MiLo SuaM |
Anak Tun Mahathir, Mokhzani kini manusia ke 14 terkaya di Malaysia Posted: 27 Dec 2012 10:13 PM PST ANAK Tun Mahathir, Mokhzani Mahathir terus mengaut kekayaan dan kini semakin mengukuhkan hartanya apabila dilaporkan meningkat satu lagi anak tangga menjadi manusia ke #14 paling kaya di Malaysia. Perkara itu disahkan oleh laporan portal berpengaruh Forbes yang mendedahkan kekayaan anak bekas Perdana Menteri Malaysia itu kini berjumlah $685 Million (RM2.1 Bilion). Sumber kekayaan Mokhzani Mahathir, 51 dilaporkan oleh Forbes, bersumberkan daripada perusahaan minyak dan gas. Sebelum ini beliau dilaporkan menduduki tangga ke #15 sebagai manusia paling kaya di Malaysia ~ Kritis Online Inilah faktor besar mengapa Tun Mahathir paling takut jika Barisan Nasional tewas pada pilihanraya umum yang akan datang. Beliau sudah menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri selama ini untuk mengayakan anak beranaknya. Sebuk dengan slogan "Hidup Melayu!", "Hidup Umno!" ke hulu ke hilir, yang hidup bukan orang melayu tapi anak-anak Mahathir. Amalan nepotisme mengayakan anak beranak ini sudah lama diamalkan oleh pimpinan Barisan Nasional terutama Umno. Kalau anda sahabat pembaca yang gua hormati masih tak nampak semua ini, sila celup kepala anda di dalam longkang dan pergilah ke Jabatan Pendaftaran Negara mintak "resign" jadi manusia kah kah kah... ReJaM© "Seronok tak kena tipu dengan anak beranak Mahathir? " |
Borang Permohonan ahli Umno penuh dengan kesalahan ejaan Posted: 27 Dec 2012 03:32 PM PST BORANG permohonan untuk menjadi ahli United Malays National Organization, Umno ini dikongsikan oleh sahabat pembaca MiLo SuaM. Menurut pengirim, beliau menerima borang ini daripada jirannya. Borang ini kalau dilihat merupakan borang rasmi permohonan untuk menjadi ahli United Malays National Organization, Umno. Namun apa yang peliknya terlalu banyak kesalahan ejaan dan ayat di dalam borang tersebut. Pengirim sudah siap membulatkan kesalahan-kesalahan yang dimaksudkan. Sila klik untuk membesarkan imej di bawah dan anda nilailah sendiri. Agak lucu bila parti yang mengaku memperjuangkan Bangsa Melayu kononnya, parti yang menjerit slogan "Hidup Melayu!" di sana sini setiap hari, namun ejaan bahasa Melayu di dalam borang untuk menjadi ahli parti tersebut terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya. Sukar diterima bila kesalahan terlalu banyak. Ini kesalahan yang tidak disengajakan atau kesalahan yang disengajakan dengan niat sabotaj? Betul-betul Fail! Kah kah kah... Apa nak dihairankan, nama parti perjuangkan Melayu kononnya, tapi nama parti pun Bahasa Inggeris. ReJaM© "Pejuang Melayu tapi Bahasa Melayu tunggang langgang kah kah kah... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan