Addin |
- 4 Ribu Rakyat Perancis Peluk Islam Setiap Tahun
- Gempar!! Pencacai Umno Ugut, Mahu Buat Onar Lagi..
- Akhirnya.. Pencacai Dan Penjilat Bangkai Umno Kantoi Lagi..
- Video Makcik Umno Di Serang Sawan Tersebar..
- Menteri Umno Perli Majistret Dalam Kes Umar "Occupy Dataran"
4 Ribu Rakyat Perancis Peluk Islam Setiap Tahun Posted: 25 Dec 2012 09:00 AM PST Badan Statistik rasmi di Perancis mendedahkan bahawa dalam setahun, ia mencatatkan ada empat ribu warga Perancis yang memeluk agama Islam.Hal ini menyamai dengan apa yang ditunjukkan oleh kajian kementerian dalam Negeri Perancis.Diumumkan pula oleh para ahli Agama di Perancis, sejauh ini terdapat tujuh puluh ribu warga Perancis yang berpindah Agama menjadi Agama Islam.Hal ini membuat Agama Islam menjadi pertama yang dijadikan pilihan sebagai pegangan hidupnya, diikuti oleh Kristian Katolik dengan penganut setiap tahun berjumlah 2900 orang dan Yahudi 300 orang. Tapi sekarang berbeza, alasan utama mereka memeluk Islam adalah iklim sosial, sebagaimana disampaikan oleh Al-Alokah.Meskipun sejak dahulu Muslim sudah ada di Perancis, baik Perancis daratan mahupun wilayah kependudukannya di luar Eropah, imigresen massa Muslim ke Perancis di abad 20 dan 21 telah membuat negara ini menjadi salah satu negara dengan komuniti muslim terbesar di Eropah. ~detikislam |
Gempar!! Pencacai Umno Ugut, Mahu Buat Onar Lagi.. Posted: 25 Dec 2012 04:00 AM PST Ceramah bersama Bekas Naib Presiden Felcra, Dato Ramli Buyong di Kg Sri Indah, Sungai Terap Batu Gajah esok mungkin kecoh apabila anak kepada tuan rumah tempat ceramah yang juga bekas AJK Umno Gopeng, Cikgu Nazri telah dihubungi oleh seorang individu. Menurutnya, beliau dikatakan telah diugut jika meneruskan hasrat untuk mengadakan ceramah di kawasan itu. individu itu kata tanggung sendiri jika berlaku kekecohan esok. Ianya menggambarkan seolah olah ada perkara yang akan berlaku esok.cikgu Nazri yang baru menyertai PAS kemungkinan akan membuat laporan polis tentang ugutan itu.Pihak PAS sudah pun memohon permit dan memaklumkan tentang program tersebut. Sebentar tadi Naib YDP Sudah pun menghubungi OCPD utk memaklumkan berita ini.Esok jom kita turun beramai ramai tunjukkan kekuatan kita. ternyata kak midah gentarrrr! ~bgm |
Akhirnya.. Pencacai Dan Penjilat Bangkai Umno Kantoi Lagi.. Posted: 24 Dec 2012 11:39 PM PST Memang dasarpencacai dan penjilat bangkai umno. Umno memang bodoh dan tolol, tak pernah belajar dari kesilapan terdahulu.. Kerjanya hanya menfitnah dan tabur fitnah. Fauzi tidak pernah menyesal sertai PAS SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas."Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat. |
Video Makcik Umno Di Serang Sawan Tersebar.. Posted: 24 Dec 2012 09:55 PM PST Mereka bagaikan "kerasukan" di depan pondok kawalan RELA di Felda Jengka 23 ketika menghalang Kembara Oren pada 22/12/2012 yang lalu. Dipercayai didalangi pemimpin-pemimpin UMNO tempatan beserta beberapa orang luar yang dipercayai diupah. Penduduk setempat di kalangan ahli PAS dan Umno pula memilih menjadi pemerhati. Golongan wanitanya menjerit, "Kami dah kaya!", seorang pemuda dirakamkan menjerit, "P*****k, baliklah!".Lelaki tua berkopiah seakan dikuasai jin sistem akalnya. Kanak-kanak dan remaja yang masih bersekolah bersorakan sekali-sekala apabila diasak oleh "penganjur" hadangan tersebut. Lihat video di SINI. ~asd |
Menteri Umno Perli Majistret Dalam Kes Umar "Occupy Dataran" Posted: 24 Dec 2012 05:28 PM PST KUALA LUMPUR, 24 Dis — Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah gembira aktivis pelajar "Occupy Dataran", Umar Mohd Azmi dibenarkan ikat jamin dan dibebaskan."Saya bersyukur kerana Umar dibenar ikat jamin. Ini kerana lazimnya dalam kes-kes seperti ini, memang dibenarkan ikat jamin."Lagipun, ada kes yang lebih besar juga dibenar ikat jamin," kata Saifuddin (gambar) apabila dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi. Saifuddin berkata beliau berharap proses rayuan Umar di Mahkamah Rayuan akan berjalan lancar, dan dalam pada masa sama memahami perasaan rakan-rakan dan penyokong yang bersolidariti bersama Umar."Kepada mereka, saya harap agar bertenang dan biarkan rayuan berjalan mengikut prosesnya," katanya. Sementara itu, aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Hamid berpendapat keputusan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara kepada Umar adalah sesuatu yang silap kerana Umar tidak melakukan sebarang jenayah."Bagi saya, apa yang terjadi ini adalah satu keputusan yang silap kerana mengheret pelajar ke penjara, kerana Umar ini masuk penjara bukan hisap dadah, merogol atau lakukan jenayah, tetapi berdemo untuk memperjuangkan hak pelajar," katanya kepada The Malaysian Insider. Adam turut berharap peristiwa ini dapat membakar semangat kawan-kawan untuk terus berjuang, dan merupakan satu pengalaman kepada Umar untuk memperjuangan hak pelajar.Umar dihukum penjara selama satu bulan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah pada April lalu, ketika menyertai demonstrasi "Occupy Dataran", di Dataran Merdeka. Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM1,000 ke atas Umar yang juga merupakan pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta.Dalam penghakimannya, Zaki Asyraf berkata, tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Mohd Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguatkuasa DBKL menjalankan tugas. Walaubagaimanapun Umar dibenarkan untuk diikat jamin hari ini dengan seorang penjamin dengan nilai RM5,000 jaminan, dan diwajibkan hadir di mahkamah bila kes disebut dan perbicaraan bermula. ~tmi |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan