Blog-list Malaysia |
- Umno kantoi.. Tragedi Malam Tadi Telah Dirancang..
- Insiden berdarah Gombak, Umno ulangi tragedi 13 Mei – Shamsul
- Video Anwar Berucap Ketika Serangan Malam Tadi
- Megat Anak Omar Din Ketua Samseng Umno ..
- Gambar-gambar Lelaki ditikam samseng Umno dalam Jelajah Merdeka Rakyat Gombak
- Siri Jelajah DS Anwar ke Kedah & Perlis 6 & 7 Dis 2012
- Bayangkan Jika 1,081 Kamera AES Beroperasi..
- Bekas Ketua Polis Negarapun Diintip SB
Umno kantoi.. Tragedi Malam Tadi Telah Dirancang.. Posted: 05 Dec 2012 12:13 AM PST KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan sekumpulan samseng terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi didahului dengan penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berupa 'arahan' beberapa hari sebelumnya. SMS itu menyatakan arahan supaya membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program yang diadakan di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di Gombak. SMS itu didedahkan Ketua Cawangan PAS Kampung Gombak Utara, Haider Samsudin kepada Keadilan Daily malam tadi. Katanya, beliau menerima SMS itu beberapa hari sebelum ceramah berlangsung. "SMS ini disebarkan kepada orang ramai khususnya pemimpin PAS dan anggota supaya tidak turun ke ceramah. Ia juga mengandungi bukti arahan supaya rakyat turun beramai-ramai buat provokasi pada ceramah," jelasnya. Pada program itu, Haider cedera di kepala akibat dibaling objek keras dipercayai pasu oleh samseng Umno. Berikut SMS tersebut: Adalah dimaklumkan pada tarikh 4.12.2012 hari selasa malam, ketua pembangkang anuar ibrahim akan datang ke gombak utara bt 8, diharapkan tuan tuan dapat menurunkan seberapa ramai pemuda cawangan bagi menghalang kehadiran beliau ke gombak utara. Tuan tuan! Gombak Utara adalah maruah kita, sama samalah kita turun beramai ramai pada malam tersebut. A.kum & slm perjuagan.. diseru semua ketua 4 sayap caw2 (Cawangan-cawangan). PDM (Pusat Dun Mengundi) Bt (batu) 9 Gbk (gombak) dpt (dapat) menurunkan seberapa ramai ahli caw.ke perkarangan pjb (pejabat) Dun Simpang bt 8 gbk (gombak) mlm (malam) ini jam 8mlm (malam) bg (bagi) menyokong BANTAHAN kehadiran KETUA PENGKHIANAT BANGSA ke kg kita gbk (gombak) utara.. moga kita sama2 dpt (dapat) membela kg kita & mempertahankan kubu kuat kita dr (dari) dikhianati oleh egen ZIONIS ini… su (setiausaha) pdm (Pusat Dun Mengundi) bt (batu) 9 gbk (gombak). Penyebaran SMS itu turut disahkan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak, Amirudin Shari dalam kenyataan pagi ini. "Beberapa hari sebelum program, pimpinan Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS) yang berlegar untuk menggesa Pemuda Umno Gombak turun untuk menghalang program yang akan berlangsung," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves itu. Ekoran itu, sebagai langkah keselamatan, kepimpinan Pakatan Rakyat Gombak membuat satu laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Gombak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. ~keadilandaily |
Insiden berdarah Gombak, Umno ulangi tragedi 13 Mei – Shamsul Posted: 05 Dec 2012 12:07 AM PST KUALA LUMPUR 5 Dis: Serangan samseng Umno terhadap ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak malam tadi yang menyebabkan sekurang-kurangnya dua penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) cedera berdarah membuktikan peristiwa 13 Mei akan diulangi Umno, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau merujuk ucapan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil pada Perhimpuann Agung Umno (PAU) tempohari yang menyatakan peristiwa 13 Mei bakal berulang jika Pakatan memerintah. "Baru saja Shahrizat mengingatkan kononnya jika Umno tidak lagi memerintah, suasana tegang akan bermula dan peristiwa 13 Mei akan berulang," kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) itu ketika dihubungi. "Inilah bukti kebenaran kata-kata beliau bahawa peristiwa itu memang akan berulang kerana dicetuskan samseng Umno yang mengamalkan politik ganas," tempelak Shamsul. Dalam teks ucapan Shahrizat, antaranya menyatakan bahawa: "..Saya bimbang dan khuatir ini mungkin akan membawa kepada ketegangan kaum yang boleh mengundang kembali tragedi 13 Mei 1969. Mahukah kita melihat keadaan jijik tersebut berlaku lagi di negara kita…" Shamsul turut mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang baru meminta maaf kepada rakyat dalam PAU. "Najib baru saja minta maaf kepada rakyat dalam Perhimpunan Umno atas segala kesilapan. Hanya beberapa hari, perkara begini (serangan) terjadi. Apakah Najib tak ada kuasa untuk halang sayap pemudanya?" tegasnya. "Apa pula pendirian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang kononnya sering melontarkan idea bernas? Kenapa biar politik ganas menjalar? Mustahil beliau tak tahu isu ini," katanya. Tegas Shamsul, polis perlu ambil tindakan segera dan mengheret pihak bersalah yang menyebabkan kecederaan terhadap penyokong Pakatan ke mahkamah. Dalam perkembangan berkaitan, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengajak Shahrizat berdebat berhubung isu 'Tragedi 13 Mei 1969 dan Perpaduan Nasional'. Timbalan Ketua Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, cadangan debat ini menunjukkan kesediaan DMPP menjawab segala tuduhan dan kenyataan Shahrizat di PAU, 28 November lalu. DMPP mahu Shahrizat sendiri berdebat dengan Ketua DMPP, Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. "Kenyataan tersebut boleh mendatangkan rasa takut, cemas, rasa tidak selamat, tidak tenteram, berunsur ugutan, menghasut dan seterusnya upaya dan cenderung mendatangkan khianat awam kepada ketenteraman masyarakat awam pelbagai kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan. keadilandaily.com/ |
Video Anwar Berucap Ketika Serangan Malam Tadi Posted: 04 Dec 2012 07:00 PM PST |
Megat Anak Omar Din Ketua Samseng Umno .. Posted: 04 Dec 2012 05:21 PM PST Gombak 5 Disember: Seorang penyokong Pakatan Rakyat cedera ditikam samseng Umno pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Gombak malam tadi. Mangsa luka di bahu kiri akibat tikaman yang dipercayai menggunakan senjata – kerambit, sebelum dirawat petugas KEADILAN. Ia berlaku ketika sekumpulan samseng Umno yang sebahagiannya membawa bendera BN mengganggu ceramah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2 di sini. Kumpulan samseng Umno yang sebahagiannya didakwa sebagai pesilat, selain berbuat bising menggunakan kata kesat turut melempar batu ke tapak ceramah. Mengulas kejadian itu ketika berpidato, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras perbuatan zalim itu. "Ikut sejarah Islam, yang baling batu ini siapa? Puak Jahiliyah!" katanya yang turut mendesak polis menjalankan siasatan sehingga pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan. "Kalau tak ambil tindakan, saya sendiri datang cari Ketua Polis (Daerah) Gombak," katanya dengan nada tegas. Beliau juga meminta penyokong Pakatan tidak membalas kezaliman itu, sebaliknya menjaga akhlak dan istiqamah dalam perjuangan. "Kalau kita pun balas baling batu, kita sama dengan mereka.Kita nak menang jaga akhlak, Kita nak menang pertahan Semangat Perlembagaan" katanya. -KD |
Gambar-gambar Lelaki ditikam samseng Umno dalam Jelajah Merdeka Rakyat Gombak Posted: 04 Dec 2012 04:11 PM PST Rakyat wajib ajar dan tolak budaya samseng puak-puak umporno dan b-end pada PRU 13 akan datang. Mereka ibarat lembu yang akan disembelih....Batu sebesar ini dilemparkan oleh samseng umporno... Puak-puak upahan/samseng umporno/b-end datang membuat kacau dengan membaling batu dan objek keras ke atas orang ramai di tapak ceramah merdeka rakyat di gombak! seorang pendengar ceramah telah ditikam di bahu beliau! Ketua cawangan PAS Air Panas, Gombak cedera dikepala selepas terkena balingan pasu. InsyaAllah esok, laporan polis akan dibuat. Kami akan dedahkan lebih banyak bukti. Terus bersama kami. Hancur samseng lembu umporno Kesan darah pada baju mangsa lantaran kesamsengan Umno |
Siri Jelajah DS Anwar ke Kedah & Perlis 6 & 7 Dis 2012 Posted: 04 Dec 2012 06:00 AM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah & Siri Jelajah Bas Merdeka Rakyat Bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Kedah & Perlis - 6 & 7 Disember 2012 6 Disember 2012 (Khamis) - Kedah 1) 5.00 ptg – Dewan Karturaja, Paya Besar (DUN – Lunas, P- Padang Serai) 2) 7.00 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib Lokasi: Surau Taman Angsana, Kulim 3) 8.30 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana (P- Kulim Bandar Baharu) Lokasi: Dewan Masyarakat Tionghua, Serdang, 4) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat (P-Padang Serai) Lokasi: Padang Taman Kuchai, Paya Besar, Lunas 5) Barisan Penceramah: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Datuk Saifuddin Nasution iii. YB Datuk Fakhrol Radzi Zawawi iv. YBhg Datuk Wan Salleh Wan Isa v. YBhg N Surendran vi. YB Hee Loy Siang vii. YB Chang Li Kang viii. YB Husin Yaakob 7 Disember 2012 (Jumaat) – Perlis & Kedah 1) 2.00 ptg – Majlis Kesyukuran & Jamuan Makan (DUN Chuping) Lokasi: Rumah Asri Che Abdullah, A64 Blok 5, Felda Chuping, Perlis. 2) 4.00 ptg – Ceramah di Pusat Khidmat Kor Chu Liang, Repoh, Kangar (DUN-Sena, P- Kangar) 3) 8.00 mlm – Ceramah -Bilik Gerakan PKR DUN Pedu, Pekan Naka, Kedah 4) 8.30 – 12.00 mlm – HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT KEDAH Lokasi: Stadium Sultan Abdul Halim, Jalan Suka Menanti, Alor Setar, Kedah 5) Barisan Pemidato: i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang iii. YB Lim Kit Siang iv. Pimpinan Pakatan Rakyat Kedah v. Pimpinan NGO |
Bayangkan Jika 1,081 Kamera AES Beroperasi.. Posted: 04 Dec 2012 04:34 AM PST Jawapan Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Negara pada 03/12/2012 berkaitan AES.. Tuan Yang di-Pertua, berhubung pertanyaan Yang Berhormat Senator Puan Chew Lee Giok dan Yang Berhormat Senator Tuan Saiful Izham bin Ramli dan Yang Berhormat Senator Puan Hajah Khairiah binti Mohamed. Bilangan saman yang telah dikeluarkan sehingga 26 November 2012 adalah sebanyak 256,899 saman dan perincian kesalahan lalu lintas dan negeri adalah seperti berikut: (i) kesalahan pertama - memandu melebihi had laju, saman dikeluarkan 243,545 saman; (ii) kesalahan kedua - melanggar peraturan lampu isyarat 13,354 saman dengan jumlah 256,899 saman; dan (iii) kesalahan mengikut negeri, iaitu: (a) Perak - saman dikeluarkan 81,001 saman; (b) Selangor - 142,809 saman; (c) Kuala Lumpur 10,213 saman; dan (d) Putrajaya - 22,876 saman. Jumlah 256,899 saman. Baru 14 lokasi beroperasi selama 2 bulan sejak 23/09/2012. 256,899 X RM300 = RM77,069,700.00 Bayangkan jika keseluruhan 1,081 lokasi beroperasi.... |
Bekas Ketua Polis Negarapun Diintip SB Posted: 04 Dec 2012 03:44 AM PST PETALING JAYA: Mungkin ironis bunyinya, bekas Ketua polis Musa Hassan mendakwa bahawa beliau kini diekori oleh pegawai cawangan khas. Ia adalah susulan kepada sidang akhbar kontroversi minggu lepas, di mana beliau mendakwa bahawa unsur-unsur jenayah telah menyusup dalam unit polis dan mendedahkan bahawa ahli-ahli politik campur tangan dalam siasatan. Selain dari beliau, Musa berkata bahawa R Sri Sanjeevan dari NGO Watch yang menganjurkan sidang akhbar saya juga turut diekori. Musa adalah penaung NGO Watch yang baru ditubuhkan. "Bagi saya ia lucu lah. Mengapa anda mesti meletakkan saya di bawah pengawasan? Seolah-olah saya satu ancaman kepada keselamatan. "Saya ingin menasihatkan mereka supaya tidak mengekori saya lah. Saya tidak akan memusnahkan negara, itulah nombor satu. Nombor dua, saya fikir anda ada kerja yang lebih baik untuk dilakukan , seperti mengekori penjenayah , yang benar-benar menjejaskan keselamatan orang awam," bekas KPN memberitahu FMT. "Jadi saya fikir adalah suatu kebodohan mereka [untuk mengikuti kami], membazirkan wang rakyat. Jika anda mahu apa-apa hanya hubungi saya, saya akan memberitahu anda segala-galanya, "katanya. Mengenai bagaimana dia mengetahui bahawa dirinya diekori, Musa berkata: "Sudah tentu saya tahu siapa yang mengikuti saya tetapi saya tidak mahu untuk besemuka dengan mereka. Tidak mahu memalukan mereka. Sudah tentu mereka akan melarikan diri apabila mereka melihat saya. " Ditanya mengapa dia diekori, Musa mengangkat bahu lalu menjawab: "Saya tidak tahu, mungkin arahan dari orang atas. Mungkin KPN sendiri, saya tidak tahu. " Musa berkata bahawa walaupun pada masa lalu beliau telah diekori oleh ahli sindiket dan tonto "banyak kali", ini adalah kali pertama beliau diekori oleh seorang anggota polis. "Tidak pernah sekali pun diekori oleh polis, tetapi oleh sindiket dan tonto, anda tahu, yang ingin tahu pergerakan saya. Saya masih ingat ketika saya berada di unit dadah. Itulah sebabnya apabila saya keluar dari rumah, saya tidak akan mengikuti laluan yang sama kerana khuatir orang mungkin akan; sama ada ikut saya atau serangan hendap saya. Kita mesti sedar akan persekitaran saya, sebagai seorang pegawai polis yang terlatih, anda tahu, "katanya. Walaupun Musa berkata beliau tidak berasa terancam, Sanjeevan mengakui bahawa dia sedikit bingung. "Sejak mengadakan sidang akhbar, kita telah diekori. Wajah yang sama, kereta yang sama di sekitar sini. Bunyi keretakan pada telefon saya ..., "katanya. Sanjeevan berkata bahawa tidak ada sebab bagi polis untuk menggunakan taktik "mengganggu" kerana MyWatch adalah semata-mata sebuah NGO yang mengambil berat tentang kebajikan negara. "Saya rasa ia adalah satu pelanggaran hak asasi manusia, ini adalah penyalahgunaan kuasa dan diarahkan oleh pihak di tahap yang lebih tinggi. Persoalannya, kami tiada apa-apa yang hendak disembunyikan. Kami hanya bimbang kerana jenayah yang berlaku dan ia bukan politik, ia (jenayah) tidak peduli siapa kita. "Jika anda mahu, hanya hubungi kami, rekodkan kenyataan kami. Tolong jangan gunakan SB (special branch) ke atas orang-orang yang cuba untuk membantu anda berubah, "katanya. Sanjeevan mengulangi seruan supaya KPN Ismail Omar bertemu dengan mereka secara peribadi supaya dapat bekerjasama dan berkongsi maklumat.-GeloraHatiMuda.- diterjemah dari berita FMT |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan