ANAK SENGAT |
Posted: 28 Dec 2012 08:37 PM PST Chua Seks Leks sekali lagi mendedahkan kebimbangan dan kerisauan pemimpin BN tentang kehilangan kuasa yang dipertahankan selama ini. Bermula dengan seruan Najib supaya Bn mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun hinggalah rentetan kerisauan pemimpin Bn yang lain. Chua tidak menyatakan secara terang kebimbangan tersebut, namun ia dapat dibaca dari kenyataan terhadap pesaing beliau Ong Tee Kiat. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa pesaingnya dan presiden parti sebelum beliau, Datuk Seri Ong Tee Keat akan meninggalkan parti tersebut jika Parlimen tergantung selepas pilihan raya akan datang. Dr Chua membuat kenyataan tersebut semalam kepada kumpulan penulis blog pro Umno dipejabatnya. Pembantu kepada Dr Chua mengesahkan kenyataan tersebut. kenyataaan Chua itu dapat dilihat sebagai satu luahan kebimbangan terhadap nasib Bn dalam pilihanraya 13 akan datang. Walaupun beliau menggunakan istilah JIKA parlimen digantung, itu menunjukkan ketidakyakinan beliau terhadap masa depan BN... takkan tak paham lagi kut... |
DERIH NATANG DAH DOK RELEVAN... Posted: 28 Dec 2012 02:11 AM PST Idris Jusoh bekas MB Trengganu yg disingkirkan tetiba menasihati ahli PAS agar meninggalkan parti itu kerana sudah tidak relevan lagi. Alasannya mudah.. PAS sudah tersasar dari prinsip perjuangan Islam. Nak tergelak pun ada bile baca kenyataan orang yang dah sasau ni. Ramai sangat orang umNO yang sasau, Ahmad Maslan pun menunjukkan dia sasau juga selepas anak apdal yang menunjukkan sasau tahap gaban. Pertamanya aku pelik sejak bila Idris mengakui PAS berjuang Islam ni... Jika Deris natang kata PAS dah lari dari Prinsip Islam, maknanya, dulu deris natang ni menentang PAS yang berjuang Islam le... tak ke dia rasa bersalah.. Patutnya sebelum suruh ahli PAS tinggalkan parti sebab dah tersasar, dia kena istihar taubat dulu sebab lawan PAS yang berjuang Islam. Keduanya aku hera juga bile Deris Natang kata ahli PAS dak tak relevan sokong PAS sebab dah lari Prinsip, Patutnya Deris natang yang tinggalkan Trengganu bile dia dah tak relevan duduk di Trengganu sebab Sultan dah tolak dia jadi MB. Memang sultan tak halau dia dari Trengganu, tapi patut pahamle bile sultan dah tak bagi jadi MB, maknanya sultan tak suke tengok muke mu tu... Jadi tek releven le mu duk di Trengganu lagi. Dok Gitu Deris natang???? |
You are subscribed to email updates from ANAK SENGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan