Biaqpila |
- Selangor beri tempoh akhir cabut kamera AES
- APA GUNA PAKAI KELAMBU KALAU ADA NYAMUK KAT DALAM?
- Pemimpin UMNO seleweng tanah Melayu, cuba salahkan Pakatan Rakyat
Selangor beri tempoh akhir cabut kamera AES Posted: 03 Dec 2012 01:28 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Selangor memberi tempoh akhir tiga hari lagi kepada Kementerian Pengangkutan untuk merobohkan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, jika pihak kementerian gagal berbuat demikian dalam tempoh itu, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya hujung minggu ini. “Kita beri masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan. Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat demikian. “Kita akan maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan ketelusan kerajaan negeri,” katanya kepada Keadilandaily. Beliau sebelum ini bersama bersama Exco Yaakob Sapari turut melawat ke lokasi kamera AES di km 6.6 Jalan Kajang Puchong (SKVE). Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang kawasan itu dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Kerajaan Negeri sebelum ini telah memberi tempoh dua minggu kepada Kementerian Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan kamera AES di Selangor. Bagaimanapun tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak kementerian setakat ini dan kerajaan negeri memberikan tempoh akhir beberapa hari lagi. Selangor sebelum ini antara negeri yang mahu kerajaan pusat menangguhkan pemasangan kamera AES di negeri itu sehingga satu kajian melibatkan semua pihak dibuat terlebih dahulu. Selain Selangor, semua negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Kelantan, Kedah Pulau Pinang turut membuat keputusan serupa. Harakahdaily |
APA GUNA PAKAI KELAMBU KALAU ADA NYAMUK KAT DALAM? Posted: 03 Dec 2012 12:15 AM PST DEY MACHA!!! NAJIB DAH MENGGELABAH BEWAK MAKIN HARI MAKIN MERABAN APA GUNA PAKAI KELAMBU KALAU KAT DALAM ADA SEKOQ DUA NYAMUK? KENA PULAK NYAMUK AEDES BAHAYA BEB KAH! KAH! KAH! DEPA NI TAK HABIH-HABIH MENGAKU YANG TERBAIK MACAMANA DEPA BOLEH MENGAKU TERBAIK? SEDANGKAN DEPA SAJA YANG PERINTAH MALAYSIA DARI DULU SAMPAI LANI INI YANG DIKATAKAN SYOK SENDIRI KAH! KAH! KAH! WAHAI DATUK SERI NAJIB RAKYAT LA NI DAH TAK PAKAI KELAMBU RAKYAT LA NI JUGAK DAH TAK PAKAI DACING SEMUA BARANG TU DAH EXPIRED ANAK KECIL PUN DAH TAK MAIN API ANAK KECIL DAH MAIN IPAD UMNO TOTOK BOLEHLA HANG KELENTONG KAH! KAH! KAH! PM: Jangan kerana satu dua nyamuk, kelambu dibakar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meyakinkan rakyat dengan berkata bahawa kerajaan sedia ada boleh terus membuat perubahan demi tuntutan aspirasi rakyat dengan kerajaan yang sama, sekalipun telah memerintah 55 tahun. "Tidak semestinya sudah 55 tahun, bererti sudah sampai masanya untuk berubah (dasar dan kerajaan)? Adakah 55 tahun, masa untuk berubah. Ataupun kita memilih kesinambungan? "Dan kita melakukan kesinambungan. Saya menyambut apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat yang melakukan proses pemodenan, Wawasan 2020 dan melakarkan proses negara maju. "Beliau mengumumkannya, saya mengisi visi itu... Sebab itu kita boleh (lakukan)... Kalau kita terjatuh, tak apa kita bangun balik," kata Najib sewaktu merasmikan perhimpunan agung Parti Progresif Penduduk (PPP) di ibunegara hari ini. Turut hadir ialah Dr Mahathir dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Dalam ucapannya Najib membidas pembangkang yang membawa slogan "Ubah" yang dianggapnya dalam sistem politik terbuka sebagai slogan "popular" semata-mata. Malah, Najib yang juga pengerusi BN mendakwa pembangkang tidak mempunyai "persefahaman fundamental" untuk mengurus rakyat dan negara dengan baik dan sekaligus tidak mahu nasib seperti rakyat di negara timur tengah yang berdepan dengan 'Arab Spring. "Tetapi (dalam) soal ubah, adakah kita mendapat yang terbaik. Sebagai contoh (rakyat)dalam (peristiwa) Arab Spring, mereka tidak merasai musim bunga, kerana masih dalam salji. "Musim bunga dan panas belum sampai. Ekonomi mereka terumbang ambing. Industri pelancongan dahulunya maju, hari ini lumpuh, kedai tak ada pelanggan. Pekerja hari-hari lap meja kerana tidak ada pelancong. "Nilai mata wang mereka jatuh, keselamatan tidak terjamin dan pelajar kita (dalam) kebimbangan," katanya. Oleh sebab itu, katanya, ucapan beliau sewaktu Perhimpunan Agung Umno beberapa hari lalu, beliau menegaskan kemenangan BN adalah untuk destini rakyat dan Malaysia pada masa akan datang. "Adakah mereka (pembangkang) mengambil berat Wawasan 2020... Mereka ada agenda tersendiri. "Sebab itu kita bercakap kepada rakyat, BN tidak akan membuatkan rakyat kecewa," katanya sambil mengakui BN sebelum ini ada kelemahan dan beliau memohon maaf, dan sekaligus telah membuat dengan lebih baik. Katanya, antara pencapaian yang dicapai ialah pertumbuhan ekonomi negara yang meninngkat, pertambahan pelaburan domestik, tersenarai 20 negara terbaik, dan destinasi beli belah yang keempat terkenal di seluruh dunia. "Jadi kenapa nak perjudian masa depan kita, dan masa depan generasi akan datang dengan risiko. "Undi untuk pembangkang, adalah undi untuk masa depan yang tak tentu. Undi untuk BN, adalah undi untuk masa depan yang lebih baik. "Sebagai PM, saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk negara kita, membantu dengan adil dan saksama supaya semua rakyat dapat faedah pada masa akan datang," katanya di hadapan kira-kira 4,000 perwakilan dan hadirin di Dewan Merdeka PWTC. Menurutnya lagi, kerajaan akan memastikan dasar-dasar kerajaan memenuhi aspirasi dan ia boleh dihayati rakyat. "Tetapi jangan kerana marah kepada nyamuk, kelambu dibakar. Jangan kerana satu, dua nyamuk, kita kata keseluruhan (dasar) tidak baik. Jangan! "Sebab kita dalam proses perubahan, dan ia sedang mengambil tempatnya. Dan perubahan ini dibawa oleh BN," katanya. Dalam ucapannya juga, Najib turut menggesa supaya setiap parti komponen berada dalam "sifar problem" termasuk soal dalaman parti bagi memastikan kesepaduan dan persefahaman BN menentang pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang. "Jika hubungan (sesama kita) tidak ada masalah besar, Insya-Allah BN akan menang besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. Katanya, selepas perhimpunan agung Umno berakhir semalam, beliau menegaskan parti itu telah "bertenaga semula" untuk meneruskan perjuangan dalam pilihan raya itu. Bahkan, beliau juga berharap PPP juga berada dalam situasi yang sama bagi menjadikannya sebagai kekuatan kepada BN untuk memastikan "keberhasilan dan outcome yang tuntut oleh rakyat" dapat dicapai.-MK |
Pemimpin UMNO seleweng tanah Melayu, cuba salahkan Pakatan Rakyat Posted: 02 Dec 2012 05:00 PM PST GEORGE TOWN, 2 DIS: UMNO Pulau Pinang telah membuat pembohongan besar dan tidak masuk akal serta bersifat benci kaum apabila mendakwa kononnya masyarakat Melayu Pulau Pinang telah dimangsakan melalui "pembersihan etnik melalui pemajuan hartanah". Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan liar dan bahaya itu telah dilaporkan oleh media yang memetik ucapan perwakilan UMNO Pulau Pinang Dato' Rahim Saibu sewaktu perhimpunan agung parti tersebut di ibu kota yang selesai semalam. Menurutnya, Rahim juga dipetik oleh media sebagai mendakwa "tiada ada sebiji pun" rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. "UMNO sememangnya tiada modal lain selain mengulangi fitnah-fitnah yang sama. Umum sudah mengetahui bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah menyediakan tabung perumahan mampu milik yang berjumlah RM500 juta, iaitu tabung perumahan terbesar yang pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri di Malaysia. "Selain daripada itu, kerajaan negeri Pulau Pinang juga giat berusaha untuk memenuhi keperluan perumahan bagi rakyatnya. Sejak tahun 2008, sebanyak 11,596 unit perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah telah pun diluluskan untuk pemajuan oleh pihak swasta dan juga kerajaan negeri melalui agensi-agensinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Zairil berkata, tambahan kepada 11,596 unit tersebut, kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah memperuntukkan 277 ekar tanah di serata negeri merangkumi setiap daerah untuk pembinaan 18,000 unit perumahan mampu milik baru, termasuk lebih kurang 1,320 unit yang akan dibangunkan di Jalan SP Chelliah di perkarangan pusat bandar George Town. Justeru, jelasnya, dakwaan bahawa kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak memenuhi keperluan perumahan rakyat adalah tidak berasas langsung, dan sekadar fitnah UMNO Pulau Pinang yang cuba menutup penyelewengan lampau mereka. Menurutnya, Dato' Rahim sepatutnya akur bahawa penyelewengan tanah Melayu selama ini telah dilakukan oleh UMNO sendiri, seperti dalam kes Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah yang dimiliki 31 orang pemilik Melayu telah dijual kepada syarikat kepunyaan dua pemimpin kanan UMNO negeri iaitu Dato' Musa Sheikh Fadzir dan Dato' Omar Faudzar. Beliau menambah bahawa tanah yang dibeli daripada pemilik-pemilik Melayu tersebut dengan jumlah harga RM8.6 juta kemudiannya telah dijual kepada sebuah pemaju swasta pada harga RM13.5 juta. Dalam erti kata lain, beliau menjelaskan bahawa dengan mengambil kesempatan ke atas pemilik-pemilik Melayu tersebut, Dato' Musa dan Dato' Omar telah mengaut keuntungan "atas angin" yang berjumlah hampir RM5 juta. "Bukankah ini contoh jelas penyelewengan amanah di mana tanah Melayu telah digadai demi keuntungan peribadi pemimpin-pemimpin UMNO, apatah lagi apabila orang Melayu dikatakan sudah ketandusan tanah khususnya di bahagian pulau? "Hakikatnya, sekiranya benar Melayu Pulau Pinang terjerut dalam keadaan tidak bertanah, bukankah ini salah pentadbiran UMNO-Barisan Nasional selama 50 tahun di Pulau Pinang? Tidak mungkin keadaan sebegini boleh terjadi dalam sekelip mata," kata Zairil. Beliau menegaskan bahawa dasar kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang adalah bertujuan bukan untuk meminggirkan kepentingan mana-mana masyarakat tetapi untuk menghapuskan gejala sosioekonomi seperti kemiskinan yang berlaku sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional. Katanya, melalui Agenda Ekonomi Saksama, kerajaan Pakatan akan memastikan tiada satu pun keluarga di Pulau Pinang yang mempunyai pendapatan kurang daripada garis kemiskinan kebangsaan bagi Semenanjung Malaysia menjelang akhir tahun 2013. "Usaha ini adalah ekoran daripada kejayaan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan tegar pada tahun 2009 setelah setahun mengambil alih pucuk kepimpinan negeri. "Jelas, dasar kerajaan Pakatan Rakyat adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan rakyat dan bukan untuk menggadai kepentingan rakyat demi keuntungan diri sendiri," ujar beliau. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan