Sabtu, 22 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Hikmah Disebalik Pergaduhan Kaum Di Sungai Petani

Posted: 22 Dec 2012 12:00 AM PST

Gambar Hiasan


SS ke Kulim kelmarin ada urusan keluarga, kebetulan jumpa rakan India, Annamalai yang merupakan MKK di kawasan Padang Serai. Berborak hampir setengah jam di kedai nasi kandaq bersama beberapa rakannya, semuanya India.

"Ada hikmah rupanya cerita Hindu gaduh sama Melayu di Sungai Petani.." kata Malai. Nak tergelak SS, sejak India PKR ni berkawan dengan PAS dah pandai sebut 'hikmah'... sejauh mana dia faham hikmah tu SS pun tak tau.

Semua orang tahu cerita kononnya pergaduhan di Sungai Petani hanyalah cerita antara dua kumpulan yang berselisih faham, kebetulan satu kumpulan Melayu satu India. Isu pergaduhan bukan kerana politik, agama atau perkauman... isunya sangat remeh. Tetapi menjadi besar akibat campurtangan puak ultra Melayu....

"Sekarang rata-rata orang India marah sama Perkasa, Pekida depa pun tau ini semua UMNO punya orang.." terang Malai.

PRU 2008 dulu sokongan India untuk pembangkang memang kuat tapi lepas dua tahun ramai kembali sokong BN. "Sekarang orang India memang marah sama UMNO kes Sungai Petani punya pasal," kata Malai.

Memang betul, ada hikmah atau manfaat politiknya bila puak2 'terlebih Melayu' ni pi dok campurtangan tunjuk samseng kat orang India di Sungai Petani. Tiba-tiba saja tanggapan orang India terhadap Perkasa, Pekida (sebelum ni orang India mungkin tak pernah dengar) dan UMNO jadi negatif.

Bagi SS, bila Allah nak menentukan penolakan rakyat untuk BN maka muncullah sebab musabab yang dibuat oleh penyokong mereka sendiri.

- Saiburi Sudin Kedah La

Diikat Dan Dihalang Masuk Felda - Tindakan Tak Bertamadun Umno

Posted: 21 Dec 2012 10:29 PM PST



Kronologi Jelajah Merdeka

Kembara oren Pahang sudah bertolak dari Felda Kepayang Bera menuju ke Felda Kg Awah, Pihak Polis Bantuan dah Mula membuat sekatan untuk mengelak orang luar masuk ke Felda kg Awah.

Ketua Penerangan Anak Kebangsaan Sdr. Naraza Muda telah di halang masuk ke Felda Kg Awah. Beliau kini di tahan laluan masuk.Walau rombongan kembara oren ini cuba dihalang masuk oleh segelintir penyokong umno dan Jkkr pada sebelah pagi dengan berkumpul di laluan masuk, kembara oren ini dapat masuk tanpa apa-apa halangan.

Terkini Dari Felda Kg Awah - Ketua Penerangan Anak Kebangsaan Sdr. Naraza Muda telah di bebaskan setelah campur tangan pelbagai pihak yang menpersoalkan tindakan manahan beliau.

Kini kembara Oren Pahang selesai satuni warga Felda Kg. Awah dengan penampilan bekas Pengurus Felda Kg Awah Tuan Haji Nasarudin saleh 64,

Dipetik dari http://paspb2.blogspot.com/2012/12/zalim-gambar-ketua-penerangan-anak.html


“ Dah ada kumpulan ustaz masuk DAP.”

Posted: 21 Dec 2012 05:35 PM PST

SHAH ALAM : Sudah ada penyertaan golongan agama (ustaz) ke dalam DAP, demikian menurut kenyataan Dr. Maszlee Malik, Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan baru-baru ini di sebuah laman portal selangorku.com.

Beliau menyifatkan penyertaan golongan agamawan di dalam DAP juga tidak lagi boleh dianggap sebagai sesuatu yang menghairankan kerana DAP hari ini dilihat sebagai sebuah parti sosial demokrat yang memperjuangkan tadbir urus yang baik seperti mana PKR dan PSM.

Tidak mustahil lebih ramai golongan agamawan Islam seperti ustaz menyertai DAP suatu hari nanti kerana parti itu merupakan parti yang berbilang kaum seperti PKR dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).


"Sebagai parti yang majmuk mereka perlu ada kepelbagaian wajah, maksud saya bukan sahaja golongan agamawan Islam sahaja, sekarang ini pun dah ada aktivis Kristian dan Buddha, mengapa tidak ada ustaz-ustaz atau aktivis Islam di dalamnya. ujarnya lagi.

"DAP sendiri, setahu saya sudah ada kumpulan ustaz yang dah masuk DAP seperti Abdul Hakim, Mustakim dengan Fakri," kata Dr Maszlee.

"Dalam PKR dan PSM yang sama seperti DAP nak tegakkan keadilan, 'good governance' dah ada golongan seperti Dr Manuaty, Dr Badrol Amin dan lain-lain,"

Beliau turut menambah bahawa sebelum 1998, masyarakat Melayu dilihat seolah-olah 'takut' mendekati parti DAP apabila selama lebih 50 tahun media arus perdana berjaya mainkan peranan mereka dengan memberikan gambaran bahawa DAP sebagai sebuah parti perkauman orang-orang Cina.

Bagaimanapun tembok pemikiran lama masyarakat Melayu terhadap DAP mulai runtuh sedikit demi sedikit apabila tercetusnya kebangkitan gerakan Reformasi pada 1998.-KLd


Siasat lima perkara serius dalam SD Bala

Posted: 21 Dec 2012 05:11 PM PST

PETALING JAYA 21 Dis: Siasat lima perkara serius dalam Akuan Bersumpah pertama yang dibuat bekas Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, ia terkandung dalam perkara 25 daripada keseluruhan 54 perenggan akuan bersumpah yang ditandatangani Balasubramaniam pada 3 Julai 2008.

Pendedahan itu turut mengaitkan hubungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu termasuk melakukan hubungan seks luar tabie.

Perkara tersebut ialah:


25. "Ketika perbincangan ini dibuat dalam usaha memujuk saya melanjutkan pekerjaan dengan dia, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahwa:

25.1 Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah pameran berlian di Singapura.

25.2 Datuk Seri Najib Tun Razak Abdul Razak Baginda memberitahu bahawa, dia menjalinkan hubungan seks dengan Aminah dan disyaki juga secara anal (anal intercourse)

25.3 Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Abdul Razak Baginda memerhati Aminah kerana dia (Najib) tidak mahu dia (Aminah) mengganggunya kerana beliau sekarang berjawatan Timbalan Perdana Menteri.

25.4 Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Razak Baginda dan Aminah bersama dalam satu makan malam di Paris.

25.5 Aminah mahukan wangnya, kerana merasakan berhak atas komisen USD500.000 atas urusniaga kapal selam yang dibantunya di Paris.

Menurut Johari, Balasubramaniam dalam akuan berkanun itu menyatakan dengan jelas nama Najib Razak, sebelum ia ditarik balik mengguna akuan bersumpah kedua. Tambahnya, akuan bersumpah kedua dirangka seorang peguam yang bersalahan dengan undang-undang.

"Untuk buat perakuan bersumpah tidak mudah. Tindakan peguam menyediakan atau draf SD adalah berat. Harus diambil tindakan kalau salah," tegas Johari.

Ketika ditanya mengenai lafaz sumpah Najib di Masjid Guar Perahu, pada 22 Ogos 2008 menafikan tidak terlibat atau mengenali Altantuya, Johari mengulas, 'itu bukan hal yang utama'.

Terdahulu, KEADILAN menggesa lima individu iaitu Deepak Jaikishan, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam dan Balasubramaniam disiasat.

"Sebab itu kita minta siasat kelima mereka , sama ada wujud unsur fitnah atau elemen rasuah. Harus dijelaskan nama PM dan polis kena ambil tindakan," katanya.

- http://www.keadilandaily.com/


Hina Habibie: Presiden Indonesia tolak alasan Najib Razak

Posted: 21 Dec 2012 03:01 PM PST

KUALA LUMPUR 21 DISEMBER: Dakwaan kontroversi bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin bahawa bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie pengkhianat kepada negaranya, terus hangat minggu ini apabila Presiden Susilo Bambang Yudhoyono membangkitkan perkara itu semasa pertemuannya dengan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Presiden Indonesia itu menyentuh perkara berkenaan semasa lawatannya ke Kuala Lumpur pada 18 dan 19 Disember, dengan memberitahu Najib bahawa beliau kesal kerana seorang pegawai Malaysia boleh dipetik berkata sedemikian terhadap bekas Presiden Indonesia dalam akhbar tempatan.


"Saya berharap, dan saya menyuarakan ini kepada Najib, bahawa kita boleh mencegah perkara-perkara seperti ini daripada terus berlaku," kata Susilo dalam satu sidang akhbar di Lapangan Terbang Halim Perdanakusumah di Jakarta Timur, dipetik Malaysia Kini yang memetik The Jakarta Globe.

Perdana Menteri Malaysia dilaporkan memberitahu Susilo bahawa kenyataan Zainuddin adalah pendapatnya sendiri dan telah dibuat selepas bekas menteri itu bertemu dengan Habibie.

Najib memberitahu presiden Indonesia itu bahawa ia adalah musim pilihan raya di Malaysia dan banyak isu telah menjadi sensitif.

Susilo memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau tidak nampak sebarang sebab untuk menghina bekas presiden Indonesia itu.

"Bagi saya, sama ada akan ada pilihan raya atau tidak, semua orang saling harus melindungi satu sama lain dan tidak perlu memburukkan ketua negara atau bekas ketua negara lain," katanya.

Zainuddin telah dipanggil Habibie pengkhianat kepada negara yang tunduk kepada tekanan Barat untuk mengeluarkan satu referendum yang membenarkan Timor Timur keluar daripada republik itu, demikian menurut petikan yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia.

Zainuddin memanggil Habibie dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "anjing imperialisme".

http://www.keadilandaily.com/isu-habibie-presiden-indonesia-susilo-bambang-tolak-penjelasan-najib-razak/


PANAS - Video Seks Anwar Versi Perut Kempis Bakal Terbit

Posted: 21 Dec 2012 04:40 AM PST

Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Umno BN sedang mereka-reka video fitnah baru terhadapnya atau pimpinan Pakatan Rakyat, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

"Saya diberitahu ada video baru. Dulu muka macam Anwar (tetapi) perut buncit. Sekarang tidak, muka macam Anwar, perut pun dah (di)kempis(kan).

"Politik sampai macam itu," katanya kepada lebih 5,000 anak muda dalam program Jelajah Merdeka Rakyat Anak Muda di Petaling Jaya malam tadi.


Namun, Ketua Umum KEADILAN itu yakin rakyat lebih cerdik dan tidak mudah termakan dengan setiap fitnah yang dijaja juak-juak Umno BN.

"Saya yakin, Insya-Allah. Kita akan (dapat) lalui (dengan baik). Orang tanya kenapa saya yakin kita boleh menang? Saya kata: Apa kamu ingat rakyat bodoh?

"Rakyat di bawah, (yang) kerja kilang, buka gerai (dan) pendidikan (sekadar) tingkatan tiga dan lima tak semestinya bodoh. Sebab hati mereka bersih. Mereka mencari kebenaran," katanya.

Pada 21 Mac 2011, trio 'Datuk T' – bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik; ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuib Lazim menayangkan video fitnah seks kepada wartawan arus perdana di Hotel Carcosa Seri Negara.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhi mereka hukuman denda RM5,500 kerana menayangkan video lucah di tempat terbuka.

Video itu terbukti rekaan semata-mata berikutan pelakon watak Anwar, perutnya buncit, selain beberapa kelemahan lain termasuk rambut yang lebih panjang sedangkan sehari sebelumnya rambut Anwar, pendek.

Malah, KEADILAN juga membukti video yang menyerupai mana-mana watak sebenar boleh dihasilkan di Thailand apabila Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul 'diubah suai' menjadi P Ramlee. KeadilanDaily


Bekas Ulama Umno Bidas Tok Guru Nik Aziz

Posted: 21 Dec 2012 03:43 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Dis - Bekas Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Melayu, Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin membidas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa orang-orang UMNO adalah mungkar.

Menurutnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Nik Aziz adalah satu tuduhan yang besar kerana tuduhan itu langsung tidak berasas kepada parti UMNO.


"Kalau Nik Aziz kata orang UMNO mungkar, sedangkan mereka tidak melakukan kemungkaran, dia seolah-olah memutarkan kenyataan itu kepada dirinya sendiri yang melakukan kemungkaran.

"Tuduhan berkenaan adalah sangat berat dan Nik Aziz tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum orang", katanya kepada wartawan KLPos ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) disini, hari ini.

Beliau turut menasihati Nik Aziz supaya jangan menuduh dengan melulu terhadap parti tersebut dan tidak menjadi sebahagian daripada orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan.

Selain itu, beliau pernah melihat Nik Aziz mengeluarkan kenyataan di laman sosial Youtube bahawa Allah S.W.T tidak mempunyai hak keatas syurga dan neraka sedangkan syurga dan neraka itu adalah hak mutlak Allah S.W.T.

"Syurga dan neraka itu milik Allah S.W.T bukan itu sahaja malah seluruh alam sekitar adalah miliknya.

"Ketika hampir pilihan raya yang bakal tiba nanti, adakah Nik Aziz sudah memindah milik pemilikan mutlak Allah S.W.T?," katanya.

Bukan itu sahaja, bahkan menurutnya, Nik Aziz turut memberi kenyataan bahawa Allah S.W.T duduk bersila lendik di atas Arash ketika mentafsir surah Al-Rahman.

"Nik Aziz menggambarkan Allah S.W.T sebagai patung di tokong yang duduk bersila dan ini merupakan kesalahan besar Nik Aziz.

"Maksud sebenah surah itu adalah mengambarkan Allah S.W.T itu menguasai Arash dimana seluruh alam adalah miliknya," katanya.

Katanya, Nik Aziz telah melakukan kemungkaran yang besar sekiranya maksud Nik Aziz itu adalah menyamakan Allah S.W.T dengan makhluknya - klpos.com


Fitnah Isu Tanah - TGNA Akan Saman Bloggers Umno

Posted: 21 Dec 2012 01:49 AM PST

Tuduhan Salah Guna Kuasa : Fitnah Nyata Terhadap YAB MB Kelantan...

Saya telah diarahkan oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan untuk membuat sedikit
penjelasan berkenaan isu sekeping tanah seluas tanah 10,526 hektar milik kerajaan negeri Kelantan yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak agar mereka sudi menyerahkan kerusi Menteri Besar Perak kepada PAS selepas pilihanraya umum 2008.

Ia dilaporkan di dalam blog pisau.net yang kemudiannya dijadikan asas kepada laporan polis oleh sebuah badan bukan kerajaan Barisan Bersatu Nambikkai (Nambikkai) pada 19 Mac 2012. Ia juga turut dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 20 Disember 2012.


Hakikatnya, ini satu lagi fitnah UMNO/Barisan Nasional yang cuba memperdayakan rakyat dengan isu-isu ciptaan mereka khususnya menjelang pilihanraya umum yang ke13. Peluru-peluru terakhir UMNO/BN ini kelihatan berterabur kerana dilancarkan dalam keadaan panik dan kelam kabut ekoran kebimbangan akan terlucut kuasa selepas pilihanraya nanti.

Barangkali UMNO lupa bahawa merekalah yang telah menukar status tanah rizab melayu di bandar Baru Kubang Kerian ketika memerintah Kelantan. Ini boleh dirujuk melalui Warta Kerajaan Kelantan 22 April 1990 (ketika Kelantan masih diperintah oleh Barisan Nasional). Ini hanya sekelumit dari 'jasa baik' UMNO terhadap tanah rezab Melayu.

Dalam isu tanah seluas 10,526 hektar yang didakwa sebagai habuan kepada pemimpin DAP Perak, suka untuk dinyatakan bahawa kawasan tersebut yang terletak di Hutan Simpan Relai, Gua Musang telah diluluskan kepada Yayasan Islam Kelantan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 13 September 2000.

Ia bertujuan untuk menjana pendapatan YIK bagi tujuan menampung urusan pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Perlu diingatkan bahawa pada tahun 2000, Pakatan Rakyat masih belum wujud dan masih belum membentuk kerajaan di Perak.

Pada Disember 2000, Yayasan Islam Kelantan telah bersetuju menawarkan Projek Usahasama memajukan tanah ini kepada sebuah syarikat. Bagaimanapun syarikat tersebut ternyata tidak mampu untuk melaksanakan kerja-kerja memajukan tanah terbabit dan ini menyebabkan Mesyuarat Lembaga Yayasan Islam Kelantan pada 18 Ogos 2004 membuat keputusan agar tawaran projek ladang hutan ini ditarik balik dan dibatalkan.

Tawaran kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd (pada masa itu dipengerusikan oleh Dato Seri Wong Yeon Chai) pula dibuat melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005 manakala perjanjian ditandatangani pada 3 Mei 2006, hampir dua tahun sebelum pilihanraya umum 2008.

Ia merupakan usahasama projek melalui konsep pajakan dan perjanjian selama 50 tahun dengan diberikan leasehold dan bukannya hak milik. Ia juga menjana pendapatan YIK melalui kadar sewaan RM100.00 seekar setahun untuk kawasan getah klon dan RM150.00 seekar setahun untuk kawasan kelapa sawit.

Pertukaran komposisi pengarah dan pegangan saham dalam Upayapadu Plantation Sdn Bhd telah dimaklumkan kepada Yayasan Islam Kelantan pada Mei 2012 di mana ekoran pertukaran tersebut, pihak syarikat dikehendaki membayar sumbangan kepada YIK sebanyak RM1.5 juta.

Berasakan kepada kronologi di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa

1. Dakwaan yang menyatakan YAB Menteri Besar Kelantan telah memberikan 'habuan' kepada pemimpin DAP Perak agar memberikan laluan kepada calon PAS mengisis kerusi Menteri Besar adalah fitnah sama sekali. Tarikh perjanjian dengan Upayapadu Sdn Bhd yang ditandatangani pada 3 Mei 2006 dan pertukaran komposisi pada Mei 2012 adalah tidak relevan dengan tarikh pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional hilang kuasa di Perak.

2. Dakwaan blog pisau.net bahawa 'sekelip mata mereka memperolehi 10,526 ekar dengan nilai pasaran melebihi 30 juta ringgit' juga adalah dakwaan yang tersasar. Ini kerana tanah tersebut hanya dipajak dan tidak diberikan hak milik. Pajakan pula hanya dalam tempoh 50 tahun sahaja.

Blogger terbabit wajib mendatangkan salinan geran tanah sebagai bukti bahawa tanah tersebut telah dipindah milik.

3. Segala urusan perjanjian, pajakan dan transaksi dibuat dan dilaporkan di dalam mesyuarat samada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan, Tender, Pembangunan dan Pelaburan YIK atau Mesyuarat Lembaga YIK. Ia dilakukan melalui prosedur yang sah dan tidak bertentangan dengan undang-undang.

Saya kira, fitnah terbaru ini tentunya akan menyaksikan satu lagi episod saman yang akan difailkan di mahkamah. Ia jelas merupakan satu fitnah besar terhadap YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan.

UMNO hakikatnya sudah hilang punca untuk menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu sedangkan pada hakikatnya, merekalah pengkhianat kepada tanah rezab Melayu.

Di Selangor misalnya, UMNO Bahagian Puchong telah cuba menjual sebidang tanah rezab Melayu kepada sebuah syarikat Lagi Gemilang Development Sdn Bhd yang mana pemiliknya adalah 75 peratus bukan bumiputra. Ia disyorkan ditolak oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor Darul Ehsan melalui sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor pada 25 Januari 2010.

Inilah dia wajah UMNO yang sebenar! Barangkali, UMNO meletakkan pihak lain seperti mereka di mana setiap perkara memerlukan habuan dan balasan. Dalam hal ini, menarik juga untuk dibincangkan apakah habuan yang diperolehi oleh UMNO ketika memberikan laluan kepada parti GERAKAN untuk mengisi kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu...

Daripada AHMAD FADHLI SHAARI, Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan.

http://www.erapasca.com/2012/12/pecah-berita-isu-tanah-tok-guru-nik.html


Tiada ulasan: