Sabtu, 22 Disember 2012

dollah yankee

dollah yankee


Presiden 3 $10.00

Posted: 22 Dec 2012 07:23 AM PST


PERKASA (bagi kami blogger yang pro PR,kami gelarkannya PERKOSA kah.kah.kah) adalah sebuah badan NGO yang pada pandangan kami mempunyai semangat perjuangan membela melayu yang tersangat lah ekstrem dan ganas. Sebuah NGO melayu yang telah menimbulkan keresahan kepada rakyat Malaysia yang dari dulu semasa ianya mula ditubuhkan hingga lah ke hari ini, mereka bergerak untuk membuang semangat semangat muhibbah dan toleransi kaum.

Presiden Perkasa Ibrahim Ali, kenyataannya seringkali menimbulkan perasaan benci dan meluat dengan telatah dan kata – katanya. Namun begitu ahli-ahli perkasa yang ada, yang tak kurang ramai itu seperti cukup 'bangang'  kerana mereka tetap tidak sedar bahawa mereka sentiasa dipermainkan oleh ketua dan presiden mereka Ibrahim Ali. 

Yang paling tak dapat dilupa ialah pada perhimpunan raksasa rakyat BERSIH 2.0. Ketika puluhan ribu rakyat sudah bersiap sedia mahu berhimpun, Ibrahim Ali pun mengeluarkan kenyataan nya, mengugut dengan mengatakan dia akan turut bertempur dengan rakyat jika rancangan BERSIH 2.0 mahu berhimpun diteruskan. Dia juga mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan memimpin 50,000 ahli Perkasa untuk berperang dengan rakyat. Tapi pada hari tersebut dia telah hilang, akhirnya dia 'kantoiii', bila ada orang sudah 'pecah lubang' kata dia sedang duduk diam dalam rumah dan tengok TV3 suku sepanjang hari. Hebat..memang hebat ketua kamu semua. "Dengan bersemangat dia menggesa ahli-ahli perkasa semua keluar dan turun ke Tasik Titiwangsa, tapi di manakah dia? Dok 'tidoq' dalam rumah". Kah.Kah.Kah..

Ketika perhimpunan 901 dirancang untuk diadakan, sekali lagi Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan. Mahu mengerahkan puluhan ribu ahli Perkasa untuk berhadapan dengan rakyat yang mahu melihat Anwar Ibrahim dibebaskan. Tetapi mana dia sudah pergi bila perhimpunan itu berlangsung? 

Tidak malukah anda semua mempunyai ketua yang penakut itu? Kita lihat sahaja pimpinan NGO yang lain-lain yang memperjuangkan nasib rakyat. Mereka turun untuk turut serta berhimpun dan sanggup menghadapi risiko dibelasah oleh pihak berkuasa. Lihat sahaja pimpinan Pakatan Rakyat, mereka sanggup bersama-sama dengan rakyat dan mengambil risiko untuk dikasari oleh pihak berkuasa.

Bukan itu saja kes Ibrahim Ali main ahli-ahli nya, banyak lagi lahhh...

Tahu kah yang Ibrahim Ali telah memalukan anda semua? Anda semua telah dikeji, dikutuk dan dihina hanya kerana keceluparan Ibrahim Ali yang berlagak berani mati tetapi sebenarnya penakut dan apa habuk pun tarak!

Kepada ahli-ahli Perkasa, sudah-sudahlah, berubahlah. Buanglah semangat perkauman dan gunakan keberanian anda untuk membela rakyat yang memerlukan pembelaan. Mari lah bersama dengan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dan menyertai rakyat Malaysia yang lain yang mencintai keADILan dan menentang kezaliman.

dollah yankee -

2012 ini juga adalah tahun tutup buku Berahim sebagai seorang politikus ...

Tiada ulasan: