Rabu, 5 Disember 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Rakyat Malaysia tolak budaya politik samseng Umno

Posted: 04 Dec 2012 06:12 PM PST

SAYA mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan budaya samseng yang dilakukan oleh Pemuda UMNO bagi mengganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Parlimen Gombak. Program ini berlangsung malam tadi, 4 Disember 2012 di Dataran Shaharudin Batu 8 1/2 Gombak.

Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar  untuk menggesa Pemuda UMNO Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung. Justeru itu, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak  telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku. 

Malangnya lebih 100 orang Pemuda UMNO hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah yang berlangsung sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah. Rempuhan yang dibuat serta tindakan membaling batu yang dimulakan oleh Pemuda UMNO ini menggambarkan sifat dan budaya samseng yang telah lama berakar dalam UMNO. Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam dengan senjata tajam.

Saya sekali lagi mengecam sekeras-kerasnya tindakan provokasi dan budaya politik samseng serta mahu Pemuda UMNO Malaysia bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku lewat malam tadi. Kejadian yang berlaku jelas adalah jenayah politik yang menjelikkan dan bukti keterdesakan UMNO untuk mempertahankan kekuasaan. Justeru saya mahu pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke atas penjenayah politik yang berkenaan.

Kami percaya rakyat Malaysia khususnya di Gombak sudah muak dengan budaya politik samseng dan khianat yang cuba mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat. Berbeza dengan Pakatan Rakyat, menganjurkan dasa-dasar yang membela rakyat dan sentiasa bersedia untuk berhujah termasuk kesediaan Dato' Seri Anwar untuk berdebat dengan Dato' Sri Najib demi kemaslahatan rakyat. InshaAllah, saya tetap komited dan yakin bahawa rakyat sudah sedia melakukan perubahan dan akan menolak UMNO-BN dalam Pilihan Raya Umum ke 13.

 

YB Amirudin Shari
Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor
Timbalan Ketua Cabang
KEADILAN  Gombak


Sent from my BlackBerry®

Tiada ulasan: