Komentar Kini |
Peraturan pengasingan gender Kelantan di bantah Posted: 18 Dec 2012 05:02 AM PST Penulis rasa pelik mengapa peraturan pengasingan gender yang dilaksanakan oleh kerajaan Kelantan dibantah keras oleh Karpal Singh dan para pemimpin MCA dan GERAKAN. Rasa pelik juga mengapa mereka tidak pernah membuat bantahan terhadap peraturan pengasingan gender yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin Pengakapan yang dilakukan Dewan bandaraya Kuala Lumpur tidak membabitkan orang bukan Islam yang bercium di tempat awam. Manakala MPKB telah mengangkap orang bukan Islam yang tidak senonoh di tempat Awam sekitar bandaraya Kota Bahru, didakwa dan menghukum. Kalau inilah puncanya, adalah sangat menusabah peraturan pengasingan gender yang dillaksanakan selama ini telah ditangguh penguasakuasaannya. Penangguhan tersebut disipfatkan oleh sesetengah musuh kerajaan sebagai langkah tunduk dan mengalah dengan bantahan DAP kerana PRU 13 sudah dekat. Penulis tak mahu bincang pasal penangguhan peraturan pengasingan gender diputusakan kerajaan negeri Kelantan ini. Yang menarik ialah mengapa DAP dan orang orang China membantah, sedangkan tujuan mengujudkan peraturan tersebut ialah untuk membenteras "barah sosial" yang sangat berbahaya dan jenayah yang perlu dibenteras. Mungkin bagi Karpal Singh dan MCA dan Gerakan barah social ini bukan musuh dan jenayah dyang perlu dibenteras. Sebab itu di tentang habis habisan perlaksanaan yang di lakukan oleh kerajaan Kelantan. Pada hemat penulis sangat tidak rasional membantah peraturan yang bertujuan untuk mengatasi dan membenteras barah sosial yang sudah bermaharajalela di Negara kita. Setakat hari ini tiada ubat lain selain daripada peraturan pengasingan gender yang boleh menjadi ubat yang murjrab kepada penyakit barah sosial. Apa lagi ubat yang lebih murjrab berbanding dengan ubat tersebut. Bagi bukan Islam barah ssosial bukan penyakit yang boleh menghalangan kemajuan ekonomi mereka, sebalinya peraturan pengasingan gender yang dilaksanakan Kelantan dikenalpasti sebagai boleh menyekat kegiatan ekonomi. Atas sebab itu Karpal Singh dan MCA dan GEWRAKAN menbantah perlaksanaannya. Jika demikian bagaimana mungkin undang undang Islam dapat dilaksanakan, sedangkan jelas dan nyata ia boleh mengancam kegiatan ekonomi orang kafir. Jika undang undang kecil tidak boleh dilaksanakan dan ditangguh atas sebab bantahan Karpal Singh dan MCA dan GERAKAN. Apatah lagi dengan undang undang hudud yang diperjungkan oleh PAS dapat dilaksanakan apabila Pakatan rakyat memerintah Negara. Bagaimana pula jika Karpal Singah membantah penarikan lesen judi di Kelantan selepas menang dan memerintah negeri itu pada 1990 dahulu, sedangkan kerajaan Pusat meluluskan lesen judi dengan syarat ditulis papan tanda dengan perkataan "judi haram bagi orang islam". |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan