Blog-list Malaysia |
- Pas Dan Umno Cemburu Dengan Saya - Ibrahim Ali
- DAP lantik dua pemimpin Melayu anggotai CEC
- PRU13 - Ibrahim Ali Tak Pasti Nak Pilih Pas Atau BN..
- Sudah 6 Kali Najib Ke Sabah..
- Harussani Kutuk Pas Lagi..
- Sebab Inilah Ustaz Azhar Tak Datang Ke Himpunan Rakyat Terengganu..
- Harussani Terima Anugerah 'Bintang Tertinggi Perkasa'
- Tuduhan: Najib tidak boleh membisu
Pas Dan Umno Cemburu Dengan Saya - Ibrahim Ali Posted: 15 Dec 2012 11:09 PM PST PETALING JAYA: Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali boleh dilabel sebagai seorang yang suka membangga diri serta gemar mencanang kehebatan sendiri. Ahli parlimen Pasir Mas itu memperakui dirinya hebat semasa berucap di perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa di Kuala Lumpur semalam. "Dalam tempoh empat tahun (Perkasa ditubuhkan) ahli Perkasa sudah 300, 000 orang. " Saya tidak dapat satu benda dari (Najib) Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau saya dapat geran saya boleh kumpulkan orang Melayu seramai 500, 000 atau sejuta umat Melayu," katanya. Beliau merujuk kepada kepada kehadiran program perhimpunan Perkasa di Tasik Titiwangsa semalam yang munurutnya 10, 000 orang. "Ini tidak kira lagi berpuluh-puluh bas yang belum sampai kerana tersekat di tengah jalan kerana mereka bertolak lewat," tambah presiden Perkasa itu. Ibrahim juga mengatakan beliau seorang yang setia kepada parti tetapi menjadi mangsa cemburu kepada orang PAS dan Umno kerana kehebatannya. |
DAP lantik dua pemimpin Melayu anggotai CEC Posted: 15 Dec 2012 10:52 PM PST GEORGE TOWN, 16 Dis — Dua pemimpin Melayu dilantik secara terussebagai anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) hari ini walaupun tiada seorang daripada enam calon berjaya menang. Senator Dr Ariffin SM Omar dan pendatang baru Zairil Khir Johari (gambar) antara 10 orang yang dilantik secara terus ke dalam jawatankuasa tertinggi itu. Semasa mengumumkan barisan CEC yang baru tersebut, yang kebanyakkan hampir sama seperti terdahulu, setiausaha agung Lim Guan Eng berkata kesemua 20 ahli sepakat dalam perlantikkan kepimpinan jawatankuasa pagi tadi. Lima ahli lain yang dilantik terus ke dalam CEC adalah Dr Tan Seng Giaw, Dr P Ramasamy, Jimmy Wong Sze Phin, Dr John Brian Anthony, Dr Edwin Bosi, Leong Nga Nga, V.Sivakumar dan Thomas Su Keong Siong. Dan bagi jawatan tertinggi, Karpal Singh masih kekal sebagai pengerusi kebangsaan manakala naib pengerusi sebelum ini Tan Kok Wai telah dinaikkan ke jawatan timbalan pengerusi. Teresa Kok, yang sebelum ini adalah setiausaha organisasi kebangsaan juga mendapat kenaikkan apabila dilantik menjadi naib pengerusi. |
PRU13 - Ibrahim Ali Tak Pasti Nak Pilih Pas Atau BN.. Posted: 15 Dec 2012 06:59 PM PST KUALA LUMPUR 15 Dis. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali akan mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum akan datang namun belum menentukan untuk bertanding di bawah lambang parti politik tertentu. Menurutnya, beliau bersedia bertanding sama ada di bawah Pas seperti dalam Pilihan Raya Umum 2008 atau di bawah lambang parti lain seperti UMNO. Sehubungan itu, katanya, beliau masih mengharapkan sokongan semua pihak sama ada daripada UMNO serta Barisan Nasional (BN) atau Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membantunya memenangi semula kerusi itu. "Saya bersedia berbincang dengan mana-mana parti politik yang sedia menawarkan saya bertanding di bawah lambang parti mereka dalam pilihan raya umum nanti. - Utuseks |
Posted: 15 Dec 2012 05:21 PM PST Seperti dijangka, perdana menteri, Najib Altantuya telah pun tiba di Sabah sebentar tadi, menjadikan lawatan kali ini adala lawatan keenam sepanjang tahun ini. Perkara ini disahkan sendiri timbalan speaker Dewan Rakyat yang juga ahli parlimen Beluran, Ronald Kiandee dalam satu mesej di Twitter. @rkiandee Akan hadir majlis pecah tanah masjid DUN Sekong dan Mesyuarat Agong LDP di sandakan oleh YAB PM pagi ini. Kali ke6 PM lawat sabah tahun ini Bagaimanapun, lawatan Najib Altantuya kali ini tidak dihebahkan kepada umum oleh Jabatan Penerangan dan pejabat ketua menteri Sabah termasuk agensi berita nasional, Bernama seperti kebiasaannya, dipercayai bagi mengelakkan dari diketahui seluruh Malaysia. Strategi tersebut digunakan berikutan presiden Umno itu tidak mahu lawatan keenamnya dipublisitikan secara meluas setelah banyak kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) pecah di negeri itu sejak akhir-akhir ini. Ini mengesahkan ramalan penganalisis politik yang berpendapat, kekerapan seorang perdana menteri turun ke sesebuah negeri adalah petanda bahawa negeri tersebut sudah dianggap tidak selamat untuk BN mengekalkan kuasa menjelang pilihanraya umum yang dijangka diadakan dalam tempoh empat bulan lagi. Masih ingatkah anda berapa kali Najib Altantuya turun ke Perak bagi menyelamatkan negeri itu dari dirampas semula Pakatan Rakyat? Tetapi, Najib Altantuya sudah tidak kerap turun ke negeri itu, terakhir kali adalah semalam semasa meraikan veteran perang di Kuala Kangsar, petanda negeri tersebut sudah tidak boleh diharapkan Najib Altantuya bagi menjamin kemenangan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Tambah menyulitkan keadaan, Najib Altantuya sekali lagi dijangka akan turun ke Sabah akhir bulan ini kununnya bagi sambutan perayaan Krismas yang diadakan secara besar-besaran juga di Sandakan pada 28 Disember, yang juga merupakan lawatan ketujuh sepanjang tahun ini. Lawatan selama sehari ke Sandakan dan Libaran dijangka akan 'meneutralkan' pengaruh Pakatan Rakyat terutama KEADILAN di parlimen Batu Sapi, Pensiangan, Libaran, Kinabatangan dan Tawau setelah parti itu berjaya menarik lebih 7,000 ahli baru sama ada yang keluar dari BN atau menjadi ahli baru. Penganalisis politik negeri berpendapat, lawatan paling banyak bagi seorang perdana menteri jelas menunjukkan kebimbangannya terhadap pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin melebar di negeri ini yang mempunyai 25 kerusi parlimen untuk direbut. Jika Najib Altantuya gagal dalam misinya meneutralkan seberapa banyak kawasan parlimen di negeri di bawah bayu ini, tidak mustahil BN boleh tumbang dalam pilihanraya umum akan datang kerana menurut ramalan terbaru, BN bakal kehilangan sekurang-kurangnya lapan atau lebih kerusi parlimen ke tangan Pakatan Rakyat. Ini kali lah TUKAR! JALAN PULANG |
Posted: 15 Dec 2012 04:17 PM PST KUALA LUMPUR 15 Dis. - Perpaduan antara UMNO dan Pas dapat memperkembang serta memartabatkan perjuangan Islam di negara ini seterusnya memperkuatkan wadah politik masyarakat Melayu. Sehubungan itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, masyarakat Melayu terutama daripada kedua-dua parti tersebut tidak boleh terlalu taksub dengan ideologi politik masing-masing sehingga merugikan Islam. Lebih menyedihkan, kata beliau, terdapat kecenderungan parti terbabit menuduh pemimpin serta ahli parti berlawanan sebagai kafir hanya kerana berbeza ideologi politik. "Pernah dalam majlis kenduri yang saya hadiri, mereka membuang dua besen ayam atas alasan haram kerana disembelih ahli UMNO, sedangkan sembelihan Kristian dan Yahudi (ahli kitab) pun halal, apatah lagi ahli UMNO yang mengucap dua kalimah syahadah. "Pas dan UMNO, kedua-duanya cakap mempertahankan Islam, masing-masing bertelagah, saya seronok kalau dua kumpulan itu bergerak mengembangkan Islam kerana usaha itu pasti berjaya," katanya. Beliau berucap merasmikan Persidangan Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ketiga di sini hari ini. Menurut Harussani, perpecahan kedua-dua parti itu disebabkan pemimpin dan ahli masing-masing terlalu taksub dalam memperjuangkan ideologi mereka. Menurut beliau, perbezaan ideologi seharusnya membawa kepada kemajuan serta perkembangan Islam dan bukannya kehancuran. "Melayu jangan taksub dengan parti, biarlah dua parti, namun percanggahan fikiran (seharusnya) akan membawa kemajuan dan jangan sesekali lupa matlamat kita adalah Islam," tegasnya. Harussani sebelum itu menerima Anugerah Bintang Perkasa daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali atas sumbangan serta ketokohan dalam memperjuangkan Islam selama ini. |
Sebab Inilah Ustaz Azhar Tak Datang Ke Himpunan Rakyat Terengganu.. Posted: 15 Dec 2012 05:51 AM PST Orang ramai bertanya mengapa Ustaz Azhar (daei sejuta umat) tidak dalam program PGU6.0 peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Paka, Dungun?. Orang ramai risau dan takut takut Ustaz Azhar yang disayangi oleh umat Malaysia, tak kira umur dan status dan sebagai ikon untuk genarsi muda mudi. Orang ramai takut ustaz Azhar menyeberang sebelah sana (UMNOlah). Menjadi kebiasaan setiap program besar PAS , nama ustaz Azhar Idrus menjadi ikon dan sumber inspirasi perjuangan PAS dan anak anak muda mudi. Walaupun kelibat ustaz Azhar tidak hadir, PGU6.0 juga berjaya dan mencapai matalmat. Rata rata pengunjung PGU6.0, terutama anak anak muda dan belia serta beliawanis kurang menyegat dan kurang garam serta adunannya. Kami ajukan kepada orang kuat PGU6.0, ketiadaan ustaz Azhar dalam siri program mega terutama PGU di Paka , Dungun. Jawapam yang kami terima ustaz Azhar telah ada satu temu janji . Mungkin juga jawatankuasa PGU6.0 tidak bincang dengan ustaz Azhar terlebih dahulu sebelum dilaksanakan PGU6.0 Paka. Jika itu jawapan yang diberi kami anggap tidak munasabah dan tidak cerdik jawapan dari pehak penganjur. PGU 6.0 Paka Dungun Terengganu adalah satu satunya Progaram yang paling berjaya jika diambil kira jumlah kehadiran orang ramai dianggarkan 60,000 orang. Syabas kepada ketua dan Timbalan Program PGU.6.0 iatu suadar Haji Ariffin dan Haji Hanafiah Mat. Kami sebagai pemerhati serta melihat mood orang ramai malah kami bertanya secara rawak, jawapan yang diberi BN/UMNO Terengganu tergugat yang amat sangat PRU13. Jika menang pun hanya sekadar majoriti yang kecil dan sukar memerintah. Kami juga bertanya kumpulan UMNO yang hadir dalam PGU6.0, peluang PAS Terengganu cerah jika pengundi pengundi hantu tidak boleh mengundi, tapi jika pengundi-pengundi tersebut boleh mengundi dan berjaya diuruskan oleh SPR dan JPN serta kerjasam BN/UMNO Terengganu peluang PAS Terengganu sedikit sukar. Untuk rekod pengundi pengundi hantu telah sedia ada dalam daftar mengundi SPR tahun PGU 2008 yang telah diurus sedia oleh UMNO Terengganu dengan tujuan untuk merampas kembali dari tangan PAS." Sumber sini |
Harussani Terima Anugerah 'Bintang Tertinggi Perkasa' Posted: 15 Dec 2012 04:26 AM PST KUALA LUMPUR 15 Dis - Kira-kira 7000 orang membanjiri Taman Tasik Titiwangsa di ibu negara pagi tadi bagi menghadiri Majlis Perasmian Perhimpunan Tahunan Pribumi (PERKASA) Negara bagi kali ke-3. Presiden Perkasa, Datuk Paduka Ibrahim Ali dalam ucapannya melahirkan rasa terharunya dengan kehadiran dan sokongan daripada para perwakilan seluruh negara. "Semangat daya juang yang begitu tinggi. Saya terharu dengan hadirin," katanya lantas melakukan 'tunduk hormat' sebanyak 3 kali. Perhimpunan PERKASA tahun ini membawakan tema, 'Hapuskan Petualang Negara'. Menurut Ibrahim, ada pihak yang terus mempertikaikan agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Malah, institusi Raja-Raja Melayu turut diperlekehkan. Oleh yang demikian, beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas menyeru kepada seluruh ahli Perkasa agar memandang serius perkara-perkara yang melibatkan Agama, Bangsa dan Negara. "Perkasa pertahan secara inklusif fasa 153 perlembagaan. Hak kerakyatan jika ada yang mempersoalkannya, Perkasa turut tentang.Ada pihak yang mahu cuba menyamakan Islam dengan agama lain. Ditambah dengan isu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual), Ini berlaku kerana Melayu berpecah-belah. Melayu sudah 'layu' dan lemah.Tetapi masih ada Melayu yang berani, semangat juang yang tinggi iaitu pejuang-pejuang Perkasa seluruh negara,"tegas beliau. Turut hadir, bekas Ketua Polis Negara yang juga merupakan pemegang tokoh Pahlawan Perkasa tahun lalu, Tan Sri Rahim Noor, bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali serta Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Senator Datuk Solaimalai Nallakaruppan Dalam majlis yang sama, Perkasa turut menganugerahkan 'Bintang Tertinggi Perkasa' kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, iaitu bintang paling atas dalam perlembagaan pertubuhan tersebut berdasarkan ketokohan dalam bidang agama dan menjadi individu keempat menerima anugerah itu. Sebelum ini, Perkasa telah menganugerahkan beberapa lagi tokoh negara antaranya bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Arshad Ayub. Perhimpunan Tahunan Perkasa kali ini turut membawa usul dalam kerangka satu resolusi iaitu, Perpaduan Bangsa, Kebebasan Beragama, Pluralisme, LGBT/ Liberalisme dan Faham Serba-Boleh, Pelan Tindakan Pendidikan Negara, Ekonomi, Isu Gaza dan Jenayah Perang, Campurtangan Kuasa Asing, Perkara 153 dan 87 Perlembagaan Negara serta termasuk Kestabilan Politik, Keselamatan dan Kesejahteraan Rakyat. |
Tuduhan: Najib tidak boleh membisu Posted: 15 Dec 2012 03:51 AM PST Apa yang dibongkar oleh Deepak dan Musa Hassan wajar mendapat jawapan dari Najib, Hishammuddin dan Muhyiddin kerana tuduhan yang dilemparkan oleh kedua-duanya, Deepak dan Musa, adalah tuduhan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan amat serius. Isu yang melibatkan kepimpinan negara. Negara kita adalah sebuah negara persekutuan yang berdaulat. Bagi sesebuah negara yang berdaulat Malaysia tidak wajar mempunyai pemimpin yang begitu mudah dikaitkan dengan isu-isu seperti membunuh serta isu-isu yang boleh menjejaskan kewibawaan negara kerana pemimpin besarnya dikaitkan dengan kerja yang amat hina dan menjijikkan itu. Malaysia bukan letaknya di benua Afrika. Kita berada di rantau yang sedang membangun dan juga menjadi negara yang mengamalkan demokrasi berjiran kepada demokrasi terbesar di dunia ini. Jika di pandang dari sudut etika kepimpinan yang sebenarnya Najib sepatutnya meletakkan jawatan sebagai PM dan jawatan-jawatan dalam parti. Apabila seorang Perdana Menteri itu meletakkan jawatan maka keseluruhan kabinet beliau juga sepatutnya meletakkan jawatan. Begitu juga mereka yang menjadi ahli-ahli Majlis Tertinggi parti. Itulah etika sebenarnya. Selama ini kita tidak mengamalkan moral demokrasi itu dengan baik dan telus. Kita telah melanggar banyak kali etika kepimpinan bagi negara ini pada masa-masa yang lampau. Itulah sebabnya kita tidak pernah terlepas dari menghadapi masalah moral dalam kepimpinan negara kita. Pihak yang berkuasa tidak mengambil isu moral kepimpinan ini sebagi isu teras bagi kepimpinan negara. Banyak masalah negara sepatutnya telah dapat diselesaikan jika isu moral dan etika ini diambil berat oleh mereka yang sedang berkuasa. Dalam isu Deepak dan Musa Hassan yang sedang menjadi perbualan ramai sekarang ini, mereka yang dikaitkan, iaitu Najib dan isterinya sepatutnya tampil ke depan dan memberikan penjelasan terhadap isu yang ditimbulkan oleh Deepak terutamanya. Apabila matinya seseorang wanita asing yang dikaitkan dengan orang-orang yang hampir dengan Perdana Menteri, Najib mesti tampil ke hadapan dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada rakyat. Ini sangat penting, kerana Najib itu adalah Perdana Menteri dan Rosmah itu adalah isteri kepada Perdana Menteri. Rakyat ingin tahu kenapa Rosmah mencari Deepak untuk memaksa Bala Subramaniam melakukan 'retraction' terhadap akuan bersumpah yang pertamanya dan menyediakan seorang peguam untuk mengadakan akuan bersumpah yang kedua. Ianya tentu ada kena mengena dengan Rosmah dan Najib. Kalau ia tidak kena mengena dengan suami isteri itu masakan mereka sibuk untuk meminta Deepak mencari Bala Subramaniam. Jika Najib dan Rosmah tidak tampil ke depan dan memberikan penjelasan, apa yang perlu dilakukan sekarang oleh Najib ialah untuk berundur dan seluruh kabinet patut berundur kerana ini adalah cara demokrasi dan etika kepimpinan negara yang sudah maju mengamalkannya. Itu sebabnya seseorang pemimpin bagi negara yang sedang membangun mesti menjaga kewibawaan mereka dengan tidak terlibat dengan perkara-perkara seperti pembunuhan dan rasuah serta apa jua perkara yang melanggar moral dan etika kepimpinan negara itu. Di negara barat seperti di Amerika Syarikat dan lain-lain, seseorang yang bersedudukan dengan teman wanita tanpa pernikahan yang sah itu adalah menjadi budaya dan perkara yang biasa. Tetapi Gary Hart seorang calon 'primary' dari parti Demokrat telah berundur dari pemilihan itu kerana beliau didapati pernah bersedudukan dengan seorang wanita di luar perkahwinannya. Kehidupan seperti itu adalah kehidupan yang 'normal' bagi orang negara barat. Tetapi apabila isu itu diketahui umum, Gary Hart telah mengundurkan diri dari pertandingan itu kerana semata-mata untuk menjaga etika kepimpinan dan moral negara AS itu. John Terry pernah digugurkan sebagai ketua pasukan bola England apabila beliau di katakan mempunyai hubungan sulit dengan bekas teman wanita sahabatnya sendiri. Tindakan itu ialah untuk menjaga moral dan etika pasukan bola negara England. Begitulah tingginya nilai moral di mana-mana negara maju jika ia berkaitan dengan kepimpinan. Nilai inilah yang kita tidak pernah mengambil pusing kerana kita menganggap pemimpin itu boleh melakukan apa sahaja yang tidak bermoral dan beretika itu. Kita perlu ingat yang kita pimpin ini adalah negara, bukannya pemimpin persatuan silat atau persatuan pemandu teksi dan beca. - Aspan Alias, |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan