Jumaat, 7 Disember 2012

KRAI Utara

KRAI Utara


Geng honda lumpuh : sindiket jual motor curi di internet

Posted: 07 Dec 2012 02:37 AM PST

myMetro

KLANG: Kegiatan sindiket mencuri dan menjual motosikal yang dikenali sebagai Geng Honda lumpuh apabila polis menahan tiga lelaki dipercayai ahli sindiket berkenaan, Selasa lalu.Semua lelaki berusia 21 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, dalam serbuan pertama pada jam 9.15 malam, sepasukan anggota peronda pencegahan jenayah yang melakukan rondaan ternampak seorang lelaki mencurigakan di sebuah kedai serbaneka di Jalan Kampung Jawa, di sini.Katanya, apabila didekati, lelaki yang bekerja sebagai mekanik sambilan itu melarikan diri sebelum berlaku pergelutan.“Suspek dapat ditahan dan hasil pemeriksaan polis menemui dua batang kunci ‘allen’ yang ditajamkan di dalam poket seluarnya. Polis turut merampas motosika Honda EX5 digunakan suspek.“Suspek mengaku kunci ‘allen’ miliknya digunakan untuk mencuri sebuah motosikal di kawasan Klang, namun motosikal berkenaan sudah diserahkan kepada seorang lagi anggota sindiket untuk dileraikan,” katanya pada sidang media di IPD Klang Selatan, di sini, semalam.Mohamad berkata, sejurus soal siasat, polis melakukan serbuan kedua di sebuah rumah di Lot 6278 Jalan Kota Raja, di sini, pada jam 10.15 malam dan menahan seorang lelaki serta menemui dua enjin motosikal di bahagian belakang rumah berkenaan.“Hasil maklumat suspek kedua, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Jalan Sungai Jati, di sini, jam 1.15 pagi dan menahan seorang lagi lelaki. “Bersama suspek, polis merampas lima motosikal iaitu Yamaha 135 LC, Honda EX5 dan Kawasaki, empat enjin serta dua rangka motosikal selain pelbagai komponen motosikal dileraikan,” katanya.Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek, polis menjumpai tiga set peralatan yang digunakan untuk menukar nombor enjin dan chasis motosikal yang dicuri.“Kumpulan ini dipercayai mencuri lebih 20 motosikal sebelum menjual terus kepada pembeli atau diiklankan dalam Internet.“Setiap satu enjin motosikal pula dijual pada harga RM200 hingga RM300 bergantung kepada jenis dan kuasa kuda enjin motosikal berkenaan,” katanya.Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek pertama sebelum ini pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (EO) kerana mencuri motosikal dan hasil ujian air kencing mendapati dia positif Methapethamine.Katanya, dengan tertangkapnya tiga suspek, pihaknya menyelesaikan 10 kes curi motosikal yang pernah dilaporkan sepanjang tahun ini di Klang.Semua suspek ditahan direman seminggu sehingga 11 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan (KK) kerana curi motosikal.

Musa hassan: politik samseng boleh jerumuskan negara dalam rusuhan ala 13 mei.

Posted: 06 Dec 2012 08:34 PM PST

SHAH ALAM - Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik.Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang.“Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku,” katanya, semalam.Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini.Selain Musa, wacana turut mengundang Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Jawatankuasa Pas Pusat, Muhamed Hanipa Maidin.Wacana itu dikendalikan oleh Profesor Datuk Mohamed Abu Bakar dari Universiti Malaya.Musa berkata, kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan berisiko digulingkan melalui cara sama.“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan."Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan,” katanya.Beliau berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku."Budaya seperti reformasi tidak sesuai dilakukan, sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika mahu laksana demokrasi, perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan.“Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam sekarang ini,” katanya.Berdasarkan pemerhatian, katanya, senario politik hari ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya pada hari mengundi.“Ahli politik perlu bersikap gentleman. Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta, semua keluar bersama-sama. Pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan, tak ada masalah. Sekarang tak boleh,” katanya.Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik, selain daripada berkempen untuk parti masing-masing.“Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti, bina negara ini sama-sama,” katanya.Menurutnya, pembangkang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi demi melihat kesejahteraan terus terjamin, namun pembangkang perlu berkualiti dan mengetahui peranan mereka.“Saya lihat, politik negara ini tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik duduk semeja dan bincang pembangunan negara," katanya.

Aku cuma nak betulkan keadaan - musa hassan

Posted: 06 Dec 2012 07:22 PM PST

SHAH ALAM - Pandangan yang dikeluarkan berkaitan campur tangan menteri dalam soal Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya untuk menasihati dan mengingatkan bahawa sekiranya ia tidak dibendung akan membawa "rosak", demikian reaksi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini.Sehubungan itu kata Musa, beliau tidak mahu niatnya disalahertikan oleh mana-mana pihak.Bercakap kepada Sinar Harian Online, Musa berkata, campur tangan dalam urusan operasi polis oleh pihak atasan misalnya akan menyebabkan reputasi PDRM terjejas."Perkara ini saya nak dibetulkan, bukan saya sakit hati kepada sesiapa, nanti orang kata saya ini sebab sakit hati tidak sambung (kontrak), saya iri hati dengan orang..."... saya sudah seronok pencen. Tapi saya tengok benda ini kalau tidak dibetulkan negara kita akan rosak."Saya bercakap ini bukan sebab saya nak hentam orang..., tidak... tetapi untuk betulkan keadaan. Keadaan sekarang makin teruk, makin teruk dan saya tidak mahu orang tidak percaya kepada polis," tegas beliau.Musa diminta mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam yang menyelar pihak yang mempertikai dan mengkritik tugas yang dilaksanakan sambil memberi contoh seperti dakwaan yang dikenakan ke atas Menteri Dalam Negeri.Menurut Musa, memang tidak menjadi kesalahan untuk Menteri Dalam Negeri mencampuri urusan polis seperti dalam hal-hal kenaikan pangkat atau disiplin anggota polis, tetapi tidaklah sampai ke tahap campur tangan dalam hal-hal berkaitan operasi polis yang berada di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara."Macam Bersih, itu IGP sahaja lah bagi arahan. Tak perlu nak bagi arahan. Kalau salah tindakan IGP, biar IGP sahaja yang kena tindakan. Janganlah atas arahan turun lagi. Orang di bawah pun pening kepala nak buat kerja."Campur tangan dari segi pentadbiran itu memang tanggungjawab dia, tetapi jangan lah campur tangan dalam hal-hal buat kerja polis. Campur tangan dalam operasi polislah, macam-macamlah. Operasi tak boleh (campur tangan), pentadbiran tidak apa sebab dia (Menteri Dalam Negeri) Pengerusi Suruhanjaya Polis," jelas beliau.Ekoran kelantangannya mengkritik institusi polis negara selepas bersara, timbul spekulasi bahawa bekas Ketua Polis Negara itu berminat menceburi bidang politik.Namun Musa menegaskan, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik, meskipun ada menerima tawaran, tetapi akan terus lantang untuk menyumbang memperbaiki sistem pentadbiran negara.Ditanya mengapa baru sekarang beliau mahu menyuarakan perkara ini dan sama ada baru sekarang berlakunya campur tangan dalam pentadbiran polis di negara ini, Musa berkata:"Dulu tak kerap berlaku begini. Dulu tak ada saya rasa. Masa Menteri Dalam Negeri yang lama-lama kita tak pernah (dengar) jadi begini. Tapi yang baru-baru ni lah.""Kalau IGP itu tak berani, ia berlakulah (campur tangan), kalau IGP berani, maka tak berlakulah. Saya merasakan kebanyakan IGP tak pernah akan mengikut apa kehendak menteri suruh buat kalau tak betul mengikut undang-undang lah," ujarnya lagi.

Enjin pesawat pejuang israel di curi pemungut besi buruk

Posted: 06 Dec 2012 03:50 PM PST

TRIBUNNEWS.COM, JERUSALEM - Sejumlah injin pesawat jet buatan    Amerika Syarikat  , dilaporkan telah dicuri dari sebuah pengkalan udara di Israel.Seperti diberitakan Laman Wall, Khamis (6/12/2012), berdasarkan temuan awal polis  tentera Israel, telah terjadi konspirasi antara orang dalam pangkalan udara, dengan pelaku.Dugaan sementara, mesin itu dicuri untuk dijual sebagai besi buruk. Walau demikian, belum boleh teridentifikasi identiti pelaku, dan bila kecurian itu  berlaku.Seorang juru cakap tentera Israel, menolak mengomentari kes ini. Ia hanya mengatakan bahawa hasil penyelidikan kes ini akan dilaporkan ke jaksa penuntut militer.Tahun lalu, polis  militer Israel melancarkan penyiasatan setelah suku cadang pesawat F-15 dan F-16 dari pangkalan udara Tel Nof dekat Tel Aviv itu ditemukan dalam sebuah gudang yang digunakan oleh pedagang besi buruk.Penulis: Samuel Febrianto  |  Editor: Anwar Sadat Guna

Oh! Salah laku seksual : Wanita cina dakwa timbalan ocpd hantar pesanan sms berbaur lucah

Posted: 06 Dec 2012 07:56 AM PST

Belum pun selesai dengan kes tahanan lari semasa dalam perjalanan ke mahkamah, satu lagi insiden membabitkan salah laku anggota polis didedah!Seorang wanita hari ini mendakwa bahawa seorang pegawai polis berpangkat tinggi menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada beliau sejak September lalu.Dalam sidang media yang diatur oleh DAP Negeri Sembilan sebentar tadi, Tan Yik Ching, 32, yang berasal dari Sungai Siput tetapi menetap dan bekerja di Seremban menceritakan kronologi dakwaan tersebut.“Pada 2 September, lebih kurang pukul 7.00 malam; berlaku satu kejadian pecah rumah dan cubaan untuk merogol saya oleh seorang lelaki yang dikenali.“Saya berjaya lepaskan diri dan pada malam yang sama saya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput (U), Perak.“Pegawai penyiasat kes tersebut ialah Sarjan Latifah. Selepas dua atau tiga hari, Sarjan Latifah bawa saya berjumpa Timbalan Ketua Polis Daerah (OCPD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Sungai Siput, DSP Ernest John.Selepas seminggu kejadian itu saya terima panggilan telefon dari DSP Ernest mengajak saya keluar makan tengahari. Saya terima pelawaan itu dan beberapa kali saya keluar makan tengahari dan malam bersama beliau dan sambil itu kami bincang tentang kes kami.“Beberapa hari selepas itu saya mula terima sms-sms mengenai hajat beliau ingin berkenalan dengan saya. Tidak lama selepas itu saya mula menerima sms-sms berbaur lucah daripada beliau.“Justeru itu saya membuat satu laporan polis terhadap Ernest di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Ipoh pada 26 November berhubung sms-sms lucah yang dihantar oleh Ernest.“Kes ini disiasat oleh Deputi Supritendant Tham Lai Kuan dari IPD Polis Ipoh. Beliau ada merakamkan kenyataan saya dan mahu telefon bimbit saya sebagai bahan bukti.“Walaubagaimanapun saya tidak mahu menyerahkan telefon bimbit ini kerana tidak yakin dengan ketelusan pihak IPD Polis Ipoh. Saya bimbang seandainya bahan bukti berbentuk sms-sms lucah itu akan dipadam (delete) oleh pihak polis sendiri”, kata Tan.Bukan cakap kosongPengerusi DAP Negeri Sembilan, Loke Siew Fook berkata apa yang didakwa oleh Tan bukan cakap kosong atau sengaja direka-reka.“Berdasarkan laporan polis Tan, sememangnya Tan menamakan pegawai polis dan nombor telefon bimbit pegawai polis itu di dalam laporan polis beliau. Maka dakwaan beliau ada kredibiliti.“Saya gesa kes ini diambil alih segera oleh polis Bukit Aman. Saya akan menulis surat kepada IGP, Ismail Omar dan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.Saya akan meminta polis Bukit Aman membentuk satu pasukan khas untuk menyiasat kes ini kerana ia bukan membabitkan seorang pegawai berpangkat rendah tetapi seorang pegawai polis tinggi yang merupakan Timbalan OCPD IPD Polis Sungai Siput.“Kes ini amat memalukan kerana melibatkan gangguan seksual dan ibarat ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.“Tan tidak akan menyerahkan telefon bimbit itu selagi beliau tidak mendapat jaminan daripada Bukit Aman bahawa kes ini akan disiasat secara profesional. Tan juga tidak yakin dengan polis Perak dalam siasatan kes gangguan seksual ini”, kata Loke.Dalam sidang media itu Tan turut menunjukkan beberapa sms berbaur lucah kepada jurugambar media untuk dirakamkan.Salah sebuah sms berbunyi seperti berikut:“Sya ada ckap sama Balai punya org sya ada k****** lu dia org ckap lu bnyk kotor punya prempuan”

Tiada ulasan: