Pahang Daily Online |
Panas: Potong Telinga, MB Pahang Dakwa Kenyataan Beliau Semalam Hanya Sekadar Kiasan Semata-Mata! Posted: 01 Dec 2012 12:06 AM PST KUALA UMPUR, 1 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) hari ini menafikan beliau sedia membenarkan telinganya dipotong jika DAP menang di Bentong pada Pilihnaraya Umum Ke-13 nanti. Adnan sebaliknya menyatakan apa yang diungkapkan kepada media semalam hanyalah "kiasan" semata-mata untuk membuktikan tahap keyakinan beliau bahawa BN akan tetap utuh mempertahankan kerusi tersebut. Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), selepas isu ini kecoh. Banyak blog, portal berita internet, laman sembang sosial facebook, twitter dan sebagainya membicarakan kenyataan MB Pahang itu. Malah ada pihak yang mendesak Adnan menarik balik kenyataan celupar tersebut. "Anda tahu kiasan? Dalam bahasa Inggeris kita ada pengucapan kiasan. Kita ada perumpamaan, kita ada metafora, kita ada hiperbola.. "Jadi apabila saya kata 'potong telinga saya', itu bermakna (Pakatan) tidak akan menang. Itu menunjukkan tahap keyakinan. "Ia bukannya jika kami (tewas) mereka (Pakatan) boleh ambil pisau dan potong telinga saya secara harfiah. "Bukan, ini adalah pengucapan kiasan iaitu bahasa perumpamaan supaya orang-orang ini belajar bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita di hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO ke-66 hari ini. Walau pun Adnan dilihat cuba untuk "cover" semula kenyataan beliau itu, namun imej beliau tetap tercalar sebenarnya. Malah di laman sembang sosial facebook kini heboh pula diperkatakan, malah ada pages yang dibuat khas untuk jalankan kempen "Potong Telinga Adnan" kini hangat disebarkan. Persoalannya, wajarkah seorang pemimpin yang bertaraf Menteri Besar seperti beliau boleh berrcakap begitu?. |
Panas: MB Pahang Di Gesa Menarik Balik Kenyataan Rela "Potong Telinga" Jika DAP Menang Di Bentong ! Posted: 30 Nov 2012 08:33 PM PST KUANTAN, 1 Dis - Orang ramai yang ditemui disekitar bandar ini terkejut dan meluah perasaan kecewa dengan kenyataan "kontroversi" yang dibuat oleh Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) kononnya beliau rela potong teling beliau jika parti DAP menang di Bentong pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Adnan bercakap demikian kepada media semasa ditemubual oleh wartawan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. "... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," kata Adnan. Kenyataan beliau itu benar-benar terkesan di hati rakyat negeri ini dan masing-masing menganggap Adnan tidak wajar bercakap begitu dikala senario politik hari ini. "Jika dulu, Adnan atau mana-mana pemimpin UMNO boleh bercakap sombong dan bongkak seperti itu.. tapi hari ini mereka jangan jangan cakap sebarangan...bak kata pepatah ..kerana putut santan binasa.. kerana mulut badan binasa", kata seorang bekas penyokong kuat UMNO di sini. Kenyataan Adnan ini seolah-olah beliau terlalu yakin yang BN masih diterima sepenuhnya oleh rakyat, sedangkan hakikat yang berlaku kini majoriti rakyat mahukan perubahan sebenarnya. Ramai rakyat yang gusarnya dengan kenyataan Adnan itu, mereka takut apa yang diperkatakan Adnan benar-benar berlaku. "Apakah Adnan akan menunaikan janji beliau jika DAP menang di Bentong kelak?", tambah beliau lagi. Justeru beliau menasihakan Adnan supaya "berpijak dibumi yang nyata" dan usah terlalu taksub dengan kuasa yang ada. "Jangan sampai dimurkai Allah.. sudahlah pentadbiran beliau sekarang tidak berlandaskan Islam.. cakap besar pula kononnya tidak boleh dikalahkan. Adnan perlu ingat, parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang merupakan kubu kuat BN sejak zaman berzaman itu pun akhirnya berkubur pada PRU-13 yang lalu.. maka usahlah mendabik dada dan menongkat langit seolah-olah BN terlalu sukar untuk dikalahkan..Saya menggesa Adnan menarik balik kenyataan itu.. jika tidak mahu memakan diri satu hari nanti ", tambah beliau lagi. [Seseorang pemimpin yang tidak melaksanakan hukum Allah atas muka bumi ini bila bercakap celupar, sombong dan bongkak bermakna mereka ini pasti akan mendapat kemurkaan Allah. Adnan harus ingat UMNO bukan parti yang mendaulahkan Islamiah di Malaysia ini. UMNO hanya parti Melayu yang berteraskan sekularisme dan bertuhankan undang-undang penjajah barat ciptaan manusia. Makanya, setiap pemimpin Melayu yang berjuang dalam UMNO tidak perlu mendabik dada kononnya mereka adalah pejuang Islam, sedangkan mereka sendiri hidup dalam dunia hipokrit yang penuh dengan tipu daya dunia. Mereka ini tidak sedar di mana berada dan Adnan juga harus ingat tatkala beka MB Selangor, Khir Toyo menghina Majlis Daerah Hulu Selangor dengan menghadiahkan Yang Di Pertuanya dengan sebatang penyapu yang cukup hina, akhirnya di mana MB tersebut. Bukan di akhirat malah di dunia lagi dia kini terhina dek kedurjanaan sendiri. Oleh itu, usahlah Adnan terlalu angku, riak, takabur, taksub dengan kuasa yang ada. Allah melihat apa yang dikerjakan hambanya atas muka bumi ini. Lakukanlah perubahan demi Islam serta keadilan]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan