Kelab Greenboc |
- Himpunan 12 Jan 2013 Hantar Isyarat Akhir Buat SPR
- Aliran Wang Haram RM200 Bilion Disiasat Apabila Pakatan Memerintah
- Pencacai Kantoi: Shah Alam Masih “Bebas Disko”, Kafe Bukan Kelab Malam
- [BERGAMBAR] Awie Mengaku Buka Kelab Malam Di Ipoh, Ada Pesta Bikini & Arak Di Sana!
- Hinanya UMNO, Upah Pelajar Tkn 1 Seorang RM20 Untuk Maki Peserta Himpunan Oren
- Ketua Bahagian UMNO Pandan Dihukum Penjara 8 Tahun Atas 10 Tuduhan Rasuah
- [GAMBAR & VIDEO] Himpunan Oren Selamatkan Felda, Desak Isa Samad Letak Jawatan
Himpunan 12 Jan 2013 Hantar Isyarat Akhir Buat SPR Posted: 29 Dec 2012 01:01 AM PST .Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini bakal menghantar isyarat yang jelas kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperkudakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). HKR KL112 sebagai kemuncak kepada Bersih 1, Bersih 2 dan Bersih 3 bakal menghimpunkan sejuta rakyat. Ia memberi amaran akhir kepada SPR supaya tidak memandang mudah segala rungutan terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, SPR yang dianggap senjata akhir kerajaan BN perlu berfikir banyak kali dengan amarah rakyat sebelum meneruskan rancangan di luar demokrasi bagi memenangkan BN. "Sejuta rakyat yang akan datang ke Kuala Lumpur. Ia akan mengajar SPR berfikir banyak kali. Ini tentunya akan melahirkan rasa gerun untuk terus membiarkan organisasi itu diperalatkan kerajaan BN. "Mereka perlu bertindak untuk tidak membiarkan rakyat asing menjadi penentu demokrasi di negara kita. Jangan biarkan orang Bangladesh, Nepal, Filipina dan Indonesia mengundi untuk mengekalkan kerajaan yang ada sekarang," katanya pada program Jelajah Anak Muda menuju himpunan Kebangkitan Rakyat di Dewan Majlis Daerah malam semalam. Orang ramai tetap memenuhi ruang dewan biar pun banyak tempat di Kelantan sekarang dilanda banjir. Rata-rata yang datang hanya mendapat maklumat melalui internet tanpa ada poster di merata tempat. Hadir sama wakil-wakil NGO termasuk Pengerusi Soladariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, wakil Royalti, Anak, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman, Adun Kemuning, Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman, aktivis mahasiswa Adam Adli dan Ketua AMK Kedah, Azman Nasharuddin. Program bermula solat Maghrib. Pada program berkenaan juga orang ramai yang hadir turut melafazkan ikrar menuntu royalti yang diketuai Marziki Mat Rani. Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, berdasar kepada siri himpunan kebangkitan rakyat yang diadakan di seluruh negara sebelum ini, sambutannya begitu memberangsangkan sekali. Menurutnya juga pihak pengurusan Stadium Merdeka yang akan dijadikan tempat perhimpunan itu mengenakan kadar bayaran sebanyak RM75,000 bagi membolehkan program itu diadakan. Adam Adli yang digantung UPSI selama tiga semester kerana menurunkan gambar Datuk Seri Najib Razak di PWTC sebelum ini mengharap anak-anak muda datang beramai-ramai pada himpunan tersebut sebagai mencerminkan tuntutan mereka. "Kalau kita seorang yang bercakap kerajaan tidak akan dengar, namun kalau sejuta rakyat menuntut kerajaan tidak boleh tidak mengendahkan lagi," ujarnya. |
Aliran Wang Haram RM200 Bilion Disiasat Apabila Pakatan Memerintah Posted: 29 Dec 2012 12:07 AM PST Keengganan pihak berkuasa membuat siasatan terhadap pendedahan mengenai pengaliran wang haram berjumlah RM200 bilion hingga meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling tinggi di dunia, membuktikan pemimpin Umno BN terlibat dalam rasuah. "Kita tanya kepada Bank Negara. Tanya Datuk Seri Najib Razak. Apa dia jawab?" kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kesal kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan itu membisu dalam isu pendedahan itu. "Anda tahu kenapa? Kerana mesti ada (pemimpin Umno BN) terlibat, jadi tidak berani buat siasatan. Anda mahu (ia) disiasat? Kalahkan Umno BN pada PRU 13, kita akan siasat," katanya pada ceramah Perdana Merdeka Rakyat Taman Entrepreneur Kuchai di sini yang dihadiri lebih 2,000 penduduk setempat, semalam. Mengikut laporan terbaru badan pemantau antarabangsa, Global Financial Integrity (GFI), Malaysia di tangga kedua selepas China paling banyak aliran keluar wang haram iaitu RM200 bilion. Dalam ucapan sama, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan membenarkan mana-mana pimpinan dari merompak wang rakyat apabila mentadbir negara kelak. "Pegang kata-kata saya. Satu perkara saya janji. Saya dan kawan-kawan dalam KEADILAN, PAS dan DAP tidak akan izinkan mana-mana pemimpin rompak dan curi duit rakyat. "Kalau kata saya pun macam ahli politik lain, saya kata, minta maaf. Saya tahu apa itu derita, penjara. Saya tahu macam mana orang malukan saya tiap-tiap malam. Sekarang saya hanya ingin buat apa yang betul untuk rakyat dan negara," katanya. Turut berucap ialah Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar; Ketua Publisiti DAP, Tony Pua dan Ahli Jawantankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Rosni Adam. -KD |
Pencacai Kantoi: Shah Alam Masih “Bebas Disko”, Kafe Bukan Kelab Malam Posted: 28 Dec 2012 09:10 PM PST Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menegaskan bahawa sebuah premis di Setia Alam yang didakwa menjalankan aktiviti kelab malam sebenarnya adalah sebuah kafetaria yang menjalankan aktiviti persembahan muzik ('live band'). Bagaimanapun, Timbalan Pengarah Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, aktiviti 'live band' tersebut dijalankan tanpa kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA. "Hasil pemeriksaan yang dijalankan, kita dapati premis tersebut mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti perniagaan kafetaria tapi tiada lesen untuk aktiviti 'live band'. "Oleh itu, pihak MBSA telah mengarahkan pengusaha premis tersebut supaya menghentikan aktiviti tanpa kebenaran itu," tegas Shahrin sewaktu dihubungi TVSelangor. Menurutnya lagi, notis turut dikeluarkan terhadap pengusaha premis selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSA 2007. Hasil tindakan itu juga, Shahrin memberitahu, pengusaha kafetaria telah mengemukakan permohonan untuk menjalankan aktiviti persembahan muzik di premisnya. Namun permohonan tersebut hanya akan dibincangkan dan diputuskan di dalam Mesyuarat Kawalan Perniagaan dan Kesihatan MBSA yang akan datang. Mengulas mengenai penjualan minuman beralkohol di premis tersebut, Shahrin menegaskan MBSA tiada hak untuk mengeluarkan sebarang lesen jualan minuman keras. "Lesen jualan minuman keras dikeluarkan oleh pejabat daerah dan tanah, dan untuk kawasan ini (Setia Alam) ianya dikeluarkan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling," ujar beliau. Baru-baru ini, menurut laporan sebuah akhbar, sebuah premis di Setia Alam dikatakan baru dibuka pada 12 Disember lepas sempena tarikh 12.12.12. Selain daripada menjual minuman keras, premis itu turut didakwa menawarkan persembahan hiburan. Susulan laporan tersebut, MP Shah Alam, Khalid Samad mengeluarkan kenyataan menggesa MBSA untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis itu. Ulasan GB Pencacai UMNO melalui akhbar mereka SIASAH, kantoi untuk burukkan kerajaan PR Selangor. Ternyata tiada kelab malam yang dibuka di Shah Alam, hanya pengusah sebuah kafe yang baru "menyalahgunakan" permit yang diberikan kepada mereka. Anehnya para pencacai UMNO membisu tentang kes Awie yang terang-terangan membuka kelab malam di Ipoh dengan pesta betina dan arak! Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya mendedahkan pekung UMNO sebenar! klik untuk baca |
[BERGAMBAR] Awie Mengaku Buka Kelab Malam Di Ipoh, Ada Pesta Bikini & Arak Di Sana! Posted: 28 Dec 2012 05:47 PM PST Pengakuan Awie (Kini bergelar "Ayahanda" PEKIDA): Saya memang membuka sebuah kelab di Ipoh. Ini bidang saya iaitu hiburan dan kami ada live band di kelab tersebut. Kelab dengan nama Malai Rock Station (MRS) ini sudah tiga bulan dibuka. Sejak itu orang mula menfitnah dan menipu saya. Persepi manusia memang begitu dari zaman 80an, kalau rock sahaja mesti jual dadah - kosmo Hasil carian Facebook "Malai Rosck Station Bistro" Fanpages di link ini - menemui beberapa pakej promosi "MENARIK": Pakej promosi 1 bertarikh 14hb. Disember, 2012: Hye there MRS lover !!! Its a Beach Wear Party 2morrow nite 14th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ Malai Rock Station ...1st , 2nd n 3rd Best dress gonna go back with surprises !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2morrow ... There's a few package of drink is ready for u guys... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style >>> PESTA BIKINI DERRR... Pakej promosi 2 bertarikh 16hb. Disember, 2012: Hi there MRS lover !!! Its a ROCK NITE TONITE... 16th Dec 2012 @ Malai Rock Station ... Come on party people , Hop in n have some fun here @ MRS !!! BEST ROCK ATTIRE will get PRIZES from us !!! Come on dress it up as Rock n Roll superstar !!! Hey People its worth it ... Tell ur frens n be here 2nite ... Local band (ipoh) Holy Snake is super good ...let's Rock with them... There's a few package of drink is ready for u guys... 2bottles of chivas/black label = rm588 only... 2bucket of Tiger Beer = rm138 only ... 1 long island Tower = rm158 only ... What r u waiting for !!! Enter if dare !!! From the management of MRS "we love u we serve u". "Rock Is Everyone Style". Pls kol +6055485036... >>> PESTA ARAK MURAH DERRR... *Hebat betul "Ayahanda" Awie... Perniagaan berlandaskan slogan "Amar makruf, Nahi mungkar" & betul jugak cakap "Ayahanda" Awie, dia bukan jual dadah... Dia jual MINUMAN KERAS jerrr... Hahaha... -fb |
Hinanya UMNO, Upah Pelajar Tkn 1 Seorang RM20 Untuk Maki Peserta Himpunan Oren Posted: 28 Dec 2012 02:06 PM PST Kuala Lumpur 28 DISEMBER: Sekumpulan pelajar sekolah menengah termasuk tingkatan satu, 'diangkut' Umno BN kononnya untuk mempertahan Felda dengan upah RM20 setiap orang berikutan penganjuran Himpunan Oren Selamatkan Felda di Wisma Felda di sini, hari ini . Berdasarkan temu bual Keadilan Daily dengan pelajar terlibat, mereka dibawa menaiki sebuah bas dari Rawang. Mengikut pelajar yang dikenali sebagai Ika, mereka diberi RM20 ketika menaiki bas tetapi tidak tahu ke mana mereka mahu dibawa. "Kami dari Rawang, satu kumpulan. Naik bas pagi tadi. Kita orang dapat RM20. Tadi mereka ada bagi," katanya ditemani rakan-rakan sebaya. Kumpulan pelajar lain yang memakai t-shirt Penggerak Belia Felda Tenggi, Hulu Selangor pula mengakui remaja yang dipilih semuanya berusia antara 15 hingga 17 tahun. "Kami semua naik bas. Dalam bas, ada lebih kurang 20 orang. Kami tidak tahu kena pegang ini," katanya sambil menunjukkan sepanduk yang terpaksa dijulang mereka. Seorang daripada mereka yang dikenali sebagai Ikmal turut mengakui menerima upah tapi mengelak untuk memberitahu nilainya. Selain pelajar 'dipaksa' menjerit memaki Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaaan (Anak), Mazlan Aliman, kumpulan remaja itu turut diberi rokok. Ironinya, beberapa anggota polis yang bertugas mengawal kumpulan pro-Felda itu hanya membiarkan kumpulan pelajar itu menjerit tak tentu arah. Penyokong Felda & Isa Samad akui ditaja hotel lima bintang Ulasan GB UMNO dan Rasuah tidak dapat dipisahkan. Pelajar tingkatan 1 pun dirasuahnya. Jika sudah diperingkat itu, UMNO BN pasti binasa! Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Seperti yang GB ungkapkan sebelum ini: PAS bersama-sama rakan seangkatan di dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP akan tetap menang akhirnya menghumban keluar UMNO BN dari pesada pemerintahan negara. Itulah keyakinan kita, itulah kenyakinan orang beriman dan itulah yang ILTIZAM yang tak akan kunjung padam sebelum ia menjadi kenyataan. Biar apa pun pencacai-pencacai UMNO hendak kata. Mereka akan tetap binasa. Masanya akan tetap tiba! Kita doakan sama-sama agar ia menjadi kenyataan. |
Ketua Bahagian UMNO Pandan Dihukum Penjara 8 Tahun Atas 10 Tuduhan Rasuah Posted: 28 Dec 2012 06:03 AM PST Kuala Lumpur: Ketua Bahagian UMNO Pandan, Abd Ghani Ismail (gambar), dihukum penjara lapan tahun dan denda hampir RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas 10 tuduhan menerima rasuah berjumlah RM193,512, enam tahun lalu. Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda berjumlah RM977,560 terhadap Abd Ghani Ismail, 46, bagi semua tuduhan dihadapinya. Rozilah turut menolak permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya didengar di Mahkamah Tinggi. Mengikut rekod, pada 8 Feb 2011, ketika dibacakan lapan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Ketua UMNO Bahagian Pandan tersebut pengsan dalam kandang tertuduh. Kemudiannya pada 28 Jun pula beliau telah diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap 10 pertuduhan rasuah membabitkan RM193,512, antara Mei 2006 dan Mac 2007 terhadapnya. Ulasan GB Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Si perasuah tidak akan terlepas, baik ikan bilis, apatah lagi ikan jerung. GB berdoa dan yakin seorang demi seorang ahli dan pemimpin UMNO, dari pencacai sehinggalah ke peringkat pimpinan tertingginya akan disumbatkan ke dalam penjara. Mereka tidak akan dilepaskan begitu saja. |
[GAMBAR & VIDEO] Himpunan Oren Selamatkan Felda, Desak Isa Samad Letak Jawatan Posted: 28 Dec 2012 04:10 AM PST 1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini. Perarakan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Mazlan Aliman itu turut disertai Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta ahli jawatankuasa pusat PAS, Idris Ahmad dan Dr Hatta Ramli. Mereka berarak ke Wisma Felda bagi mengadakan perhimpunan serta menyerahkan memorandum kepada Felda. Sementara itu, ketika berucap di atas kereta 4WD, Mazlan berkata, kehadiran beliau pada hari ini adalah tujuan bagi mendesak Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad meletakkan jawatan. "Kita tak bermusuh dgn pekerja Felda, tak bermusuh dengan anak peneroka. "Kita ada di sini untuk membuat tuntutan paling utama. Kehadiran Isa mengundang malapetaka dan bencana. "Kita nak buat tuntutan terbesar kita iaitu Isa mesti letak jawatan dan undur," katanya. Dalam pada itu, turut berhimpun di hadapan Wisma Felda hari ini ialah kira-kira 300 orang yang pro-Felda daripada Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) yang membawa kain rentang antaranya bertulis "Jangan ganggu Felda", "Peneroka Felda bukan kacang lupakan kulit", dan "Persatuan ANAK Pengkhianat". Mereka turut melaungkan "jangan ganggu Felda" dan "Zalim zalim Mazlan Aliman Zalim". Justeru, pihak polis membuat sekatan kira-kira 50 meter bagi menjarakkan dua kumpulan itu. Pada perhimpunan itu, Mazlan bersama enam wakil ANAK dan PAS antaranya Salahuddin dan Hatta bertemu wakil daripada Felda untuk menyerahkan memorandum. Selepas itu, kedua-dua kumpulan mula bersurai kira-kira jam 3.30 petang. Mazlan yang kemudiannya ditemui pemberita memberitahu, akan membuat tindakan susulan selepas menyerahkan memorandum tersebut. Beliau berkata, apa yang menjadi kepentingan ANAK buat masa ini ialah menuntut agar Isa melepaskan jawatannya. Ini kerana, tempoh Isa sebagai pengerusi Felda akan tamat pada 31 Disember ini. "Yang paling penting sekarang ialah tuntutan kita supaya Isa lepas jawatan sebagai pengerusi Felda. "Kita takkan putus asa. Kita akan tuntut perdana menteri supaya pecat Isa. Tempoh akan berakhir pada 31 Disember. Perdana Menteri mesti ambil peluang dengan laksana tuntutan rakyat," katanya. Antara tuntutan lain yang ada didalam memorandum itu ialah meminta agar Felda mengembalikan semula tanah Felda Plantation, menghentikan penjualan minyak sawit kepada syarikat yang didakwa milik Yahudi serta menghentikan camputangan politik dalam Felda. Selain itu, mengulas mengenai kira-kira 300 NGO pro-BN yang turut hadir hari ini, Mazlan berkata, beliau menganggap mereka sebagai kawan dan bukan musuh. "Saya anggap mereka kawan, bukan musuh. Musuh bukan anak peneroka. Mereka tak tau apa-apa. Mereka diupah. Mereka kawan kita," katanya lagi. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, beliau berpuas hati terhadap kedua-dua kumpulan hari ini yang bersurai secara aman. Katanya, dengan kekuatan anggota polis yang memadai, halangan dibuat bagi mengelak pertembungan kedua-dua kumpulan. "Terima kasih pada kedua-dua kumpulan kerana bersurai dengan aman. Saya sangat berpuas hati dengan situasi hari ini. Mereka mendengar nasihat. "Kekuatan memadai. Angka tak berapa besar. Tapi kita berjaya halang mereka daripada bertembung," katanya. -mk GSF dakwa Isa penakut, hanya wakil terima memo Protes ANAK bertembung dengan kumpulan pro BN |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan