Ahad, 9 Disember 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Wartawan TheStar Penipu - Tiada Tangkapan Khalwat Ke Atas Bukan Islam Di Kelantan

Posted: 09 Dec 2012 12:39 AM PST


PAS pertimbangkan tindakan undang-undang atas laporan 'khalwat'

PAS menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang-orang bukan Islam.

Parti Islam itu turut berkata, akhbar milik MCA itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihan raya umum (PRU) yang bakal diadakan tahun hadapan.

Setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali mengecam keras laporan dalam The Star semalam sebagai "tidak berasas" dan "penipuan yang jelas" dengan mendakwa akhbar tersebut hanya bekerja demi tuan politiknya.

"Tanpa sebarang bukti, The Star melaporkan berita membuta tuli dan saya percaya kerajaan negeri Kelantan mempunyai asas untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar tersebut," kata Mustafa kepada portal rasmi online PAS, Harakahdaily.

Beliau menjelaskan khalwat adalah kesalahan "yang hanya tertakluk dibawah pegawai penguatkuasa Islam dan perlu melalui mahkamah Syariah sebelum hukuman dijatuhkan", sambil menambah laporan saman dikenakan ke atas orang bukan Islam kerana berkhalwat menunjukkan "kejahilan" pengarang akhbar tersebut mengenai undang-undang di negara ini.

Akhbar Bahasa Inggeris itu melaporkan bahawa empat orang bukan Islam – dua lelaki yang tengah melihat pesawat berangkat serta satu pasangan yang bersiar-siar di sebuah taman di Kelantan – ditahan kerana "berkhalwat", satu jenayah di bawah undang-undang syariah.

PAS juga berkata mereka tidak menyokong amalan rasuah seperti didakwa dilakukan oleh pegawai penguatkuasa dengan menegaskan pesalah wajar dihukum.

Ahli parlimen Kuala Selangor Dr Dzukefly Ahmad menyifatkan kenyataan oleh pemuda MCA negeri Gan Han Chuan semalam sebagai "tuduhan tidak bertanggungjawab" kerana mengatakan PAS cuba untuk mengenakan undang-undang Islam kepada bukan Islam.

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah apabila bukan Islam dikenakan saman kerana berkhalwat," Gan dilaporkan berkata oleh The Star semalam.

"Kenyataan itu sangat biadap dan cuba mewujudkan kekeliruan bukan Islam terhadap agama Islam," kata Dzulkefly.

"Saman ini adalah kerana kelakuan kurang sopan dan bukannya khalwat, persoalannya kenapa MCA mahu mengaitkan ia dengan undang-undang Islam?" soal beliau lagi.

Rakannya dari PAS, Dr Siti Mariah Mahmud juga berkongsi pandangan dengan berkata: "Ini adalah cubaan untuk menakutkan bukan Islam dengan menunjukkan undang-undang Syariah akan dikenakan kepada mereka.

" Beliau menerangkan bahawa kesalahan kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh semua pihak berkuasa tempatan (PBT), manakala khalwat pula hanya dikuatkuasakan ke atas orang Islam menerusi penguatkuasa agama.

"Kelakuan kurang sopan dikuatkuasakan oleh PBT dengan undang-undang. Malahan negara Barat juga mempunyai undang-undang ini. Ia adalah universal.

"Sila periksa semua undang-undang PBT di Malaysia. Semua ini mempunyai klausa melibatkan kelakuan kurang sopan.


"Khalwat adalah terma yang digunapakai ke atas muslim dan dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama," kata ahli parlimen Kota Raja (PAS) itu kepada The Malaysian Insider semalam.

"Tapi jangan takutkan orang bukan Islam dengan menggunakan terma khalwat kerana ia hanya digunapakai dalam undang-undang Syariah kepada orang Islam. Jangan kelirukan orang ramai dengan menggunakan terma yang tidak terguna ke atas mereka," tambah beliau.

Menurut The Star, dua daripada mereka yang disaman mengadu pegawai penguatkuasa meminta RM500 daripada mereka "untuk menyelesaikan masalah".

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam menggesa PAS untuk mengambil tindakan segera ke atas penguatkuasa yang menyalahguna kuasa itu untuk membuktikan kerajaan negeri Kelantan tidak rasuah.

Dzulkefly berkata pengeluaran saman itu adalah dalam bidang kuasa PBT di bawah undang-undang, tetapi berkata adalah menjadi satu kesalahan untuk pegawai penguatkuasa meminta rasuah.

"Ia salah untuk penguatkuasa mengambil kesempatan meminta wang.

"Jadi, bagi memastikan keadilan kedua-dua belah pihak satu siasatan perlu dijalankan.

"Jika penguatkuasa itu bersalah, hukuman perlu dijalankan. Dan jika individu yang disaman itu bersalah, mereka juga perlu dihukum," kata beliau apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider semalam.

Baru-baru ini, pendandan rambut bukan Islam di Kelantan dilaporkan disaman kerana mempunyai pelanggan jantina berlainan, melanggar undang-undang majlis tempatan pendandan rambut wanita daripada bekerja unruk lelaki dan sebaliknya - mencetuskan kekecohan berkenaan kedudukan undang-undang Islam itu.

Malaysia mengamalkan dua sistem mahkamah tetapi undang-undang syariah hanya boleh dikuatkuasakan ke atas orang Islam, bukan Islam dikecualikan.

Dengan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, gabungan Barisan Nasional (BN) cuba untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam daripada mengundi PR dengan mengatakan bahawa PAS akan melaksanakan kod keseksaan Islam, hudud, dan mewujudkan sebuah negara Islam. -TMI

Non-muslims nabbed for 'khalwat' in Kelantan

KOTA BARU: Four non-Muslims two men on a plane spotting outing and a couple in a park have been issued with summonses for khalwat, a first in the country.

The summonses were for "indecent behaviour" but the four have denied any wrongdoing, claiming instead that the municipal council's enforcement officers "were merely abusing their position".

State MCA Youth chief Gan Han Chuan said the officers "have gone crazy", trying to enforce hudud laws on non-Muslims.

"This is a first in history where non-Muslims have been issued summonses for khalwat," he said.

"It is unbelievable! What they do with their by-laws is now affecting the lives of even the non-Muslims," Gan said of the two cases which occurred recently.

The incidents came in the wake of a nationwide uproar over the fines imposed on salon operators who allowed their stylists to cut the hair of a customer of a different gender regardless of whether they were Muslims or not.

Most, if not all, of the salons affected were owned by non-Muslims.

In the latest incident, the two men in their 30s were in a car parked beside the Sultan Ismail Petra Airport, watching aeroplanes land in the night, when they were issued with the summonses. The duo claimed that they were not doing anything indecent.

The other two were a 17-year-old male and a 15-year-old girl. They were at the Tengku Anis park in the town centre in the middle of the day when enforcement officers approached them and issued them with summonses for indecent behaviour.

The two incidents have riled up even the National PAS Supporters Congress chairman Hu Pang Chaw. Hu said the male victims had complained to him that the officers had even sought RM500 from the duo "to settle the matter".

"As far as I know, the council has no right to issue summonses to non-Muslims for close contact with their girlfriends in the dark or out in the open," he said.

"I believe this by-law only applies to Muslims. And, I cannot understand why the four were issued the summonses," Hu said, adding that the council cannot impose "khalwat" laws on non-Muslims.

The men have written a letter to council president Fauzi Mat.

Hu said: "This is a serious allegations that needs immediate attention"
-thestar

Kaum Cina Mula Terima Lynas? KARUT!!!

Posted: 08 Dec 2012 10:05 PM PST


Aktivis bidas dakwaan MCA kaum Cina menerima loji Lynas

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Aktivis alam sekitar membidas dakwaan MCA yang mengatakan masyarakat Cina sudah menerima kilang nadir bumi kontroversi Lynas Corp di Kuantan dan menyifakan ia bermotif politik kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir.

Pengerusi Gabungan Henti Lynas (SLC), Andansura Rabu menggambarkan kenyataan sedemikian sebagai sebuah kenyataan politik dan "kempen" oleh MCA untuk mendapat undi daripada kaum Cina.

"Mereka tidak ada data untuk menyokong kenyataan mereka," kata beliau kepada The Malaysian Insider, sambil mengakui kebanyakkan kumpulan anti-Lynas adalah daripada masyarakat Cina.

Malahan Andansura berkata rata-rata peserta yang turun pada Himpunan Hijau di Dataran Merdeka bulan lalu majoritinya daripada masyarakat Cina.

Beliau merujuk kepada perhimpunan 25 November lalu semasa peserta berjalan daripada Kuantan ke ibu kota dengan jarak perjalanan 300km selama 13 hari.

"Ia bukti kaum Cina menentang Lynas, mereka tidak menerima," kata beliau dan menambah masyarakat Cina tempatan sering bertanya tentang langkah susulan selepas ini.

Selain beliau, pengerusi Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas Tan Bun Teet menyuarakan pandangan serupa dengan mendakwa kenyataan tersebut "tidak berasas" sama sekali.

"Bagaimana mereka boleh buat kesimpulan begitu? Adakah terdapat referendum, pengundian, inkuiri orang awam yang dijalankan oleh badan bebas?" soal Tan.

Beliau berkata MCA sebelum ini menubuhkan satu kumpulan pemantau dalam isu Lynas yang dituduhnya sebagai cubaan memecahkan sokongan kaum Cina terhadap pergerakkan anti-Lynas tetapi mendakwa penduduk tdak akan melupakan "pengabaian" yang dilakukan oleh parti utama kaum Cina tersebut.

"Macam mana mereka boleh katakan masyarakat Cina beransur-ansur menyokong Lynas?" soal beliau, sambil menuduh parti MCA tersebut menubuhkan sebuah kumpulan pemantau yang tidak melakukan apa-apa.

Selain masyarakat Cina, Tan juga menegaskan bahawa pergerakkan mereka mendapat sokongan daripada segenap masyarakat dengan mengatakan masyarakat bukan Cina juga menentang loji Lynas tersebut.

Kedua-dua Andansura dan Tan berkata kumpulan anti-Lynas diterajui oleh penduduk tempatan.

"Tapi penduduk tempatan masih peneraju utama dalam perjuangan menentang Lynas...." kata Andansura yang menyatakan bahawa perjuangan tersebut "diusahakan" dan "diketuai" oleh penduduk Kuantan.

Beliau juga mendapati isu tersebut sudah menjadi topik nasional dengan banyak warga daripada negeri lain menyertai mereka untuk memberikan kesedaran dan tekanan kepada kerajaan.

Tan bersetuju adalah perkara biasa apabila bukan penduduk tempatan menyokong isu nasional dan memberitahu The Malaysian Insider bahawa kumpulan utama SMSL adalah dari Kuantan.

Kenyataan Tan tersebut bertujuan membalas laporan oleh pengerusi MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker yang mendakwa masyarakat Cina telah diperdaya oleh pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang kebanyakkannya bukan berasal dari Kuantan.

"Suruh dia beri bukti yang katakan kami perdaya... kami boleh buat penilaian sendiri...." kata Tan, sambil mendakwa mereka yang menentang terdiri daripada golongan berpelajaran dan disokong menerusi kepakaran masing-masing.

Selain aktivis, ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh turut menyatakan bahawa masyarakat Cina masih lagi menentang loji Lynas tersebut.

UMNO Dulu Kini Dan Selamanya Parti RASUAH

Posted: 08 Dec 2012 06:52 PM PST


Baru-baru ini politik tanah air digegarkan lagi dengan satu siri skandal 'projek rembat tanah rakyat' oleh UMNO-BN di negeri Selangor.

Pendedahan itu dicetuskan oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim ketika sesi Petrsidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lalu. Beliau mendedahkan bahawa terdapat 24 bidang tanah 'dibeli' dengan harga murah oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) di Selangor.

Kemudian, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, terus membongkar status tanah yang dijual dengan harga paling murah iaitu RM1 sekaki persegi yang kini dibangunkan dengan kondominium mewah yang dianggarkan bernilai ratusan juta ringgit.

Kita difahamkan, terdapat banyak lagi bukti membabitkan beberapa lot tanah yang akan didedahkan kepada umum, satu persatu.

Ketika ini UMNO sedang giat bertempik ke hulu ke hilir dengan slogan membela rakyat, slogan mendukung Islam dan memperjuangkan ekonomi rakyat. Rupa-rupanya dalam diam UMNO-BN Selangor selama ini membuat 'onar' kepada rakyat.

Keinginan UMNO nak berubah, nampaknya hanya omong kosong. Perangai salahguna kuasa, culas pada tanggungjawab dan tidak amanah masih menjadi amalan harian mereka.

Skandal ini ibarat petunjuk jelas kepada rakyat bahawa UMNO itu .. dulu.. kini dan selamanya akan terus bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa.

Persoalan yang menarik di sini ialah; Bagaimana boleh tanah negeri (baca;rakyat) boleh diagih antara UMNO, MIC, MCA dan Gerakan sebegitu murah dan mudah? Mana pejabat tanah? Mana pejabat daerah? Adakah mereka juga bersengkongkol? atau terpaksa mengikut kehendak dan arahan UMNO-BN? Selepas diagih tanah berkenaan, ia dibangunkan (baca; jual kembali) dengan harga berlipat-lipat-lipat kali ganda. Siapa sebenarnya yang buat duit dengan projek itu?

Sudah berapa ratus juta mereka 'meratah' wang daripada hak rakyat ini?

Dan, ada berapa banyak tanahkan (projek sebegini) dikerjakan sejak UMNO-BN memerintah Selangor?


'Projek rembat tanah rakyat' UMNO-BN Selangor itu juga merupakan satu lagi bukti bagaimana kek ekonomi diagih megikut dasar politik UMNO. Ia juga menjadi indikasi bagaimana kek ekonomi negara dibahagikan kepada kroni masing-masing .

Menurut laporan, daripada 24 bidang tanah yang dirembat UMNO-BN Selangor itu, 15 bidang tanah dimiliki UMNO Selangor, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu).

Inilah contoh dasar UMNO baik di peringkat negeri mahupun pusat. Beginilah UMNO memimpin parti komponen yang menjadi barua mereka selama ini dengan 'merasuah' MCA, MIC dan Gerakan. Itu belum kita lihat bagaimana UMNO merasuah parti di Sabah dan Sarawak.

Tanah yang dibeli oleh UMNO Subang contohnya, ia membeli dengan harga premium RM1 sekaki persegi dan kini tanah berkenaan bernilai tidak kurang daripada RM200 sekaki persegi, dan kini ia juga dibangunkan menjadi kondominium mewah.

Ini perniagaan apa ya? Adakah Donald Trump, usahawan hartanah di Amerika itu mampu membuat projek sebegini 'masyuk'?

Tak lain tak bukan, inilah perniagaan yang dirintis UMNO. Inilah cara UMNO buat duit selama ini. Inilah cara Tun M menswastakan harta rakyat (negara). Inilah cara UMNO bernafas selama ini. UMNO memang semua boleh, duit haram boleh projek haram pun tak salah.

Laporan Transpatrency International – Malaysia yang melaporkan baru-baru ini, ranking Malaysia sedikit meningkat tidak lain hanya membuktikan bahawa kerajaan BN sememangnya rasuah. Tidak ada apa-apa makna jika ranking naik tidak seberapa, bertempik pula ia hebat sedangkan tanah rakyat Selangor habis dirembat.

Rupa-rupanya dalam diam, UMNO menjadi dalang menghisap darah rakyat. Mereka melalaikan orang Melayu dengan slogan perkauman dan menipu umat Islam dengan memperalatkan Islam menggunakan slogan agama yang syumul.

Beginilah modus operandi mereka selama UMNO BN memerintah.

Siang bertempik nak membela nasib orang Melayu dan nak menegakkan Islam, tetapi ketika malam, habis diligannya semua harta dan hak rakyat. Inilah UMNO, dulu kini dan selamanya rasuah!

Tidak tahulah masih adakah rakyat yang boleh menerima perangai UMNO-BN macam itu dan sanggup lagi mengundi parti itu untuk terus memerintah negasra pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Kalau ada pun mungkin kalangan ahli UMNO-BN yang mendapat bahagian sama 'merembat' hak rakyat terutama kroni yang mendapat projek mewah daripada kerajaan BN.

- Roketkini.

[EDISI TELOR PECAH] Najib & UMNO Tiru PAP Singapura Lafaz Ikrar Setia Kepada Parti!

Posted: 08 Dec 2012 03:30 PM PST


Kini tembelang sudah pecah.

UMNO meniru cara PAP Singapura melafazkan ikrar taat kepada parti.

Dulu siang malam pagi petang kutuk PAP akhirnya ikut juga cara parti itu melafazkan ikrar.

Kalau ikut cara mereka sifar rasuah alangkah bagusnya. -omakkau

"Kami Mahu Jenain Datang Bersemuka Dengan ibu" - Kakak Aminulrasyid

Posted: 08 Dec 2012 06:31 AM PST


Shah Alam: "Kami mahu Jenain datang bersemuka dengan ibu dan cerita mengapa dia tergamak buat begitu," luah Aisyah Amzah iaitu kakak kepada Aminulrasyid, 15, yang ditembak mati pada kejadian dua tahun lalu.

Aisyah yang turut hadir bersama ibu, Norsiah Mohammad dan kakak sulungnya Norazura Amzah sayu mengenangkan kejadian malang itu lebih-lebih lagi apabila mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa lalu membebaskan Koperal Jenain Subi daripada hukuman penjara lima tahun berhubung kes menembak mati Aminulrasyid.

Menurut Aisyah mereka sekeluarga sudah memaafkan Jenain dan redha dengan kejadian yang menimpa adiknya.

Namun Aisyah menggesa agar Jenain bersemuka dan menemui ibunya untuk memohon maaf ke atas kejadian tersebut.

Bagaimanapun, Norsiah yang ternyata sebak menceritakan kejadian dua tahun lalu itu berkata, sehingga kini Jenain tidak pernah menemuinya untuk membuat sebarang permohonan maaf.

Malah beliau nyata terkilan kerana kematian anaknya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

"Saya minta siasatan dibuka semula kerana keputusan yang dikeluarkan mengejutkan kami sekeluarga. Seolah-olah anak saya bersalah 100 peratus. Kesalahan hanya tiada lesen memandu tapi meninggal kerana tembakan.

"Jenain juga tidak pernah datang kepada makcik untuk memohon maaf sehingga kini. Yang makcik tahu permohonan maaf itu dibuat melalui media sahaja.

"Jika penghakiman kata dapat pengurangan kita boleh terima. Tapi tertuduh dilepaskan," katanya dengan nada terkilan sewaktu sidang media bersama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semalam.

Jenain yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Pertengahan September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.

Aminulrasyid disahkan meninggal dunia akibat luka tembakan di kepala.

[VIDEO] Najib Panggil Naib-naib Presiden UMNO "Tiga Ekor" Yang Patuh

Posted: 08 Dec 2012 04:35 AM PST


Heboh diperkatakan mengenai ucapan penggulungan presiden Umno, Najib yang memakan masa selama lebih dua setengah jam pada Sabtu lalu yang menggelar ketiga-tiga Naib Presiden parti reput itu menggunakan penjodoh bilangan yang salah sama ada disengajakan atau sebaliknya.

Najib menggunakan bilangan "ekor" dan bukannya "orang" bagi menggantikan nama Zahid Hamidi, Shafie Apdal termasuk sepupunya sendiri Hishamuddin Hussein.

Perwakilan yang hadir dalam perhimpunan itu seperti dijangka ketawa terbahak-bahak hingga ada yang menitiskan air mata kerana teramat lucu lawak jenaka yang dihidangkan kepada mereka.

Bagaimanapun ada yang seakan tidak percaya melihat begini teruk hinaan yang dilakukan Najib walaupun mungkin niatnya sekadar lelucon semata-mata bagi meredakan keresahan perwakilan parti reput itu yang kini berada di ambang kehlilangan kekuasaan di Putrajaya.

Ini bukan kali pertama Najib berucap dengan gaya tidak cerdik malah sehingga ke tahap memaki hamun apabila peneroka Felda yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat digelarnya sebagai 'haram jadah' (haram zadah dalam bahasa Arab bermaksud anak haram) 8 Mei lalu di Jerantut, Pahang.

Jika beginilah kelakuan yang ditunjukkan seorang pemimpin yang kunun mengutamakan Islam sebagai teras perjuangannya, jangan salahkan rakyat yang menyaksikan video di bawah ini menyokong Pakatan Rakyat disebabkan kebodohan Najib sendiri! -jalanpulang

Tiada ulasan: