Selasa, 25 Disember 2012

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Utusan Malaysia laporkan berita bodoh tentang Amanat Hadi

Posted: 24 Dec 2012 09:18 PM PST

LIHAT berita tentang "Amanat Hadi" yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik. Seorang warga emas bekas penyokong tegar PAS telah masuk Umno kerana menyesal terpengaruh dengan "Amanat Hadi" 30 tahun dahulu.

Warga emas berusia 80 tahun, diulangi 80 tahun itu adalah penyokong tegar PAS serta merupakan anggota Pemuda PAS Tahan Lasak. Kalau sekarang umur 80 tahun, "Amanat Hadi" dikeluarkan 30 tahun dulu, maknanya umur pakcik ni masa tu 50 tahun.

Umur 50 tahun bukan pemuda tahan lasak, itu orang tua nak kena gasak kah kah kah...

Pandai pula orang tua ni, dekat-dekat nak pilihanraya ke 13 baru nak menyesal padahal "Amanat Hadi" tu dah berusia 30 tahun kah kah kah...



Lagi satu, sejak bila pula Parti Islam, PAS ada tubuhkan Pemuda PAS Tahan Lasak? PAS tak pernah tubuhkan Pemuda Tahan Lasak. Kalau tak percaya sila tanya pakcik Google.

Pemuda Tahan Lasak ditubuhkan oleh United Malays No Otak, Umno iaitu gerombolan songkok tinggi tiga jengkal yang suka ke hulu ke hilir jerit "hidup Melayu!". Kalau tak percaya sila ke laman sesawang rasmi mereka ~ Umno Online



Pakcik ni dulu sebenarnya Pemuda Tahan Lasak Umno tahun 60 an, tapi dia lupa sebab dah tua jadi dia katalah Pemuda Tahan Lasak PAS. Wartawan Utusan yang samdol tu pun apa lagi terus capai pen tulis berita walaupun dia tahu ini berita bodoh kah kah kah...

ReJaM© "Ada saja cerita-cerita bodoh daripada Utusan Syaitan ni... "

Sumber: ~ Utusan Syaitan dan Umno Online

Datuk Fauzi bekas pengarah Polis Bukit Aman menyesal sertai PAS?

Posted: 24 Dec 2012 06:22 PM PST

KEBELAKANGAN ini blogger dan facebooker gerombolan songkok tinggi tiga jengkal sibuk menyebarkan cerita kononnya Datuk Fauzi menyesal menyertai Parti Islam, PAS. Malah khabar angin disebarkan di internet kononnya Datuk Fauzi sudah keluar dari Parti Islam, PAS.

Berbekalkan sekeping gambar Datuk Fauzi Shaari yang sedang memegang senjata ketika masih berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Bahagian Siasatan, JSJ Polis Bukit Aman, serta ayat yang direka-reka, riuh rendah blog, facebook dan twitter menyebarkan cerita ini.

Cerita yang tersebar kononnya Datuk Fauzi mendakwa beliau menyesal menyertai Parti Islam, PAS kerana dipaksa berbaiah untuk menceraikan isterinya dengan talak tiga sekiranya meninggalkan parti itu. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.



Bagaimanapun, akhirnya cerita karut yang disebarkan itu terbongkar apabila akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan kenyataan sebenar Datuk Fauzi, bahawa beliau tidak pernah menyesal menyertai Parti Islam, PAS.




Senang betul nak buat fitnah, ambik gambar orang, letak ayat ikut suka lepas tu sebar cerita. Macam ni punya propaganda kambeng pun boleh beb kah kah kah...


ReJaM© "Nanti gua ajar kambeng jiran gua tulis blog kah kah kah... "

Sindiket pelacuran gunakan facebook untuk cari pelanggan

Posted: 24 Dec 2012 05:41 PM PST

Sindiket pelacuran kini menyalahgunakan laman sosial Facebook bagi menawarkan khidmat haram mereka dengan menyiarkan gambar wanita yang tidak terbabit dalam kegiatan itu menggunakan teknik pertindihan gambar, bagi menarik pelanggan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata sehingga kini pihaknya menerima lima laporan daripada mangsa terbabit.

Kes terbaharu membabitkan seorang pegawai pentadbiran di sebuah syarikat swasta yang terpaksa menanggung malu setelah gambar wajahnya dipaparkan dalam Facebook sebagai gadis yang menawarkan perkhidmatan seks, sejak empat bulan lalu, katanya dalam sidang akhbar semalam.

Wanita berusia 20 tahun tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, gambarnya telah digunakan dalam dua akaun Facebook iaitu 'Jessy Serikembangan' dan 'Lisa Carino' kononnya beliau menawarkan khidmat seks dengan caj RM200 untuk sekali perkhidmatan dan RM500 untuk tempoh semalaman.

Tan dari Shah Alam berkata beliau mendapati wajahnya telah dipotong dan disambungkan kepada gambar badan wanita lain yang berpakaian seksi dan berbikini.

"Saya mendapat tahu apabila rakan saya memberitahu wajah saya disiarkan di laman itu. Saudara dan rakan saya menganggap saya terpaksa menjual tubuh saya kerana masalah kewangan. Ini amat memalukan saya," katanya.

Tan berkata sehingga kini wajahnya masih terpampang di laman sosial berkenaan.

Beliau berkata beliau telah menyamar sebagai pelanggan untuk mendapat maklumat lanjut mengenai perkara itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sindiket itu telah meminta beliau terlebih dahulu memasukkan RM300 ke dalam akaun sebuah bank milik individu lain.

Tan berkata beliau telah membuat laporan polis Ogos lepas dan kepada pengurusan Facebook yang sehingga kini belum mendapat sebarang tindak balas.

Sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan: