Muslimeen United |
- PAU 2012: PAS yakin Pakatan menang besar PRU13
- Lautan Manusia Membanjiri Kebangkitan Rakyat Johor
- Guru dipecat dakwa dapat borang Umno
- Hanya 11 % yakin BN dapat 2/3, 89 % undi PAS
- PERHIMPUNAN PERGI TANPA PAHALA, BALIK MENAMBAH DOSA
- [VIDEO] Saksikan Saat Sewaktu Pintu Kaabah Dibuka
- Ini Perbezaan Antara Muktamar PAS Dan Perhimpunan Agong Umno
- Alahai Bank Islam.. ketika ummat Islam boikot McD.. dia pulak promote McD..
PAU 2012: PAS yakin Pakatan menang besar PRU13 Posted: 03 Dec 2012 01:09 AM PST KUALA LUMPUR: PAS yakin dengan perkembangan yang berlaku dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 (PAU 2012) minggu lepas, Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar dalam pilihan raya umum akan datang. "Memang nampak tak bergaduh, tak berbangkit isu peranan Rosmah dan tak berbangkit isu pertembungan Najib dan Muhyiddin kerana ia sudah diarahkan agar tidak dibangkitkan. "Ini dilakukan Umno melalui taklimat yang dibuat sebelum PAU 2012 ini," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya hari ini. Katanya, sebelum mengadakan PAU, mereka mengadakan taklimat terlebih dahulu dan untuk memastikan apa yang dibolehkan diucap dan yang tidak boleh diucap. Malah katanya, soal yang berkaitan dengan presiden Umno dan timbalannya termasuk juga kritikan berkaitan FGVH, Scorpene dan NFC tidak boleh disentuh. "Mereka diberi amaran, jangan sentuh kerana akan menyukarkan pimpinan untuk memberi penjelasan. "Cuma mereka hanya menjadikan PAU sebagai medan menyerang Pakatan Rakyat termasuk individu dalam Pakatan Rakyat," katanya dalam pertemuan eksklusif dengan Harakahdaily dan Harakah di Pejabat Harakah, di sini hari ini. Mustafa juga percaya, para perwakilan sudah 'dipandu' terlebih dahulu, sebab itulah tidak kedengaran ucapan mereka bercanggah antara satu sama lain dalam PAU. Bagaimanapun, beliau tidak menolak masalah sebenar yang melingkari Umno akan berlaku semula apabila waktu pemilihan calon yang muktamad untuk bertanding dalam PRU13 nanti. "Ini pasti berlaku, kerana ia sudah menjadi 'track record' Umno setiap kali menjelang pilihan raya," katanya. Mengulas lanjut pandangannya terhadap PAU yang berakhir Sabtu lepas, Mustafa berkata, semangat yang dilaungkan oleh Umno di akhir ucapan penangguhan presidennya itu tidak boleh dijadikan ukuran bahawa Umno akan terus mengecapi kemenangan dalam pilihan raya umum nanti. Tambahnya, semangat yang hanya berlegar di kalangan pimpinan Umno sahaja tidak memberi kesan kepada pilihan raya kerana kemenangan sesebuah parti itu terletak pada rakyat. "Kesan itu sampai ke PRU tidak mungkin sebab akan tentukan siapa menang atau kalau adalah rakyat. Pekerja Umno naik semangat sahaja, yang tentukan adalah rakyat. "Mereka kena sedar 'mood'rakyat untuk ke arah perubahan masih kekal. Naik semangat hanya fenomena sementara," katanya. -Hrkh |
Lautan Manusia Membanjiri Kebangkitan Rakyat Johor Posted: 03 Dec 2012 01:09 AM PST Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam kelmarin. Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini. Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat. Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas. Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS. Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu. Oleh : Umar /nusajayakini Main sentimen Melayu tapi tanah dipijak milik 'Umno' – Anwar |
Guru dipecat dakwa dapat borang Umno Posted: 03 Dec 2012 01:08 AM PST Guru tersebut, Qatrun Nada Mohd Latfi juga mendakwa bahawa dalam perbualan telefon tersebut, beliau dinasihatkan bahawa sebagai kakitangan kerajaan beliau hanya boleh bergiat aktif dalam parti Umno.Beliau mendakwa borang itu dihantar secara serahan tangan pada 11 Oktober, dua hari selepas beliau 'dinasihati' pemimpin Umno berkenaan yang juga seorang senator Dewan Negara. Beliau bagaimanpun tidak mengisi borang itu dan menerima notis pemecatan pada 24 Oktober dan berkuatkuasa 1 Disember lalu. Sementara itu, pemimpin Umno yang didakwa oleh Qatrun sebagai pemangku Ketua Umno Labuan, Senator Datuk Yunus Kurus, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau yang menghantar borang keahlian tersebut kepada bekas guru berkenaan. Bagaimanapun, beliau mendakwa, ia dihantar atas permintaan Qatrun sendiri. Yunus juga mengakui ada menelefon Qatrun selepas mendapat laporan bahawa seorang guru agama sementara JAWI yang berkempen untuk PAS. Bagaimanapun, katanya, beliau berbuat demikian sebelum JAWI mengambil tindakan memecat Qatrun. "Saya telefon dia tanya betul ke dia masuk PAS. Dia boleh ketawa-ketawa lagi. Saya cakap itu (masuk mana-mana parti) hak kamu. "Dia minta borang saya kasilah," katanya. Penyelaras NGO hak asasi manusia Suaram, Syukri Razab yang menemani Qatrun berkata siri kejadian yang berlaku sebelum Qatrun dipecat mengesahkan pemecatan itu bersifat politik. Menurutnya, sebab pemecatan itu yang dipercayai berkaitan dengan kehadiran Qatrun ke ceramah pembangkang bercanggah dengan hak asasi manusia untuk berpersatuan. Mengulas perkara itu, Yunus menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuang Qatrun dari tugasnya kerana perjawatan beliau terletak di bawah bidang kuasa JAWI. "Bukan saya yang buang. Saya tiada kuasa untuk membuang sesiapa," katanya. Beliau turut menafikan dakwaan Qatrun bahawa beliau menyatakan hanya pekerja kerajaan dengan keahlian Umno sahaja boleh berpolitik. "Tidak ada semua (kenyataan) itu. Itu temberang sahaja," kata Yunus. Beliau turut menggesa Qatrun menghubunginya sendiri jika Qatrun berkata benar dengan dakwaan-dakwaannya tentang pemecatan itu. -M'kini |
Hanya 11 % yakin BN dapat 2/3, 89 % undi PAS Posted: 02 Dec 2012 03:05 PM PST (Keputusan bancian antara PAS dan Umno)) KUALA LUMPUR: Hanya 11 peratus dari pembaca laman web Sinar Harian Online yakin Barisan Nasional (BN) akan menguasai kembali 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum akan datang. 89 peratus dari pembaca mereka pula memilih PAS dalam pilihan raya umum akan datang berbanding Umno. Inilah dua keputusan yang dicapai melalui bancian yang dibuat oleh Sinar Harian hari ini. (Bancian tentang majoriti 2/3 oleh Sinar) Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang jika ahli Umno bersatu. Dalam bancian pertama, Sinar Harian bertanya, "Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU 13?" Peserta bancian itu menjawab, Saya yakin 11 % (117), Saya tidak yakin 82 % (862) dan saya tidak pasti 6 % (67). Keputusan ini dicapai ketika jumlah yang menyertai bancian ini adalah 1046. (Bancian tentang sokongan antara BN dan PR) Dalam satu lagi bancian, Sinar bertanya, "Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika ada seorang pengundi, parti pilihan anda?: PAS 89 % (918), Umno 11 % (115). Peratusan ini dicapai ketika jumlah peserta bancian ini adalah 1033 peserta. Dalam bancian yang dibuat oleh Sinar juga, 88 peratus (951) pesertanya memilih Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional hanya 12 peratus (129). Keputusan ini dicapai ketika jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam bancian ini adalah 1080 orang. -Hrkh |
PERHIMPUNAN PERGI TANPA PAHALA, BALIK MENAMBAH DOSA Posted: 02 Dec 2012 03:05 PM PST BERPEKIK melalak segala juak-juak mereka di dalam satu perhimpunan. Bermula dengan Presiden, Timbalan Presiden juga anak jantan muda dan betina, kesemuanya melolong bagai histeria. Gegak gempita PWTC dibuatnya umpama lembu kena penyakit 'lembu gila'. Tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin tunjukkan bahawa sebenarnya mereka adalah pemimpin hebat dan gagah. Mereka bukan dari jenis 'roti kosong' tanpa telor. Maka bertepuk sehingga merah telapak tangan anak-anak buah mereka kerana bangga mereka mempunyai pemimpin yang berani menyalak di gelanggang sendiri. Hakikatnya, satu dunia tahu bahawa itulah pemimpin yang satu-satunya di dunia ini paling penakut untuk berdepan dengan musuh politik mereka. Sudah bertahun rakyat menanti pemimpin ini menunjukkan kejantanannya di khalayak umum, berhujah dengan fakta dan ilmu bagi menangkis hujah lawan politik mereka. Malang sekali, tiada sedikit pun keberanian di dalam jiwa mereka kerana mereka mempunyai jiwa yang penuh dengan kekotoran. Orang salah sememangnya selalu takut. Usahlah diberi berbagai alasan lagi kerana rakyat semakin bijak kecuali yang bertepuk tangan di dalam kandang PWTC itu yang belum sampai masanya untuk cerdik atau pun susah untuk membuang sikap mengampu yang selama ini menjadi tradisi mereka. Sang Timbalan tanpa rasa malu dan segan mengutuk dan mengeji anak Ketua Pembangkang. Kononnya Nurul Izzah itu akan menyesatkan umat-umat Islam. Memang buta mata beliau tidak tahu beza di antara Nurul Izzah dengan Najwa, anaknya sendiri yang menjadi artis yang sering 'bertelanjang' itu. Patutnya beliau malu untuk menuduh anak orang lain yang sentiasa menjaga moral dan auratnya sedangkan anaknya sendiri tubuh badannya setiap hari menjadi santapan jantan-jantan kemaruk. Begitu juga Sang Presiden. Menghina dan memburuk-burukkan Anwar dan pimpinan seperti Tok Guru Nik Aziz. Buta juga mata anak orang Pekan ini terhadap bini nya sendiri dan anak-anaknya yang juga 'bertelanjang' mendedahkan aurat. Jika tanya kepada Iblis sekali pun, Iblis pun tahu menilai siapa lebih mulia di antara Bik Mama dan Wan Azizah. Ertinya, mereka yang bertepuk dan bersorak, kemudiannya menangis air mata buaya di dalam PWTC hari itu, mereka lebih dahsyat dari Iblis untuk membuat penilaian. Cuba tanya perwakilan yang hadir, apa yang mereka boleh rumuskan dan point-point yang mereka bawa balik dari PWTC? Sudah pasti mereka akan lebih banyak bercerita tentang seronoknya tidor di hotel dan membeli belah sepanjang mereka berhimpun. Kesihan mereka, sudahlah pergi tiada berpahala, balik pula membawa dosa. |
[VIDEO] Saksikan Saat Sewaktu Pintu Kaabah Dibuka Posted: 02 Dec 2012 02:58 PM PST Dan dari mana sahaja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk." (SURAH AL-BAQARAH AYAT 150) Tafsiran ayat ini masih lagi berkisar mengenai pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Menurut kitab Tafsir al-Azhar, pangkal ayat ini adalah perintah khusus bagi Nabi Muhammad saw Kemudian dijelaskan sekali lagi kepada seluruh umat Nabi Muhammad saw supaya berpegang teguh dengan arah kiblat ini di mana sahaja mereka berada. Jangan diubah-ubah lagi dan ia juga tidak akan berubah selama-lamanya. Sama ada berada di tengah lautan, di puncak gunung ataupun di tengah gurun; carilah arah kiblat dan solatlah menghadap ke sana. Hal ini kerana penetapan kiblat itu sudah pasti diterima oleh manusia yang menjunjung tinggi kebenaran dan kesempurnaan agama. Rumah Allah yang pertama didirikan ialah Kaabah di Masjidil Haram, tempat seluruh umat Islam dari setiap pelosok dunia berkumpul setiap tahun untuk mengerjakan haji di dalam melaksanakan wasiat nenek moyang kita iaitu Nabi Ibrahim a.s. Pendek kata, tiada bantahan dan sanggahan daripada orang-orang yang berfikiran sihat tentang penetapan arah kiblat itu. Lain pula halnya dengan orang-orang yang zalim, kafir, bodoh dan berfikiran sempit. Mereka sentiasa membantah seperti kata kaum Yahudi: "Muhammad memutar kiblatnya ke Kaabah, padahal di sana berderet 360 buah berhala yang selalu dicela-celanya itu. Rupanya dia akan kembali kepada agama nenek moyang orang Quraisy." Manakala kaum Musyrikin pula berkata: "Dialihnya kiblat ke Kaabah kerana dia hendak menarik-narik kita atau telah insaf atas kesalahannya." Orang munafik di Madinah turut berkata: "Memang pendiriannya tidak tetap. Sekejap begini, sekejap begitu." Allah s.w.t. berfirman supaya jangan dipedulikan kata-kata itu dan jangan takut dengan serangan-serangan yang sedemikian. Tetapi takutlah hanya kepada Allah dan perintah Allah sahaja yang perlu dilaksanakan. Di akhir ayat ini, Allah swt membayangkan janji-Nya bahawa nikmat kiblat itu akan disempurnakan-Nya. Nikmat pertama ialah peralihan kiblat walaupun di Kaabah waktu itu masih ada berhala. Tetapi Allah swt berjanji lagi bahawa negeri itu (Mekah) akan berada di tangan umat Islam di mana pada masa itu Kaabah akan dibersihkan daripada berhala dan akan tetap buat selama-lamanya menjadi lambang kesatuan arah untuk semua umat Islam di dunia. Menurut sejarahnya, pada tahun ke lapan hijrah Mekah telah di takluk oleh umat Islam dan segala berhala telah dirobohkan dan dibuang dari Kaabah dan seluruh Masjidil Haram, juga di seluruh Tanah Hijaz dan tegaklah agama Allah dengan jayanya. Sebab-sebab turun ayat Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber daripada As-Suddi melalui sanad-sanadnya, dikemukakan bahawa turunnya ayat 150 Surah al-Baqarah ini berkenaan dengan peristiwa ini. Ketika Nabi Muhammad saw memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata: "Muhammad dibingungkan oleh agamanya. Dia memindahkan arah kiblatnya ke arah kiblat kita. Dia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar dari jalannya, dan dia sudah hampir masuk agama kita." Pengajaran 1. Kita sebagai hamba Allah yang beriman seharusnya redha dengan kewajipan yang disuruh oleh Allah swt dan melaksanakannya dengan taat tanpa sebarang alasan, walaupun kewajipan itu akan menyebabkan kita menderita di dunia.Ini kerana Allah swt telah berjanji bahawa kemenangan bagi orang-orang yang menjunjung perintah-Nya dan di akhirat nanti akan dibalas dengan syurga. 2. Berdosa besar bagi sesiapa yang mengubah-ubah perintah Allah, apalagi sesudah kewafatan Rasulullah saw iaitu penutup segala nabi-nabi, dan sesudah Allah swt berfirman bahawa telah disempurnakan agama dan dicukupkan nikmat kepada seluruh umat manusia. 3. Orang-orang kafir sentiasa berusaha untuk menentang agama Islam dengan mencari berbagai-bagai helah dan tipu daya untuk mengelirukan umat Islam. Oleh itu, berwaspadalah dengan mereka walau sebaik mana pun diri mereka, dan berusahalah untuk meningkatkan keimanan dan yakinlah dengan janji Allah. -mynewshub |
Ini Perbezaan Antara Muktamar PAS Dan Perhimpunan Agong Umno Posted: 02 Dec 2012 02:51 PM PST PAS bermuhasabah, banyak memfokuskan isu dalaman, bagaimana memperkuatkan parti dan perjuangan Islam. UMNO menumpukan kepada pihak lawan mereka, sebahagian besar pemikiran mereka ditumpukan untuk menyerang lawan. Perwakilan PAS yang berucap bebas untuk menyatakan apa sahaja termasuk mengkritik kepimpinan parti. UMNO pula menapis ucapan perwakilan, awal-awal lagi (dalam taklimat khas) perwakilan sudah diugut agar jangan mengkritik kelemahan parti. PAS berhujah berlandaskan nas, dalil, fakta dan angka. UMNO banyak memfitnah dan memaki hamun pihak lawan. Hujah mereka tiada fakta, melainkan hentam keromo semata-mata. PAS mengemukakan hujah dengan penuh hemah, hikmah serta tidak emosi keterlaluan. UMNO berucap sungguh kasar, beremosi, biadap, terjerit terlolong macam dirasuk hantu, sekejab ketawa sekejab menangis. PAS memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. UMNO memanjatkan pujian kepada para pemimpin mereka, tak habis-habis membodek. Semua pemimpin dan perwakilan PAS menutup aurat. Ramai isteri pemimpin UMNO dan ahli-ahli Puteri dan Wanita tidak menutup aurat. PAS berazam mahu berkuasa sambil berserah diri kepada Allah. UMNO dengan angkuh dan sombong mengatakan mereka pasti menang besar. Jika PAS berlapik dengan perkataan 'insyaAllah' maka UMNO hampir tidak menyebutnya. PAS bercakap dari lubuk hati yang ikhlas, apa yang dicakap datangnya dari hati. UMNO pula lain di lidah tetapi lain di hati dan lain pula perbuatannya. Kononnya UMNO ikhlas demi agama, bangsa dan negera tetapi hakikatnya semua itu hanya 'pemanis kata' dalam PAU, nawaitu sebenar mereka ialah untuk terus merampok reta meredak kekayaan negara. Dalam muktamar PAS, ahli-ahli digalak banyak berderma atau bertabaruat. UMNO pula banyak meminta dari pucuk pimpinan mereka macam-macam, sampai minta yang muflis dibebaskan. Muktamar PAS banyak dipandu oleh persoalan halal, haram, dosa dan pahala dalam ucapan. Namun tiada panduan seumpama itu bagi UMNO. Halal haram dia baham semacam, fitnah dan maki hamun jadi 'makanan lazat' mereka. |
Alahai Bank Islam.. ketika ummat Islam boikot McD.. dia pulak promote McD.. Posted: 02 Dec 2012 02:51 PM PST Apabila McD mengeluarkan kenyataan tidak ada kaitan dengan Israel, malah menawarkan menu percuma untuk mengambil hati umat Islam di Malaysia, ketika itulah kita lihat ramainya orang-orang yang tidak bersetuju dengan kempen boikot muncul keluar berbondong-bondong. Nah, sekarang kita nampak dengan jelas bukti nyata kenapa McD sampai hari ini masih rancak seperti biasa. Kata mereka yang anti-boikot ini:
Kelakar juga, bila McD ini macam makanan rutin pula ya sampai golongan anti-boikot ini defend bersungguh-sungguh. Malah siap maki hamun lagi yang lancarkan kempen boikot. Sayangnya pada McD begitu menebal sekali. Begitu kasih sekali. Oh penangan cinta McD buat penggemarnya ketagih! Takjub sekali. Saya membelek-belek buku lama Fatwa-Fatwa Kontemporari Syeikh Yusof al-Qaradawi, dalam buku itu menyebut: "Mahatma Gandhi adalah antara yang terkenal pernah lancarkan boikot barangan Inggeris untuk menuntut kemerdekaan tanahairnya, pengaruh boikot ini sangat besar dalam membebaskan India dari kekuasaan penjajah ketika itu. 1. Boikot satu-satunya senjata yg ada di tangan rakyat marhaen. Pemerintah tidak mampu memaksa penduduk utk membeli produk dari sumber tertentu. Maka, hendaklah kita menggunakan senjata boikot ini utk menghadapi musuh umat Islam. Sehingga mereka merasa bahawa umat ini masih hidup dan belum mati, serta dengan izin Allah tidak akan binasa. 2. Dlm boikot, ada tujuan lain selain ekonomi. Gerakan ini merupakan pendidikan bagi umat Islam untuk membebaskan diri dari perhambaan terhadap selera org lain, yg mengajar untuk terlalu bergantung pada sesuatu yg tidak bermanfaat dan mengandungi bahaya. ( maksudnya: jgn terlalu bergantung pada produk mereka ) 3. Boikot juga sebagai suatu aksi persaudaraan dan penyatuan umat Islam. Kita tidak akan mengkhianati saudara-saudara kita yg menjadi korban setiap hari dengan beri keuntungan pada musuh. 4. Boikot adalah suatu perlawanan pasif yang mendukung perlawanan aktif yg sedang dilakukan oleh saudara-saudara kita di tana para nabi dan bumi jihad, Palestin." Ada kata-kata yg menarik dari beliau: "Jika org2 Yahudi anggap diri mereka sbg tentera yg mendukung negara Israel dgn seluruh kemampuan mereka, maka seluruh umat Islam seluruh dunia juga merupakan tentera untuk bebaskan Masjidil Aqsa dan bantu Palestine dengan seluruh jiwa dan raga!" So, fikirlah sendiri. Jangan perlekehkan usaha yang dianggap remeh temeh. Jangan sampai Allah 'boikot' mereka yang anti sangat ini sudahlah. Bersyukurlah ada segelintir yang masih berusaha bersungguh-sungguh dengan boikot, dengan derma, dgn bantuan kemanusiaan, doa, perang saraf pemikiran dalam tulisan, dan apa saja usaha dari sekecil2 usaha hinggalah sebesar2nya yakni jihad dengan angkat senjata ~ akuislam.com Tapi.. apahal pulak Bank Islam ni promote McD pulak?? |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan