Selasa, 11 Disember 2012

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Tajuk Buku Rosmah: Aku Wanita Malaysia Pertama Ada Handbag Termahal Di Dunia

Posted: 11 Dec 2012 12:27 AM PST


Cadangan tajuk buku Rosmah meletup di Twitter

KUALA LUMPUR: Pelancaran buku biografi, Datin Seri Rosmah Mansor semalam menjadi antara topik paling popular di kalangan pengguna media sosial Twitter sejak semalam.

Dengan hashtags "#TajukBukuRosmah" atau "#RosmahBookTitle", masing-masing pengguna cuba memberi cadangan judul buku yang bakal diterbitkan pertengahan Januari depan itu.

Beribu cadangan tajuk dikemukakan termasuk ada yang bersifat sinis terhadap isteri Perdana Menteri itu yang boleh dikatakan sering mengundang kontroversi dalam politik Malaysia.

Antara cadangan sinikal yang dikemukan seperti dalam imej 'print screen' berikut:


Harakahdaily bagaimanapun mengkaburkan nama pengguna bagi mengelak kaitan perundangan.

Buku biografi Rosmah itu dilancarkan semalam dengan Penasihat Penerbitannya adalah Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Buku itu didakwa "bakal menjawab secara telus" isu serta dakwaan fitnah yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri itu.

Ianya akan diterbitkan oleh Yayasan Amanah Perdana Malaysia (YAPM). -HD

Ulasan GB

Berbagai-bagai cara dilakukan Najib untuk membersihkan nama isterinya. Dulu Rosmah dapat anugerah PhD dari Universiti Curtin, Australia. Sekarang sudah mahu keluar buku pula untuk menggilap nama Rosmah yang telah menjejaskan reputasi Najib menjelang PRU13.

Namun GB sudah ulas sebelum ini dan rasanya akan menjadi kebenaran bahawa:

Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah . Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.


Terkepung 4 Punjuru - Najib Bakal Jatuh Dengan Sendirinya

Posted: 10 Dec 2012 09:08 PM PST


Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor didesak menjawab pendedahan ahli perniagaan Deepak Jaikishen mengenai penglibatan mereka dalam satu projek rasuah kementerian.

Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah berkata, Perdana Menteri dan isteri tidak lagi boleh mengelak kerana kenyataan rakan karib Rosmah itu di mahkamah dan temubualnya bersama media menyatakan secara terang mengenai perkara tersebut.

"Kita desak agar Najib menafikan atau memberi penjelasan berhubung isu itu. Kenyataan Deepak membuktikan kaitan Najib dalam isu ini. Justeru beliau tidak boleh berdiam diri lagi," tegas Sivarasa ketika dihubungi.

Deepak sebelum ini mendedahkan keterlibatan Najib dalam satu projek rasuah kementerian semasa menjawat Menteri Pertahanan.

Menurut Deepak, beliau membayar keluarga Najib sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan Perdana Menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.

Menurut Sivarasa, Deepak memeterai satu perjanjian dengan syarikat milik seorang Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiaah Abdullah untuk menjadi pihak ketiga dalam projek tersebut.

Sebagai pertukaran bagi projek yang dianggar bernilai RM100 juta yang akan dibina oleh syarikat itu dengan pembiayaannya sendiri, syarikat tersebut akan dibayar RM20 juta oleh kerajaan dan akan memperolehi 223.3 ekar tanah kerajaan di Bukit Raja, Klang.

"Roopiah tidak boleh jual tanah itu tapi diberi kelulusan oleh Najib, dengan syarat beri rasuah, iaitu sejumlah wang besar kepada ahli keluarga Najib. Dan pihak kami percaya wang tersebut diberikan kepada Rosmah," jelas Sivarasa yang merupakan peguam Deepak dalam saman difailkan syarikat usahawan tersebut, Astana Canggih Sdn Bhd ke atas Awan Megah Sdn Bhd.

Seorang lagi peguam adalah, N Surendran.

Dalam pendengaran minggu lalu, Deepak memberi keterangan bahawa Najib memberi persetujuan ke atas pemindahan milik tanah seluas 223.3 ekar (89.332ha) di Bukit Raja, Selangor daripada Awan Megah kepada sebuah syarikat penama milik Deepak.

Bagaimanapun, Deepak tidak mendedahkan nama ahli keluarga Najib yang meraih komisen itu, tetapi spekulasi ada menyebut bahawa orang tersebut merupakan Rosmah, kerana beliau sering melibatkan diri dalam urusan perniagaan Najib. -SK

Bukti BN Perlu Ditukar: Robert Phang Berkuasa Ke Atas Polis

Posted: 10 Dec 2012 07:00 PM PST


Musa Hassan Desak Robert Phang Minta Maaf Atau Hadapi Saman

PETALING JAYA: Malaysian Crime Watch Group (MyWatch) hari ini mendesak Tan Sri Robert Phang (gambar> memohon maaf berikutan kenyataan beliau sebelum ini yang mengaitkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) tersebut dengan sindiket kongsi gelap.

Penaung MyWatch, Tan Sri Musa Hassan memberikan tempoh selama tiga hari untuk Robert Phang melakukan hal demikian sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas beliau.

"Ianya merupakan kenyataan yang jahat..... MyWatch dikaitkan dengan kongsi gelap kerana hanya saya berada di sini (dalam MyWatch).

"Jika dia berdendam dengan saya, dengan saya sahajalah..... Jangan babitkan NGO.

"Saya beri masa tiga hari untuk beliau meminta maaf sebelum kami berunding dengan peguam dan memulakan saman undang-undang terhadap beliau," kata beliau pada sidang di Hotel Hilton di sini.

Phang sebelum ini telah menakut-nakutkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana didakwa telah 'tidur' dengan bekas musuh mereka, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Musa turut mendakwa ketika beliau memegang jawatan Ketua Polis Negara dari tahun 2006 hingga 2010, Phang selalu berjumpa dengan beliau menawarkan diri sebagai penasihat.

Robert Phang

Phang mempersoalkan kenapa beliau tidak dilantik sebagai penasihat sedangkan sebelum itu beliau merupakan penasihat kepada bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar.


"Saya cakap saya tidak perlukan penasihat, saya boleh fikir sendiri... Phang ketika dihubungi tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu kerana khuatir media akan salah ertikan maksud Musa.

Sebaliknya beliau meminta Musa mengeluarkan kenyataan media secara bertulis dan beliau akan menjawab apa yang dibangkitkan oleh Musa.

Dalam perkembangan lain, Musa enggan memberi sebarang komen berhubung kenyataan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff yang mendakwa Musa telah menyalahgunakan kuasa ketika menjadi Ketua Polis Negara.

Malah beliau mempersoal bagaimana Ramli mendapat kemewahan dan siapa yang mengarahkan beliau menggunakan platform polis untuk memburuk-burukkan Musa.

"Saya pun hendak komen juga, saya hendak tahu siapa di belakang dia sehingga dia diberikan platform di dalam polis untuk menghentam saya?

"Saya rasa dia (Ramli) patut jawab pada umum bagaimana dia dapat kemewahan atau kekayaan yang begitu banyak semasa masih lagi berada di dalam pasukan (polis)," soal beliau lagi.

Sebelum ini, pendedahan Musa berkaitan campur tangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam penyiasatan polis telah disalah anggap oleh pihak tertentu bahawa beliau mempunyai hubungan politik dengan Pakatan Rakyat.

Musa dakwa pegawai polis dilucut jawatan kerana Phang

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan mendakwa bekas anggota panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Robert Phang pernah mengugut seorang pengawai tinggi polis dan menyebabkan pegawai berkenaan dilucutkan jawatan.

Musa berkata, pegawai polis berpangkat Datuk dan memegang ijazah PhD itu enggan memenuhi permintaan untuk mentauliah satu projek jutaan ringgit kepada satu syarikat melibatkan Phang pada 2009.

Pegawai itu kemudiannya ditukarkan ke ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur oleh ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.


Musa berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Phang dalam satu sidang media anjuran NGO yang dikenali dengan nama Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), yang dinaunginya.

Beliau mendakwa Phang, yang merupakan penasihat bebas Motorola Technology Sdn Bhd, memperolehi projek untuk syarikat tersebut berhubung naiktaraf sistem telekomunikasi polis kepada sistem digital pada 2009.

Musa mendakwa, beliau diberitahu sumber bahawa polis diminta mentauliah projek berkenaan apabila siap memandangkan syarikat berkenaan tidak akan dibayar sekiranya ia tidak ditauliah.

"Jadi dia minta pegawai polis untuk tauliah, tapi pegawai itu menolak kerana ia tidak siap. Dia ugut pegawai itu dan berkata jika dia enggan (tauliah sistem berkenaan) dia akan ditukarkan," dakwanya.

Ismail juga meminta pegawai berkenaan menandatangani dokumen untuk mentauliah sistem berkenaan, tetapi pegawai tersebut tetap berkeras
, dakwanya lagi.

Beliau seterusnya mendakwa, pegawai berkenaan kemudiannya ditukarkan dalam tempoh 24 jam.
-mk

Bagaimanapun, Musa turut mengakui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri, turut cuba mengarahkan Musa untuk mendedahkan laporan penyiasatan mengenai '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri'. -MalaysianDigest

Musa Hassan dedah Phang arah polis lulus projek berkaitan APCO

PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.

Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.

"Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang 'mengarahkan' pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.

"Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.

"Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu," katanya.

Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.

"Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.

"Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?" soalnya.

Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.

"Ia berlaku lepas saya bersara," jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.

"Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.

"Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka," kata Musa.

Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel.





Kisah Seorang Kanak-kanak Amerika Masuk Islam

Posted: 10 Dec 2012 03:08 PM PST

Rasulullah saw bersabda: "Setiap bayi yang dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani, atau Majusi." (HR.Bukhari)

Kisah budak Amerika ini tidak lain adalah sebuah bukti yang membenarkan hadits tersebut di atas.

Alexander Pertz dilahirkan dari kedua orang tuanya Nasrani pada tahun 1990 M.

Sejak awal ibunya telah memutuskan untuk membiarkannya memilih agamanya jauh dari pengaruh keluarga atau masyarakat.

Begitu dia sejak boleh membaca dan menulis maka ibunya menghadirkan untuknya buku-buku agama dari seluruh agama, baik agama langit atau agama bumi.

Setelah membaca dengan mendalam, Alexander memutuskan untuk menjadi seorang muslim.

Padahal dia tidak pernah bertemu muslim seorang pun selama ini.

Dia sangat cinta dengan agama Islam ini sampai pada tahap dia mempelajari solat, dan mengerti banyak hukum-hukum syar'i, membaca sejarah Islam, mempelajari banyak kalimat bahasa Arab, menghafal surah, dan belajar azan.

Semua itu berlaku tanpa bertemu dengan seorang muslim pun.

Berdasarkan bacaan-bacaan tersebut dia memutuskan untuk mengganti namanya iaitu Muhammad 'Abdullah, dengan tujuan agar mendapatkan keberkahan Rasulullah saw yang dia cintai sejak masih kecil.

Detik Islam

Kegagalan SPRM Tangkap Dan Dakwa Perasuah Juga Neraka Tempatnya!

Posted: 10 Dec 2012 06:50 AM PST

Beri dan terima rasuah balasannya neraka, Pengarah SPRM

SHAH ALAM - Amalan rasuah bukan hanya boleh meruntuhkan kerukunan dan ketamadunan sesebuah negara, namun jika berbalik kepada agama Islam, harus diingat bahawa sesiapa yang terlibat dengan perbuatan ini, nerakalah tempatnya, kata Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Latifah Md Yatim.

Lantaran itu kata beliau, SPRM boleh dianggap sebagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk membanteras kegiatan yang menyalahi undang-undang, namun pada masa yang sama mencegah umat manusia daripada melanggar lunas Islam sehingga boleh membawa kepada pembalasan maha dahsyat di akhirat kelak.

"Jangan ambil jangan terima. Tugas SPRM atau 'glamor' orang panggil MACC, ia menahan manusia daripada masuk neraka.

"Kita tahu memberi rasuah menerima rasuah tempatnya di neraka," kata beliau ketika menyampaikan ucapan pada majlis persinggahan Konvoi Kelab Avanza bersama SPRM Kuala Lumpur dalam kempen mencegah rasuah, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Latifah turut serta dalam konvoi berkenaan yang disertai kira-kira 120 ahli kelab bermotor itu.

Menurut Latifah, SPRM sentiasa komited dalam memastikan amalan rasuah tidak menjadi satu budaya di Malaysia.

Justeru, beliau berterima kasih kepada Kumpulan Media Karangkraf menerusi Sinar Harian yang terus-menerus memberi liputan meluas usaha sama SPRM dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) menggerakkan kempen pencegahan rasuah.

Tambah beliau, tanpa peranan media, minda masyarakat mungkin masih terkongkong dengan ideologi bahawa menerima sesuatu pemberian atas dasar kepentingan tertentu bukanlah perbuatan rasuah dan tidak menjadi suatu kesalahan.

"Percayalah sekiranya tidak ada mesej ini disampaikan melalui media elektronik atau media cetak, masyarakat masih menganggap rasuah itu sebagai rezeki. Itu masalahnya," kata Latifah.

Paling beliau khuatir, pemberian berupa 'hamper' misalnya terus dianggap masyarakat sebagai rezeki dan tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang mahu pun agama.

"Dalam rasuah ini ia melibatkan dua pihak. Ada yang bagi dan ada yang terima, itu sudah dikira rasuah. Bagi itu kerana apa? Nak dapat projek ke? Nak dapat jawatan ke? Nak dapat undi ke? "Apatah lagi di musim-musim perayaan ini, sudah menjadi budaya, datang dengan 'hamper'. Sesetengah 'hamper' nilainya ribuan ringgit diberi kepada orang-orang yang ada kuasa. Kalau betul nak bagi 'hamper' atau hadiah, beri kepada orang yang memerlukan," selar beliau.

Sementara itu, Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali menyifatkan usaha SPRM dan Northern Avanza Recreational Club sebagai satu usaha murni yang perlu diteruskan demi memberi pendidikan kepada generasi hari ini dan akan datang akan bahaya amalan rasuah.

"Kita selalu percaya kita mesti membersihkan diri kita dan semua rakyat Malaysia daripada rasuah kerana kita sudah lihat negara-negara di dunia ini jatuh kerana rasuah.

"Jadi saya ucap terima kasih dan syabas kepada saudara Zaini dan kawan-kawan beliau dan juga kepada SPRM kerana usaha ini dibuat secara tidak langsung, sambil kita makan kita kempen rasuah, di Karangkraf ini kita ada 30 majalah dan satu surat khabar, kita memang komited untuk memerangi rasuah," katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Turut serta dalam program tersebut ialah Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Nasir Hamzah. -SH

Ulasan GB

GB i nigin mengulas sedikit kenyataan dari Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan, Datuk Latifah Md Yatim di atas yang berbunyi: "sesiapa yang terlibat dengan perbuatan ini, nerakalah tempatnya".

GB sokong 100% kenyataan itu, tetapi, SPRM jika gagal menahan dan mendakwa pihak yang terlibat dengan rasuah pun neraka juga jawabnya.

Kerana SPRM itu adalah sebuah suruhanjaya yang telah dilantik untuk memebenteras rasuah. Ia satu AMANAH dari rakyat, ia satu tanggungjawab yang besar dan pengarah serta pegawai-pegawai SPRM WAJIB menunaikan amanah itu dengan sebaik-baiknya.

Setiap sen gaji dan elaun yang anda terima setiap bulan, bersamanya ialah tuntutan terhadap amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan yang kelak akan dinilai dan dihisab.

Kegagalan menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan bererti menanggung dosa besar dan nerakalah juga tempatnya!

Cantik Siti Bertudung, Sayang Hanya Untuk Dilelong!!

Posted: 10 Dec 2012 04:22 AM PST

Gambar: Siti akan melelongkan tudung yang digayakan semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan untuk mengutip dana bagi membantu pesakit HIV/AIDS.

Cantik sebenarnya Siti Nurhaliza apabila bertudung tapi sayang Siti bertudung hanya untuk melelong tudung.

Bertudung hanya untuk mengutip dana untuk dua buah pertubuhan kebajikan iaitu Yayasan AIDS Malaysia dan Yayasan Ihtimam Malaysia.

Siti akan melelongkan dua pasang tudung jenama Fareeda yang digayakannya semasa sidang media yang diadakan pada Rabu bersempena Makan Malam Tahajjud Cinta di Hotel Grand Hyatt pada 30 Januari depan.

Baik bagi Siti kalau menyempurnakan pemakaian tudungnya sepanjang masa dan bukannya untuk lelongan sahaja.

Siti bersama wakil jenama Fareeda iaitu Mawar Aminuddin, pelakon Fahrin Ahmad dan Muhardiman Ismail daripada kumpulan Mohram.

Rujuk mStar
-ekeleh.com

Ulasan GB

Disiarkan bukan untuk menghina atau menjatuhkan maruah Datuk Siti, tetapi sebagai nasihat dan peringatan.

Hidayah itu milik Allah dan dikurniakan sesiapa yang Dia kehendaki.

Semua Datuk Siti dukurniakan hidayah daripadaNya.

Firman Allah: "Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang kamu kasih tetapi hanya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki." (Al-Qasas:56).

Tiada ulasan: