Khamis, 20 Disember 2012

Addin

Addin


Gambar Najib Sindir Rosmah Tersebar..

Posted: 20 Dec 2012 08:14 AM PST


Gambar dan artikel terbaik.. Diam-diam ubi berisi jugak Najib ni.. Samada Rosmah faham ke tidak ataupun Najib yang buat-buat tak faham. 

Najib selamba dek je sindir Rosmah.. Apa pendapat ko orang tentang gambar ni?



Iklan C(ii)



Senarai Menteri Kabinet Pakatan Rakyat Tersebar

Posted: 20 Dec 2012 06:59 AM PST


Utusan mengambil sebuah ulasan dari bloger serta cyber umno sendiri membuat kabinet bayangan Pakatan Rakyat kemudian menipu dengan berkata bahawa kabinet bayangan ini hasil dari risikan bloger Pakatan Rakyat sendiri.

Utusan malaysia adalah sebuah media propaganda fitnah yang paling buruk kerana telah tersalah belajar di negara zionis bagaimana untuk menyebarkan propaganda bagi pengolah persetujuan orang ramai.

Editor serta pengarah pengarahnya tidak beretika dan kini akbar sampah ini di kenali oleh seluruh rakyat malaysia sebagai media mencetuskan ketegangan kaum serta media fitnah no 1 malaysia.

Semakin hari semakin ketawa setiap rakyat malaysia melihat telatah media utusan ini yang mana Perkasa telah melancarkan Tabung derma bagi membiayai saman saman Pakatan Rakyat terhadap akbar media utama penyebar dakyah propaganda lucah Barisan Nasional.



~erapasca


Iklan C(ii)



LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat Suara Anak Muda Bersama DSAI Di Petaling Jaya Selatan

Posted: 20 Dec 2012 05:40 AM PST


LIVE!! Jelajah Merdeka Rakyat versi Suara Anak Muda bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di Petaling Jaya Selatan. Selamat menonton..





Iklan C(ii)



Memalukan!! Akhbar India Lapor Malaysia Juara Rasuah Dunia

Posted: 20 Dec 2012 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR 20 Dis: Malaysia menjuarai amalan rasuah dan paling korup di dunia, lapor akhbar India, Hindustan Times 13 Disember lalu.Demikian kupasan akhbar tersebut merujuk laporan badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) bahawa Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kaji Selidik Pembayar Rasuah 2012, sepertimana dilapor The Wall Street Journal 11 Disember.Bertajuk 'Malaysia is world champion in corruption', Hindustan Times turut memetik markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut.

Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.Dalam kajiselidik tersebut, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.

Mengulas laporan berkenaan, Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng menyifatkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendapat 'pengiktirafan' oleh komuniti dan media antarabangsa di atas 'penganugerahan' tersebut."Tahniah Najib, kerana berjaya membawa malu besar kepada bangsa dan negara."Seluruh dunia kini mengetahui anda sedang memimpin negara yang paling korup di muka bumi," kata Jui Meng dalam kenyataan.Menurutnya, sejak dari dulu, pimpinan tertinggi Umno yang mengamalkan rasuah terlepas dari sebarang hukuman."Sejak dari 1983, ia tetap sama.

Sepertimana kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dikaitkan dengan amalan rasuah melibatkan kewangan negara oleh Kementerian Pertahanan berhubung pembelian dua buah kapal selam Scorpene buatan Perancis pada harga yang melambung sehingga RM6.7 bilion," katanya.Beliau berkata, walaupun dua anggota polis disabitkan kesalahan, motif pembunuhan tersebut tidak pernah diketahui."Persoalannya, rakyat tidak pernah tahu apakah motif pembunuhan? Siapa yang mengarah? Mengapa guna bahan letupan C4 untuk meletupkan tubuhnya? Dan anak siapakah yang dikandung oleh Altantuya yang didapati hamil ketika dibunuh?" ujarnya.

Beliau turut menyeru rakyat membuat pilihan tepat pada PRU 13 supaya negara tidak lagi mendapat pengiktirafan yang memalukan sebegini."Rakyat perlu membuat keputusan bijak pada PRU 13 nanti untuk menyelamatkan negara dari terus dilanda bencana ekonomi yang boleh membankrapkan negara sepertimana amalan Umno BN yang semakin teruk di bawah pentadbiran Najib," kata Jui Meng.

Dalam isu berkaitan, laporan terbaru Global Financial Integrity (GFI) meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling teruk dalam senarai aliran keluar wang haram.GFI merumuskan tahap pengaliran wang haram dari Malaysia itu pada tahun 2010 adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.Laporan itu mendapati lonjakan dramatik pengaliran modal di Malaysia – dari US$30.41 bilion (bersamaan RM94.27 bilion) pada 2009 kepada US$64.38 (bersamaan RM199.58 bilion) dalam tahun 2010.Menurut GFI, bagi aliran keluar wang haram terkumpul sepanjang lebih 10 tahun – dari 2001-2010 – Malaysia berada di kedudukan ke-3 di dunia, selepas China dan Mexico.Jumlah anggaran untuk tempoh 10 tahun bagi Malaysia ialah US$285 bilion (RM871.4 bilion), manakala bagi China ialah US$2,740 bilion dan Mexico, US$476 bilion. ~kd


Iklan C(ii)

Musa Hassan Kena Saman RM100 Juta

Posted: 20 Dec 2012 03:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta.

Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri," beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini.

Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.

Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah.

Musa menjadi perhatian umum kebelakangan ini kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior dengan berkata: "(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam."

"Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis."

Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya "lebih tinggi" dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.

Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.

"Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam," katanya lagi.

Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

"Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?" kata Phang pula.

Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.~tmi



Iklan C(ii)

Lagi Perkembangan Terbaru Pergaduhan Berdarah Di Sg. Petani

Posted: 20 Dec 2012 01:26 AM PST

ALOR STAR, 20 Dis – Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim( gambar ).

Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.

Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.

"Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan.

Katanya, polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan.

Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat setempat.

Katanya, apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak muda dan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial.

Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan.

"Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberi kerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepat dalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apa fakta," katanya.

Ahmad turut memberi amaran keras kepada penyebar maklumat palsu agar segera menghentikan perbuatan itu kerana katanya maklumat yang berbentuk provokasi dan sensasi berupaya untuk mencetuskan masalah perkauman sekali gus mengugat ketenteraman awam.

Katanya dakwaan kematian akibat pergaduhan antara kaum juga tidak wujud seperti yang digambarkan dalam berita di laman sosial dan pihak polis kini giat melakukan kawalan di daerah itu.

"Saya dah pantau keadaan di Sungai Petani dan saya lihat keadaan normal, masyarakat melakukan aktiviti harian dan kedai buka macam biasa. Tak ada kuil atau rumah ibadah lain terbakar seperti yang dilapor oleh blogger," kata Ahmad. ~bernama

Iklan C(ii)

Selepas 3 Tahun, Punca Sebenar Stadium Runtuh Di Kenalpasti

Posted: 19 Dec 2012 11:46 PM PST

KUALA LUMPUR 20 Dis: Penyelewengan dan rasuah punca Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu dengan kos pembinaan RM300 juta yang runtuh pada 2009 sehingga kini tidak dibaik pulih.Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu, Azan Ismail berkata, stadium tersebut tidak mungkin dibaik pulih semula selagi Umno BN memerintah negeri itu."Stadium tersebut dibina oleh tiga syarikat kroni kerajaan Umno BN.

Nilai asalnya berjumlah RM191 juta. Kemudian kosnya dinaikkan kepada RM300 juta kerana kononnya akibat kelewatan ia disiapkan."Mengapa setelah lebih tiga tahun tidak ada sebarang kerja baik pulih? Ini kerana mereka telah mendapat durian runtuh hasil keruntuhan stadium tersebut," katanya ketika dihubungi.Menurut Azan, beliau berulang kali membangkitkan isu ketirisan dan pembaziran di Parlimen tetapi tiada sebarang jawapan."Banyak negara dalam dunia yang menghadapi malapetaka alam yang menyebabkan keruntuhan bangunan.

Namun laporan hasil siasatan terus dikemukakan selepas itu untuk menjelaskan puncanya."Dalam kes ini, berkali-kali kita minta hasil siasatan, tapi ia tidak pernah diumumkan, walaupun kita tahu hasil siasatansudah ada dan ia berpunca dari kelemahan struktur yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan."Ini jelas membuktikan kerajaan sememangnya melindungi aktiviti rasuah, kerana pembaziran adalah keuntungan kepada mereka," tegas Ahli Parlimen Indera Mahkota itu lagi.

Azan turut menempelak Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang bisu berhubung isu keruntuhan tersebut."Sebagai seorang menteri dalam hal ehwal sukan yang juga anak Terengganu, beliau patut prihatin dalam kes ini bukannya mendiamkan diri."Apakah beliau sendiri turut terlibat dalam aktiviti rasuah dan penyelewengan ini? Sebab itu beliau terus diam," kata Azan.

Stadium yang runtuh pada 2 Jun 2009 itu menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada strukturnya musnah.Stadium yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur dirasmikan oleh Yang DiPertuan Agong ketika itu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008, dengan upacara gilang gemilang menandakan 'impian menjadi kenyataan' sebagaimana yang dibangga-banggakan oleh bekas Menteri Besar,  Datuk Seri Idris Jusoh.Malangnya, struktur bangunan itu yang satu ketika dahulu mengacarakan Sukan Malaysia (Sukma) sebelum ia tumbang, kini dipenuhi lalang dan semak samun. ~kd



Iklan C(ii)

Wajah Samseng Umno Terlibat Rusuhan Berdarah Tersebar..

Posted: 19 Dec 2012 09:39 PM PST


KUALA LUMPUR 20 Dis: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal kelewatan polis bertindak ke atas samseng yang menyerang penyokong Pakatan Rakyat pada ceramah di Gombak 4 Disember lalu, meskipun identiti samseng Umno berkenaan tersebar di internet.

Wajah samseng yang bertopi keledar itu dirakam dalam sebuah video dari saksi kejadian, dipercayai individu sama yang menikam penyokong Pakatan ketika provokasi berlaku.

Video tersebut juga tersebar di internet dan dengan jelas memaparkan wajah lelaki tersebut.

"Saya gesa polis bertindak profesional. Kalau serangan melibatkan pemimpin Umno, pastinya tindakan segera dan serius diambil," kata Amiruddin yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Gombak.

"Tapi bila isu melibatkan pemimpin Pakatan, dengan segera akan dipanggil ke balai polis," katanya ketika dihubungi.

"Justeru kita minta polis bertindak adil, tanpa mengira pemimpin Umno atau Pakatan kerana kami juga rakyat Malaysia," sinisnya.

Dalam ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Dataran Shahbudin, Kampung Gombak Utara itu, samseng Umno yang sebahagian besarnya pesilat lincah membuat provokasi dengan mengganggu perjalanan ceramah yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Diketuai Ketua Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, mereka tidak menghirau kehadiran anggota polis, seolah-olah pihak berkuasa itu di pihak mereka.

Selain melontarkan kata-kata kesat dan lucah sepanjang ceramah berlangsung, mereka turut bertindak ganas dengan membaling batu, buah kelapa, botol minuman malah baldi ke arah penyokong yang hadir.

Mereka yang berbaju BN itu turut menikam bahu seorang lelaki hingga berlumuran darah, manakala seorang lagi luka akibat dibaling pasu. ~sinar



Iklan C(ii)

Sah!! Dato' Fauzi Shaari Calon Parliman Larut - SU Agung PAS

Posted: 19 Dec 2012 07:06 PM PST


KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengesahkan kawasan Parlimen Larut akan diwakili oleh bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari.

Sehubungan itu kata Mustafa, masalah calon di kawasan itu sudah pun diselesaikan dan ia diterima baik oleh akar umbi parti itu.

"Fauzi itu, memang tidak ada masalah. Dia adalah calon untuk kawasan Larut. Itu saya boleh sebut lah," ujar Mustafa.

Memberitahu kepada Sinar Harian Online, dakwaan bahawa ahli Pas kawasan tersebut yang sebelum ini dikatakan tidak berpuas hati dengan pemilihan Fauzi dan mahu memboikot sudah pun diselesaikan.

"Mereka memang sudah terima pun," katanya dalam temu bual khas semalam. Laporan sebelum ini menyebut Fauzi, yang menjadi ahli Pas tahun ini, belum sah menjadi calon kawasan Larut.

Strategi Pas Pusat untuk meletakkan Fauzi yang baru empat bulan menjadi ahli Pas menimbulkan kekecohan di kawasan itu apabila Yang Dipertua Pas kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang dipersetujui sebagai calon kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selama, terpaksa digugurkan.

Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli Pas kawasan itu berang.

Kemuncak kepada itu, 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama dikatakan nekad tidak mahu mengundi pada PRU13 ekoran pengguguran Dhari. ~sinar



Iklan C(ii)

Tiada ulasan: