KRAI Utara |
- Oh! Kemaluan lelaki di simbah asid ekoran perkosa gadis belasan tahun!
- Oh! Gadis penari balet bunuh diri akibat pengaruh laman web bunuh diri
- Oh! Hishammuddin lu boleh letak jawatan laaa ni jugak!
Oh! Kemaluan lelaki di simbah asid ekoran perkosa gadis belasan tahun! Posted: 30 Nov 2012 10:24 PM PST GEORGE TOWN - Gara-gara memperkosa gadis bawah umur, kemaluan seorang lelaki disimbah asid oleh ahli keluarga mangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jelutong petang semalam.Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Nasir Salleh berkata polis menahan seorang lelaki berusia 30 tahun pada hari yang sama dan sedang mengesan beberapa orang lagi yang terlibat."Lelaki berusia 18 tahun itu kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata kejadian itu bermotifkan dendam susulan terdapat ahli keluarga mereka yang berusia 16 tahun diperkosa lelaki terbabit dalam sebuah tandas pasar raya di pusat bandar pada Rabu minggu lepas.Difahamkan lelaki dan gadis berkenaan berkenalan di laman sosial Facebook sebelum berjumpa di pasar raya berkenaan.Nasir berkata lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Sementara itu, ahli keluarga gadis berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. - Bernama |
Oh! Gadis penari balet bunuh diri akibat pengaruh laman web bunuh diri Posted: 30 Nov 2012 09:27 PM PST TRIBUNNEWS.COM, LONDON -Seorang gadis remaja berusia 15tahun, bunuh diri dengan berbaring di rel keretapi, setelah ia terpengaruh mengunjungi situsyang mempromosikan perilaku menyiksa diri dan bunuh diri. Rosie Whitaker (15) yang merupakan seorang penari baletberbakat, merupakan seorang gadis yang bahagia, dengan kehidupan normal, hingga pada awal tahun ini setelah ia divonis menderita penyakit gangguan makan, bulemia. Kepada ibunya, ia pernah menceritakan bahawa dirinya kerap menyakiti dirinya sendiri, dan kerap mengunjungi situs-situs yang semakin membuatnya terpengaruh, sebelum ia menemui ajalnya di bulan Jun lalu, di dekat rumahnya yang berada di Beckenham, London. Ia menyerahkan nyawanya kepada kereta yang melintas di dekat Stesyen Pancras, London. Saksi mengatakan mereka melihat Rosie berbaring di rel dekat stesyen Junction Beckenham ketika kereta api meluncur.Masinis kereta, Andrew Pagram mengatakan dia melihat sesuatu jatuh ke atas rel, namun ia fikir itu hanya seonggok kantong plastik, sehingga ia tidak menginjak remnya. "Ia muncul ketika sekitar dua atau tiga detik berjalan ke arahnya. Sayamenginjak rem setelah saya menyedari apa yang terjadi. Saya masih mengingat dengan jelas wajah gadis itu yang menatap lurus ke arahku" katanya.Tallulah Wilson, seorang teman Rosie, mengatakan, sahabatnya itu sempat berkunjung ke sebuah web yang mempromosikan kegiatan menyakiti diri sendiri dan anoreksia.Vanja Whitaker, ibunda Rosie, dalam pemeriksaannya mengatakan, tidak menyangka anaknya melakukan tindakan tak berakal sihat itu."Ia adalah seseorang yang perfeksionis, sangat serius dalam sekolahnya, dan ia merupakan orang yang boleh membuat orang di sekitarnya tertawa, dan tak suka menghakimi siapapun," katanya."Dia peduli dengan orang lain, dan menyukai pekerjaan sosial. Saya pernahmelihatnya melakukan tindakan yang menyakiti dirinya sendiri. Dia meminta maaf dan berjanji untuk tidak pernah melakukannya lagi," lanjutnya.Dia mengatakan bahawa puterinya telah dirujuk ke unit spesialis anoreksiaremaja di Rumah Sakit King College di London selatan.Pascakematian Rosie, keluarganya mengatakan dalam sebuah pernyataan di bulan Jun , bahawa mereka menyesalkan adanya situs dan komuniti dunia maya yang mempromosikan tindakan menyakiti diri sendiri dan bunuh diri. "Kami berharap kematian tragisnya, menjadi sebagai peringatan bagi anak-anakyang mudah dipengaruhi lainnya dan orangtua mereka bahwa situs tersebutmenimbulkan risiko serius." (dailymail) |
Oh! Hishammuddin lu boleh letak jawatan laaa ni jugak! Posted: 30 Nov 2012 08:55 AM PST Musa hassan buat pendedahan lagi Bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Musa Hassan menggesa supaya statistik jenayah disahkan secara bebas kerana sesetengah kes mungkin salah dikelaskan.Bercakap dalam sidang akhbar semalam, Musa berkata, pada tahun 2007, beliau telah memulakan siasatan terhadap polis daerah Sentul selepas data rasmi menunjukkan jenayah berkurangan di kawasan itu."Saya tidak percaya jenayah berkurangan (di Sentul), jadi saya minta pegawai saya (dari bahagian tatatertib untuk memeriksa) dan mendapati terdapat banyak kesilapan dalam mengklasifikasikan laporan," katanya.Dalam kes Sentul, Musa (kanan) berkata, percanggahan dalam angka terbabit selepas siasatan dibuat ialah antara 20 dan 30 peratus.Ditanya sama ada beliau percaya kesilapan mengklasifikasi laporan polis boleh berlaku, Musa menjawab: "Sudah tentulah, jika anda tidak menyemaknya."Sebelum persaraannya, Musa berkata, pentadbirannya mendapat geran kerajaan yang telah digunakan untuk membiayai kajian Universiti Sains Malaysia terhadap statistik jenayah, tetapi kini beliau tidak lagi tahu mengenainya.Musa memberitahu demikian dalam sidang akhbar mengenai statistik jenayah yang dianjurkan oleh Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch). Musa adalah penaung pertubuhan itu. |
You are subscribed to email updates from KRAI Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan