus, ia dipercayai merujuk kepada laporan yang memetik kenyataan pengarah urusan Lynas Malaysia Mashal Ahmad. Dalam laporan Guang Ming Daily, Mashal menyatakan bahawa sisa berkenaan tidak boleh dieksport disebabkan undang-undang antarabangsa yang menghalang penghantaran bahan berbahaya itu. [Bagai sudah ditakdirkan, akhirnya apa yang menjadi kemusykilan di hati rakyat kini terjawab sudah. Berbagai helah dan dolak dalih yang dibuat oleh kerajaan untuk mempertahankan Lynas kini semakin tidak menjadi apabila isu ini jadi pertikaian. Memang sebelum ini ramai yang terkejut bagaimana lesen operasi sementara (TOL) Lynas boleh diluluskan sedangkan isu sisa buangan masih belum selesai. Berbagai jawapan yang dibuat oleh menteri yang berkaitan tidak diterima rakyat. Namun, sungguh memalukan apabila media menyiarkan gambar kononnya beberapa orang penduduk diberi peluang pegang bahan nadir bumi terbabit oleh CEO Lynas, Datuk Marsyal Ahmad. Walhal mereka ditipu kerana yang dipegang itu bukanlah sisa buangan. Mereka diperbodohkan oleh Lynas dan kini akhirnya kerajaan baru tersedar bahawa mereka juga ditipu. Ke mana harus dihantar sisa buangan sekarang?. Bukankah ia mengundang risiko kepada rakyat untuk tempoh dari 10 hingga 20 tahun akan datang?. Kini, siapakah yang harus dipersalahakan?]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan