Selasa, 11 Disember 2012

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Isu Air - Umno Selangor Mati Kutu..

Posted: 10 Dec 2012 08:40 PM PST

LUAS Sahkan Kapasiti Air Di Tujuh Empangan Memuaskan

SHAH ALAM : Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesahkan kapasiti air bagi ketujuh-tujuh empangan di Negeri Selangor berada dalam keadaan baik dan memuaskan.

Pengarahnya, Md Khairi Selamat berkata, kapasiti bagi lima empangan iaitu Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat, Empangan Klang Gates dan Empangan Batu berada pada tahap 100 peratus sehingga semalam.

Manakala kapasiti air bagi Empangan Sungai Tinggi pada tarikh sama berada pada tahap 90.03 peratus, sementara Empangan Sungai Selangor meningkat kepada 83.44 peratus, iaitu sebanyak 191.91 juta meter padu pada ketinggian 214.00 meter.


"Peningkatan ini adalah berbanding dengan kapasiti air empangan tersebut pada 11 Oktober 2012 iaitu sebanyak 52.02% dengan jumlah 119.65 juta meter padu pada ketinggian 199.3 meter.

"Limpahan air juga dilaporkan berlaku bagi Empangan Tasik Subang, Empangan Semenyih, Empangan Langat dan Empangan Klang Gates," katanya dalam satu kenyataan media.

Selain itu, menurutnya, baki aliran (residual flow) di Baraj Bestari Jaya pada 8 Disember adalah sebanyak 14,737 juta liter sehari (JLH) dengan peningkatan sebanyak 5416 JLH berbanding bacaan sebelum ini.

Beliau berkata, jumlah aliran air sungai juga mampu membekalkan keperluan air mentah bagi lima loji pembersihan air (LPA) di Rasa, Rantau Panjang dan Bestari Jaya.

Katanya lagi, bacaan harian baki aliran ini adalah tinggi berbanding dengan jumlah minima keperluan aliran sebanyak 300 JLH.

Beliau turut menjangkakan kapasiti Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi akan terus meningkat hasil daripada kadar hujan yang banyak ketika Monsun Timur Laut daripada bulan November sehingga Mac.

"Berdasarkan kadar peningkatan takungan, kapasiti kedua-dua empangan ini dijangka akan kembali penuh sebelum bulan Februari 2013," katanya lagi


Musa Hassan Hilang Akal.. Masa Jadi Ketua Kenapa Tak Buat?

Posted: 10 Dec 2012 06:15 PM PST

Musa minta SB tumpu jenayah bukan politik

KUALA LUMPUR- Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta agar pegawai Cawangan Khas (SB) polis memberi lebih tumpuan kepada isu-isu jenayah dan tidak hanya tertumpu kepada isu politik sahaja.

"Saya harap SB ini berikan tumpuan kepada isu-isu untuk banteras jenayah dan jangan terlalu lebih beri tumpuan kepada isu-isu politik.

"Biarlah kerja-kerja siasatan politik ini dijalankan oleh mereka yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), kerja polis untuk memastikan kadar jenayah terus berkurangan dan rakyat lebih terjamin keselamatan mereka," sambung beliau lagi.


Beliau yang berkata demikian pada sidang media anjuran Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) di sebuah hotel di Petaling Jaya petang tadi.

Isu polis terlalu memberikan tumpuan kepada politik menjadi panas baru-baru ini sehingga menyebabkan anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata polis sudah cukup tetapi silap tumpuan.

Ia dijawab oleh pihak polis dengan berkata bilangan anggota polis berkurangan dari yang sepatutnya.

Namun dengan permintaan bekas orang nombor satu polis ini, isu kekurangan anggota boleh diselesaikan dengan cara polis memberikan tumpuan kepada jenayah bukannya kerja-kerja menjadi alat orang politik.


Umno Berjaya Lahirkan Ulama Yang Bebal..

Posted: 10 Dec 2012 04:30 PM PST



BN Kedah rugikan RM403 juta wang rakyat!

Posted: 10 Dec 2012 03:27 PM PST

Selepas Menteri Besar Dato' Seri Di-Raja Azizan Abdul Razak mendedah empat 'projek sakit' zaman BN yang sedang ditanggung akibatnya oleh kerajaan sekarang ramai yang terkejut kerana belum pernah mendengar isu penyelewengan tersebut sebelum ini.

"Jika anda memiliki rumah kaca, jangan membaling batu kepada rumah jiran," Azizan memetik sebuah pepatah Inggeris ditujukan kepada pihak pembangkang yang mula menyerangnya dengan isu kerugian projek balak di Papua.


Empat kegagalan tersebut ialah isu projek perumahan oleh Yayasan Islam Kedah di Tandop, kehilangan untung projek udang Kerpan, Jerai International Park dan 99 East Langkawi. Ia cuma menambah koleksi skandal zaman BN yang kini terdedah untuk diketahui rakyat.

Tiba-tiba selepas itu terdedah lagi isu 'kecurian' balak di laluan TEKIH di zaman BN yang bernilai kira-kira RM3 juta. Terbongkar cerita penghapusan bukti ala Altantuya di mana sebuah pejabat tapak dengan segala dokumen di dalamnya beserta sebuah kenderaan dibakar hangus sebaik Pakatan menang di Kedah Mac 2008. Memang tiada siapa yang tahu skandal tersebut sebelum ini.

Terbaru, rakyat Kedah 'dihadiahkan' lagi dengan satu lagi bebanan tinggalan BN iaitu sebuah projek feedlot di Paya Mat Insun Pendang yang melibatkan kerugian tidak kurang RM3.5 juta. Ia projek di bawah Kedah Agro Industries Marketing Berhad (KAIMB) serta infrastruktur projek dibuat oleh Bina Ekoculture Sdn. Bhd yang melibatkan peruntukan RM3.5 juta.

Agak mengejutkan rupanya ia bukan projek usaha sendiri sebaliknya hanya disewakan kepada pihak lain dengan bayaran sewaan RM5 ribu sebulan. GLC negeri yang keluarkan modal tapi tak dapat untung apa-apa. Ia seolah-olah memberi pinjaman kepada syarikat kroni UMNO itu dengan mengambil masa selama 58 tahun untuk mendapatkan balik jumlah keseluruhan RM3.5 juta melalui sewaan RM60 ribu setahun.

Dipendekkan cerita syarikat tersebut mengalami kegalalan dan sewa tidak mampu dibayar. Apabila pihak kerajaan negeri kini berusaha untuk mendapatkan semula segala infrastuktur yang kalau boleh diguna semula, rupanya projek tersebut dibuat di atas tanah persendirian dan tiada perjanjian dibuat antara KAIMB dengan tuan tanah.

Penyelewengan RM3.5 juta berlaku dalam sebuah kerajaan yang berpendapatan tidak sampai setengah billion (pada masa itu) adalah suatu jumlah yang besar. Jika dinisbahkan dengan penyelewengan RM250 juta projek NFC oleh kerajaan Pusat, maka skandal projek lembu Paya Mat Insun ini lebih besar tiga kali ganda (dari segi nisbah pendapatan Negeri dan Pusat). Maka ianya satu penyelewengan yang sangat besar.

Semua penyelewengan BN ini muncul satu persatu di penghujung penggal pemerintahan seolah-olah satu 'anugerah' kepada jentera penerangan Pakatan untuk mengasak BN hingga rapat ke dinding. Ia mengingatkan kita kepada tekanan untuk BN Pusat juga yang muncul satu persatu mengasak mereka kini. Isu lembu NFC rupanya bukan yang terakhir. Muncul lagi isu RM40 juta sumbangan politik untuk UMNO Sabah, muncul Tan Sri Musa Hassan membongkar campurtangan menteri terhadap polis, muncul pula hakim Perancis yang mahu meneliti rekod kes pembunuhan Altantuya dan terbaru muncul India penjual karpet yang dedahkan segala skandal Najib dan Rosmah satu persatu hingga tidak terjawab oleh Najib.

Berbalik isu di Kedah, sebuah jawatankuasa khas menyenaraikan semua penyelewengan yang berlaku di zaman BN. Hasilnya, kerugian dan anggaran kerugian bagi setiap 'projek sakit' tinggalan BN itu adalah seperti berikut:

Yayasan Islam -RM11 juta, projek udang Kerpan -RM8.31, Jerai International Park -RM22 juta, Projek 990East Langkawi -RM48 juta, Seri Temin -RM25.6 juta, Logi air Pdg Sanai & Lubuk Buntar -RM145 juta, Taliworks Langkawi -RM125 juta, Kompleks MPSPK -RM10 juta, Projek balak laluan TEKIH -RM3 juta, ubahsuai Seri Mentaloon -RM2 juta dan projek feedlot di Pendang -RM3.5 juta. Jumlah keseluruhannya ialah RM403.41 juta!

- ZULKIFLI YAHAYA


Video - Ceramah Bekas Anggota Tentera (KOBAT)

Posted: 10 Dec 2012 05:35 AM PST



'Perang' Musa - Ramli makin Panas

Posted: 10 Dec 2012 03:57 AM PST

Musa minta Ramli perjelas 'kekayaan'

Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan hari ini menggesa Datuk Ramli Yusuff supaya menjelaskan bagaimana bekas pengarah jabatan siasatan jenayah komersial itu "mengumpul kekayaan yang besar" semasa berkhidmat.

"Beliau harus menjawab. Bagaimana dia boleh memperolehi kekayaan yang besar ketika dia masih dalam pasukan (polis)?


"Saya tidak mempunyai kekayaan sebesar itu. Beliau perlu menjawab," dakwa Musa dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan seorang penulis blog pro-Umno yang dikenali dengan nama Bigdog.

Dalam tulisan blog itu, Bigdog mendakwa Ramli memfailkan satu pengisytiharan pada 4 September 2007 yang menyenaraikan 52 aset yang bernilai lebih RM8 juta termasuk sebuah kondominium di Residence Pavilion bernilai RM1.1 juta.

Ramli sebelum ini mendakwa Musa menyalahgunakan kuasanya untuk melindungi seorang ketua kongsi gelap Johor, Goh Cheng Poh atau Tengku Goh.

http://www.malaysiakini.com/news/216356



Tiada ulasan: