Selasa, 18 Disember 2012

Generasi Pewaris Khilafah

Generasi Pewaris Khilafah


Kantoi !!! Ahli Syura ILMU Pengamal Ajaran Sesat

Posted: 17 Dec 2012 11:56 PM PST


(klik untuk imej lebih jelas)

inilah yang dikatakan lebih sudu dari kuah .. haha.. nak kata pandai ngaji .. meong dan masuk air pun ada jugak. sampai keluar fatwa kata orang lain sesat. Weh .. tengok diri sendiri dulu lah bro sebelum lu nak kata orang lain sesat pun .. 

Kenyataan Media Afdlin Shauki

Posted: 17 Dec 2012 11:52 PM PST


Assalammualaikum, kepada semua agency pengiklanan dan talent agency yang mengendalikan akaun produk-produk yang tertera dalam list boikot yang terbukti menyokong Israel di Malaysia ini, Mintak maaf walaupun anda hanya menjalankan tugas, saya nak mengumumkan yg sya tak boleh lagi mengarah, menjadi duta produk, mengendalikan acara, berlawak untuk apa-apa saja event yg pihak awak kendalikan, sehingga produk-produk awak berhenti menyokong Israel.

 Penduduk di Gaza tidak ada pilihan. Mereka terpaksa membeli barangan-barangan Israel di bawah perjanjian Oslo jadi mereka tak ada pilihan, mereka tak boleh berurusan dgn mana-mana negara lain kecuali Israel. Tapi kita di Malaysia ada banyak pilihan! yang tempatan dan antarabangsa. Jadi mari kita buat pilihan yang bijak dan hentikan menyokong produk-produk yg menyokong Israel.

 Saya tak peduli apa org nak cakap, tapi saya Afdlin Shauki memboikot produk-produk awak secara rasmi. rezeki saya datang daripada allah swt dan insyaa allah saya akan masih boleh menyara keluarga saya tanpa bersubahat dengan produk-produk yg membantu dalam pembunuhan rakyat Palestin. Saya ingin menyarankan kepada peminat-peminat saya untuk mengikuti langkah saya jika mereka mahu. Kalau tak mahu takpe, ini bukan paksaan tapi renungkanlah. Allahhuakhbar! 


 Afdlin Shauki 
Save Palestine. Power to the people.

Akibat Terlebih Koko...

Posted: 17 Dec 2012 11:50 PM PST



Assalamualaikum ... inilah akibatnya bila sibuk sangat dengan politik asobiyah sampai tak dapat beza mana ahli sunnah mana khawarij. kadang-kadang rasa nak luku ke kepala CEO ILMU nie .. nampak luar aja alim tapi masuk air juga .. kot yer pun ko nak ulas pasal ulama tu hati -hati le jangan sampai sendiri kena sumpah seranah .. fikir dulu sebelum cakap .. 

Tiada ulasan: