Muslimeen United |
- Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'
- Himpunan 12 Jan 2013 Hantar Isyarat Akhir Buat SPR
- GAMBAR TERHOT: Geng Motor Ust Azhar Idrus...
- Kuliah Jumaat Ustaz Hj Mohd Amar 28 Dis 2012
- HINANYA UMNO TERPAKSA GUNA BUDAK FORM 1 UNTUK MAKI PESERTA HIMPUNAN OREN DENGAN KADAR UPAH RM 2O
- Kantoi!! Rupanya Pencacai Umno Menyamar Jadi Orang PAS Berdemo Di Komtar
Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3' Posted: 29 Dec 2012 02:25 AM PST KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersedia menjawab isu 'amanat' jika diberi ruang untuk beliau keluar siaran langsung di televisyen perdana. "Minta beri saya ruang sejam secara langsung dalam TV1 dan TV3 untuk saya jelaskan tentang amanat dan tuan-tuan boleh tanya saya lepas tu," katanya. Beliau yang baru sahaja pulang dari luar negara berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas melancarkan Petugas Muslimat Marang PRU13 di Dewan Tok Guru di Terengganu hari ini. -Hrkh |
Himpunan 12 Jan 2013 Hantar Isyarat Akhir Buat SPR Posted: 29 Dec 2012 02:12 AM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bakal menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). HKR KL112 sebagai kemuncak kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 bakal menghimpunkan sejuta rakyat. Ia memberi amaran akhir kepada SPR supaya tidak memandang mudah segala rungutan terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPR yang dianggap senjata akhir kerajaan BN perlu berfikir banyak kali dengan amarah rakyat sebelum meneruskan rancangan di luar demokrasi bagi memenangkan BN. "Sejuta rakyat yang akan datang ke Kuala Lumpur. Ia akan mengajar SPR berfikir banyak kali. Ini tentunya akan melahirkan rasa gerun untuk terus membiarkan organisasi itu diperalatkan kerajaan BN. "Mereka perlu bertindak untuk tidak membiarkan rakyat asing menjadi penentu demokrasi di negara kita. Jangan biarkan orang Bangladesh, Nepal, Filipina dan Indonesia mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang," katanya pada program Jelajah Anak Muda menuju himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Majlis Daerah malam semalam. Orang ramai tetap memenuhi ruang dewan biar pun banyak tempat di Kelantan sekarang dilanda banjir. Rata-rata yang datang hanya mendapat maklumat melalui internet tanpa ada poster di merata tempat. Hadir sama wakil-wakil NGO termasuk Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, wakil Royalti, Anak, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, aktivis mahasiswa Adam Adli dan Ketua AMK Kedah, Azman Nasharuddin. Program bermula solat Maghrib. Pada program berkenaan juga orang ramai yang hadir turut melafazkan ikrar menuntu royalti yang diketuai Marziki Mat Rani. Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, berdasar kepada siri himpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara sebelum ini, sambutannya begitu memberangsangkan sekali. Menurutnya juga pihak pengurusan Stadium Merdeka yang akan dijadikan tempat perhimpunan itu mengenakan kadar bayaran sebanyak RM75,000 bagi membolehkan program itu diadakan. Adam Adli yang digantung UPSI selama tiga semester kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC sebelum ini mengharap anak-anak muda datang beramai-ramai pada himpunan tersebut sebagai mencerminkan tuntutan mereka. "Kalau kita seorang yang bercakap kerajaan tidak akan dengar, namun kalau sejuta rakyat menuntut kerajaan tidak boleh tidak mengendahkan lagi," ujarnya. |
GAMBAR TERHOT: Geng Motor Ust Azhar Idrus... Posted: 28 Dec 2012 03:26 PM PST [PICS] Sekitar Konvoi Motor Bersama Ustaz Azhar 2012 Sempoi lah... Pada 30 November 2012, telah diadakan konvoi motor bersama Ust popular iaitu Ustaz Azhar Idrus di Gong Badak Trengganu. Syabass!!! ini merupakan satu cara yang terbaik untuk mendekati semua gologngan terutama orang muda kiter. YEAHHH...!! Sumber: FB |
Kuliah Jumaat Ustaz Hj Mohd Amar 28 Dis 2012 Posted: 28 Dec 2012 03:15 PM PST |
HINANYA UMNO TERPAKSA GUNA BUDAK FORM 1 UNTUK MAKI PESERTA HIMPUNAN OREN DENGAN KADAR UPAH RM 2O Posted: 28 Dec 2012 03:10 PM PST Kuala Lumpur 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, 'diangkut' Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini . Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang. Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa. "Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi," katanya ditemani rakan-rakan sebaya. Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun. "Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini," katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka. Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya. Selain pelajar 'dipaksa' menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok. Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah. Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang Segelintir peneroka Felda yang 'dipaksa' berdepan Himpunan Oren Selamatkan Felda tengah hari ini, mengakui mereka ditaja dan diberi penginapan percuma di hotel lima bintang. Seorang anak peneroka yang dikenali sebagai Zul dari Felda Kemahang 3, Tanah Merah, Kelantan, berkata mereka tiba di ibu negara malam tadi sebelum dibawa menginap di Hotel Dynasty. Beliau berkata, mereka yang menaiki 10 bas khas ditaja sepenuhnya dan dijadual berangkat pulang ke Kemahang malam ini, mengakui mereka digunakan untuk menyatakan sokongan terhadap Felda. "Felda bawa kami datang untuk lawan demo sebelah sana," katanya sambil menunjukkan keududkan perhimpunan aman anjuran Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kira-kira 100 meter dari situ. Zul membuat pengakuan itu kerana menyangka pemberita Keadilan Daily yang secara lisan memperkenalkan diri sebagai wartawan sebelum menemu bual beliau, adalah pengamal media arus perdana yang dikawal Umno BN. Beliau berkata, mereka dibawa menaiki bas sama untuk hadir ke bangunan Felda untuk berehat sementara menunggu solat Jumaat bagi menyertai demontrasi yang kononnya mempertahan Felda. "Kami sampai pagi tadi, duduk dalam bangunan Felda. Ini yang demo kat sini. Budak-budak ini anak peneroka yang ikut keluarga mereka," katanya yang bersama 200 penyokong termasuk pelajar. -KD |
Kantoi!! Rupanya Pencacai Umno Menyamar Jadi Orang PAS Berdemo Di Komtar Posted: 28 Dec 2012 03:06 PM PST Siang tadi selepas solat jumaat berlaku satu demo yang didakwa oleh blog pro Umno di anjurkan oleh PAS P. Pinang. Namun demo tersebut di sanggah oleh PJ PAS P. Pinang, beliau mendakwa PAS P.Pinang tidak mengeluarkan arahan untuk melakukan apa-apa demo pada hari ini. Habis tu.. yang berdemo tu adalah orang Umno sendiri yang menyamar jadi orang PAS. Bila Addin tengok berita tu tadi, Addin dah agak mesti kerja-kerja pencacai Umno untuk memburukkan PAS di mata DAP.. Jadi.. Umno kantoi lagi..
Baca pendedahan lagi di sini. |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan