Merah Hitam |
Posted: 07 Dec 2012 05:58 PM PST Kami ada sepasang anak sedara yang turut mengerjakan haji. Sejak dari Malaysia lagi kami merancang untuk bertemu,tapi tiada peluang, dalam erti kata lain, belum di izinkan Allah.Anak sedara yang ni special sket, muda-muda dah dapat peluang jadi tetamu Allah.... Sejak dari di Madinah, kami saling bersms,tapi tak sempat nak jumpa..... Mereka berdua terbang dari K.L ke Madinah lebih awal beberapa hari dari kami.Kami merancang ingin berjumpa di Madinah,tetapi tiada peluang.......Ketika mendapat jemputan dari Dato Syed, aku perasan alamat itu sama dengan tempat tinggal Jiela dan suaminya, iaitu di hotel Janadriah. Aku sms minta kepastian dan sememangnya tepat sekali. Alhamdulillah, sebaik saja majlis ramah mesra bersama Ketua Rombongan Haji selesai, kami berpeluang bertemu di lobby hotel...dan gambar ini sempat di abadikan.....al Hamdulillah.....:)) |
Di raikan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia. Posted: 07 Dec 2012 05:44 PM PST Beberapa hari pulang dari Masya'er, aku mendapat sekeping surat jemputan dari salah seorang petugas Tabung Haji. Surat jemputan itu di tulis sendiri oleh ketua rombongan haji Malaysia, Dato Syed Saleh. Ramai kawan-kawan sebilik yang terkejut dengan jemputan itu. "Ehhh..kenapa Ila sorang yang dapat jemputan"tanya mereka. "Saya ni cikgu yang ngajar anak dia..." mudah jawapan tu. Tepat jam 7.30 malam, sebaik saja selesai solat Isyak, kami telah di tunggu oleh pembantu dato' yang membawa saya, suami dan empat orang jemaah jemputan yang lain ke Ibu Pejabat tabung Haji di Hotel Janadriah. Kami di sambut mesra oleh Dato dan Datin sebaik saja tiba di sana. Selesai saja majlis ramah mesra, semua tetamu ambil kesempatan bergambar bersama Dato Syed. Suami sempat bergambar dengan seorang ahli IKRAM dari Melaka. Bagi tetamu wanita, inilah masanya untuk berkenalan dan merapatkan lagi ukhuwwah. Jika di Malaysia tidak berpeluang bertemu muka, di Makkah ni Allah beri pula peluang untuk bersalam, berpelukan dan berbual mesra.....al Hamdulillah. Semua tetamu rasa gembira di raikan oleh Dato dan isteri beliau..Datin Jun. .....Makanannya memang hebat..Biasalah, kambing bakar dan nasi arab.....serta minuman jus mangga yang amat ori lagi pekat... Tidak lengkap jika guru-guru anak Dato Syed tidak bergambar bersama beliau dan isteri.........Walaupun perjumpaan itu hanya mengambil masa beberapa jam saja namun ianya cukup meriah dan mesra sekali. Al Hamdulillah dan di ucapkan terima kasih serta jazaakumullah pada mereka berdua........bersambung. |
Posted: 07 Dec 2012 06:01 AM PST Kami mabit di Mina dari 10, 11,12,13 hingga 14 Zulhijjah. Setiap selesai menunaikan solat , Ustaz Badrul, dari Tabung Haji mengetuai bertakbir hari raya...Aku teringat Suhaib di Malaysia.Macam mana dia menyambut Aidil Adha.... Sewaktu bertolak dari Makkah ke Arafah dulu, kami sentiasa melaungkan "Labbaikallah humma labaik..." yang membuat air mataku menitis. Kini, laungan takbir pula membuatkan hati ku sayu dan teringat Malaysia..... Ini keadaan Mina di waktu siang. Tiada apa yang istimewa di tempat yang bersejarah,terkenal dan hebat ini. Pada musim haji, keadaan Mina sangat padat dengan manusia dan sibuk tapi selepas 14 Zulhijjah, Mina kembali sunyi dan lengang tanpa penghuni.....Hanya khemah-khemah yang setia berdiri menanti kedatangan para jemaah haji di tahun berikutnya... Ketika di Arafah, aku tiada masaalah dengan makanan yang di sediakan oleh anak-anak remaja Badwi yang menjadi tenaga utama memasak dan mengedarkan makanan pada kami.Semuanya ku "telan' saja. Jemaah haji tidak disediakan makanan di Muzdalifah, jadi tiada komen tentang makanan.Namun, di Mina ni keadaannya lain siket. Kami perlu tenaga yang banyak untuk berjalan ke jamarat selama empat hari berturut-turut....Tapi sejak menjejak kaki di Mina, rasanya aku dah tak mampu melihat hidangan yang di sediakan.Menunya macam menu orang Malaysia, tapi cara memasaknya yang agak pelik dari biasa.Aku tak sanggup melihat ikan masak singgang, mahu pun kari kambing yang disediakan oleh budak-budak tu .Untuk menambah tenaga, aku minum jus oren dan mengambil vitamin.Tapi....masaalah lain pula timbul.Aku sakit perut dan kerap ke tandas...dan bila bercakap tentang tandas...semua yang pernah menunaikan haji tentunya faham bagaimana keadaannya...kan? Tanpa makan nasi, tanpa makan vitamin ...aku "collapsed" pada hari ke tiga di Mina. Aku cuba duduk seperti biasa, tapi beberapa saat kemudian tumbang diatas carpet..... "Abang, Ila tak boleh bangun nak pergi melontar....demam..." sms ku pada suami. Aku amat bersyukur kerana suami amat memahami keadaan ku ketika itu.Suami terpaksa menukar perancangan bagi memberi peluang supaya aku cukup sihat dan boleh berjalan ke Jamarat. Pagi tu,beliau membelikan roti canai serta secawan teh tarik dan kami makan bersama.Selepas itu aku makan panadol dan tidur beberapa jam. Kawan-kawan di khemah juga amat sporting dan membiarkan ku berehat sepuasnya.... Seperti yang di rancang, seawal jam 3 pagi 13 Zulhijjah, kami berjalan perlahan-lahan ke Jamarat untuk membuat lontaran12 Zulhijjah.Lebihkurang jam 4 pagi kami tiba di Jamarat Sughra(kecil) melontar 7 biji, kemudian ke Jamarat Wusta(sederhana) melontar 7 biji lagi dan akhir sekali ke Jamarat Kubra(besar) juga melontar 7 biji..Selepas itu kami menunggu di tepi Jamarat selama 45 minit sebelum masuk waktu Subuh.Sebaik saja azan , kami menyertai jamaah lain solat Subuh berjamah. Jam 5.20 pagi selepas usai solat Subuh 14 Zulhijjah, kami kembali ke tiga-tiga Jamarat untuk melengkapkan lontaran bagi13 Zulhijjah.... Nafar Thani yang di pilih telah selesai dan habis semua 70 biji anak batu di lontarkan pada syaitan di dinding Jamarat...al Hamdulillah....dalam keadaan demam, aku masih sempat mengajak suami mengabadikan kemenangan melontar syaitan . Beberapa jam selepas itu, aku dan suami telah berada di bilik hotel masing-masing di Rawdhat As Shuroq, di Makkah. Sebaik selesai saja melakukan tawaf , saie dan bertahalul, ini bermakna sempurnalah semua rukun wajib dalam ibadah haji.Kini ......kami berdua boleh lah di panggil haji dan hajjah. Aku tersenyum melihat sms dari abang ipar di Malaysia... "Assalamualaykum Ya Hajjah....semuanya selesai?" soal sms itu. Alhamdulillah....ibadah haji yang merupakan jihad terbesar kaum wanita, telah dapat di lalui dengan sempurna.Syukur,syukur, syukur dan syukur pada Allah kerana mempermudahkan segala urusan......... bersambung. |
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan