Ahad, 9 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Diekori Cawangan Khas? Musa Hassan TERDESAK

Posted: 09 Dec 2012 01:01 AM PST

Apabila kita mempunyai perdana menteri (PM) yang licik seperti Mahathir Mohamad, ketua polis negara (KPN) yang patuh seperti Musa Hassan dan Peguam Negara (AG) yang dipersoalkan kredibilitinya seperti Abdul Gani Patail, terlalu banyak perkara yang boleh dipalsukan untuk mengekalkan status quo dan menyembunyikan sistem yang dibina dengan begitu teliti oleh Mahathir dan parti UMNO untuk mengaut keluar wang negara sehingga ke ringgit yang terakhir.

Kita semua tahu salah laku Mahathir seperti penyalahgunaan kuasa dan wang serta pembaziran ke atas perbendaharaan negara tanpa rasa perlu menabung untuk kecemasan, sekali gus meninggalkan orang Melayu 'kering kontang' seperti pengemis di tempat kelahiran mereka sendiri.


Walau bagaimanapun, Mahathir berjaya mewujudkan beberapa orang jutawan Melayu dan juga beberapa bilionaire Melayu, namun seperti apa yang dikatakan bekas pengerusi MRCB, "Apalah maknanya mempunyai beberapa orang jutawan apabila puluhan ribu yang lain hilang punca pendapatan?"

Tetapi, dalam buku Mahathir, seperti biasa, dia merupakan penyelamat dan wira bangsa dan tiada siapa yang berani untuk mempersoalkannya. Seperti biasa, bukan dirinya tetapi orang Melayu lah yang tidak "bersyukur" dan patut dipersalahkan atas nasib yang menimpa diri mereka sendiri.

Lubuk buaya

Sekarang, mari kita kembali kepada Musa Hassan, yang telah bersara sebagai Ketua Polis Negara pada September 2010 yang pada masa yang sama sedang bertelingkah dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Musa bersama dua lagi adik beradiknya iaitu pelakon terkenal Jalaluddin dan Fuad, bekas ahli parlimen UMNO Ampang Jaya, telah dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh dengan ajaran agama. Mereka membesar dalam persekitaran yang kuat didikan namun tidak terlalu kaya. Akibatnya, mereka terpaksa bekerja keras untuk menyara diri sendiri.

Dengan latar belakang sedemikian, ia tidak menghairankan jika Musa mampu untuk menunjukkan bahawa dia mempunyai pendapatnya sendiri walaupun telah menjadi anjing peliharaan Mahathir selama beberapa dekad – lebih-lebih lagu sejak tuduhan liwat dikenakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Musa pernah menjadi Ketua Polis Johor dan kebanyakan rakyat Malaysia telah tahu mengenai khabar penglibatannya dengan bos sindiket pinjaman Ah Long, Tengku Goh di Muar. Ya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah melaksanakan 'penyiasatan' acuh tak acuh mereka tetapi AG mengarahkan kes itu ditutup walaupun sebelum siasatan selesai, kerana mendakwa mereka kekurangan bukti! Tetapi itulah kebiasaan Gani.

Peguam Negara juga telah dituduh melakukan beberapa perbuatan yang tidak patut sebagai ketua peguam negara. Pada satu masa, Gani telah dituduh memiliki perempuan simpanan dan dia telah membeli sebuah rumah untuknya di Alor Gajah dengan wang yang kononnya diberikan oleh pengarah kumpulan pembinaan tempatan. Khabarnya, Gani telah memberi 'pertolongan' dalam kes yang berkaitan dengan beberapa perniagaan yang dihadapi oleh syarikat itu.

Gani yang juga rapat dengan Tajudin Ramli, bekas pengerusi MAS yang juga pernah menjadi anak emas Mahathir dan kroninya bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.

Tidak syak lagi bahawa Musa seperti Gani, merupakan orang yang tidak jujur, yang juga dikelilingi oleh rakan-rakan yang dua kali lima, mereka ini semuanya ada kaitan dengan Mahathir, yang ramai pasti bersetuju semakin hari semakin kabur kredibiliti mereka .

Berpatah arang

Jadi mengapa Musa tiba-tiba memilih keluar dari kumpulan yang diketuai dirinya sendiri? Adakah dia mula beralih menjadi pro-pembangkang dan kenapa? Adakah dia bakal menyertai PKR atau PAS dan mengapa? Tidak syak lagi, kita akan mengetahui jawapannya tidak lama lagi.

Tetapi sehingga cerita sebenar diketahui, plot yang paling menarik perhatian melibatkan Musa, Gani dan Mahathir adalah dakwaan merangka tuduhan liwat yang pertama ke atas Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Hukuman digugurkan dan Anwar dibebaskan pada September 2004 selepas merana dalam penjara selama 6 tahun.

Musa, yang pada ketika merupakan pegawai penyiasat, telah memainkan peranan penting dalam penganiayaan Anwar. Walau bagaimanapun, pemenjaraan Anwar inilah yang menaikkan pangkat Musa kepada jawatan KPN oleh Mahathir dan selanjutnya seperti apa yang kita sudah ketahui sekarang.

'U-turn' mengejutkan Musa bermula pada Oktober lalu apabila dia tiba-tiba menarik balik saman fitnah 'Mata Lebam' dirinya terhadap Anwar. Laporan berita pertemuan Musa dengan Mursyidul Am PAS Nik Aziz juga hebat diperkatakan dan mengejutkan ramai pihak.

Spekulasi Musa ingin menyertai PAS sedang bertiup kencang malah ia telah menjadi satu trend bagi bekas penjawat awam terutamanya polis untuk menyertai sama ada PAS atau PKR untuk 'menebus' dosa-dosa yang mereka katakan tidak punyai pilihan untuk lakukan semasa bekerja di bawah pentadbiran Umno-BN.

Masa untuk mencari perhatian maksima pemimpin Umno

Sekarang, Musa Hassan mendakwa bahawa sepupu Najib, Hishammuddin Tun Hussein Menteri Dalam Negeri,sering mencampuri urusan polis. Mengapa Musa membuka cerita ini apabila UMNO sedang mengadakan perhimpunan Agung ke-66 pada akhir bulan lepas?

Ramai yang telah merasakan mungkin ada beberapa "orang kuat" dari dalam UMNO sendiri dan bukan Pembangkang yang telah menghasut Musa untuk berbuat demikian.

Ia adalah sesuatu yang aneh apabila cerita ini dibuka serentak dengan Deepak yang juga membuat pendedahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Rosmah Mansor dan Ketua Wanita Selangor Raja Ropiaah berkenaan penipuan penswastaan ​​tanah.

Apabila testimoni Musa memalukan Hishammuddin, Deepak pula menjerit-jerit bahawa sepupu Hisham - Najib dan isterinya Rosmah bukan juga dari golongan yang baik-baik.

Terpijak jari kaki

Apa pun motif Musa atau mana-mana pihak terlibat dalam perang saudara UMNO yang cuba dibantu olehnya, jelas sekali bekas ketua polis itu sedang berusaha menyelamatkan dirinya sendiri. Ya,Musa Hassan yang sedegil keldai itu telah menyedari kebodohan dirinya sendiri.

Semasa zaman kegemilangannya, dia begitu berpengaruh dan banyak bergaul dengan orang-orang seperti Tengku Goh, Gani, Mahathir dan orang-orang besar yang lain, Musa tidak sedar akan mereka yang telah disakiti pada masa itu. Dia hanya menyedari bahawa masanya sudah hampir tamat apabila dia tidak lagi arahan Hishamuddin.

Ini telah menyebabkan perkhidmatannya telah ditamatkan tanpa diberikan apa-apa keistimewaan sebagai pengerusi dalam beberapa GLC terkenal atau syarikat berkaitan kerajaan. Mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Musa telah ditinggalkan kering kontang tetapi yang pasti sebagai bekas penjawat awam yang tertinggi, dirinya telah diketepikan untuk mendapat habuan persaraan.

Musa enggan mengikut telunjuk kerana dia berfikir dirinya masih boleh menggunakan 'pengalaman' atau keistimewaan hubungannya dengan Mahathir. Tetapi dia telah mendapat tahu bahawa waris Mahathir tidak menyimpan niat untuk meneruskan kerjasama dengannya. Jadi tinggallah Musa dengan tangan kosong dan bertahi.

Apa yang lebih menyakiti lagi, Mahathir berpura-pura tidak tahu pada usia 87 tahun, dialah yang menarik tali boneka untuk mengawal Najib 'panglima' UMNO yang lain untuk mengayakan anak-anaknya.

Namun, realitinya Mahathir sudah terlalu tua untuk bertahan lebih lama manakala UMNO pula sudah jauh tenggelam dalam masalah. Jadi, Musa telah sedar bahawa lebih baik dia melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkannya sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dan memerintahkan siasatan berskala penuh ke dalam semua sandiwara Mahathir. Musa juga pasti takut akan salah lakunya sendiri yang bakal mendatangkan masalah baginya. Dia tahu dia terpaksa menjauhkan dirinya daripada watak-watak jahat ini dan membersihkan dirinya agar mempunyai peluang untuk mengelakkan diri dari didakwa dan dipenjarakan dalam penglibatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Terdapat ramai telah menerima nasib yang sama, apabila tidak diperlukan lagi oleh UMNO, dicampak ibarat kain buruk. Satu lagi contoh baru-baru ini adalah Musa Hitam, bekas timbalan perdana menteri yang tiba-tiba 'meletak jawatan' sebagai pengerusi Sime Darby. Seperti Musa Hitam, Musa yang seorang lagi ini pasti sudah mengira harinya. Kedua-dua mereka sudah tiada penyokong dari belakang.

Dalam keadaan sedemikian, sudah semestinya Musa tiba-tiba 'sedar' dan cuba membuktikan dia masih boleh kembali ke pangkal jalan dan bersuara untuk rakyat - walaupun ini merupakan sesuatu yang dia sepatutnya lakukan sedekad yang lalu ketika dia masih berpengaruh dan benar-benar boleh membantu masyarakat.

Faktor Ramli Yusoff

Seperti kata pepatah, perkara jahat, walau sebutir pasir pun akan di balas jua, (what goes around comes around). Setakat ini, tidak ramai yang bersedia untuk membantu Musa kerana dirinya itu tidak boleh dipercayai. Dengan latar belakang dan rekod buruk, siapa atau parti mana yang mahu mengambil risiko dianiya olehnya nanti? Sedih juga untuk diakui, Musa Hassan adalah racun yang amat berbisa.

Tetapi selain dari menyelamatkan dirinya sendiri ada 'satu perkara' yang sebenarnya menakutkan Musa Hassan, menurut sumber dalaman, "Perkara' inilah yang menjadikannya mengambil keputusan untuk membuka cerita orang-orang kuat dalam UMNO. Dan apakah 'perkara' yang telah menjadikan lelaki seperti Musa ketakutan dan tergesa-gesa untuk membuka mulut yang pada suatu masa tertutup rapat?

Jawapannya adalah tidak lain tidak bukan, kes Ramli Yusoff dengan AG dan dirinya sendiri. Bekas penjawat jawatan tinggi polis, Ramli mendakwa dirinya diperangkap SPRM dalam "kes polis bernilai 27 juta ". Tuntutan mahkamah Ramli benar-benar mengganggu fikiran Musa kerana kes itu begitu jelas. Peguam yang berpengalaman mengatakan fakta-fakta boleh didedahkan di mahkamah dan Musa akan dijadikan kambing hitam bagi AG dan SPRM kerana dialah yang didakwa diberikan "bukti" untuk mereka terhadap Ramli.

Mungkin Musa kini cuba untuk mengatakan kepada semua bahawa "Hei, saya bersih, saya tidak melakukan apa-apa yang kesalahan dan merekalah yang memaksa saya untuk melakukan semua perkara-perkara jahat itu!"

Diekori Cawangan Khas

UMNO dan Najib harus mengambil serius dakwaan Musa Hassan kerana aka nada banyak yang mahu dikongsinya apabila dia semakin terdesak. Dia banyak menyimpan rahsia gelap UMNO dan menjadi satu tindakan yang agak bodoh dan angkuh bagi mereka untuk mengabaikannya.

Pembangkang juga harus membuka mata kerana apa yang membahayakan UMNO biasanya akan memberi banyak manfaat kepada mereka. Anwar dan pemimpin PR perlu cuba untuk mendekati Musa agar dapat mencari jalan penyelesaian untuk membantu Musa 'memulihkan' dirinya dalam supaya dia menjadi orang yang berguna, amanah dan boleh diterima semula oleh masyarakat.

Musa, dalam keadaan yang terdesak, telah gagal untuk menyedari bahawa dia telah menjolok sarang tebuan. Ya, sarang dua sepupu iaitu Najib dan Hishamuddin. Turut menerima tempias adalah Rosmah, yang bersedia untuk melakukan serangan balas. Musa pasti tahu bahawa serangan merupakan pertahanan yang terbaik dan bukan dia sahaja yang tahu akan ini malah ia boleh digunakan juga oleh musuh-musuhnya.

Sumber mengatakan inilah sebabnya polis Cawangan Khas sering mengekori Musa, bekas ketua mereka sendiri hanya 2 tahun yang lalu. Jelas sudah bahawa Najib terpaksa menghentikan Musa daripada melakukan lebih banyak kerosakan keatas kerjaya politiknya dan menjejaskan survival UMNO pada masa yang sama, terutama sekali dengan pilihan raya umum ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Musa, sepertimana yang mereka katakan berada dalam keadaan yang genting. Berbahaya dan juga dalam bahaya!

Dipetik dari - Malaysia Chronicle


Tiada Jihad Di Palestin - Ulama Umno Memang Bebal..

Posted: 09 Dec 2012 12:00 AM PST





Sultan Selangor Bukan Ahli Umno..

Posted: 08 Dec 2012 11:11 PM PST

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata beliau sangat benci apabila mendengar tuduhan bahawa beliau merupakan orang Umno – seperti yang dikesannya dalam tulisan di blog tertentu.

Dalam satu wawancara disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Sultan Sharafuddin berkata tuduhan itu timbul akibat salah faham ke atas seruannya supaya golongan Melayu bersatu.

"Saya beritahu kepada kakitangan istana, apa saja dalam blog dan portal yang berkaitan dengan Selangor, cetak dan beri pada saya untuk dibaca.


"Tapi malangnya dalam blog dan portal ini, semua yang mereka katakan adalah saya orang Umno, sedangkan saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik," titahnya.

Turut ditimbulkan adalah tuduhan bahawa ucapannya disediakan oleh orang Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Hakikatnya, Najib ada banyak kerja lain yang hendak dibuat. Ini seolah-olah mereka cuba menyatakan saya tidak berotak dan tidak tahu buat ucapan sendiri," katanya.

Sultan Sharafuddin berkata, isu berkenaan juga ditimbulkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Saya ada sebutkan kepada Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim), 'apa ni sikit-sikit saya dikatakan orang Umno di dalam blog'," katanya.

Katanya lagi, beliau juga menjangka akan dituduh sebagai "orang Utusan" kerana memberi wawancara kepada akhbar berkenaan.

"Padahal, Utusan yang minta jumpa," katanya lagi yang menambah beliau akan mengkritik secara terbuka apabila melibatkan isu perpecahan Melayu.

Bagaimanapun, beliau akan menegur menteri besar melalui surat atau perjumpaan apabila melibatkan isu pentadbiran.

"Malangnya terdapat mereka yang salah faham apabila saya menegur tentang Melayu bersatu, maka ada pihak yang kata saya orang Umno.

"Itu adalah sesuatu yang saya sangat benci mendengarnya. Pihak ini ikut sedap mulut bercakap tetapi tidak mahu memahami nasihat saya yang ikhlas," katanya.


Video - Kerambit Yang Digunakan Dalam Tragedi Gombak

Posted: 08 Dec 2012 08:10 PM PST



BARANG PANAS - Anti-AES Car Plate cover

Posted: 08 Dec 2012 05:50 PM PST




Tok Guru Nik Aziz: Melayu pecah bukan kerana Pas

Posted: 08 Dec 2012 05:34 PM PST

KOTA BHARU - Di sebalik ajakan berterusan pemimpin Umno untuk berdamai, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa perpecahan Melayu kini disebabkan Umno yang tidak mengamalkan dasar Islam dalam perjuangannya.

Menteri Besar berkata, oleh kerana tindakan Umno yang enggan mengubah dasar itu menyebabkan Pas yang ditubuhkan oleh ahli Umno sendiri satu ketika dulu sukar untuk mendekati parti itu kembali.

"Saya lama dah sebut benda ni, tapi orang kata ini gimik politik... dia tak faham.


"Saya kata Melayu berpecah ni bukan kerana Pas, tetapi kerana Umno yang ada hari ini tolak pandangan Biro Ulama Umno sendiri, Pas yang ada hari ini bukan orang Pas buat, sebaliknya Biro Ulama Umno yang buat.

"Tapi Umno induk tolak... tolak Islam, kami orang Pas ni membajai dia, siram dia, pagar dia supaya tidak diganggu," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-14 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) itu di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Hashim Jasin yang menegaskan Pas bersedia dibubarkan dan semua ahlinya menyertai Umno jika parti itu melaksanakan hukum Islam.

Hashim menjelaskan, Nik Aziz pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam.

Hashim mengeluarkan kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Adun Tambun Tualang, Datuk Seri Shahidan Kassim yang ingin tahu sama ada beliau akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum akan datang kerana doa Pas agar 'Umno KO' tidak dimakbulkan.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata , perpecahan di kalangan masyarakat termasuk orang Melayu tidak akan berlaku sekiranya Umno mengambil Islam sebagai perjuangan mereka.

"Kalau Umno sendiri buang kebangsaan, kita tak akan bergaduh, Melayu pecah dua sekarang ini kerana tak terima Islam... bersatu... bersatu atas apa, perompak pun bersatu juga puak-puak dia, perompak ada geng dia, penyamun ada geng dia, orang politik ada geng dia, cuma yang itu orang panggil geng, yang ini orang panggil parti, benda sama sahaja," katanya.


Bendera Pas Berkibar Megah Di Gaza

Posted: 08 Dec 2012 04:24 PM PST

Sehelai bendera Pas dicelah-celah ribuan bendera Hammas.
Benarlah perjuangan yang dibangkit atas semangat dan roh akidah Islamiyah tidak mudah untuk dicabar dan dinafikan. Makin ianya ditekan, ia akan bangkit dan terus bangkit. Perjuangan Islam seperti Pas itu juga tidak pernah gerun dengan tekanan dan kejahatan ke atasnya. Ia akan merebak dan tumbuh subur seperti rerumput selepas dibakar hangus oleh sekawan api yang lahap.

Rumput persis lalalng, boleh dibakar hangus dan sisa-sisanya menjadi puing tetapi akar tunjang (Islamnya) tidak akan ikut sama hangus. Selepas semuanya menjadi abu dan setelah hujan turun menyiram bumi ia akan bangkit kembali, malahan daya suburnya makin tinggi. Nah, begitulah juga dengan sunnah dan fitrah perjuangan Islam.


Kehebatan Pas kini ternyata tidak terlawan oleh parti sekular Umno yang menjadikannya sebagai musuh tradisi. Hingga kapan pun Umno tidak akan menang! Barang kali di sinilah menyebabkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat tegak dan teguh dengan pegangan dan keyakinannya, bahawa Pas jauh lebih benar dari Umno.

Saya melihat kehebatan Pas ini dari sudut terpencil yang mungkin tidak terpandang oleh sesiapa; iaini mengenai kegigihan dan kesungguhan pendokongnya meletakkan lambang parti itu di mana-mana saja. Lambang atau panji adalah simbol kekuatan hayat sesebuah perjuangan atau parti itu. Lambang atau bendera Pas sehingga ini sudah berada di mana-mana, bukan saja di bumi Malaysia, tetapi nun juah di dunia dan benua terpencil.


Terbaru saya sungguh teruja, dan menyebabkan jantung saya berdenyut kencang tatkala melihat bendera Pas terselit di celah ribuan bendera Hamas yang berkibar di Ghozzah (Gaza) kelmarin dalam upacara menyambut ulang tahun ke-25 pertubuhan tersebut. Kelmarin kira-kira 200,000 rakyat Ghozzah keluar berhimpunan memenuhi jalan-jalan raya untuk meraikan ulang tahun pertubuhan siasah itu. Sempena itu juga seorang tokoh dan pemimpin Palestin yang berada di buangan pulang buat pertama kalinya ke Palestin.

Tokoh dimaksudkan itu Khaleed Mashaal berada di Mesir sejak tahun 1975.

Ikhlas, mula-mula saya terpandang bendera itu yang diposkan dalam facebook, saya mengira ianya adalah satu permainan super impose saja sebagai menunjukkan simpati dan sokongan Pas kepada Hammas. Saya tidak begitu mempedulikannya kerana memang saya alergik kepada kreativiti super impose . Tetapi selepas Subuh tadi saya mengamati sekali lagi gambar-gambar diposkan itu, dan mendapat penjelasan insan yang cekap merakam gambar itu, jurufoto muslimat Sharina Ahmad Sharkawi, baru saya merasakan ia sesuatu yang amat berharga.

Sharina kini sedang bertugas dan berjihad di Ghozzah bersama ratusan rakyat Malaysia yang lain dalam usaha untuk memerdekakan Palestin dari cengkaman kekejaman Zionis Israel.


Seperti dikatakan tadi sebelum ini bendera Pas sudah berkibar di pelusuk dunia hatta di lokasi yang tidak terfikir, di mana ia dibawa dan dipacak oleh pendokongnya. Antara tempat atau lokasi yang pernah menerima pacakan dan kibaran bendera Pas ialah di Makkah dan Madinah di musim Haji. Kewujudan ini menjadi satu kemarahan pihak tertentu.

Ratusan ribu rakyat Palestin keluar meraikan HUT Hamas.
Bendera Pas juga pernah dipacak dan dikibarkan di puncak Gunung Ais Everest oleh pendakinya asal Kelantan. Bendera Pas juga turut sama dipacak di mana-mana saja ada lokasi bencana alam, di Indonesia, Myamar, Pakistan, Russia, Thailand dan di mana-mana saja yang dibawa oleh delegasi kemanusiaanya.

Di dalam negara ini usah dikira lagi, di mana-mana saja bendera Pas dikibar dan berkibar megah hatta di bumbung rumah orang Umno? Paling merujakan lagi bukan saja di lokasi-lokasi politik tetapi di dalam stadium juga bendera Pas turut sama dibawa dan dikibarkan.

Hebat.. itulah kata-kata yang tumpah dari dalam diri saya untuk Pas mengenai hal ini. Timbul juga persoalan apakah parti lain khasnya Umno tidak terliur dengan apa dicapai Pas? Mungkin para pemimpin mereka jelous dengan kewujudan itu namun apa boleh buat pendokong dan ahlinya tidak sekental pendokong dan ahli Pas. Atau bendera Umno atau BN memang ada dibawa tetapi ia tidak tergamak atau malu untuk dikibarkan oleh sang pembawanya atas sebab-sebab tertentu.

Syabas kepada pendokong Pas yang membawa panji perjuangan mereka ke mana-mana saja. Dan syabas dan terima kasih juga kepada jurufoto muslimat terulang negara, Sharina Ahmad Sharkawi kerana kecekapan anda serta keprihatinan yang tinggi dalam menghasilkan seni foto. Sesungguhnya foto anda itu adalah termahal dan penyuntik semangat buat pendokong Pas dan Islam di sini.

Sangat wajar kalau mana-mana pihak di dalam Pas terutamanya Dewan Muslimat menghulurkan anugerah khas di atas 'kejayaan' Sharina ini sebagai satu penghormatan dan penghargaan atas jasa yang kita tetapi besar ertinya. [wm.kl.7:24 am 09/12/12]

http://msomelayu.blogspot.com/2012/12/bendera-pas-berkibar-megah-di-ghozzah.html


Hakim Perancis mahu rekod penuh kes Altantuya: Dia adalah KAITAN UTAMA

Posted: 08 Dec 2012 06:41 AM PST

Hakim penyiasatan Perancis yang mendengar kes Scorpene di Paris telah memutuskan bahawa pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu ada berkait rapat dengan penglibatan kerajaan Malaysia dalam pembelian dua kapal selam dari DCNS. Mereka mahu menyiasat penglibatannya dalam perkara ini dalam usaha mendapatkan maklumat mengenai dakwaan rasuah yang dibangkitkan terhadap DCNS.

Hakim penyiasatan Perancis telah meminta rekod perbicaraan pembunuhan Altantuya dan mungkin akan datang ke Malaysia, di mana dia telah dibunuh, jika mereka menganggapnya perlu untuk berbuat demikian, jelas Apoline Cagnat, salah seorang peguam Perancis yang bertindak bagi pihak kumpulan aktivis Malaysia SUARAM.


Cagnat mendedahkan maklumat ini kepada Ahli Parlimen Malaysia pada hari Selasa dalam taklimat yang terpaksa diadakan di Singapura. Pasukan undang-undang SUARAM telah dijemput oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi taklimat di Parlimen Malaysia tetapi mereka tidak dibenarkan berbuat demikian oleh pentadbiran Najib.

Ironi

Pemimpin Malaysia yang berusia 59 tahun dan isterinya Rosmah Mansor telah dituduh terlibat dalam pembunuhan Altantuya, di mana 2 bekas pengawal peribadi


mereka telah dihukum gantung kerana membunuh. Selain daripada itu, dakwaan menerima sejumlah 115 juta euro (RM570 juta) dalam bentuk sogokan haram dari DCNS bagi bersetuju untuk membeli kapal selam adalah sebab utama SUARAM membawa DCNS ke muka pengadilan.

"Kami mendapati taklimat itu sangat berguna dan ia benar-benar menangkis propaganda yang cuba disebarkan oleh Umno dan Najib - bahawa perbicaraan

Scorpene di Paris adalah satu rekaan yang kompleks oleh pihak pembangkang," kata Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah memberitahu Malaysia Chronicle.

"Malah, maklumat terkini yang diberikan oleh peguam Perancis semalam menunjukkan bahawa Najib kini dalam keadaan yang sangat tidak menentu. Pertama, dia berada di atas senarai saksi utama dan jika dia enggan bekerjasama, dia boleh ditangkap jika berada di Eropah. Kedua, dan merupakan perkembangan yang terpenting adalah keputusan terbaru hakim siasatan atas kes Altantuya. Mereka tidak akan menyiasat pembunuhannya itu secara langsung tetapi ironinya ia mungkin bakal memberi jawapan kepada persoalan yang berada diminda semua rakyat Malaysia iaitu siapakah yang mengarahkan pengawal peribadi untuk membunuh Altantuya - akhirnya ia bakal terjawab di mahkamah Paris dan bukannya di Malaysia ".

3 kali pembayaran


Cagnat juga memberitahu penggubal undang-undang Malaysia bahawa hakim penyiasatan telah meneliti 3 pembayaran. Yang pertama adalah bayaran sebanyak 115 juta euro kepada Perimekar, sebuah firma yang dikawal oleh Razak Baginda teman akrab Najib yang juga berada dalam senarai saksi utama; kedua, pembayaran sebanyak 2.5 juta euro yang dipercayai menjadi "wang yang digubah" di Malta; dan ketiga, pembayaran sejumlah 36 juta euro kepada Terasasi, sebuah firma yang diterajui bapa Baginda.

Altantuya merupakan seorang wanita Mongolia cantik yang berusia 28 tahun. Dia datang ke Malaysia pada tahun 2006 untuk menuntut haknya daripada sejumlah komisyen yang diberi DCNS. Dia tidak pernah meninggalkan negara kita dan rekod imigresen Malaysia terhadapnya dengan misterinya telah dipadam, menunjukkan campurtangan di peringkat tertinggi.

Walau bagaimanapun, desas-desus mengatakan bahawa dia merupakan kekasih Najib dan kedua-dua Najib dan Baginda pernah pergi ke luar negara untuk berunding dengan DCNS. Dia dipercayai telah dibunuh kerana mengugut untuk mendedahkan mereka serta membongkar kegiatan rasuah dalam pembelian Scorpene.

Dua bekas pengawal peribadi Najib, Azilah Hadri dan Sirul Umar telah dihukum gantung pada tahun 2009 kerana membunuh selepas perbicaraan yang dibocorkan pegawai kedutaan AS dalam WikiLeaks mengambarkan ia sebagai perbicaraan yang meragukan. Kedua-duanya kini menunggu hukuman dijalankan, dengan rayuan mereka berkali-kali ditangguhkan oleh pihak berkuasa.

Mahkamah Malaysia tidak peduli dakwaan memeranjatkan Sirul

Baginda, yang telah mengaku sebagai kekasih Altantuya, telah dibebaskan deng

an kontroversinya dan sejak itu melarikan diri ke luar negara dari perhatian media. Najib dan Rosmah telah berulangkali menafikan bahawa mereka kenal akan Altantuya. Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi juga telah menafikan pembunuhan Altantuya ada kaitan dengan pembelian Scorpene.

Walau bagaimanapun, salah seorang pengawal peribadi itu, Sirul, telah berkata dalam satu kenyataan bahawa dia dibayar RM100,000 untuk membunuh Altantuya. Walau bagaimanapun, dakwaan mengejutkan ini telah diabaikan oleh mahkamah Malaysia, yang enggan memerintahkan polis untuk memeriksa dengan lebih lanjut dakwaan Sirul.

SUARAM telah beberapa tahun cuba untuk mendedahkan perjanjian Scorpene, dengan mendakwa ia jauh melebihi harga sepatutnya dan merupakan sesuatu yang tidak perlu. Dakwaan rasuah terhadap Najib telah diabaikan oleh pihak berkuasa, memaksa organisasi hak asasi manusia itu untuk memfailkan aduan di Paris pada tahun 2010 terhadap DCNS. Ia adalah menyalahi undang-undang di Perancis untuk membayar sogokan haram bagi mendapatkan kontrak dan jika didapati bersalah, DCNS mungkin perlu membayar pampasan kepada rakyat Malaysia. Melalui perbicaraan di Paris, SUARAM juga berharap ia sebagai desakan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk akhirnya mengadakan siasatan yang telus ke atas skandal itu.

Dipetik dari - Malaysia Chronicle


Mahdzir Khalid Kena Kencing Dengan Budak-Budak.. Kahkahkah

Posted: 08 Dec 2012 05:30 AM PST







Berita yang Tak Akan Keluar Kat TV3..

Posted: 08 Dec 2012 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.

"Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti.

Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini. "Padahal kami sekian lama menanti kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kampung ini," kata Ketua kampung Gombak Utara, Said Zakaria pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.


Said berkata, lebih separuh samseng Umno yang mengganggu program dengan membuat bising, membaling batu, menyerang petugas dan penjaja malam, adalah orang luar yang dibawa Megat Zulkarnain.

"Ia mencalar imej kampung, tidak menggambar sikap sebenar penduduk yang beradab dan menghormati tetamu. Kami yakin sebahagian besar penduduk kampung menerima cara Pakatan Rakyat mentadbir," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amiruddin pula berkata, pihaknya belum menerima sebarang perkembangan siasatan polis.

"Yang kita lihat sekarang, penyerang pula yang mempersalahkan penganjur. Sedangkan kita sudah lapor kepada pihak berkuasa," kata merujuk SMS ancaman sebelum kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, KEADILAN Gombak akan terus mengadakan program ceramah untuk memberi penerangan kepada rakyat.

"Terbaru pada 19 Disember, di tempat sama," katanya sambil menuntut pihak berkuasa mengadakan kawalan bagi mengelak gangguan samseng Umno. ~keadilandaily


Cat Merah Lambang Kemarahan Rakyat..

Posted: 08 Dec 2012 03:46 AM PST

Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan disembur cat merah, dipercayai hari ini. – Foto Sinar Harian oleh Nizam Zain

SHAH ALAM – Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi ini.

Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.


Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.

Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini, sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.

Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi.
Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.
"AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.

"Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat," katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES.

"Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut.

"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin atas nasihat pejabat peguam negeri.



Tiada ulasan: