Jumaat, 28 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


TERKINI - 2,000 sudah berhimpun di Wisma Felda

Posted: 27 Dec 2012 11:41 PM PST

KUALA LUMPUR: 3.10 pm - Polis membenarkan beberapa pemimpin melepasi sekatan untuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Salahudin bersama Mazlan Aliman masuk untuk menyerahkan memerandum tersebut.

Bagaimanapun memorandum itu hanya diterima oleh pegawai Felda di luar pagar.

Sebelum ini mereka menyatakan harapan agar Isa sendiri menerima memorandum tersebut.


2.40 pm - Lebih 2000 orang sudah memenuhi perkarangan luar pagar Ibu Pejabat Felda Jalan Semarak.

Sambil membawa kain rentang bantahan terhadap Isa, mereka juga melaungkan 'Undur Isa'.

Sementara menunggu kebenaran menyerahkan memorandum, beberapa pimpin turut berucap kepada para peserta yang hadir.

2.30 pm - Peserta himpunan kini tiba di Wisma Felda. Polis menghalang beberapa peserta yang cuba mendekati pintu pagar.


(Gambar: Patung berwajah Isa Samad 'dirotan' sambil diarak peserta)


Penganjur kini sedang berbincang dengan pihak keselamatan bagi membenarkan beberapa wakil mereka masuk menyerahkan memorandum.

Kelihatan Pengerusi Bapa, Razman Zakaria mengetuai perbincangan dengan pegawai polis.

2.20 pm- Peserta himpunan kini sedang bergerak menuju ke ibu pejabat Felda.

Kira-kira 100 orang penyokong pemuda yang dipercayai penyokong Umno dilihat berhimpun bagi menghalang perserta himpunan ke pejabat Felda.

Polis juga membuat sekatan di hadapan pintu masuk ke pejabt Felda.

2.15 pm- Ucapan dimulakan dengan Salahudin mengambil pentas.

"Kita datang hari ini dengan satu tujuan. Mereka yang tidak bertanggungjawab sila kosongkan kerusi Felda.

"Kita berkumpul hari ini adalah untuk menghalau Isla Samad keluar daripada Felda," Kata Salahudin.

Mazlan pula mengambil tempat untuk berucap

"Kehadiran Isa telah mengundang bencana dalam Felda. Kita himpun hari ini bagi menyatakan ketegasan kita agar Isa letak jawatan sebagai pengerusi Felda.

"Saya termia banyak maklum balas termasuk dari dalam Felda sendiri. Mereka juga bersetuju bahawa orang bernama Isa Samad perlu keluar dari Felda," kata Mazlan.


2.10 pm- Hampir 1000 orang sudah berada di perkarangan Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Jalan Semarak menyertai Himpunan Oren Selamatkan Felda 2.0 hari ini.

Difahamkan mereka akan bergerak ke Ibu Pejabat Felda yang kira-kira 500 meter dari masjid tersebut sebentar lagi bagi menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Felda Tan Tan Sri Isa Samad.

Di perkarangan masjid ketika ini sedang berlangsung ucapan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Antara pimpinan yang kelihatan setakat ini termasuklah Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman dan Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad.

Himpunan hari ini adalah anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) yang diketuai Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Kelihatan juga, patung berwajah mirip Isa turut diarak oleh peserta dengan di ikat pada kayu dan seorang peserta dilihat memegang rotan dengan gaya mahu memukul belakang patung tersebut.


'Kita minta permit dia kasi tayar' - Anwar ‘tabik’ pemandu teksi

Posted: 27 Dec 2012 10:20 PM PST

Antara tuntutan pemandu teksi kepada Pakatan Rakyat sekiranya berjaya ke Putrajaya ialah permit persendirian diberikan berbanding kepada syarikat teksi, kata Presiden Pemandu Teksi Seri Muda, S Manoharan.

Manoharan berkata, selain itu mereka turut meminta agar kad kesihatan untuk ke hospital kerajaan diwujudkan serta pemandu teksi menerima Pertubuhan Keselamatan Sosial (SOCSO).


"Kita harap kalau Pakatan Rakyat dapat ke Putrajaya, mereka dapat laksanakan ini semua. Bukan seperti kerajaan sekarang, kita minta permit dia kasi tayar.

"Tayar kita boleh beli di kedai. Permit kita boleh beli di kedai ke?" katanya yang disambut tepukan gemuruh oleh pemandu teksi yang memenuhi Dewan Sivik, Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sempena menghadiri majlis bersama permimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Perhimpunan itu dihadiri antaranya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang masing-masing turut berucap.

Beberapa pemimpin persatuan pemandu teksi turut menyampaikan resolusi tuntutan pemandu teksi kepada Ronnie.

Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 8.30 malam itu rata-rata menunjukkan pemandu teksi berpuas hati dengan tawaran-tawaran yang diberi oleh Pakatan Rakyat.

Mereka turut sesekali bersorak apabila Anwar sekali lagi berjanji akan memberikan permit persendirian sekiranya menang dalam pilihan raya akan datang.

Anwar berkata, memberikan permit kepada pemandu teksi bukan perkara sukar memandang ia tidak perlu perbincangan yang serius.

"Bukan perkara yang susah untuk dirunding. Benda kecil ini pun susah pada Umno, tak boleh nak buat. Perkara paling mudah pun tak mampu nak dibela. Najib kamu gagal," kata Anwar.


Dewan Ulama: Keluarkan semula Amanat Hadi

Posted: 27 Dec 2012 07:34 PM PST

KOTA BHARU- Di sebalik desakan supaya Amanat Haji Hadi ditarik balik, Dewan Ulama Pas Kelantan memberi sokongan penuh sekiranya dikeluarkan semula kenyataan berkaitan, yang berusia tiga dekad, kepada rakyat.

Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood berkata, saranan itu dibuat memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.


"Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang)," katanya, semalam.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Presiden Pas itu menarik balik amanat dikeluarkan pada tahun 1981 itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam.

Bagaimanapun, pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahakan tindakan Hadi dan mahu amanat itu tidak ditarik balik.

Hassan yang juga Adun Tawang berkata, Umno secara jelas menolak pelaksanaan hukum Islam sedangkan ia sebagai cara hidup manusia termasuk melibatkan pemerintahan dalam negara.

Dakwanya, Umno sehingga kini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan, bererti parti itu menolak tuntutan Islam.

"Jika diteliti dengan pengalaman pemerintahan Umno di peringkat pusat, mereka yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

"Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu sebenarnya umno telah mengkhianati umat Melayu Islam yang sebelum ini berpegang kepada undang-undang Islam," katanya.

Sehubungan dengan itu, Hassan berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat dan berhujah supaya semua pihak jelas dengan isu berkenaan.

"Sekiranya Umno mahu dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam, Dewan ulama Pas Kelantan sudi berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama parti itu, dan ditayangkan di media kerajaan agar rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya," katanya. - SinarHarian


Patut la puak Umno bodoh-bodoh belaka...

Posted: 27 Dec 2012 05:04 PM PST

BORANG permohonan untuk menjadi ahli Umno mempunyai banyak kesalahan ejaan.. terlalu banyak kesalahan ejaan dan ayat di dalam borang tersebut. Kesalahan yang nampak amat bodoh sekali bagi parti yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu..




Agak lucu bila parti yang mengaku memperjuangkan Bangsa Melayu kononnya, parti yang menjerit slogan "Hidup Melayu!" di sana sini setiap hari, namun ejaan bahasa Melayu di dalam borang untuk menjadi ahli parti tersebut terdapat banyak kesalahan-kesalahan yang tidak sepatutnya.

Sukar diterima bila kesalahan terlalu banyak. Ini kesalahan yang tidak disengajakan atau kesalahan yang disengajakan dengan niat sabotaj? Betul-betul Fail! Kah kah kah...

Sumber - MiloSuam


Hubungan rapat ‘orang atas’ dan kongsi gelap penyebab peningkatan jenayah

Posted: 27 Dec 2012 04:31 PM PST

PETALING JAYA, 28 Dis – Kadar jenayah yang tinggi di Malaysia disebabkan oleh hubungan rapat antara pemimpin negara dan kpemimpin kongsi gelap, dakwa bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

"Apabila penjenayah rapat dengan 'orang atas', yang teraniaya adalah masyarakat," kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam temuramah baru-baru ini tanpa menamakan sesiapa.


Peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang bimbang ke atas keselamatan mereka di rumah dan di jalanan menyebabkan mereka mempersoalkan pentadbiran Najib yang seringkali mengembar-gemburkan kejayaan mengurangkan jenayah, bakal bertukar menjadi antara isu utama pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Baru-baru ini kumpulan pemerhati jenayah, MyWatch, yang rapat dengan Musa mendakwa pegawai polis berpangkat tinggi terlibat dengan penggubahan wang haram, termasuk perjudian haram, pelacuran, mengatur perlawanan bola sepak, malah turut mempunyai hubungan dengan pemimpin kongsi gelap.

Kadar jenayah tinggi dikaitkan secara langsung dengan sindiket yang berurusan dengan pelacuran, perjudian, dan pinjaman wang haram, kata Musa kepada The Malaysian Insider, menyokong dakwaan MyWatch.

Beliau menekankan kesan "domino" aktiviti haram berkenaan sambil menambah masalah jenayah dalam negara ini tidak akan dapat diselesaikan selagi akar kepada permasalahan itu sendiri tidak dicabut.

"Jenayah ini macam roda. Kalau wujud aktiviti maksiat seperti judi, pelacuran, loan shark (ceti haram), selagi itu ada jenayah. Contohnya bila orang kalah judi, mereka mula merompak. Jenayah tidak akan habis jika aktiviti-aktiviti maksiat ini terus ada.

"Salah satu cara seperti yang saya cadangkan dulu, kerajaan patut beri lesen disesetengah tempat macam di Holland," kata beliau merujuk kepada kawasan pelacuran 'halal' di Belanda sambil menambah, "Orang nak pergi pun segan."

Menurut Musa lagi, diantara sebab kegagalan kerajaan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka berada dalam keadaan selamat adalah kerana ia hanya memberikan tumpuan kepada jenayah jalanan dan bukannya jenayah secara keseluruhan.

"Jenayah lebih besar seperti pecah rumah, rompakan, samun, curi kenderaan dan bunuh.

"Overall (secara keseluruhan) perlu diambil kira. Ini yang menyebabkan masyarakat rasa tak selamat," katanya.

Untuk mengurangkan kadar jenayah yang membimbangkan, Musa mencadangkan agar Polis Di Raja Malaysia (PDRM) memantapkan aktiviti untuk mendapatkan maklumat risikan dengan melibatkan orang ramai untuk bekerjasama.

"Contohnya, apabila orang ramai beritahu saya tentang sesuatu jenayah, saya akan kirimkan maklumat ini kepada pegawai polis yang berkenaan. Ini contoh risikan yang kita boleh perolehi daripada masyarakat," katanya.

MyWatch turut mempersoalkan KPN sekarang kerana tidak mengambil tindakan dan senyap terhadap bukti kesalahan yang kumpulan tersebut akan dedahkan kepada umum kecuali Tan Sri Ismail Omar bersetuju untuk berjumpa dengan mereka.

Musa dan MyWatch, dikritik oleh beberapa bekas penjawat awam daripada pasukan keselamatan tersebut selepas pendedahan yang dilakukannya bersama MyWatch, termasuk daripada bekas Pengarah Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Ramli Yusuff, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Robert Phang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Beberapa penculikan berprofil tinggi, rompakan dan kes-kes serangan, termasuk peningkatan penggunaan senjata, menyebabkan ahli parlimen pembangkang dan orang awam mempersoalkan dakwaan unit kecekapan Putrajaya itu bahawa kadar jenayah di negara ini telah menurun dengan ketara sejak inisiatif di bawah itu Program Transformasi Kerajaan (GTP) dimulakan dua tahun lalu.

Ahli politik pembangkang menuduh kerajaan persekutuan terlalu sibuk mengintip orang awam dan menangani persepsi negatif terhadap kelemahan pihak berkuasa dalam mengurangkan jenayah daripada pertempuran sebenar, menunjukan ketidakseimbangan bajet untuk siasatan jenayah .

Pengarah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PEMANDU Eugene Teh pada Julai mengeluarkan statistik segar menunjukkan bahawa indeks jenayah di Malaysia menurun sebanyak 10.1 peratus dari Januari hingga Mei tahun ini apabila dibandingkan dengan tempoh sama tahun lepas.

PEMANDU sebelum itu mengeluarkan angka fakta indeks jenayah menurun sebanyak 11.1 peratus dari tahun 2010 hingga tahun lepas manakala jenayah jalanan menurun 39.7 peratus dalam tempoh sama.

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak juga menuduh media memainkan laporan jenayah dan menegaskan kes terpencil dan tidak tepat menunjukkan peningkatan dalam kadar jenayah di seluruh negara.


Menangis Bertemu Tok Guru Nik Aziz

Posted: 27 Dec 2012 07:36 AM PST

Artis Diana Amir atau nama sebenarnya Nur Diyana Amir Hashim, tidak dapat menahan sebak apabila bersua dan mula berbicara dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pertemuan 25 minit itu berlangsung di Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Diana terpaksa berdiam diri seketika mengumpul ketenangan agar sebak berlalu pergi sebaik sahaja dijemput duduk di hadapan Tuan Guru dan mendengar bicara.

Diana yang akhirnya tenang semula akhirnya sebak kembali apabila Tuan Guru bertanya apa kisah di sebalik sehingga Diana berhasrat untuk berhijrah.


"Saya teringat pesanan Rasulullah s.a.w. sebelum baginda wafat, pesanan terakhir baginda ummati…ummati…di saat kematian baginda, masih lagi mengingati umatnya, betapa sayangnya baginda pada umatnya, tetapi kita…" ujarnya dengan nada yang tersekat-sekat.

Tuan Guru tidak menafikan perkara itu, malah baginda sebenarnya adalah rujukan yang sebenar untuk manusia di dunia ini.

"Baginda tidak berpesan pada saudara mara terdekatnya, tetapi pada umat baginda termasuk kita semua," ujarnya.

Beliau juga berkata tidak kira artis atau sesiapa sahaja rujukan atau model sebenarnya yang patut dijadikan contoh adalah baginda Rasulullah.

Diana ketika ditemui selepas itu, mengakui tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melihat wajah Tuan Guru Nik Aziz.

"Hati saya lagi tersentuh sebaik sahaja mendengar suaranya seorang ulama yang lemah lembut," ujarnya.

Menurutnya, beliau sudah lama berhasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru sekiranya berpeluang untuk berbuat demikian.

Jelasnya, pertemuannya dengan Tuan Guru kerana menghormatinya sebagai seorang ulama yang dihormati semua kaum dan bukan atas kepentingan politik.

"Bab politik saya tak nak campur, itu hak masing-masing, tetapi bagi saya Tuan Guru seorang ulama, banyak ilmu yang boleh kita pelajari," ujarnya ketika ditemui.

Diana Amir pernah melakonkan drama bersiri Sunsilk Impian, filem 3,2,1 Cinta, Senario The Movie Ops Pocot.

Diana nampak ayu dengan jubah hitam, mengenakan mekap yang agak pudar, jauh jika dibandingkan dengan watak-watak yang dilakonkan sewaktu belum berhijrah terutama dengan watak-watak 'kasar'.

Beliau kini masih aktif berlakon, bagaimanapun terpaksa memilih watak-watak yang sesuai dengan 'penghijrahan' kini.



Debat ‘Amanat Hadi’ cerita lama

Posted: 27 Dec 2012 02:54 AM PST

KUALA LUMPUR: PAS sama sekali menolak sebarang perbincangan mahu pun debat berkaitan 'Amanat Haji Hadi' kerana menganggap ianya satu isu lama sejak 30 tahun lalu yang sengaja ditimbulkan semula Umno.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, isu ini pernah hangat sekitar tahun 80-an apabila PAS dan Umno bersetuju menerima cabaran untuk berdebat secara terbuka mengenai isu kafir-mengkafir.


Bertajuk 'Umno Kata PAS Kata Umno Kafir', tempat dan masa sudah pun ditetapkan termasuk barisan pendebat daripada Umno dan PAS.

"PAS pada ketika itu membariskan pendebat ulama' iaitu (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang yang kini Presiden PAS, Datuk) Harun Taib dan (Datuk) Nakhaei Ahmad (kini menjadi ulama Umno) manakala Umno antaranya diwakili (Datuk) Ibrahim Azmi dan (Datuk) Dasuki Ahmad.

"Malah Umno pada ketika itu pernah buat raptai debat," katanya.

Namun menurut Mahfuz, debat dibatalkan pada saat akhir apabila wujud campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu baru sahaja menjadi Perdana Menteri dalam satu keputusan Majlis Raja-Raja (MRR) apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan pembatalannya di kaca televisyen.

"Ini kena tanya Majlis Raja-Raja pasal apa boleh batal…Penyimpan Mohor umum dalam tv debat dibatalkan," katanya.

Meramalkan tidak akan wujud jalan persefahaman mengenai isu ini, Mahfuz berkata sejarah sudah membuktikan usaha untuk mengadakannya adalah sia-sia.

Sebelum ini beberapa tokoh agama termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi menarik balik amanat mengatakan Umno sebagai kafir.

Manakala Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad mencadangkan supaya satu pertemuan antara Hadi dan ulama lain perlu diadakan bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan masyarakat di negara ini.


Tiada ulasan: