Khamis, 20 Disember 2012

Laman Nurani

Laman Nurani


Ajaran Nabi

Posted: 20 Dec 2012 04:10 AM PST

Satu hari seorang lelaki datang menemui Rasulullah. Kerana berasa Rasulullah itu seorang penguasa, seorang pembesar, maka lelaki tadi datang dengan keadaan gementar, gemuruh dadanya dan tunduk melebihi had sampai mengesot-ngesot seperti seorang hamba hendak menemui raja atau suktan. Melihat akan hal begitu, Rasulullah pun berkata, "Wahai saudara, lakukan dengan biasa sahaja, permudahkan cara saudara kerana sesungguhnya aku bukan raja. Aku hanya anak seorang perempuan Quraisy yang bangsanya hanya makan daging kering."

Kenapa Rasulullah berkata begitu, padahal baginda seorang rasul, yang martabatnya lebih tinggi daripada raja-raja waktu itu? Jawapannya mudah sahaja. Bagunda membawa ajaran Islam yang tidak meletakkan kelas atau kasta. Bagi Islam, manusia yang mulia ialah manusia yang tinggi akhlaknya.

Tiada ulasan: