KRAI Utara |
- Tok Wakil kaki tipu: Penganjur konsert dakwa ditipu Adun RM13,500
- Cinta Sejati : Pasangan Kanak-kanak Bertunangan Kerana Saling Cinta
- Artis Veteran :Datuk Yahya Sulung, isteri kena halau dari rumah DBKL
- Abang Kejam! Lelaki India Pancung Kepala Adiknya yang Dipercayai berzina
- PECAH PUNGGUNG! Adinda Sultan Pahang, Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno!
Tok Wakil kaki tipu: Penganjur konsert dakwa ditipu Adun RM13,500 Posted: 11 Dec 2012 01:51 AM PST myMetro |
Cinta Sejati : Pasangan Kanak-kanak Bertunangan Kerana Saling Cinta Posted: 10 Dec 2012 11:37 PM PST Pernikahan anak dikutuk oleh kelompok hak asasi manusia internasional. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bahkan merekomendasikan agar saban negara mengadopsi aturan bahawa usia minimum menikah adalah 18 tahun, baik laki-laki maupun perempuan.Kami tahu, Khalid dan Hala mungkin berubah fikiran nanti, tapi apa yang kami ketahui saat ini adalah bahawa mereka sangat bahagia dan bercengkerama setiap hari.– Juma, ayah calon mempelai lelakiTetapi di Suriah, ada orangtua pihak lelaki dan perempuan sama-sama setuju anak mereka bertunangan pada usia yang sangat muda. Ini mungkin akan tercatat dalam rekod dunia kerana calon mempelailelaki, Khalid, masih berumur lima tahun.Sementara calon isterinya, Hala, masih tiga tahun. Jadi, kedua kanak-kanak itu masih dapat digolongkan sebagai anak di bawah lima tahun, biasa disingkat sebagai kanak-kanak.Orangtua kedua mempelai tidak hanya menanggapi serius, tetapi bahkan mengatur seremoni dan membelikan cincin pertunangan untuk saling bertukar layaknya calon pengantin dewasa.Kata orangtuanya, Khalid dan Hala memutuskan pertunangan itu atas kehendak bebas mereka meskipun mereka baru akan menikah setidaknya 10 tahun lagi.“Kami tahu, Khalid dan Hala mungkin berubah fikiran nanti, tapi apa yang kami ketahui saat ini adalah bahawa mereka sangat bahagia dan bercengkerama setiap hari,” ujar Juma, ayah si Khalid, kepada Gulf News. “Khalid menunggu berusia 15 tahun untuk menikahi Hala.”Dikisahkan, Khalid bertemu dan jatuh cinta pada Hala ketika sedang berlibur di Lattakia, kawasan pantai Mediterania Suriah.Khalid dipercayai angau ketika kembali ke rumahnya di kota Homs, sekitar 100 batu di utara Damaskus, ibu kota Suriah. Ia ngambek jika Hala tidak berada di dekatnya.“Khalid bilang kepada saya dan ibunya, dia ingin tinggal bersama Hala atau membawanya ke rumah di Homs,” kata Juma.Alih-alih menganggap ini sekadar cinta monyet, orangtua Khalid justru menelepon orangtua Hala untuk meminta pendapatnya.“Dia bilang, anak perempuannya menunjukkan gejala serupa kerana merasa sendiri, dan keluarganya akan sangat bahagia jika mereka bertunangan,” lanjut Juma.Khalid adalah anak tunggal setelah 20 tahun perkahwinan Juma. Saat mengalami kesulitan selama hamil, ibunya bersumpah bahawa jika anaknya lelaki, dia akan ditunangkan pada usia lima tahun dan akan menikahkannya dengan perempuan pilihannya saat anak lelakinya berusia 15 tahun.Kini, sumpah itu jadi kenyataan. Khalid, si lelaki dari Homs itu, sudah jatuh cinta di usia lima tahun. otakberita |
Artis Veteran :Datuk Yahya Sulung, isteri kena halau dari rumah DBKL Posted: 10 Dec 2012 09:03 PM PST Penderitaan pelakon veteran Datuk Yahya Sulung, 84, yang sedang sakit bertambah parah apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkannya dan isteri, Datin Alisah Ali agar mengosongkan rumah mereka, di flat Bandar Baru Sentul dekat sini.Ia berikutan kegagalan pasangan itu untuk menjelaskan tunggakan sewa rumah sejak lapan bulan lalu yang berjumlah RM800.Alisah,65, berkata, fikirannya semakin buntu selepas menerima notis berkenaan kerana dia mempunyai perbelanjaan yang terhad bagi menampung hidup.“Benar kami telah menerima notis untuk keluar daripada rumah tersebut kerana gagal menjelaskan sewa selama lapan bulan kerana mengalami masalah kewangan,” ujarnya.Alisah memberitahu dia kini menghidap kanser paru-paru.Aisah berkata, sewa bulanan rumah itu ialah RM100 dan sebelum ini dibayar daripada hasil wang bantuan Baitulmal yang diterima sebanyak RM400 sebulan serta wang pencen daripada bekas isteri Yahya yang terdahulu dalam jumlah yang sama.Katanya, disebabkan kedua-dua mereka mengalami keuzuran kebanyakan wang yang diperoleh itu digunakan bagi tujuan mendapatkan rawatan hospital selain perbelanjaan harian rumah.Ujarnya, Kesusahan yang dialami mereka itu semakin bertimpa apabila dia disahkan menghidap kanser paru-paru selepas membuat pemeriksaan selepas Hari Raya Aidiladha lalu.“Suami saya yang menghidap asma terlalu uzur sementara saya pula sering mengalami kesakitan. Tetapi syukurlah apabila salah seorang anak saudara saya yang tinggal di Setapak membantu untuk menjaga Yahya dan hal seharian,” katanya yang begitu sedih dengan ujian itu.Alisah memberitahu, dia malu untuk meminta sumbangan daripada orang ramai kerana selama ini telah banyak pihak yang menghulurkan bantuan.Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi membantu dan menyelesaikan masalah pelakon veteran itu.Ujar Zed, pihaknya akan berbincang dengan DBKL mengenai tunggakan yang tidak dibayar oleh Yahya selain menghulurkan bantuan lain sekiranya perlu.“Selalunya masalah-masalah begini kami tahu daripada pihak lain dan bukannya daripada ahli Seniman sendiri. Seperti kes Yahya, jika kami tahu lebih awal sudah tentu bantuan diberikan untuk meringankan masalah,” ujarnya.www.nescafeais.com |
Abang Kejam! Lelaki India Pancung Kepala Adiknya yang Dipercayai berzina Posted: 10 Dec 2012 05:46 PM PST New Delhi, - Biadab! Seorang lelaki di India tergamak membunuh adik perempuannya di depan publik. Dia memenggal kepala sang adik yang diduga telah berselingkuh.Lelaki itu, Mehtab Alam bahkan berjalan kaki menuju balai polis di kota Nadial, Kolkata, India Utara untuk menyerahkan kepala adiknya, Nilofer Biwi beserta sebilah pedang yang digunakannya untuk membunuh mangsa.Polis setempat menyatakan, orangtua Nilofer telah melaporkan hilangnya puteri mereka ke polis setelah dia kahwin lari dengan seorang penarik beca . Alam kemudian menemukan bahwa adik perempuannya yang merupakan ibu dari dua anak itu, tinggal bersama tukang beca tersebut.Alam pun mendatangi rumah lelaki tersebut. Dia kemudian menyeret adiknya ke jalan dan di depan orang-orang yang melintas di jalan tersebut, Alam memenggal kepala Nilofe dengan sebilah pedang.Ketua polis , Alam mengaku tak boleh mengendalikan amarahnya kerana sang adik telah membuat malu keluarga. Saat ini Alam masih mendekam di penjara menunggu kesnya di mahkamah.(ita/nrl) |
PECAH PUNGGUNG! Adinda Sultan Pahang, Ahli Parlimen Jerantut Keluar Umno! Posted: 10 Dec 2012 07:18 AM PST TERKINI!Ahli parlimen Jerantut, Pahang yang juga merupakan bekas timbalan menteri pengangkutan di era pemerintahan rejim bekas perdana menteri kelima, Abdullah Ahmad Badawi, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar mengisytiharkan dirinya keluar Umno berkuat kuasa semalam.Dalam satu laporan yang dipetik melalui akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai, Tengku Azlan yang merupakan adinda kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pernah mengisyaratkan bahawa dirinya tidak akan bertanding semula mempertahankan kerusi parlimennya kira-kira dua bulan lalu menerusi satu temubual bersama sebuah akhbar berbahasa Melayu ketika itu.Peliknya, tiada satu pun akhbar berbahasa Melayu mahupun Inggeris kawalan rejim Zionis Umno menyiarkan berita yang memalukan Umno Pahang ini.Tengku Azlan merupakan antara veteran Umno negeri yang awal-awal lagi bertindak keluar dari parti reput itu dipercayai tidak berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, Najib Altantuya yang dianggap gagal memulihkan Umno yang semakin berpecah akibat kelemahan pentadbirannya sendiri.Maklumat ini diperolehi menerusi satu mesej di Twitter milik Naib Presiden KEADILAN yang juga ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang menghantar foto keratan akhbar itu semalam.Siapa yang akan menggantikannya sebagai calon parlimen mewakili BN dalam pilihanraya umum akan datang telah pun dikenal pasti, sehingga tujuh nama disenaraikan antara pemimpin Umno bahagian tersebut.Namun, nama ADUN Pulau Tawar, Ahmad Shukri Ismail (gambar bawah) disebut-sebut bakal diketengahkan menggantikan Tengku Azlan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum akan datang tetapi beberapa skandal tempatan yang terpalit ke atas dirinya seperti isu penjualan tanah rizab Melayu di bandar Jerantut kepada takue Cina turut menenggelamkan namanya.Dia juga dikatakan hampir pasti tidak akan dicalonkan semula mempertahankan kerusi DUN Pulau Tawar dan kunun merasakan dia bakal dipilih menjadi calon parlimen menggantikan Tengku Azlan.Selain Ahmad Shukri, seorang lagi pemimpin Umno yang juga ADUN Tahan, Wan Amizan Wan Abdul Rahman yang juga disebut-sebut menggantikan Tengku Azlan nampaknya bakal berputih mata apabila juga terperangkap dalam skandal peribadi dan dipercayai mengancam akan keluar Umno dan menyertai KEADILAN sekiranya tidak dicalonkan semula mempertahankan kerusinya.Tengku Azlan menewaskan Hamzah Jaafar dari PAS dengan majoriti tipis 1,946 undi dalam pilihanraya umum lalu setelah memperolehi 19,543 undi berbanding Hamzah yang memperolehi 17,597 undi.Pada pilihanraya umum 2004, Tengku Azlan menang besar dengan majoriti 8,457 undi menewaskan calon yang sama yang ketika itu cuma memperolehi 12,892 undi.Sehari sebelum hari penamaan calon pada 8 Mac 2008 lalu, satu kejadian tanah mendap berlaku dan Tengku Azlan telah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi sebagai ahli parlimen Jerantut dalam pilihanraya itu dalam satu majlis rasmi parlimen di DUN Damak berhampiran dengan tempat kejadian. Bagaimanapun setelah didesak Abdullah Badawi, akhirnya Tengku Azlan bersetuju juga menjadi calon dan menang dengan majoriti tipis.Namun kali ini Tengku Azlan menolak bulat-bulat walaupun diminta Najib Altantuya dan apabila keinginannya ditolak, maka beliau mengisytiharkan keluar Umno semalam.Dalam satu temubual bersama akhbar tabloid berbahasa Inggeris, The Malay Mail pada Mac lalu, Tengku Azlan sebenarnya bimbang beliau akan kalah sekiranya dicalonkan semula bertanding kerana tidak berpuas hati dengan Najib Altantuya yang mengabaikan kawasan parlimennya sejak mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi pada April 2009.JALAN PULANG |
You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan