Ahad, 23 Disember 2012

KRAI Utara

KRAI Utara


Oh! Tertangkap Sedang Meraba Isteri Orang dalam Pesawat

Posted: 23 Dec 2012 03:30 AM PST

Seorang peniaga yang sedang bercuti dihukum kerana tertangkap basah sedang meraba-raba seorang wanita yang tidur di kerusipesawat – meski disebelahnya ada suaminya.Srinivasa Erramilli (45) dari Aurora, dinyatakan bersalah oleh hakim federal atas tuntutan pelecehan kejahatan seksual yang terjadi selama penerbangan Airlanes dari Las Vegas ke Chicago. Erramilli yang juga seorang konsultan software, saat itu sedang duduk di kerusi tengah, diapit antara wanita dan suaminya. Mereka adalah pasangan yang kembali dari Las Vegas untuk merayakan ulang tahun pernikahan mereka, korban bersaksi dalam sidang tiga hari di Chicago.Saat itu korban tetap sabar dan terjaga ketika Erramilli menyentuhnya sebanyak tiga kali. Dan saat ia melakukannya kembali, saya pun berteriak kepadanya “babi” dan “cabul”, katanya kepada hakim. Penumpang lain juga bersaksi bahwa mereka mendengar wanita itu menjerit, “lepaskan aku!”Hakim mendengar kesaksian jika Erramilli sebelumnya pernah dinyatakan bersalah pada 2002, dan dijatuhi hukuman percobaan setelah memegang payudara seorang wanita dalam penerbangan ke Detroit. Pada tahun 2000, ia juga pernah dihukum 2 tahun percobaan untuk insiden serupa.Kini, pria cabul itu dijatuhi hukuman 2 tahun penjara dan denda maksimal sebesar $250.000 oleh hakim Distrik AS, Joan Humprey Lefkow. (**)Sumber : yourjewishnews.com, uniknya.com,

Siapa Superbillionaire Buatan Malaysia! : Orang yang miliki kekayaan berpuluh kali ganda dari ananda krishnan di jumpai!

Posted: 22 Dec 2012 06:42 PM PST

BEKAS PERDANA MENTERI MENANGI TEMPAT KEDUA SENARAI INDIVIDU BEKAS KETUA NEGARA TERKAYA DI DUNIA!   Sejuta penghargaan kepada Tun Mahathir kerana berjaya menjadi antara manusia paling kaya bagi kategori bekas ketua negara@ pemimpin negara. Kami rakyat merasa sungguh terharu dan tertanya tanya mengapa hal ini baru di ketahui kini dan tidak di war warkan seumpama pencapaian lain yang di capai oleh rakyat Malaysia! Hal yang baik begini patut di bisingkan agar menjadi contoh ikutan supaya ramai lagi rakyat atau pemimpin menyedari akan kejayaan negara kita dalam melahirkan superbillionaire! Dari kalangan bekas bekas pimpinan kerajaan barisan nasional.   Kami, rakyat juga menyeru agar mantan perdana menteri menulis sebuah buku yang di dalamnya nanti boleh beliau terangkan kaedah kaedah untuk menjadi seorang "superbillionaire". Kami juga seperti ramai pemimpin barisan nasional yang lain teringin sangat hendak mengetahui teknik teknik yang telah beliau gunapakai sehingga begitu berjaya! Kami pasti buku tersebut akan menjadi produk yang amat bernilai untuk di miliki...walaupun oleh seorang yang tidak berminat untuk membaca pun.Tajuk? Tiada satu pun kebimbangan tentang tajuk yang patut di beri...hatta, jika dibuat tanpa tajuk pun, bahkan jika tajuk nya diletakkan tiga titik pun ia tetap jadi best seller, ya pembeli hanya perlu membaca sinopsisnya saja...terus di ngap! Maklum si tolol mana tak mau jadi manusia kaya!   Atau, sekurang kurangnya mungkin beliau boleh membuat seminar, nantinya dalam seminar tersebut beliau boleh mengadakan penerangan bagaimana beliau semasa pemerintahannya telah melonjakkan negara ke puncak kejayaan dan di samping itu beliau juga secara peribadi juga telah berjaya! Sehingga meraih tempat kedua selepas bekas presiden mesir. Kami rakyat tentu akan merasa sangat teruja, kursus dan seminar ini boleh dianjurkan di seluruh negara, tentu saja kami rakyat akan sanggup membayarnya dengan harga yang mahal...maklum untuk menjadi kaya bukan senang!.   Dan yang paling akhir dan paling membuat kami kagum ialah beliau yang biasanya akan mewar warkan kejayaan yang di capai olehnya dalam melakukan sesuatu projek tiba tiba tidak mengegerkan hal ini, oh baru kami tahu rupanya beliua seorang yang tidak berlagak! Dia seorang yang tidak suka bermegah megah! Walaupun kayanya mengalahkan Yang DiPertuan Agung!. Kami sungguh terharu...

Pssst: Bisingkan di Area2 anda kejayaan ini...atau facebook anda.

PANAS! PAS Perak "ARAH" SPRM siasat 'Tanah 606 hektar'

Posted: 22 Dec 2012 06:15 PM PST

Harakahdaily
Muhammad Faeez Azahar,
IPOH: Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kelulusan sebanyak 606 hektar tanah kerajaan kepada tiga syarikat milik seorang individu.Laporan ini berikutan pendedahan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di persidangan Dun baru-baru ini.Koordinatornya, Salman Saleh berkata, lokasi tanah tersebut adalah di Mukim Belukar Semang Daerah Hutan Hulu Perak dan kelulusan dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak pada 30 November 2012.“Kami menggesa siasatan yang menyeluruh dan kemungkinan ada unsur-unsur salah guna kuasa dan berharap ianya berjalan dengan adil.“Kami juga akan dedahkan berkaitan kelulusan pada 1 Oktober 2012 di bekas hutan simpan bikam, Mukim Changkat Jering, Sungkai Perak Selatan kepada tiga syarikat yang berkaitan," katanya ketika di sidang media selepas membuat laporan di Pejabat SPRM di sini.Sementara itu, Salman turut ditanya tentang maklum balas Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Kadir semalam yang berang dengan tindakan PAS Perak membuat laporan SPRM berhubung Isu Rumah Perak kelmarin sehinggakan beliau berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.Beliau menjelaskan, Dr Zambry cuba mengalih isu dan tidak menjawab persoalan sebenar tentang pemberian projek hotel yang akan dimajukan di tapak Rumah Perak itu kepada pegawai khasnya.“Kami menggesa agar Dr Zambry menumpukan isu sebenar iaitu pemberian projek kepada pegawai khasnya.“Kami hairan kenapa beliau tidak menafikan dakwaan tersebut dan kami serahkan kepada SPRM membersihkan nama menteri besar itu,” tegasnya lagi.

Tiada ulasan: