Muslimeen United |
- Jangan Berikan Kepercayaan Kepada UMNO Yang Kini 'Desperate'
- Peristiwa berdarah di Gombak kesan PAU12 – Mat Sabu
- Penjelasan dari Samseng UMNO tentang keganasan di Gombak (Video Inside)
- Inilah Wajah-Wajah Ahli PAS Yang Sertai Umno Di Kedah
- Mengenali Abdul Hadi Awang
- PAU 2012 : Najib gelar menteri UMNO 3 ekor [monyet]
- Vedio & Gambar : Ceramah Merdeka Rakyat Diganggu Seorang Cedera Ditikam
Jangan Berikan Kepercayaan Kepada UMNO Yang Kini 'Desperate' Posted: 05 Dec 2012 06:22 AM PST Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini. UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi. Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai'ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN. 'Initiative' yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO. Jika berbai'ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan Bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakkan saudara-saudara itu tidak mungkin salah. Kenapa sampai bersumpah? Kalau parti itu (UMNO) kuat dan mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Bahagian tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah cukup untuk menyatakan dengan 'conclusive' UMNO dalam kesempitan. "Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja" kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama. Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu, "satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu". Kata perpatah 'bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di dengar-dengar'. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. "Chua Soi Lek pula berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang Cina". Apa maknanya semua ini? Kata-kata ini sahaja sudah menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO pula ke hilir. Dalam bercakap dengan gegaran tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh di capai oleh BN. UMNO memusuhi DAP seolah-olah kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan meletakkan lima puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini. Lagi pun, adalah di perkatakan yang di antara lima puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu. UMNO sekarang ini sedang kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada yang tinggi dalam PAU baru-baru ini. Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara. Hanya saya ingin mengingatkan parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di sebut selalu sebagai 'national unity' ini. Perjuangan ini merupakan perjuangan 'ultimate' rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum semata-mata kerana sikap 'desperado' mereka dalam politik kepartian yang jumud dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini. Apa yang perlu sekarang hanyalah kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza. Rakyat wajar melakukan perbezaan ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO. Kita perlu menolak isu rasis terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang. -aspanalias |
Peristiwa berdarah di Gombak kesan PAU12 – Mat Sabu Posted: 05 Dec 2012 06:19 AM PST KUALA LUMPUR: Serangan terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi merupakan kesan daripada Perhimpunan Agong Umno ke 66 dan barangkali adalah muqaddimah ke peristiwa 13 Mei yang digempar-gempurkan semula Umno. "Ini adalah kesan PAU dan muqaddimah 13 Mei," kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Harakahdaily tengahari tadi. Serangan malam tadi termasuk ke atas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera di bahu dipercayai ditikam dengan objek tajam. (Antara kumpulan samseng yang membawa berdera BN dalam kekecohan di Gombak malam tadi) Ia berlaku ketika sekumpulan samseng yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini kira-kira jam 9.30 malam tadi. Kejadian itu memaksa pihak polis dan beberapa anggota FRU berkawal di tapak ceramah berkenaan. (Kesan dari keganasan malam tadi) Mohamad berkata polis harus menunjukkan kewibawaan dengan menyiasat insiden itu dengan serta merta. "Jangan ikut telunjuk Umno," itulah pesanan beliau kepada polis. -Hrkh |
Penjelasan dari Samseng UMNO tentang keganasan di Gombak (Video Inside) Posted: 05 Dec 2012 06:18 AM PST Laporan dari media pro UMNO mendakwa dalam keganasan yang telah berlaku di ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak semalam 4 orang penyokong UMNO/BN telah cedera. Antara yang dilaporkan cedera itu termasuklah salah seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Batu 10 Gombak Mohd Faizaruddin telah mengalami kecederaan di bahagian kepala. Kejadian tersebut berlaku setelah berlaku pertembungan program di antara pihak Pergerakan Pemuda UMNO dan PKR yang masing-masing menganjur di lokasi yang sama di Batu 8 Gombak Selangor. Program Ceramah anjuran PR itu telah dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi beberapa Pimpinan PR termasuklah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan Setiausaha PAS Gombak Khairul Fahmi. Manakala Program Pergerakan Pemuda UMNO yang berlangsung di hadapan Ceramah parti lawan dipimpin oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gombak Datuk Megat Zulkarnain. Ianya juga disertai Pergerakan Wanita UMNO Bahagian berkenaan. Berikut adalah cerita dari samseng UMNO yang cedera itu.. Dia kata UMNO pun ada program kat situ, bila DSAI datang diaorangpun menerpa untuk melihat suasana.. Dah ada program sendiri apahal pulak nak menyibuk dengan program Pakatan Rakyat?.. teruskanlah program korang tu.. Mungkin provokasi terhadap program Pakatan Rakyat itu sebenarnya adalah program mereka.. sebabnya banner di bawah ni bukannya boleh dicetak dalam masa lima minit.. |
Inilah Wajah-Wajah Ahli PAS Yang Sertai Umno Di Kedah Posted: 05 Dec 2012 06:15 AM PST Inilah wajah-wajah ahli PAS di Kedah yang sertai Umno. Bebudak mana yang mahadzir Khalid kutip untuk berlakon ni? Kalau nak tipu biarlah nampak real, ini tidak main tangkap muat je.. Semasa PAU12, kononnya ada khabar angin bekas pimpinan PAS akan sertai Umno namun tidak menjadi kenyataan. Mohon PAS Cawangan Kampung Genting Palas Kuala Nerang buat pencerahan,, betui ka bebudak diatas tu ahli/anggota PAS, tengok sekali pandang macam budak baru habis exam SPM aja.. Mohon PAS Cawangan Kampung Genting Palas Kuala Nerang buat pencerahan,, betui ka bebudak diatas tu ahli/anggota PAS, tengok sekali pandang macam budak baru habis exam SPM aja.. |
Posted: 04 Dec 2012 10:06 PM PST Masa depan adalah milik mereka yang telah mempersiapkan diri untuknya dari saat ini - peribahasa Afrika Mukadimah YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang tokoh dengan permulaan latar belakang yang biasa. Beliau dilahirkan dan dibesarkan dalam sebuah keluarga ulama di Kampung Rusila berhampiran pantai Marang, Terengganu; sebuah kampung nelayan yang membentuk diri beliau hari ini. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam Sains Politik Islam di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau adalah Menteri Besar Terengganu bagi tahun 1999-2004 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang serta Ahli Parlimen Marang sejak beberapa dekad yang lalu. Beliau kini merupakan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Tokoh ulama dan negarawan Di peringkat tempatan, beliau tidak perlu diperkenalkan lagi. Di sebalik kepadatan jadual beliau untuk berkhidmat kepada rakyat kawasan beliau yang terdiri dari golongan berpendapatan sederhana dan memimpin parti dalam landskap politik yang sentiasa berubah, setiap orang pasti bersetuju bahawa beliau mesra dengan semua orang. Haji Hadi, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Ayah Chik' dalam kalangan keluarga dan penduduk kampung, begitu bersemangat menjalani rutin seharian beliau sebagai seorang ulama dan pemimpin masyarakat. Hari Jumaat adalah masa terbaik untuk bertemu dengan beliau. Beliau akan mengimami solat Subuh dan menyampaikan kuliah dan khutbah Jumaat di Masjid Kampung Rusila, sebuah masjid yang dibina di dalam kawasan rumahnya. Beliau dikenali ramai kerana pengajaran dan penulisan beliau dalam pemikiran Islam kontemporari, merangkumi subjek kepercayaan ('aqidah), tafsir dan hadith, fiqh ibadat ('ibadah), urusan perniagaan (mu'amalat), kanun keseksaan (jinayat) dan politik (siyasah). Beliau sangat terkenal satu ketika dahulu, di mana semua khutbah dan tulisan-tulisannya direkodkan di dalam kaset dan video dan ditulis di dalam buku sehingga tercetusnya Fenomena Haji Hadi pada tahun 80-an, populariti yang terus dikecapi sehingga ke hari ini, setara dengan fenomena Ustaz Azhar Idrus dalam kalangan gen-Y masa kini dalam rangkaian Youtube dan Facebook. MB Terengganu Pencapaian beliau semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganu juga memberangsangkan. Walaupun dinafikan royalti petroleum seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum Tahun 1974, ia bukanlah alasan untuk beliau mengabaikan kesejahteraan negeri. Antara pencapaian beliau adalah dalam sektor pendidikan (pengukuhan kedua-dua institusi pendidikan formal dan informal dalam negeri); institusi zakat yang adil (pungutan zakat yang lebih tinggi antara tahun 2000-2004 dengan jumlah pungutan sebanyak RM122.4juta berbanding tahun 1990-1999 di bawah pentadbiran UMNO tahun dengan jumlah kutipan hanya sebanyak RM85juta), reformasi tanah (pengurangan premium caj tanah dari 20% ke 10% dan melebihi sasaran untuk menyelesaikan 50,000 tunggakan kes pertikaian tanah setiap tahun); Ketelusan dalam aktiviti pembalakan (premium RM60.6juta untuk 15,000ha pada tahun 2003 berbanding dengan premium sebanyak RM17.9juta untuk jumlah hektar yang sama semasa pentadbiran UMNO tahun 1997), pengurangan kadar kemiskinan dari 17.3% ke 14%; Pengenalan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga-peniaga kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang-Undang Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Di peringkat antarabangsa pula, beliau yang digelar Syeikh Abdul Hadi, adalah seorang tokoh besar dalam dunia komuniti Islam kerana pandangan beliau dalam isu keamanan dan demokrasi serta pemikiran beliau dalam bidang pendidikan dan pembangunan umat Islam. Penglibatan beliau di peringkat antarabangsa bermula sejak di zaman universiti di Madinah dan Kaherah, dan beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Komuniti Islam Antarabangsa (Coordination of International Muslims Community), yang berpangkalan di Istanbul; Jawatankuasa Pengharmonian Mazhab (Committee of Mazhab Harmonisation), yang berpengkalan di Tehran; dan Jawatankuasa Antarabangsa Kebebasan Al-Aqsa (Committee of Al-Aqsa Freedom). Selain itu beliau turut terlibat dalam beberapa krisis kemanusiaan dan krisis merentas sempadan seperti di Afghanistan, Bosnia, Iraq, Yaman, dan Mesir, serta di rantau Asia seperti di Acheh, Mindanau, Patani dan Myanmar. Seorang nelayan semula jadi Di sebalik semua pencapaian ini, beliaa adalah seorang nelayan secara semula jadi. Beliau suka memancing, meneroka laut ketika cuaca tidak menentu dan air pasang, menemui horizon baru dalam landskap yang sentiasa berubah, dan penuh yakin dengan penyerahan mutlak kepada Yang Maha Berkuasa. Dia tidak banyak berbeza ketika beliau di daratan. Dalam gembar-gembur isu Perdana Menteri, beliau secara berseloroh berkata, "Sebagai seorang pemimpin yang mendapat tarbiah Parti Islam, saya tidak boleh meminta untuk dilantik ke sesuatu jawatan. Apa yang paling penting, kita mesti terlebih dahulu mesti memperoleh kemenangan (dalam pilihan raya umum ke-13). Saya tidak keberatan untuk kembali menjadi seorang nelayan." Saya bersetuju, kita hanya akan menyeberang sesebuah jambatan hanya apabila kita sudah menghampirinya. Walau bagaimanapun, yang paling membimbangkan saya bukanlah jambatan terhampir, tetapi jambatan-jambatan lain di masa hadapan. Satu cabaran bagi pemimpin masa hadapan PAS; dan langkah-langkah yang penting mesti bermula dari saat ini. * Syahir Sulaiman adalah EXCO Pemuda PAS. Beliau menyokong Negara Berkebajikan. Tulisan sala dalam Bahasa Inggeris ini diterjemah oleh Mohamad Yahya. |
PAU 2012 : Najib gelar menteri UMNO 3 ekor [monyet] Posted: 04 Dec 2012 02:49 PM PST |
Vedio & Gambar : Ceramah Merdeka Rakyat Diganggu Seorang Cedera Ditikam Posted: 04 Dec 2012 02:24 PM PST Pemuda Umno cuba menganggu ceramah Merdeka Rakyat di Gombak Provokasi Pemuda Umno dengan memasang bendera BN Gangguan samseng Umno terhadap aktiviti Pakatan tidak pernah ada kesudahan Cedera dibahu akibat tusukan benda tajam Kesan tikaman oleh samseng Umno Anggota FRU yang dikerah untuk mengawal keadaan Sebahagian orang ramai yang mahu mendengar ceramah tetapi diganggu GOMBAK 5 DISEMBER: Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi. Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN. Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini. Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah. Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu. "Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!" katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan. "Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak," katanya dengan nada tegas. Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan. "Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka. Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan" katanya.-KD |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan