MIMPI SENJA |
- Rakyat Malaysia dipercayai anggota militan Jemaah Islamiah JI ditembak mati di Filipina
- Agak-agak hampa ada ke lagi orang yang nak kat Berahim katak ni?
- PAS sekutu penting - Karpal
Rakyat Malaysia dipercayai anggota militan Jemaah Islamiah JI ditembak mati di Filipina Posted: 15 Dec 2012 09:09 PM PST KUALA LUMPUR 16 DIS - Seorang rakyat Malaysia, dipercayai pengganas, ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao pada Jumaat lalu. Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/ Anti Pengganas) Bukit Aman Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikatakan bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya sebelum ditembak. "Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam (waktu Filipina) (8.40 malam waktu Malaysia) tadi, suspek bersama isterinya, Annabel Nieva Lee warga Filipina sedang mendaftar keluar dari hotel penginapannya sebelum didatangi anggota polis," katanya ketika dihubungi Bernama. Mohamad Fuzi berkata isteri suspek turut ditahan pihak berkuasa Filipina untuk diambil keterangan. "Pihak Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan polis Filipina untuk mengesan identiti sebenar suspek," katanya. Difahamkan Mohd Noor Fikrie, yang berasal dari Kedah, berada di Filipina sejak beberapa bulan lepas dan menganggotai kumpulan militan Jemaah Islamiah (JI). |
Agak-agak hampa ada ke lagi orang yang nak kat Berahim katak ni? Posted: 15 Dec 2012 08:17 PM PST Sedia Bertanding Atas Mana-mana Tiket Untuk Pertahan Kerusi Pasir MasKUALA LUMPUR 16 Dis - Anggota Parlimen Pasir, Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia untuk bertanding atas mana-mana tiket pada pilihan raya umum akan datang bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang disandangnya. Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) berkata beliau sedia berunding dengan mana-mana pihak atau bertanding atas tiket Bebas bagi mempertahankan kerusi itu. "Perlu ada perbincangan sebelum boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak. Saya mengharapkan sokongan semua pihak termasuk pembangkang dan Barisan Nasional (BN) kerana saya tahu saya boleh buat lebih baik daripada mereka. "What banner saya bertanding? Saya terbuka untuk semua. Saya kena tengok dasar perjuangan, tingkah laku mereka. Tapi kalau kena bertanding atas tiket bebas, saya tetap akan bertanding dan tidak kisah berapa penjuru sekali pun," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan dan Persidangan Agung Perkasa ke-3 di sini semalam. Kira-kira 7000 orang membanjiri Taman Tasik Titiwangsa bagi menghadiri perhimpunan dan persidangan pertubuhan tersebut. Perhimpunan Tahunan Perkasa kali ini turut membawa usul dalam kerangka satu resolusi iaitu, Perpaduan Bangsa, Kebebasan Beragama, Pluralisme, LGBT/ Liberalisme dan Faham Serba-Boleh, Pelan Tindakan Pendidikan Negara, Ekonomi, Isu Gaza dan Jenayah Perang, Campurtangan Kuasa Asing, Perkara 153 dan 87 Perlembagaan Negara serta termasuk Kestabilan Politik, Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat. Dalam majlis yang sama, Perkasa turut menganugerahkan 'Bintang Tertinggi Perkasa' kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, iaitu bintang paling atas dalam perlembagaan pertubuhan tersebut berdasarkan ketokohan dalam bidang agama dan menjadi individu keempat menerima anugerah itu. Sebelum ini, Perkasa telah menganugerahkan beberapa lagi tokoh negara antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub. |
Posted: 15 Dec 2012 08:38 AM PST GEORGETOWN - Pengerusi DAP, Karpal Singh yakin hubungan erat antara parti dalam Pakatan Rakyat (PR) akan merealisasikan impian parti itu untuk merampas Putrajaya. Beliau berkata, walaupun sering memberi kritikan terhadap Pas kerana mengenakan dasar-dasar Islam ke atas bukan Islam terutamanya di Kelantan, beliau sentiasa menyokong Pas dan menyifatkannya sebagai "sekutu yang penting." "Pas adalah sekutu penting dalam PR. Kita mungkin mempunyai perbezaan pendapat dengan Pas, tetapi Pas adalah sebuah parti yang berprinsip kukuh," katanya. Karpal turut menyalurkan semangatnya kepada lebih 2,000 perwakilan apabila meminta supaya Barisan Nasional (BN) 'disembelih'. "Walau kita kukuh sekarang, namun kita tidak boleh lupa dengan musuh kita, BN. Kita mesti berjuang habis-habisan untuk memastikan kita dapat menggantikan BN. Kasi 'sembelih' BN. "Tiada keraguan dalam fikiran saya bahawa Pakatan Rakyat boleh mencapai objektif kerana kita kuat sekarang, contohnya Pulau Pinang, ia menunjukkan sebuah Kerajaan Negeri yang bagus di bawah pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Apa yang dicapai di Pulau Pinang, akan dicapai di Putrajaya juga nanti," katanya. Karpal berkata, suatu ketika dahulu, tiada siapa menyangka bahawa DAP akan bekerjasama dengan Pas, namun kini seluruh senario politik Malaysia telah berubah. "Kita juga mesti berubah mengikut peredaran masa. Dalam politik, tiada kawan atau musuh yang kekal, tetapi kita mesti mempunyai prinsip dan DAP akan tetap berpegang kepada prinsip-prinsipnya," katanya. Karpal turut mengingatkan perwakilan supaya tidak melupakan pemimpin veteran. "Tanpa mereka, parti ini tidak akan makmur seperti apa yang dilihat hari ini. Jika tidak kerana mereka (veteran), anda tidak akan berada di mana anda berada sekarang. "Jangan memandang rendah kuasa veteran. DAP dibina hasil titik peluh dan darah mereka ini," katanya. Pada masa yang sama, Karpal sekali lagi menyatakan sokongannya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dilantik menjadi Perdana Menteri apabila PR memerintah negara nanti. Menurutnya, DAP akan memberi kerjasama yang penuh untuk menentukan Anwar. -sinarharian.com |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan