Muslimeen United |
- Kuliah Jumaat Terkini TGHarunDin Di Kota Bharu
- AES - Laporan Fitnah Mazidul Dan TV3
- [VIDEO] Berniat Menentang Islam Tetapi Akhirnya Memeluk Islam
- Hanya Menangis Di PAU 2012, Perwakilan Ni Dapat Title Dato'
Kuliah Jumaat Terkini TGHarunDin Di Kota Bharu Posted: 11 Dec 2012 03:02 PM PST |
AES - Laporan Fitnah Mazidul Dan TV3 Posted: 11 Dec 2012 03:01 PM PST Sila lihat dulu video dibawah. Yang sebenarnya ini ialah aksi lakon semula. Ini pengakuan dari geng2 riders sendiri beb. Dorang terlibat dalam rakaman ini tue pasal dorang bengkek dan sakit ahti sebab difitnah secara terang2an di tv3. Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan. tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu. Sekali tengok dokumentari itu kita akan bersetuju dengan apa yang dipaparkan, semuanya nampak seperti satu kebetulan, tapi..apakah aksi-aksi yang dirakamkan itu benar? atau sebenarnya telah dirancang terlebih dahulu, dan merupakan satu lakonan? Ini satu pendedahan panas, isu yang dipaparkan TV3 ini membuatkan ramai biker jadi marah. kenapa? Bikers-biker ini berpendapat TV3 melalui pengacara sensasi yang kelihatan dari dulu sangat anti kepada motosikal cuba memberi gambaran salah .. biker-biker ini berkata mazidul cuba dengan sengaja menjatuhkan imej penunggang motosikal. Mengapa?. Sebenarnya aksi 2 biji motosikal yang dipandu itu bukan diambil secara spontan, sebenarnya ianya cuma satu lakonan, 2 orang penunggang motosikal laju dan agak "pelesit" itu adalah penunggang upahan. gambar bawah adalah buktinya. Adakah anda perasan apa yang dipaparkan diatas?, 2 biji motosikal kuasa tinggi dan sebuah helikopter, mazidul dan jurukamera naik helikopter untuk rakamkan aksi merbahaya yang akan dilakukan oleh 2 penunggang upahan ini. Ini bermaksud Tv3 telah merancang terlebih dahulu aksi yang akan dipaparkan, aksi yang dirakamkan bukan spontan, tetapi menggunakan penunggang upahan. Sepatutnya menurut ramai biker aksi ini harus dilabelkan sebagai "lakonan" supaya tidak timbul salah faham dan tanggapan negatif masyarakat kepada mereka. Nah, sekarang terbuktilah TV3 mereka cipta cerita sehingga mengelirukan, aksi yang dilakonkan dirancang dan ditayangkan seolah-olah aksi yang dirakam secara spontan. mengapa jadi begitu. Sekarang sedang panas isu AES, mungkin dengan cara ini, walaupun aksi tersebut satu lakonan, rakyat boleh tertipu dan berfikir wajar AES dipasang kerana menyangkakan aksi yang dipaparkan itu bukan satu lakonan yang sengaja dirancang. TV3 mengelirukan rakyat, apakah kita masih mahu bulat-bulat percaya apa yang dipaparkan?. Sumber - Amenoworld & MediaPerak |
[VIDEO] Berniat Menentang Islam Tetapi Akhirnya Memeluk Islam Posted: 11 Dec 2012 02:48 PM PST Ibrahim Killington, semula ingin menyertai tentera untuk melawan Islam, tapi kemudian hatinya terpaut oleh Al Quran dan Islam! Berikut ini adalah kisah seorang mualaf asal Inggeris. Berpunca dari keinginan untuk mengkaji paganisme dan "bahkan" berniat bergabung dalam tentera untuk melawan Islam, namun akhirnya boleh mencari cahaya dan hidayah Islam, ini kisahnya: Nama saya ialah Ibrahim Killington. Sebelum saya menuju Islam, hidup saya benar-benar tertumpu pada minuman (mabuk-mabukan), ubat-ubatan (ganja, dadah, ekstasy), dan bersenang-senang semata. Seluruh tujuan hidup saya hanya untuk bersenang-senang, ketawa, dan tidak ada yang dilakukan lagi selain bersenang-senang, mungkin sampai mati, dan berkumpul dengan orang-orang yang mempunyai kebiasaan yang sama, dan tentunya itu tidak membuat diri menjadi semakin lebih baik. Pengalaman pertama saya mengenal Islam adalah pada saat terjadi serangan 9/11. (Lihat juga video kami pada bahagian video,-Salah satu video terbaik-memberikan bukti, "Konspirasi Tragedi WTC dan bukti dilakukan" orang dalam "sendiri). Saya ingat saya masih sangat muda pada waktu itu, saya tidak sepenuhnya menyedari apa yang sedang berlaku. Bahkan, saya berlari ke teman-teman saya setelah melihat laporan berita itu, dan saya mengatakan kepada mereka bahawa "Pelancong" (salah pengucapan = orang yang melancong / Berliburan ke suatu tempat) telah menyatakan perang terhadap Amerika ... kerana saya belum pernah mendengar tentang pengganas sebelumnya. Dan ketika perang itu berlangsung, saya melihat semakin banyak maklumat tentang perang di Afghanistan, saya mula memahami bahawa orang-orang "yang diperangi ini" adalah Muslim. Kaum Muslim melakukan kekejaman dahsyat di seluruh dunia, begitu katanya yang terus di "bombardment" (= bertubi-tubi) di gencarkan oleh media-media. Saya mula sangat membenci Islam. bahkan saya cuba untuk bergabung dengan tentera sebayak tiga kali dengan maksud agar boleh pergi ke sana (Afghanistan), dan membunuh banyak muslim yang saya boleh, sebagai bahagian demi membela negara serta melindungi dan memberi rasa aman bagi keluarga saya. Saya fikir pada masa itu mereka adalah jenayah besar dunia. Mencari Islam Saya selanjutnya mula mendengar lebih banyak tentang Islam, kali terakhir saya melamar tentera, saya datang ke stesen radio, pada waktu itu saya mendengar radio yang mendedahkan tentang teori konspirasi, dan seumpamanya. Stesen radio itu membicarakan tentang suatu perang melawan keganasan dan tentang kehidupan Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wa sallam). Ini sangat tidak masuk akal bagi saya, bagaimana orang-orang itu "percaya" dan "mengikuti" Nabi ini, setelah semua macam saya dengar perihal "evil things" (hal-hal jahat) yang "mereka katakan" tentang dia. Jadi, saya mula mempersoalkan apa yang diyakini Muslim pada waktu itu, dan 'ketika itu pun' saya sedang tertarik untuk mengetahui hal-hal keagamaan .. Pada saat saya sedang mencari Norse Mythology, (kepercayaan terhadap mitos, legenda dan kekuatan supranatural), and Paganism (penyembahan terhadap berhala), Salah satu teman saya mengatakan kepada saya sebelum saya memutuskan mengkaji paganisme ada baiknya saya melihat-lihat ajaran spiritual yang lain. Oleh sebab itu, menjadi terfikir buat saya untuk mencari maklumat tentang Muslim di Internet. Saya fikir salah satu muslim pertama yang saya lihat di Internet adalah Baba Ali (muallaf, pembuat filem-filem keislaman yang ditanyangkan dalam "Islam channel" Inggeris). Dia mematahkan stereotaip tentang Islam bagi saya. Saya terkejut bahawa orang ini lucu (tidak berdarah dingin) dan pembawaannya tenang. Dia tidak seperti apa yang "mereka" tuduhkan perihal muslim dari apa yang pernah saya dengar. Bagi memenuhi kehausan saya akan Islam, saya membuat keputusan untuk meminjam Al-Quran dari tempat saya kuliah (kampus). Ketika saya memegangnya, saya fikir ini adalah "Buku Pegangan pengganas," dalam gemgaman saya, dan saya khuatir bahawa agen MI5 (Agen rahsia Inggeris) akan datang untuk menahan saya. Saya memutuskan untuk cepat-cepat keluar dari perpustakaan dan membawa pulang Al-Quran yang saya pinjam. Tapi begitu mulai saya membaca Al-Quran (terjemahan), " it hits me immediately", itu menghentam saya, ... dan saya tidak dapat menghentikan untuk tidak membacanya; itu benar-benar menjunam jauh ke dalam hati saya; Saat saya membaca surat-surat yang ada di Al Quran, Saya tak sengaja membaca tentang orang-orang di neraka yang keadaannya meminum air mendidih sehingga membakar tekak mereka. Membaca ini, hati saya bergetar, seakan-akan saya boleh merasakan tekak saya terbakar, dan saya boleh merasakan bagaimana sebenarnya hal ini, sehingga saya memutuskan saya perlu berubah. Dalam usaha untuk berubah, hal pertama yang saya lakukan adalah saya pergi ke masjid, saya menghabiskan sepanjang hari di sana dengan membaca. Bahkan ibu saya menelefon di malam hari dan bertanya di mana saya berada sepanjang hari. Saya katakan "Saya sedang berada di masjid! …" Dengan terkejut Ibu saya mengatakan, "Tidak, kamu tidak boleh di Masjid, kamu seorang Kristian. Kristian tidak pergi ke masjid. " Ibu saya sangat terkejut dan sangat yakin bahawa saya akan menyusuri jalan yang buruk. Itu reaksi ibu saya yang wajar, (mengingat gencarnya media dalam melakukan stereotaip negatif tentang islam "war on terror"). namun setelah beberapa waktu, dia mula dapat menerimanya. Dia banyak menangis. Saya tidak terlalu yakin mengapa dia menangis, saya fikir dia merasa saya menolak semua yang diajarinya ke saya selama ini. Banyak orang mengatakan bahawa ketika mereka mencari Islam, seolah-olah mereka sudah pulang ke rumah asalnya. Dan itulah perasaan yang saya dapatkan. Saya di masa lalu bukanlah saya yang sesungguhnya, saat itu bukanlah diri saya yang sebenarnya. Dan inilah sekarang diri saya sebenarnya.! Saya menjadi diri yang lebih baik setelah saya masuk Islam. Dan saran saya bagi orang lain (non muslim) yang berfikir / meragukan Islam, Janganlah mencari hanya di internet untuk mengetahuinya, tapi datangilah ke masjid dan berbicara dengan orang yang mempunyai pengetahuan tentang hal itu. kerana terdapat banyak propaganda dan fitnah-fitnah dari laman-laman web anti Islam yang tidak benar. dan jika anda tidak tahu apa-apa tentang Islam. Anda akan kesulitan untuk menilai mana yang benar dan mana yang dusta. Jadi jauh lebih baik untuk bercakap dengan seseorang yang paham dan berilmu. Dan jangan takut dengan apa yang akan difikirkan keluarga anda; banyak orang bahkan saya sendiri pada mulanya bimbang tentang apa yang akan orang tua saya fikirkan, namun setelah masuk Islam. justeru saya berharap yang terbaik bagi kedua-dua orang tua. bahawa mereka akan mengikuti jejak saya untuk segera memeluk Islam. |
Hanya Menangis Di PAU 2012, Perwakilan Ni Dapat Title Dato' Posted: 11 Dec 2012 02:46 PM PST Jasanya cukup besar kepada negeri Melaka...Iaitu menangis teresak-esak bila mendengar ucapan Presiden UMNO, Najib Razak di Perhimpunan Agung UMNO 2012. Jasa yang amat besar itu, maka dianugerahkan darjah bergelar Datuk oleh Negeri Melaka. Pergh!!!!... baru admin tau...menangis bila dengar ucapan Presiden UMNO dianggap amat berjasa sekali kepada pejuangan bangsa Melayu. Kalau begitu, tidak lama lagi Mak Cik-Mak Cik yang meraung akan juga diberi imbuhan darjah kebesaran..Jangan khuatir dan bimbang. Jasa anda kalian diperhatikan oleh para pemimpin UMNO. -Addin Sumber |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan