Selasa, 25 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Fauzi Tidak Pernah Menyesal Sertai Pas- SMS Adalah Fitnah

Posted: 25 Dec 2012 12:57 AM PST

SHAH ALAM - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menafikan ada mengeluarkan kenyataan mengatakan beliau menyesal menyertai Pas.

"Kenapa saya perlu menyesal bersama Pas. Saya sudah buat pilihan yang tepat. Kenapa masih ada yang pertikai dan ragu-ragu dengan tindakan saya ini.

"Saya rasa tindakan saya menyertai Pas membuatkan ada beberapa pihak tidak senang hati. Sebab itu mereka sengaja mencipta isu ini," katanya, semalam.


Sebelum ini, terdapat mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), yang mendakwa Fauzi menyatakan penyesalannya menyertai Pas.

Mesej itu berbunyi: "Kalau saya tahu begini keadaan Pas taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk Pas umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak tiga jika saya tinggalkan Pas."

Fauzi, yang bakal dicalonkan bertanding Parlimen Larut berkata, kenyataan itu tidak benar.

"Saya amat gembira dan bersyukur atas apa yang saya hadapi dan nikmati sejak bersama Pas," katanya


Lebih 6,000 mangsa banjir dipindahkan ke Pantai Timur

Posted: 24 Dec 2012 08:41 PM PST

Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk pagi ini dengan lebih 6,000 mangsa dipindahkan.

Sebanyak 2,594 mangsa kini berada di pusat pemindahan di Terengganu berbanding 1,301 malam tadi, manakala 1,963 mangsa dipindahkan di Kelantan berbanding kira-kira 1,000 semalam, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.

Di Pahang, menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, 1,743 mangsa banjir dicatatkan berbanding 915 semalam, manakala mangsa banjir di Johor pagi ini kekal 16 orang.


Di Kelantan, jajahan Kuala Krai menyaksikan paling ramai mangsa dipindahkan iaitu 907, diikuti Tanah Merah (314), Kota Baharu (295), Pasir Puteh (225), Pasir Mas (116), Machang (100) dan Tumpat (enam).

Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah, Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan di Rantau Panjang kini masih melepasi paras bahaya walaupun dilaporkan susut sedikit berikutan tiada hujan sejak malam tadi.

Bacaan di sungai-sungai utama lain bagaimanapun masih bertahan di paras amaran.

Tiada jalan utama yang ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa setakat ini. Cuaca di Kelantan ketika ini mendung.

Di Terengganu, mangsa paling ramai dipindahkan ialah di daerah Besut melibatkan 1,096 orang diikuti Setiu (461), Dungun (317), Kemaman (251), Marang (224), Hulu Terengganu (154) dan Kuala Terengganu (91).

Kemaman merupakan daerah terakhir mengalami banjir petang semalam berikutan kawasan rendah dinaiki air.

Sebanyak 52 pusat pemindahan banjir kini dibuka di seluruh Terengganu.

Sementara itu, jalan dari Kuala Terengganu ke Kota Baharu di kilometer 78.5 berdekatan Kampung Guntong Luar di Setiu ditutup kepada kenderaan ringan selepas ditenggelami air sedalam 0.3meter.

Laluan sepanjang dua kilometer di km 68.1 hingga km70.1 Bandar Permaisuri pula ditenggelami air sedalam 0.35m juga ditutup kepada kenderaan ringan.

Jalan Jerangau-Jabor di hadapan stesen timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bukit Besi, Dungun ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air sedalam 0.6m.

- Bernama


Polis, FRU biarkan samseng Umno serang Kembara Oren – Saksi

Posted: 24 Dec 2012 05:03 PM PST

Samseng yang membawa bendera BN menghalang Kembara Oren masuk ke kawasan Felda Bukit Rokan Utara.

KUALA LUMPUR 24 Dis: Seorang saksi yang turut mengikuti Kembara Oren 'Selamatkan Felda' Negeri Sembilan semalam kesal apabila polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) langsung tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan samseng Umno ke atas kumpulan itu.

Rebin Birham yang juga Setiausaha Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN berkata, sikap pihak berkuasa amat mendukacitakan, walaupun peserta konvoi dipukul, dipijak dan diserang dengan pelbagai objek keras, tetapi serangan itu hanya mampu dilihat dan dibiarkan oleh polis.


"Felda Bukit Rokan Barat dan Utara, dan di Tampin, paling teruk berlaku provokasi. Penyokong Umno awal-awal sudah menunggu dengan bangga mengibarkan bendera BN, sambil memegang kayu, besi dan batu besar," jelasnya kepada Keadilan Daily.

"Apa yang lebih menyedihkan apabila pasukan Rela turut membantu mereka membawa bendera tersebut," kata Rebin yang juga Naib Ketua KEADILAN Cabang Jempol.

Menurut Rebin, pihak konvoi diberitahu serangan itu mendapat arahan pihak pengurusan Felda, yang mengarahkan penyokong Umno, pihak berkuasa dan anak muda Felda agar menghalang kembara dari memasuki kawasan tersebut.

"Saya percaya sebahagian besar mereka yang menyerang itu adalah remaja belasan tahun yang diupah. Kami tak lawan, kami cuma bertahan, itu yang menjadikan keadaan kami teruk diserang," jelasnya.


Akibat serangan itu, Ketua Penerangan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Naraza Muda cedera di bahagian kepala dipercayai dipukul dengan sebatang kayu yang tajam.

Jurukamera yang berdiri di bahagian belakang pacuan empat roda turut dipukul sehingga jatuh dari kenderaan lalu dipijak, selain cermin depan dipecahkan.

"Jelas Umno sangat terdesak. Mereka takut kita sampaikan maklumat yang benar tentang penyelewengan mereka kepada orang Felda," kata Rebin.

keadilandaily.com/


Tiada ulasan: