Ahad, 23 Disember 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Pendedahan Deepak: 50,000 Poskad TANYA ROSMAH Diedarkan

Posted: 23 Dec 2012 01:05 AM PST


Pemuda PKR rancang banjiri peti surat Rosmah

Pemuda PKR akan menganjurkan pengiriman massa poskad kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengenakan tekanan terhadapnya yang berdiam diri terhadap siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

"Kami fikir Rosmah perlu menjawab pendedahan Deepak, dia tidak harus hanya berdiam diri.

"Dia adalah wanita yang paling berkuasa di negara ini, jadi kita berharap dia akan tampil menjawab soalan-soalan ini, rakyat mahu tahu kebenarannya," kata ketua penerangan pemuda PKR, Lee Khai Loon (kanan) ketika dihubungi.

Deepak, antara lain, mendakwa Rosmah meminta bantuannya untuk mendapat penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat akuan bersumpah (SD) kedua, untuk menyangkal SD pertama yang mengaitkan perdana menteri dengan warganegara Mongolia Altantuya Shariibbuu.

Bagi tujuan ini, Lee berkata, Pemuda PKR telah dicetak poskad khas untuk isteri perdana menteri, yang memaparkan kartunnya dengan perkataan Tanya Rosmah dan tiga soalan dalam ruang dialog.

Ianya berbunyi: Benarkah sumpah Najib yang menyatakan tidak kenal Altantuya? Benarkah Deepak diarah untuk paksa PI Bala batal akuan bersumpah yang kait hubungan Najib dengan Altantuya? dan Kenapa hingga sekarang diam diri daripada sebarang komen selepas pendedahan Deepak? Lee berkata cetakan pertama 50,000 poskad yang dilancarkan di Petaling Jaya semalam, akan diedarkan di pantai barat.

Menurutnya, lebih banyak lagi akan dicetak kemudian untuk diedarkan ke seluruh negara dan pada perhimpunan mega Pakatan Rakyat pada 12 Januari.

"Orang ramai boleh menulis soalan mereka sendiri pada poskad tersebut apa yang mereka mahu tanya kepada Rosmah dan kami akan mengumpulnya pada 12 Januari dan menghantarnya kepada beliau.

"Mereka juga boleh mengeposkannya sendiri," katanya -mk.

Pendedahan Deepak: AMK edar 50,000 poskad Tanya Rosmah

PETALING JAYA 21 DISEMBER: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan mengedar 50,000 poskad kepada orang ramai untuk bertanya kepada Datin Seri Rosmah Mansor sendiri kebenaran pendedahan Deepak Jaikrisnan, kata ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"Ini usaha dan idea anak muda," katanya ketika berucap pada Jelajah Merdeka Rakyat Suara Anak Muda di Dataran Anak Muda, Taman Petaling Utama di sini, malam tadi, sambil memuji dan menghargai mereka yang komited mahukan perubahan.

Namun, beliau yakin bukan hanya pemimpin muda yang berani membangkitkan pelbagai isu, malah ramai yang sukarela bekerjasama untuk menjayakan program Pakatan Rakyat.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, pula berkata anak muda golongan penting bagi mempertahan kemenangan Pakatan di Selangor, seterusnya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kelak.

Beliau berkata, tenaga anak muda perlu untuk mengesan pengundi berikutan 130,000 daripada 450,000 pengundi baru di Selangor, gagal dikesan.

"Anak muda juga digalakkan untuk mendaftar sebagai sukarelawan pilihan raya bagi memastikan tiada penyelewengan.

"PRU sudah dekat tapi berdepan dengan Umno yang menggunakan sepenuhnya media arus perdana. Kita di ambang kemenangan.

Justeru, ayuh anak muda kita jadi jentera pilihan raya," katanya
-KD

[VIDEO] Bukit Botak : Satu Lagi Janji Umno-BN Ditunaikan Pakatan Rakyat

Posted: 22 Dec 2012 09:29 PM PST

Setelah menanti hampir tiga dekad untuk janji Umno-BN tepati, hampir semua peneroka asal Bukit Botak hari ini menerima surat tawaran kepada rumah mereka yang telah disiapkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Seramai 961 individu daripada 1,020 pemilik rumah Bukit Botak telah diberi surat tawaran rumah berkembar teres satu tingkat pada satu majlis hari ini yang dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Mereka antara peneroka asal yang pada 1985, dijanjikan tanah oleh Kerajaan Umno-BN di dalam skim penempatan semula Bukit Botak.

"Bila buat cadangan penyelesaian pada 2008, mereka pada mulanya tidak percaya kerana telah tertipu oleh (kerajaan) dahulu.

"Di mana mereka diminta tandatangan untuk beri hak mereka kepada pemaju yang akhirnya tanah mereka tergadai," kata dalam ucapannya di majlis pemberian surat tawaran rumah Bukit Botak pagi tadi.

"Sekarang rumah telah siap dan surat rasmi pun telah diberikan, rakyat nampak yang kita boleh melaksanakan apa yang kita janji.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas keyakinan mereka terhadap kerajaan," kata Abdul Khalid.

Dilaporkan sebelum ini bahawa pada 1985, tanah Bukit Botak diambil oleh Kerajaan Umno-BN dan diberi kepada pemaju swasta untuk membina skim perumahan swasta.

Sebagai ganti rugi, peneroka tersebut dijanjikan rumah.

Walaubagaimana pun, sehingga tahun 2008, pemaju itu gagal melaksanakan janjinya sehingga kerajaan PR terpaksa mengambil alih projek tersebut.

Kesemua 1,422 unit rumah dijangka siap bersama sijil sah pendudukan (CF) pada Mac tahun depan.

Dalam sidang media, Abdul Khalid berkata sehingga kini 1,020 pemilik rumah telah disahkan layak untuk memiliki rumah di Bukit Botak manakala 400 orang yang lain sedang menjalani proses kelayakan yang diuruskan oleh Pejabat Tanah Gombak.

Skim itu dibangunkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan syarikat tersebut membelanjakan subsidi kira-kira RM 79.

6 juta bagi menyiapkannya.

Setiap unit rumah ditawarkan pada harga RM 99,000 bagi unit standard dan dibangunkan dengan rekabentuk moden.

Ia mempunyai keluasan lantai 850 kaki per segi dan dilengkapi 3 bilik tidur serta 2 bilik air.

[VIDEO] Siasat Segera Akaun Berkanun (SD) 2 P Balasubramaniam

Posted: 22 Dec 2012 06:30 PM PST

SD Balasubramaniam: KEADILAN gesa lima pihak disiasat

Keadilan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan perakuan bersumpah (SD) penyiasat persendirian P Balasubramanam.

Mereka ialah Deepak Jaikishan, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam selain P Balasubramaniam sendiri.

Berdasarkan pengakuan P Balasubramaniam dan Deepak, campur tangan sehingga SD tersebut diubah bersalahan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.

"Pendedahan dibuat secara terbuka oleh Deepak dan Balasubramaniam sebelum ini. SPRM dan Polis perlu siasat sebagai badan yang berintegriti," kata Naib Presiden KEADILAN Tian Chua pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

"Apa yang dikatakan Deepak atau Balasubramaniam, sama betul atau tidak, perlu disiasat. Kelima-lima orang perlu tampil.

"Dulu Bala sahaja (akui menukar SD). Mungkin apa yang dikatakannya tak betul. (Terbaru) Deepak kata menyusun (pemberian wang kepada Bala). Dua orang sudah mengaku, tiga orang lagi perlu disiasat," tegas Tian.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Hademan Abdul Jalail, beriya-iya menafikan penglibatan peguam senior, Cecil Abraham yang menghentikan siasatan terhadap Balasubramaniam, seperti dalam kenyataannya semalam.

"SPRM sangat bersungguh untuk nafi, tapi tak siasat. Balasubramaniam (sebelum ini) telah buat temujanji supaya dia disiasat, tapi tak terjadi," katanya kepada pemberita.

Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Polis perlu siasat SD2 Bala, kata bekas ketua CID

Walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia PRM) telah menutup kesnya terhadap akuan berkanun (SD) kedua penyiasat persendirian P Balasubramaniam, tetapi pihak polis harus memulakan siasatan sendiri terhadap perkara itu, kata bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim.

Kes ini, katanya, tidak harus dilihat sebagai kes rasuah biasa atau pelanggaran etika di bawah Akta Profesion Undang-undang, katanya.

Katanya, SD palsu Bala bukan sahaja melibatkan pembunuhan seorang warganegara asing secara yang paling kejam dan mengerikan dalam sejarah negara tetapi juga mengandungi maklumat yang sah mengaitkan pemimpin nombor satu negara dan keluarganya serta penjualan risikan pertahanan.

Oleh itu, Mat Zain berkata, polis tidak harus menyerahkan perkara itu kepada SPRM atau Majlis Peguam untuk menyiasatnya.

Katanya, pasukan polis akan dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan pengecut jika ia tidak berani menggunakan kuasa dan kemahiran untuk menyiasat kes ini hingga ke akar umbinya dan membawa semua mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dalam apa jua cara yang diperlukan.

Balasubramaniam telah mendakwa beliau menandatangani SD kedua - yang menyangkal SD pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu - dalam keadaan terpaksa dan juga telah ditawarkan wang untuk berbuat demikian.

Bala telah mengaku bahawa SD kedua itu adalah palsu dan mencabar Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail supaya mendakwanya.

Mat Zain berkata manakala SPRM melihatnya sebagai kes rasuah di bawah bidangkuasa sendiri, tetapi SD palsu adalah satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan di bawah bidangkuasa polis.

Beliau berkata walaupun terdapat siasatan awal polis, tetapi Abdul Gani memutuskan untuk menggugurkan kes terhadap Balasubramaniam kerana membuat dua SD yang bercanggah, dengan menjustifikasikan tindakan itu dengan mengatakan bahawa ia tidak pernah digunakan di mahkamah.

Sedang hakikatnya, tegas Mat Zain ialah Seksyen 193 Kanun Keseksaan dengan jelas menyatakan bahawa ia adalah satu kesalahan jenayah membuat kenyataan palsu, sama ada untuk kegunaan dalam prosiding mahkamah atau apa-apa maksud lain.

Satu-satunya perbezaannya adalah hukumannya, tambah beliau.


[DWI-STANDARD] Samseng UMNO Dilepaskan, Aktivis Pakatan Dipenjarakan!

Posted: 22 Dec 2012 03:57 PM PST


Kes aktivis mahasiswa yang dipenjarakan semalam adalah bukti bahawa polis dan pihak berkuasa mengamalkan sikap berbeza terhadap parti politik Pakatan Rakyat dan Umno-BN.

Ini dapat dilihat apabila aktivis pro-Umno-BN yang melakukan keganasan terhadap pemimpin dan penyokong PR dibiarkan tetapi aktivis pro-PR dihukum dan dipenjarakan.

"Apakah ini merupakan tindakan sengaja pihak polis ataupun keputusan Jabatan Peguam Negara yang tidak mengadakan pertuduhan.

"Ini adalah persoalan yang tidak terjawab sehingga sekarang mengapa perkara ini dilengah-lengahkan,"
kata Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Beliau berkata sehingga kini, polis masih tidak menjalankan tindakan susulan terhadap kes insiden membaling cat ke arah Bas Jelajah Merdeka di Melaka dan Kota Baru.

Malahan masih tiada tangkapan atau dakwaan dalam insiden pergaduhan di ceramah PR di Batu 8, Gombak pada 4 Dis sehingga mencederakan seorang aktivis PR.

Akan tetapi, mahasiswa Umar Mohd Azmi, yang merupakan aktivis 'Occupy Dataran', telah dijatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM 1,000.

Di laporkan bahawa mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman terhadap Umar kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.

Umar didakwa di mahkamah itu pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.

Timbalan Presiden Anwar Ibrahim Club Malaysia, Al-Azadi Aljohari berkata, keputusan memenjarakan Umar adalah tragedi hitam dalam perjuangan anak muda dan mahasiswa di negara ini.

"Keringat dan perjuangan Umar Mohd Azmi untuk melihat suatu sistem pendidikan percuma yang dapat dinikmati anak petani, nelayan, pesawah, golongan menengah dibayar dengan hukuman penjara," kata Azadi dalam kenyataan media.

Katanya, pada April 2012, aktivis Mahasiswa telah mengadakan 'Occupy Dataran' untuk memaksa pemerintah memberi pendidikan universiti percuma.

Ujarnya, anak muda dan mahasiswa merupakan 'human capital' negara yang perlu ditatang dengan sistem yang dapat membantu pertumbuhan minda itu sendiri. -selangorku

Hina Habibie, Presiden Susilo Tolak Alasan Najib, Minta Jangan Ulangi Penghinaan Itu

Posted: 22 Dec 2012 07:05 AM PST

SBY: Jangan ulangi penghinaan terhadap Habibie

Indonesia mengajak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengulang kembali insiden penghinaan terhadap mantan Presiden BJ Habibie yang dilakukan bekas Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Permintaan itu disampaikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono atau lebih dikenali dengan panggilan SBY kepada Najib dalam pertemuan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Saya sampaikan kepada Pak Najib (PM Malaysia Najib Razak) marilah kita cegah hal begini terus terjadi," kata Presiden Indonesia itu kepada wartawan di Jakarta hari in seperti dilaporkan Repbulika Onlinei.

Menurut Susilo, Najib memberitahu bahwa tulisan tersebut tidak mewakili suara pemerintah ataupun Umno yang sedang berkuasa.

"Memang diberitahu kepada saya, …itu pandangan seseorang yang katanya disampaikan menyusul pertemuan Bapak Habibie dengan salah satu tokoh politik di Malaysia," katanya.

Susilo memahami jika Malaysia saat ini sedang menghadapi pilihan raya umum sehingga banyak isu yang menjadi sensitif .

Namun beliau menilai tulisan mantan menteri Malaysia tentang Presiden Habibie itu tidak baik bagi hubungan persahabatan, kerja sama dan hubungan dagang.

"Sungguhpun demikian bagi saya pilihan raya umum atau tidak tentunya harus saling menjaga, apalagi kalau merendahkan ketua negara atau mantan ketuaa negara-negara lain," katanya.

Hina Habibie: Presiden Indonesia tolak alasan Najib Razak

Dakwaan kontroversi bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Presiden Indonesia itu menyentuh perkara berkenaan semasa lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas Presiden Indonesia dalam akhbar tempatan.

"Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku," kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur, dipetik Malaysia Kini yang memetik The Jakarta Globe.

Perdana Menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.

Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.

Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu.

"Bagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua orang saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua negara atau bekas ketua negara lain," katanya.

Zainuddin telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

Zainuddin memanggil Habibie dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme" -KD


[UNTUK EDARAN] Bukti Jelas Pakatan Rakyat Lebih Layak Dari BN Untuk Duduki Putrajaya

Posted: 22 Dec 2012 04:02 AM PST


Audit Negara - Negeri Pakatan Rakyat Terbaik

Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang dikeluarkan pada tahun menunjukkan pengurusan fiskal yang baik oleh semua empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah dari segi perolehan pendapatan.

Keempat-empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat itu terus mendapat pujian Ketua Audit Negara, Ambrin Buang berdasarkan petunjuk imbangan perolehan dan mengawal kadar hutang di samping berusaha meningkatkan pendapatan kerajaan negeri masing-masing.

Pulau Pinang yang diterajui DAP terus mendahului senarai dari segi pungutan hasil negeri, mencatatkan peningkatan sebanyak RM192.19 juta atau 46.8% berbanding dengan RM410.70 juta yang dicatat pada tahun 2010 manakala Selangor, negeri terkaya di Malaysia pula meningkat sebanyak RM62.50 juta atau 4% untuk tempoh yang sama.

Bagaimanapun, dalam pada itu, Kedah menyaksikan penurunan lebihan apabila ia mencatatkan peningkatan dalam perbelanjaan operasi kerajaan negeri walaupun meningkatkan hasil, tetapi laporan itu menyatakan bahawa pimpinan PAS, kerajaan negeri telah lebih atau kurang mengekalkan lembaran imbangan "memuaskan".

Tetapi negeri jelapang padi itu dianggap sebagai salah satu negeri paling miskin, masih jauh daripada mencapai had hutang yang dibenarkan, kata laporan itu.

"Komitmen kerajaan negeri untuk baki hutang awam kini berada pada RM2.60 bilion berbanding dengan RM2.61 bilion pada tahun 2010, ia adalah masih tinggi," ia membaca, sambil menambah bahawa Kedah mesti berusaha lebih untuk meningkatkan kutipan hasil.

Negeri yang kaya dengan sumber petroleum, Kelantan, juga mendapat prestasi memuaskan disebabkan oleh peningkatan dalam dana yang disatukan sebanyak RM86.17 juta atau 58.1% kepada RM234.47 juta berbanding dengan RM148.30 juta yang diperolehi pada tahun 2010.

Negeri yang dikuasai PAS ini juga menyaksikan pelaburan meningkat pada tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak RM95 juta daripada RM16.33 juta pada tahun 2010 kepada RM111.33 juta pada tahun 2011.

Prestasi penyata kewangan secara keseluruhan di negeri ini, di mana perolehan berbanding jumlah pengurusan dan perbelanjaan pembangunan bagi tahun 2011, mencatatkan peningkatan daripada defisit berjumlah RM171.70 juta pada tahun 2010 kepada RM141.53 juta pada tahun 2011.

Tetapi laporan Ketua Audit Negara menekankan pengurusan hutang yang longgar di Kelantan.

"Hutang awam meningkat sebanyak RM27.85 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun 2010 kepada RM1.14 bilion pada tahun 2011. Tunggakan pembayaran balik hutang kepada kerajaan persekutuan juga meningkat daripada RM121.57 juta pada tahun 2010 kepada RM179.81 juta pada tahun 2011.

" Sementara itu, laporan itu menyatakan peningkatan yang ketara dalam prestasi agensi kerajaan negeri dengan kebanyakan undian "cemerlang" berbanding dengan 2010, walaupun Ketua Audit mencadangkan Kelantan dan Kedah untuk menyediakan lebih banyak latihan untuk pegawai bagi tujuan peningkatan kualiti sistem penyampaian.

Selangor dan Pulau Pinang telah dipuji kerana inisiatif mereka untuk meningkatkan prestasi pengurusan kewangan mereka.

Nazri praises Pakatan led states

KUALA LUMPUR: After receiving praises from the Auditor-General (AG) for managing their state finances well, a federal minister also congratulated Pakatan Rakyat-led states.

"It's good for them. There are good Pakatan and BN managed states. I congratulate them," said Minister in the Prime Minister's Department Nazri Aziz, at a press conference held at the Parliament lobby today.

Earlier, it was reported that the AG had praised Selangor and Penang for collecting a revenue of RM62.50 million and RM192.19 million respectively.

Both states recorded an surge of 46.8% and four percent respectively as compared to the previous year.

The AG report also praised Kedah and Kelantan for their revenue collection but said that the states needed to improve their debt management system.

Nazri said that the AG report proved that the Barisan Nasional (BN) government has no bad intention against their political rivals as accused by some quarters.

"If we wanted to hide facts, we would have hidden all the praises meant for Pakatan led states," he said.

On accusations that the AG report was "filtered", Nazri dismissed the claims outright saying it was baseless.

"How can we 'filter' the report? Besides, we have no ability to hide anything. People these days are too advanced," said the Padang Rengas MP.

On related matter, Nazri said that the report was delayed for two weeks in order to allow Budget 2013 to be debated first at the Dewan Rakyat.

"All ministries will wrap up their debate on Budget 2013 this week. So MPs will have a week to study the AG report and raise issues next week," he said.
-FMT (15/10/2012)



Tiada ulasan: