Kelab Greenboc |
- Ayat Yang Mana Dalam Amanat Hadi Tuduh UMNO Kafir?
- TGNA Selar Blogger UMNO Yang Memfitnahnya: "Kerja Orang Jahat Yang Memuja Nafsu"
- Sivakumar Terima Video Seks Speaker Perak Ala Soi Lek (?)
- Azwan Ali Bakal Ceburi Bidang Politik?
- Hello Mohd Zin, UMNO BN Selangor Perlu Dihukum Dengan Lebih Berat Pada PRU13 Nanti!
- Menjelang PRU13: Video Baru Bakal Disebarkan, Pelakon Perut Buncit Ditukar!
- Utusan Kantoi Menipu: Sejak Bila PAS Ada Pemuda Tahan Lasak?
Ayat Yang Mana Dalam Amanat Hadi Tuduh UMNO Kafir? Posted: 21 Dec 2012 11:54 PM PST Amanat Haji Hadi tak pernah kafirkan Umno Petikan ucapan Datuk Seri Hadi Awang yang dinamakan sebagai 'Amanat Haji Hadi' tidak pernah sama sekali mengkafirkan mana-mana ahli-ahli Umno, kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Sebaliknya, Khalid berkata, dakwaan bahawa Hadi mengkafirkan orang Umno menerusi 'amanat' itu adalah "putar-belit media Umno" semata-mata. "Ia (amanat itu) sebenarnya petikan ucapan Ustaz Hadi yang dinamakan 'amanat' oleh orang yang menyokong PAS dan dijual sebagai poster oleh penyokong atau ahli PAS," kata Khalid. Beliau kemudian membacakan sedutan penuh amanat tersebut yang dibuat Hadi pada satu ceramah umum di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. "Jadi, di mana yang dikatakan Ustaz Hadi menyatakan Umno kafir. "Inilah yang dikatakan putar belit media Umno," katanya dalam sidang media di pusat khidmat beliau di Shah Alam semalam. Tegasnya lagi, ucapan Hadi itu pada hakikatnya menggariskan prinsip-prinsip perjuangan PAS yang menentang Umno kerana mereka mempunyai wawasan berbeza yang tidak sama dengan kehendak hati ahli-ahli PAS. "Dengan itu, tidak boleh dikatakan kita kata Umno kafir," katanya. Tambahnya lagi, budaya kafir- mengkafir yang didakwa Umno diamalkan PAS sebenarnya adalah dakyah yang direka-reka oleh Umno sendiri. "Budaya kafir-mengkafir bukan daripada PAS, tetapi Umno yang kata PAS kata Umno kafir," tegasnya. Dalam sidang media yang sama, Khalid turut merakamkan ucapan 'tahniah' kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memberikan 'tauliah' kepada golongan selebriti untuk berceramah di masjid dan surau di seluruh Selangor. Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Disember 2012 yang bertajuk 'Tidak halang selebriti berceramah di masjid'. Khalid sendiri sebelum ini ditarik tauliahnya untuk mengajar agama di Selangor. -mk Ulasan GB Yang merasakan dirinya kafir kerana termakan cili, maka terasalah pedasnya. Hukum kebenaran dan keadilan menyatakan "orang yang buat salah memang selalu gelabah!" Kedua, amanat-amanat yang di bawah ini pula nak diletakkan di kategori yang macamana? Mufti, ulamak dan sekalian pencacai UMNO tiba-tiba jadi bisu kesemuanya? |
TGNA Selar Blogger UMNO Yang Memfitnahnya: "Kerja Orang Jahat Yang Memuja Nafsu" Posted: 21 Dec 2012 09:15 PM PST Tuduhan Salah Guna Kuasa : Fitnah Nyata Terhadap YAB MB Kelantan Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008. Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012. Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti. Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu. Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000. Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak. Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan. Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008. Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit. Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta. Berasaskan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa 1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak. 2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja. Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik. 3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang. Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan. UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu. Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010. Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu.... Daripada AHMAD FADHLI SHAARI, Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan. Dakwaan blog fitnah saya, kata Nik Aziz. |
Sivakumar Terima Video Seks Speaker Perak Ala Soi Lek (?) Posted: 21 Dec 2012 06:10 PM PST Gempar VCD 'seks' libatkan Speaker Dun IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak khususnya wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) gempar menerima sampul surat mengandungi dan cakera padat video (VCD) didakwa memaparkan Speakar Dun, Datuk R Ganesan bersama seorang wanita dalam aksi yang mengaibkan. Adun Tronoh, V. Sivakumar berkata, sampul berkenaan turut mengandungi helaian kertas bertarikh 27 Julai 2012 yang memaparkan laman portal berita berhubung isu skandal seks MIC melibatkan Ganesan. Menurutnya, sampul surat berkenaan turut diterima Adun Buntong, A. Sivasubramaniam dan ia turut mengandungi VCD serta helaian laman portal yang memaparkan isu skandal seks yang sama. "Kami agak terkejut setelah menerima sampul surat yang berisi kandungan sedemikian. Apatah lagi, ia diterima ketika sidang dewan sedang berjalan. "Bagaimanapun, demi menjada nama baik Dewan yang mulia ini kami daripada pihak pembangkang mengambil keputusan untuk menyerahkan sampul berkenaan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media hari ini. Sivakumar dan beberapa barisan pimpinan PR Negeri kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung perkara berkenaan selepas itu. Dalam pada itu, Ganesan menafikan terlibat dalam aksi yang didakwa dipaparkan dalam VCD itu. Katanya, dakwaan itu bertujuan mengaibkan kedudukan beliau sebagai Speaker Dun. |
Azwan Ali Bakal Ceburi Bidang Politik? Posted: 21 Dec 2012 03:30 PM PST Siapa yang tidak kenal dengan selebriti bermulut lepas, Azwan Ali yang sentiasa meluahkan kata-kata yang terkadang mampu melukakan hati ramai pihak. Malah, kehidupannya tidak penah terlepas dari kontroversi yang melibatkan politik dalam kehidupan keluarganya. Ini kerana, kakak dan abangnya, Ummi Hafilda dan Azmin Ali sangat terkenal terlibat dalam dunia politik negara. Pernah suatu ketika dahulu, Azwan dan Ummi berperang kerana berselisih pendapat mengenai ideologi politik mereka. Kisah ibunya yang sedih kerana dibiarkan oleh Azmin Ali juga turut mengheret diri lelaki itu untuk membuka mulut bercerita kisah peribadi mereka. Ketika ini, dikhabarkan Azwan bakal menceburkan diri dalam dunia politik? Benarkah? Dalam video yang jelas suaranya adalah Azwan sendiri memberitahu, dia pastinya akan terlibat dalam dunia politik dan akan menghentam puak-puak yang sentiasa mengacau kehidupannya termasuklah abang kesayangnnya, Azmin. Malah, Azwan sendiri mempunyai impian untuk bertanding menjadi wakil rakyat. "InshaAllah saya akan libatkan dlm bidang politik dan akan menghentam puak-puak yang tidak berpijak di bumi yang nyata. "Saya akan berjuang dalam politik dalam nada yang lebih tegas. InshaAllah. InshaAllah saya akan bertanding untuk menjadi wakil rakyat tapi 'not now'," beritahu Azwan. Dalam video itu juga, Azwan jelas memberitahu dia tidak menghentam abangnya kerana dia tahu perjuangan yang disampaikan oleh Azmin. Rasanya, itu adalah hak dan pendirian diri Azwan sekiranya mahu terlibat dalam bidang politik. Cuma, ketika ini tidak pasti parti mana yang akan Azwan terlibat. Sekiranya benar kata-kata Azwan, nampaknya, semakin meriahlah dunia politik negara dengan kehadiran dirinya. Dengarkanlah suara 'lantang' Azwan… -suarapeople |
Hello Mohd Zin, UMNO BN Selangor Perlu Dihukum Dengan Lebih Berat Pada PRU13 Nanti! Posted: 21 Dec 2012 07:32 AM PST Jangan ungkit isu lampau, rakyat dah hukum kami' Penyelaras BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menggesa DAP agar tidak mengungkit isu-isu lampau berkaitan pentadbiran BN di Selangor sebelum tahun 2008. "Mengapa (DAP) perlu mengungkit semua isu ini? Segala yang silap berlaku sebelum 2008. "Kami (BN) berhadapan pelbagai isu dan ya, rakyat telah menghukum kami pada tahun 2008, PM juga telah mengaku silap dan kami juga mengaku kelemahan dan memohon maaf," katanya. Mohd Zin menegaskan demikian sewaktu diminta mengulas dakwaan-dakwaan DAP berhubung pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang didakwa dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor. Menurutnya, beliau yakin dakwaan-dakwaan itu tidak lebih daripada bersifat putar belit politik dan ia tidak sama sekali akan mengganggu tumpuan BN dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. "Tak ada mengganggu dan kita menghadapi pelbagai isu dan halangan dan kita tahu itu satu putar belit politik yang dilakukan pihak DAP," katanya lagi. Zin sebaliknya mencabar kerajaan Selangor agar telus dan berani tampil ke hadapan menjelaskan kemampuan mereka mengumpul rizab tunai negeri sebanyak RM2 bilion. "Hari ini kita minta secara telus - secara kompeten, akauntabel,dan telus - supaya mereka berikan kita dokumen berkenaan apa yang mereka sebut mereka telah berjaya mengumpulkan hasil Selangor sebanyak RM2 bilion. "Kita mahu tahu keluar masuk (duit) dan kita mahu dokumen ini untuk kita berikan kepada akauntan untuk dianalisa secara perakauanan forensik. "Sama ada hasil pungutan cukai dengan menaikkan kadar bayaran taksiran menyumbang kepada kumpulan wang disatukan, atau pun dengan pelupusan aset?" tanya beliau. Menurutnya, tumpuan sekarang ini perlu diberikan kepada usaha membina negara dan beliau berharap rakyat akan memberi BN peluang untuk kembali mentadbir Selangor. -mk Ulasan GB Permintaan Mohd Zin supaya jangan diungkit isu lampau sekaligus mengesahkan bahawa beliau mengakui hal tersebut adalah BENAR. Memang UMNO BN Selangor telah dihukum oleh rakyat pada tahun 2008. TETAPI ketika itu rakyat belum tahu kes pemilikan 24 keping tanah oleh BN yang dibeli secara murah sewaktu BN mentadbir Selangor. Kini kekotoran pemerintahan UMNO BN terus terbongkar, dan adalah wajar rakyat menghukum UMNO BN Selangor sekali lagi dengan pukulan KO supaya ia tidak bangkit-bangkit lagi. |
Menjelang PRU13: Video Baru Bakal Disebarkan, Pelakon Perut Buncit Ditukar! Posted: 21 Dec 2012 04:55 AM PST Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Umno BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapnya atau pimpinan Pakatan Rakyat, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. "Saya diberitahu ada video baru. Dulu muka macam Anwar (tetapi) perut buncit. Sekarang tidak, muka macam Anwar, perut pun dah (di)kempis(kan). "Politik sampai macam itu," katanya kepada lebih 5,000 anak muda dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda di Petaling Jaya malam tadi. Namun, Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat lebih cerdik dan tidak mudah termakan dengan setiap fitnah yang dijaja juak-juak Umno BN. "Saya yakin, Insya-Allah. Kita akan (dapat) lalui (dengan baik). Orang tanya kenapa saya yakin kita boleh menang? Saya kata: Apa kamu ingat rakyat bodoh? "Rakyat di bawah, (yang) kerja kilang, buka gerai (dan) pendidikan (sekadar) tingkatan tiga dan lima tak semestinya bodoh. Sebab hati mereka bersih. Mereka mencari kebenaran," katanya. Pada 21 Mac 2011, trio 'Datuk T' – bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim menayangkan video fitnah seks kepada wartawan arus perdana di Hotel Carcosa Seri Negara. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhi mereka hukuman denda RM5,500 kerana menayangkan video lucah di tempat terbuka. Video itu terbukti rekaan semata-mata berikutan pelakon watak Anwar, perutnya buncit, selain beberapa kelemahan lain termasuk rambut yang lebih panjang sedangkan sehari sebelumnya rambut Anwar, pendek. Malah, KEADILAN juga membukti video yang menyerupai mana-mana watak sebenar boleh dihasilkan di Thailand apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul 'diubah suai' menjadi P Ramlee. -KD |
Utusan Kantoi Menipu: Sejak Bila PAS Ada Pemuda Tahan Lasak? Posted: 21 Dec 2012 03:33 AM PST UTUSAN tak sudah sudah menipu! Hari Jumaat yang mulia ni pun sempat lagi nak sebarkan FITNAH?! Utusan tu satu hal la gak, ni lagi satu lembu tua ganyut x sedar diri nak mampos!! Bertaubat la org tua.. Rumah kata "pergi" kubur kata "mari".. Ko dapat apa main politik kotor??.. Takde kemajuan langsung... Tak pernah pulak PAS tubuhkan PEMUDA TAHAN LASAK. Ni la first time aku dengar. Dah tu mengikut laporan Media Lidah Biawak UMNO-BN ni, kalau umur pakcik ni sekarang sudah 80, ini maknanya masa keluar amanat TGHH tu umor dia dah lebih 50.. Celah mananya dia jadi PEMUDA? Ini petanda BN dah mula meracuni pemikiran rakyat menjelang PRU. Sape la tukang mengarang artikel nih, Fail matematik!!!.. Lagipun UMNO dah terlupa sesuatu, amanat TGHA diambil firman Allah SWT. Allah swt telah berfirman: وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ "Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir" (al-Maidah [5]: 44) Kenapa puak lembUMNO susah sgt nak terima? -orenji |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan