Sabtu, 29 Disember 2012

Addin

Addin


Bekas Tentera Serbu Syarikat Bayar Deepak

Posted: 29 Dec 2012 09:33 AM PST

KUALA LUMPUR 28 DISEMBER: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan mengunjungi pejabat Bakti Wira Development Sdn Bhd di Wisma Bousted, Kuala Lumpur, Isnin depan untuk mendapatkan dokumen pelaburan syarikat itu."Kita akan ke Bakti Wira jam 3 petang, Isnin depan. Sebab itu kita bawa pencarum. Kita harap syarikat berkenaan beri kerjasama."Kita ada hak untuk bertanya. Macam mana mereka boleh guna duit rakyat? Itu hak kita," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Bakti Wira adalah syarikat pelaburan hartanah milik penuh Boustead Holdings Berhad yang dipunyai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).Modal dan aktiviti Boustead pula bergantung kepada modal kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalur melalui LTAT.

Namun, dana Bakti Wira  dalam bentuk wang pencen tentera dikesan digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih milik Deepak dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd milik seorang pemimpin Umno.

Rafizi berkata, bekas anggota tentera memiliki hak meneliti dokumen itu kerana peranan syarikat hartanah itu hanya sebagai perantara bagi Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) membuat pelaburan a mengikut garis panduan dan amalan pelaburan baik."Ini lebih teruk daripada bail out," katanya.

Beliau juga akan menghantar surat rasmi surat kepada kerajaan Selangor Isnin depan bagi mendapatkan status terkini pindah milik 200 ekar tanah kepada Awan Megah Sdn Bhd."KEADILAN akan memohon kerajaan Selangor gunakan kuasanya untuk halang," katanya sambil menyatakan kuasa pindah hak milik tanah terletak di tangan kerajaan negeri.

"Sekurang-kurangnya RM30 juta boleh diselamatkan," kata Rafizi. ~kd


Iklan C(ii)



LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat - Ceramah Perdana Dari Kota Kinabalu

Posted: 29 Dec 2012 07:44 AM PST


LIVE!! Jelajah merdeka rakyat.. ceramah perdana dari kota kinabalu, sabah. selamat menonton..

Lihat siaran langsung di SINI.



Iklan C(ii)



Panas!! Tindakan Terburu-Buru Zahid Hamidi Membuktikan Dakwaan Deepak Benar

Posted: 29 Dec 2012 04:01 AM PST

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Pengarah Strategik KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).Urus niaga itu, katanya, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

"Sedangkan, modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini, hari ini.Rafizi berkata, bayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindah milik kepada Awan Megah sekaligus bermakna Zahid Hamidi mengambil RM130 juta dari caruman anggota tentera.

Beliau berkata, wang itu kemudian digunakan untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa sebarang tukaran aset kerana tanah berkenaan belum dipindah milik kepada Awan Megah."Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah itu pula dibuat semata-mata atas dasar persetujuan antara penjual dan pembeli tanpa menggunakan penilaian bebas," katanya.

Mengaskan Zahid Hamidi patut berhati-hati dalam membuat pelaburan terbaik untuk kepentingan anggota tentera, Rafizi menyifatkan urus niaga itu bukan atas pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT."Ia dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Maka, tindakan tidak berwaspada Zahid Hamidi menyalah guna kuasa dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan pendedahan Deepak itu benar hingga Najib Razak.

"Saya akan mendedahkan bayaran yang dibuat Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Najib Razak, memandangkan jelas pendedahan itu ada kredibiliti dan kebenarannya," kata beliau.Untuk membaca kenyataan media secara penuh, klik SINI. ~kd



Iklan C(ii)



(Gambar) Bukti Bangsa Yahudi Bangsa Pengecut..

Posted: 29 Dec 2012 02:25 AM PST


Punyalah penakut bangsa Yahudi. Saksikanlah!! Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berucap di hadapan pengikut dan penyokongnya sendiri dikelilingi cermin kalis peluru serta berpuluh pengawal peribadi.

Benarlah.. pejuang Islam hendakan mati syahid tetapi Yahudi laknatullah berperang takut mati. Salah satu kumpulan pejuang Palestin yang amat digeruni oleh Yahudi ialah  Briged Izzudin Al Qassam..

Allah SWT sentiasa bersama mereka.. dan janji Allah SWT.. Islam pasti menang dan kemenangan itu amat rugi sekiranya kita tidak bersama mata rantai kemenangan tersebut..



Iklan C(ii)



Pakatan Rakyat Bohong, Harga Minyak Memang Tak Boleh Turun.. Ini Buktinya

Posted: 28 Dec 2012 09:01 PM PST


Hari ini kita buat pulak perbandingan dgn negara asia barat....seperkara yg jelas kat sini satu harganya adalah sangat2 murah dan kedua walaupun murah kerajaannya tetap juga menyediakan pilihan jenis minyak untuk rakyatnya pilih....nanti ada pulak cacais akan cakap mana boleh bandingkan negara pengeluar minyak dunia dgn Malaysia..

Qatar
Harga Petrol : RM 0.75
Qatar pengeluar ke-22 di dunia.

Oman
Harga Petrol : RM1.00
Oman pengeluar ke-28 di dunia.

Egypt @ Mesir
Harga Petrol : RM 1.06
Egypt pengeluar ke-29 di dunia.

Iran
Harga Petrol : RM 0.35
Iran pengeluar ke-8 di dunia.

1) xwajar Malaysia di compare dgn Iran kerana pengeluaran Iran 4x ganda berbanding Malaysia.

2) Oman dan Qatar pun kurang wajar kerana bilangan penduduk Oman dan Qatar hmpir sama dgn sebuah negeri di malaysia.

3) mesir sangat wajar, dan x boleh dinafikan....jumlah rakyatnya pun sekaliganda dari jumlah rakyat Malaysia.....lagipun mesir hanyalah negara pengeluar ke 29 dunia berbanding Malaysia ke 27...

P/S : Tak payahlah nak cakap banyak-banyaklah....PR nak turunkan harga minyak cacais umno kata tak bolehlah, tipulah...tapi bila Najib naikkan harga gula 20 sen korang kata itu bagus....TOLOL

~ PR supporters



Iklan C(ii)



Sambutan Dingin Perhimpunan Raksasa Pemandu Teksi Bersama DSAI

Posted: 28 Dec 2012 07:40 PM PST


Ini adalah gambar pada perhimpunan raksasa pemandu-pemandu teksi dengan DSAI di Pusat Dewan Sivik, Petaling Jaya baru semalam.

Dari sokongan yang diberikan, amat nyata, majoriti pemandu teksi kota raya menyokong Pakatan rakyat dibawah kepimpinan DSAI.

Semasa DSAI melangkah masuk kedalam dewan, semua pemandu teksi telah memberikan standing ovation sambil bertepuk tangan sebagai tanda hormat dan menyokong padu abadi kepada beliau.

Dalam ucapan yang bersemangat dan ringkas tapi padat itu, DSAI berjanji, jika Pakatan Rakyat diberi mandat dan amanah mentadbir urus Putrajaya selepas PRU 13 nanti, semua permit teksi akan diserahkan kepada pemandu teksi dan bukan lagi kepada syarikat-syarikat kroni seperti sedia ada kini.

Ikrar janji itu mendapat tepukan gemuruh dari para pemandu teksi yang hadir kerana itulah yang mereka harap-harapkan selama ini dan bukannya skim TR1MA , Skim Bantuan Tukar Tayar 1M'sia 4 biji.

Pakatan Rakyat bagi permit.. BN hanya bagi 4 biji tayar..



Iklan C(ii)



Dalam Diam.. Khairy Perli Dan Kutuk Najib

Posted: 28 Dec 2012 05:46 PM PST

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengehadkan rebat RM200 kepada telefon pintar berharga RM500 sahaja.

"Tak perlu ada had harga untuk rebat yang diberi untuk telefon pintar," kata beliau dalam mesej yang diajukan kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini, menerusi Twitter.

Dalam mesej berasingan, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno menulis bahawa ucapan Bajet 2013 hanya menyebut tentang pendapatan belia yang layak menerima rebat telefon pintar, bukannya harga telefon pintar.

Menjawab mesej pengikutnya, Khairy berkata: "Setuju. Kalau nak bagi rebat RM200, bagi sajalah kepada semua telefon pintar."

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau menyatakan demikian ekoran rungutan orang ramai berhubung laporan media bahawa SKMM telah menerbitkan kriteria menikmati rebat RM200, antara lain pembeli seharusnya warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun; berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah, model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500, pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru dan hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.

Menurut notis SKMM, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember depan dan para belia yang berminat boleh memohon melalui laman web SKMM.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dipetik berkata, had harga adalah perlu kerana dasar itu direka untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan para belia untuk memiliki telefon pintar sendiri.

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan pada 28 September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rebat RM200 akan diberi ke atas pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia. ~sinar



Iklan C(ii)



Artis Kesayangan Umno Ni Buka Nite Club

Posted: 28 Dec 2012 05:27 PM PST


Pengakuan Awie (Kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA): Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut.

Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah ~kosmo



Iklan C(ii)



Tiada ulasan: