Muslimeen United |
- Di mana mantan IGP Musa pada 12 Januari ini?
- [KERJA 'BINATANG'] Ketua Penerangan ANAK Ditahan & Diikat Tangan Dibuat Macam Hamba Abdi
- Tuan Ibrahim ketuai skuad PAS beri bantuan banjir
- Panas!! (Gambar2) Restoran Sekinchan Ikan Bakar 'Terus Tersemban Ke Bumi'
- Penduduk Gempar..Makhluk "Mengerikan" Terapung Dalam Banjir Di Kuantan..
- Akhirnya.. Pencacai Dan Penjilat Bangkai Umno Kantoi Lagi..
- [WASPADA] Air Mineral BN Selangor Tidak Patuh Piawaian
- Tiba-tiba Mamat Nii Pemenang Maharaja Lawak Mega 2012...
- Erma Fatima Sokong UMno Tapi Takut-takut!! [Video]
Di mana mantan IGP Musa pada 12 Januari ini? Posted: 25 Dec 2012 07:05 AM PST Kebelakangan ini sudah ramai mantan "orang-orang besar" mula menzahirkan diri mengkritik kerajaan. Antaranya mantan IGP Musa Hasan.Marah betul dia pada sepupu PMNajib ,Hishamuddin merangkap Menteri Bukit Aman dan Kem Kemunting. Antara kemarahan yang amat sangat Musa pada Hishamuddin ialah kerana sepupu Najib itu tidak menyambung IGPnya. Marah Musa menyebabkan beliau mendedahkan krisis dalaman KDN seperti campurtangan Hishamuddin terhadap tugas polis. Sebelum ini, Musa terkenal dengan tugasannya mengusung tilam dalam kes Anwar. Tugasnya bersama mantan KP Melaka Rodwan Yusof dalam kes Anwar menaikkan pangkatnya sebagai IGP melangkaui senior-senior yang lain. Tiada diketahui mengapa secara sekonyong-konyong Musa berpaling arah menentang bekas majikannya. Adakah beliau ingin bersihkan dirinya atau bertaubat? Jika mahu bersihkan dirinya, dia perlu mengikut apa yang dilalui oleh bekas seniornya Datuk Ramli Yusof atau menjawab soalan Datuk Mat Zin Ibrahim. Nama Ramli sudah dibersihkan oleh perbicaraan mahkamah. Hingga kini, Ramli dan Mat Zin masih "menyerang" Musa walaupun Musa kelihatan seperti pro- pembangkang pula. Kini, Musa seperti mengikut jejak tuannya dahulu, Dr Mahathir yang mengkritik penggantinya Abdullah Badawi. Musa pula mengkritik IGP Ismail Omar. Jika Mahathir marahkan Pak Lah kerana Budak Tingkat 4 dan Jambatan Bengkok, Musa pula marahkan Ismail kerana tidak raikannya untuk majlis persaraan sebagai IGP. Musa juga marahkan Menteri Polis Hishamudin kerana tidak sambung IGPnya lagi. Tidak seperti mantan IGP yang dahulu yang ditawarkan jawatan yang hebat sebagai orang besar Kilang Arak dan Syarikat Judi seperti Hanif Omar. Tiada jawatan buat Musa untuk beliau kerja. Barangkali PMNajib atas nasihat Hishamudin tawarkan Musa sebagai Guru KAFA sesuai sebagai anak Tok Guru rancangan Muqaddam! Apapun, Musa perlu istiqamah dan buktikan kesungguhan beliau untuk menentang segala kemungkaran UMNO dan BN. Musa perlu buktikan. Kini beliau sedang jalanii ujian pertama iaitu diekori anggota Cawangan Khas(SB). Sesuatu yang tidak pernah difikirkan beliau semasa jadi IGP dulu. Ujian kedua sebagai tanda bencikan kemungkaran UMNO dan BN, Musa perlu ketuai atau berarak bersama rakyat pada 12 Januari 2013 di Dataran Merdeka. Diekori SB sudah dialami, asap dan air FRU belum lagi Musa rasai. Jom! Anda perlu buktikan. -tokpepijat | ||||||||||||||
[KERJA 'BINATANG'] Ketua Penerangan ANAK Ditahan & Diikat Tangan Dibuat Macam Hamba Abdi Posted: 25 Dec 2012 07:00 AM PST Maran: Kembara Oren Selamatkan Felda peringkat Pahang, kelmarin kecoh apabila Ketua Penerangan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Noraza Muda yang mengetuai konvoi ditahan dan diikat tangannya. Tindakan tersebut dilakukan bagi menghalang Noraza dan peserta konvoi memasuki kawasan Felda Kampung Awah, Chenor. Pengarah Pilihan Raya Pas Maran, Shamsuri Hussin yang turut menyertai program berkenaan berkata, pada awalnya konvoi berjalan dengan lancar dari Felda Bukit Kepayang, Bera. "Suasana bermula apabila konvoi tiba di Felda Kampung Awah. Noraza ditahan dan diikat kedua belah tangannya. Katanya, tindakan tersebut menimbulkan kemarahan peserta konvoi dan berlaku ketegangan di kawasan tersebut. Menurutnya, keadaan kembali reda apabila Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan, Sulaiman A. Hamid campur tangan dan mengarahkan Noraza yang ditahan selama 15 minit di sebuah pondok dilepaskan. Katanya, hasil rundingan dengan penduduk, konvoi dibenarkan memasuki kawasan Felda dan meneruskan program penerangan jelajah di Markas Pas di dalam kawasan Felda itu. Shamsuri berkata, insiden berkenaan cukup mengecewakan dan pihaknya mengutuk tindakan tidak bermoral pihak yang menghalang jelajah berkenaan. Menurutnya, peserta konvoi juga terkilan dengan tindakan pihak yang mencetuskan provokasi. "Perbuatan ini melanggar Perlembagaan dan undang-undang yang memberi hak kepada semua rakyat negara ini untuk ke mana sahaja dan berhimpun dengan aman. "Pemuda Pas Maran yakin bahawa sebahagian besar peneroka dan penduduk Felda kini matang dalam berpolitik, mereka tahu untuk memilih pimpinan dan wakil dalam memperjuangkan hak dan kebajikan mereka. Kelmarin, Kembara Oren di Negeri Sembilan kecoh apabila ratusan penduduk menghalang laluan konvoi berkenaan. Sebelum ini pada 3 November insiden yang sama berlaku di Felda Lawin Selatan, Gerik Perak. -SH | ||||||||||||||
Tuan Ibrahim ketuai skuad PAS beri bantuan banjir Posted: 25 Dec 2012 12:13 AM PST (Skuad bantuan banjir Pahang menurunkan bahan bantuan untuk mangsa banjir) KUANTAN: PAS Pahang mengerah seluruh petugasnya agar bergerak ke Kuantan bagi membantu mangsa banjir yang disifatkan paling buruk dalam sejarah negeri itu. Arahan supaya jentera PAS digerakkan di semua kawasan banjir itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mempengerusikan mesyuarat Perhubungan PAS Pahang di Temerloh hari ini. "Kita telah pilih Masjid Al Fatah, Kuantan sebagai Bilik Gerakan Bantuan Banjir kita," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily. Tuan Ibrahim berkata, mereka akan memberikan pelbagai bantuan dalam bentuk tenaga, makanan dan nasihat kepada mangsa. Antara bahan makanan yang diedarkan adalah berupa roti, biskut, makanan segera, sardin dan lain-lain lagi di samping air bersih. (Petugas PAS sibuk membungkus bahan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir) Bandar Kuantan dilanda banjir kilat paling teruk dalam sejarahnya sehingga melumpuhkan keseluruhan bandar itu. Kenderaan tidak dapat bergerak dan rosak ditenggelami air manakala rumah yang dilanda banjir pula penuh dengan lumpur. Kedatangan banjir yang mengejut itu menyebabkan banyak harta benda dan barangan milik mangsa tidak dapat di selamatkan. (Anggota Unit Amal turun menemui mangsa banjir dengan membawa bantuan. Baju hijau adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusof Embong.) Menurut wartawan Harakahdaily yang berada di Chendor iaitu sempadan dengan Terengganu, air banjir dikatakan semakin naik sekarang ini. Ia menyebabkan bantuan agak sukar disampaikan tanpa kenderaan yang sesuai khasnya bot. -Hrkh | ||||||||||||||
Panas!! (Gambar2) Restoran Sekinchan Ikan Bakar 'Terus Tersemban Ke Bumi' Posted: 25 Dec 2012 12:12 AM PST Bila rakyat bangkit maka para peniaga berdarah dan berjiwa pekat totok UMNO yang sombong, angkuh, berlagak dan kepala besar akan sakit. Terbukti apabila rakyat mengambil sikap mau memboikot Restoran Sekinchan Ikan Bakar kepunyaan Jamal Yunus, Pengerusi Bersih 4.0 tiruan yang membuat fitnah konnnya para peniaga kecil di Kuala Lumpur kerugian ratusan juta ringgi kerana perhimpunan Bersih 3.0 pada 28hb April 2012, sampaikan sanggup mereka cipta cerita sambil mau berniaga didepan rumah Pengerusi Bersama Bersih 4.0, Datuk Ambiga untuk menampung segala kerugian. Dan paling terserlah kesombongannya apabila mau gerakkan semua ahlinya untuk bertindak kasar dan agresif kepada semua peserta Janji Bersih ( Janji Demokrasi ) pada malam ambang Merdeka 30hb Ogos 2012 yang lalu di Dataran Merdeka. Sekarang lihat apa terjadi pada perniagaan Restoran Sekinchan Ikan Bakarnya... Lepas satu satu rangkaian restorannya tutup. Nak katakan ditutup untuk direnovasi, hasil tinjuan dapati tiada menampakannya sedemikian rupa. Setelah dibuat risikan dan pertanyaan, maka sah restoran ini sudah ditutup. Kempen cabutan bertuah bernilai hampir RM2juta dengan hadiah utama kereta Lamborghini dan BMW tidak mampu menyekat keruntuhan restorannya satu demi satu. Disini amat jelas, bukan saja yang tidak menyokong UMNO boikot restoran-restoranya tetapi pendokong dan penyokong UMNO totok pun tidak mau berkunjung bagi memberikan sokongan moral. Ikut hukum akal logik, kalaulah ahli-ahli UMNO termasuk ahli PERKASA/PEKIDA/JATI/GAPS dll NGO mesra UMNO memberikan sokongan padu apa yang dilakukan oleh Jamal Yunus ini, maka mustahil rangkaian restorannya tutup satu demi satu.
| ||||||||||||||
Penduduk Gempar..Makhluk "Mengerikan" Terapung Dalam Banjir Di Kuantan.. Posted: 25 Dec 2012 12:07 AM PST | ||||||||||||||
Akhirnya.. Pencacai Dan Penjilat Bangkai Umno Kantoi Lagi.. Posted: 24 Dec 2012 11:59 PM PST Memang dasarpencacai dan penjilat bangkai umno. Umno memang bodoh dan tolol, tak pernah belajar dari kesilapan terdahulu.. Kerjanya hanya menfitnah dan tabur fitnah. Fauzi tidak pernah menyesal sertai PAS SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas."Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat. | ||||||||||||||
[WASPADA] Air Mineral BN Selangor Tidak Patuh Piawaian Posted: 24 Dec 2012 02:52 PM PST Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, Yahya Sahri mendedahkan, air mineral yang diedar BN Selangor semasa program-programnya menyalahi peraturan air mineral, malah logo halal yang dilekat di botol itu diragui kesahihannya. Beliau berkata, pembekalan air mineral percuma berjenama 'Nurani Rakyat' dalam kempen Sayangi Selangor itu tidak pernah disahkan kualitinya mengikut piawaian yang ditentukan kerajaan. Katanya, ia melanggari Akta Makanan 1983, Akta Perihal Dagangan 2011, dan Sijil Perakuan Halal Jakim. "Sebab itu kita minta Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) siasat dan ambil tindakan," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN di sini hari ini. Yahya membandingkan air mineral berbotol yang dikeluarkan syarikat komersil mematuhi sepenuhnya piawaian, sedangkan pembekalan produk yang dibuat syarikat BN langsung tidak tertera dibiar melanggari undang-undang. "Sepatutnya pada botol ini tertulis jenis punca air dan lokasi diperolehi, kandungannya dan nama syarikat yang membotolkan, tapi langsung tak dinyatakan," kata Yahya. Beliau turut mempersoal kesahihan logo halal Jakim yang dipapar pada produk berkenaan.Manakala jenis penutup botol air mineral itu berwarna biru, tanda kepada jenis air galian bawah tanah, namun diragui sumbernya. "Bagaimana kalau saya katakan air ini berpunca dari air paip Syabas? (Syarikat Bekalan Air Selangor)" soal Yahya. "Sendiri jadi menteri sendiri buat peraturan, sendiri yang langgar. BN tipu rakyat di program anjurannya. Ini penyalahgunaan logo yang jelas. Kita yakin dalam masa kempen pilihan raya, air ini akan dibekalkan secara meluas di program anjuran mereka," katanya. Menurut Yahya, melalui pemerhatiannya, pengeluaran produk tersebut menyalahi semua peraturan berkenaan. "Bagi kesalahan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, syarikat atau institusi yang melakukan kesalahan boleh didenda sebanyak RM10 juta, manakala RM2 juta bagi kesalahan individu," kata Yahya. Manakala penyalahgunaan sijil dan logo halal Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri boleh didenda maksimum RM5 juta kerana kesalahan memperdaya atau mengelirukan pengguna. -KD | ||||||||||||||
Tiba-tiba Mamat Nii Pemenang Maharaja Lawak Mega 2012... Posted: 24 Dec 2012 02:51 PM PST Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau yakin BN dapat mempertahankan 140 kerusi Parlimen yang dimenangi sekarang serta merampas lima daripada 23 kerusi PAS, lima daripada 29 kerusi DAP dan 10 daripada 31 kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Beliau berkata, keyakinan tersebut berdasarkan pelbagai faktor termasuk masalah yang dihadapi pembangkang di beberapa kawasan yang dimenangi merekasebelum ini. "Semua perkara ini logik kerana sebagai contoh, tujuh kerusi PKR sudah bermasalah di mana enam daripadanya telah cabut masuk bebas sementara satu lagi kalah di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas Program Pemukiman Pemantapan Profesionalisme Kelab Kebajikan dan Rekreasi Penerangan (KKRP) yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini. Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga bakal menjadi faktor utama kemenangan BN. "Rakyat telah menikmati pelbagai insentif dan keistimewaan yang diperkenalkan Perdana Menteri termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1Malaysia serta program transformasi," katanya. Selain itu, beliau berkata, faktor calon boleh menang yang dimiliki BN akan turut membantu merampas kembali kerusi pembangkang. Bagaimanapun, katanya, kemenangan tersebut hanya akan dicapai sekiranya anggota BN tidak melakukan sabotaj atau 'cah keting' terhadap parti. | ||||||||||||||
Erma Fatima Sokong UMno Tapi Takut-takut!! [Video] Posted: 24 Dec 2012 02:48 PM PST Video Erma Fatima yang mengulas artis jangan menjadi "Window Dressing". Malu-malu, mungkin takut menyatakan yang dia menyokong UMno. Takut kehilangan peminat dan terpaksalah Erma Fatima berlapik-lapik memberi pendapat. Nyatakan secara berterus terang menyokong UMno dan jangan segan sehingga terpaksa menggunakan ayat…Sekarang tengah war ya. sesiapa sahaja… PAS ke.. PKR ke.., Do they know sejarah perjuangan Melayu itu sendiri.., Kenapa kita kena fight untuk parti ini…, Apa kelebihan parti itu.. Juga janganlah hanya pandai kondem artis lain yang secara terus terang menyokong sesuatu parti. Nyatakan pendirian, tentu boleh cari makan juga!! |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan