Blog-list Malaysia |
- Takut Disaman Di Mahkamah, Betina Ni Meroyan Macam Orang Gila...
- 'Pelesit' Cari Mazidul Di TV3
- Mamat Pakistan Pilihan Hati Ummi Hafilda
- Keluarga Aktivis Dipenjara Disaran Saman Pendakwaraya
- Kenyataan Akhbar Wanita Keadilan Selangor
Takut Disaman Di Mahkamah, Betina Ni Meroyan Macam Orang Gila... Posted: 23 Dec 2012 12:44 AM PST Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menafikan ada mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman pada hari keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12, Khamis lalu. Beliau ketika dihubungi mengakui, agak terkejut dengan laporan yang dibuat Hamidah mengatakan dirinya diugut sekali gus mengaitkannya dengan skandal pemilikan tanah di Kelantan. Menurutnya, apa yang berlaku tiada langsung kaitan ugutan, malah pada hari kejadian, semua wakil rakyat (termasuk pembangkang) masih boleh dilihat bergembira dan ambil gambar bersama. "Saya tidak ada keluarkan ungkapan sebegitu, di kantin ada ramai orang, jika saya katakan pun pasti ada yang melarang. "Jika benar beliau (Hamidah) berasa terancam, takkanlah kami masih boleh bergurau dan mengambil gambar bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)," katanya. Kor Ming tidak menolak kemungkinan isu itu timbul kerana desakan pilihanraya umum yang makin hampir. Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Hamidah, semalam kata beliau, pihaknya tidak berdepan masalah sekiranya polis mahu menjalankan siasatan. "Harap polis dapat siasat termasuk kemungkinan laporan dibuat itu adalah palsu," katanya. ADUN Pantai Remis itu menganggap Hamidah sengaja mencari isu yang tidak relevan demi memastikan dirinya dicalonkan semula bertanding dalam pilihanraya umum akan datang. Mengenai ugutan diterimanya daripada Kor Ming, menurut si Hamidah, ia berlaku pada Khamis, kira-kira jam 3 petang ketika minum di dewan makan Sidang DUN. Hamidah berkata, Kor Ming datang kepadanya dan kununnya mengeluarkan perkataan, 'you reveal and watch out, I'll go after you' (kau dedah dan jaga-jaga, aku akan cari kau) dengan muka yang marah dan geram. http://paspb2.blogspot.com |
Posted: 22 Dec 2012 10:52 PM PST Seramai kira-kira 300 penunggang motosikal berkuasa tinggi hari ini berkumpul di hadapan Sri Pentas- Media Prima Berhad (MPB) untuk menyerahkan memorandum mendesak pengacara Mazidul Akmal Sidek memohon maaf secara terbuka. Kumpulan tersebut, antaranya daripada Motor Corner dan ARC Selangor, turut mendesak program Majalah 3 membuat permohonan maaf secara terbuka dan terperinci. Kumpulan motosikal itu tiba di perkarangan Sri Pentas kira-kira jam 12 tengah hari. Kelihatan kira-kira 30 anggota polis di kawasan sekitar Sri Pentas. Sebelum menyerahkan memorandum, kumpulan itu berhimpun di pintu masuk Sri Pentas dan melaungkan "Kami bukan bukan pelesit", "Get out Mazidul" dan "Kami sayang TV3". Memorandum telah diserahkan oleh wakil kumpulan motosikal, Mohd Shahid Tasiran kepada Pengurus Kanan Perkhidmatan Pengurusan MPB, Alwi Husni Yahya. |
Mamat Pakistan Pilihan Hati Ummi Hafilda Posted: 22 Dec 2012 08:33 PM PST Pakar terapi kecantikan, Dr. Zaman Khan menjadi pilihan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali untuk dijadikan suami. Ummi Hafilda, 45, berkata, majlis perkahwinan beliau dan Zaman, 33, berasal dari Pakistan akan diadakan dalam masa terdekat ini dan bakal dihadiri pembesar-pembesar negara. "Terdapat dua perkara yang membuatkan saya tertarik kepada Zaman iaitu beliau seorang yang amat amanah dalam menjaga keluarganya dengan penuh kasih sayang. Menjadi anak sulung kepada tujuh adik-beradik, beliau tidak pernah melupakan tanggungjawab terhadap ibu dan adik-adiknya. "Kedua, beliau sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT. Beliau amat menjaga solatnya. Sunah Rasulullah SAW juga meminta umat baginda mencari suami yang mempunyai rupa, pegangan agama kukuh, berilmu dan berharta," kata Ummi Hafilda kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini. |
Keluarga Aktivis Dipenjara Disaran Saman Pendakwaraya Posted: 22 Dec 2012 04:55 PM PST SHAH ALAM, 22 DIS : Keluarga aktivis mahasiswa 'Occupy Dataran Merdeka', Umar Mohd Azmi yang dipenjara sebulan dan denda RM1,000 disarankan untuk menyaman pihak pendakwaraya yang menyebabkan proses rayuan tidak dapat dijalankan. Ketua AMK Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak media kes itu tidak sempat dibuat rayuan kerana ketiadaan pendakwaraya. "Ini perkara yang memalukan kerana seseorang itu boleh dibebaskan atau ditangguhkan sementara hukuman itu sementara menunggu rayuan. "Jadi jika pihak pendakwaraya tidak ada, itu menunjukkan mereka tidak serius untuk memastikan keadilan itu ditegakkan," kata Shamsul ketika dihubungi TVSelangor. Umar dibawa ke Penjara Kajang petang semalam bagi menjalani hukuman tersebut, selepas gagal mendapat pendengaran penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya. Ujar Shamsul lagi, adalah tidak adil apabila seseorang itu dihukum penjara atau ditahan dalam keadaan di mana beliau mempunyai peluang untuk hukumannya ditanguhkan sementara menunggu rayuan. "Sewajarnya Umar ini tidak perlu ditahan dan dipenjara sementara menunggu rayuan. "Tindakan menghukum pelajar itu adalah zalim dan memberikan kesan buruk kepada proses demokrasi negara," katanya. Sementara itu, laporan laman web menunjukkan sekumpulan aktivis mahasiswa telah berkhemah di hadapan Penjara Kajang sehingga Isnin ini sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah. Jurucakap Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syaza Muaz Sharudin, 22, berkata, kumpulan mereka telah mula berada di hadapan penjara itu sejak malam tadi dan tidak akan berganjak sehinngga keputusan rayuan didengar, Isnin ini. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman terhadap Umar kerana didakwa menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu. Umar didakwa pada 23 April mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang Mohd Masran Mamat daripada "menangkap dan mengiringi" aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin. Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu. Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil. http://www.selangorku.com/?p=20350 |
Kenyataan Akhbar Wanita Keadilan Selangor Posted: 22 Dec 2012 03:54 PM PST KENYATAAN AKHBAR (20 DISEMBER 2012) "WANITA KEADILAN SELANGOR TERUSKAN MOMENTUM DENGAN 'PROGRAM AGENDA WANITA MALAYSIA BERSEPADU' " Wanita Keadilan Selangor menyambut baik "Agenda Wanita Wanita" yang telah dilancarkan pada 16 Julai 2012 yang lalu oleh Wanita Pakatan Rakyat peringkat Pusat dan majlis perasmian peringkat Nasional telah dilangsungkan pada 13 September 2012 yang lalu. Dengan membawa mesej "Falsafah Hormat Wanita" dalam agenda tersebut, maka Wanita Keadilan Selangor akan meneruskan momentum AWM dengan mengadakan satu program BERSEPADU yang diadakan serentak di seluruh kawasan yang telah dikenalpasti dalam Negeri Selangor. Setakat pada tarikh sidang akhbar, program ini akan diadakan di 16 kawasan, iaitu: Sabak Bernam Tanjung Karang Kapar (Sementa) Kota Raja Pelabuhan Klang Kuala Langat Shah Alam Subang, Bukit Lanjan Ampang, Bukit Antarabangsa PJS, Taman Medan Kelana Jaya, Seri Setia Semenyih – Hulu Langat Hulu Selangor – Batang Kali Selayang – Rawang Gombak – Batu Caves Pandan Sepang – Dengkil Program ini yang dijalankan serentak di kawasan-kawasan yang disebutkan akan diserikan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan kehidupan seharian wanita-wanita di kawasan tersebut, selain daripada taklimat dan majlis penerangan berkenaan AWM ini. Sebagai contoh, pertandingan membuat makanan yang popular di sesuatu kawasan adalah antara aktiviti yang bakal memenuhi acara program ini. Sesi soal jawab juga telah dimuatkan sebagai salah satu aturcara yang wajib. Wanita Keadilan Selangor yakin dan percaya bahawa program ini pasti akan membuka mata dan minda semua wanita yang mungkin masih belum mendapat maklumat yang betul berkenaan dengan AWM dan hala tuju Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap membela nasib wanita khasnya. Sekian HANIZA TALHA Ketua Wanita Keadilan Selangor 20 DISEMBER 2012 |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan