DIALOG RAKYAT |
- Tak Mengakui Blog Sendiri, Permulaan Kebinasaan PAPAGOMO!
- PERHIMPUNAN PERGI TANPA PAHALA, BALIK MENAMBAH DOSA
- Usia bersara baru swasta dikuat kuasa 1 Julai 2013
- Ceroboh tapak ceramah suatu kesalahan – Musa Hassan
- Jangan salah guna ilmu silat – Pengasas Silat Pusaka Gayong
- Guan Eng saman Utusan, Ketua Pemuda Umno
- Musa: Polis patut hentikan keganasan di Gombak
- ‘Umno memang tak boleh diharap bela Islam’
- Keselamatan: Jangan pertaruh masa depan Usia
- Lebih 5,000 sudah memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim
- 100 sertai Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0
- DAP: Rakyat hanya puas hati jika ikan besar didakwa
- Ally: 'Cinta selepas kahwin lebih indah'
- AES tidak sepatutnya diswasta, kata Musa
- IPP: Pakatan perintah, TNB jimat RM3.5b setahun
- Selangor arah JPJ, syarikat AES tutup kamera
- Anggota JPAM cedera ditembak ketika meronda di Bukit Mertajam
- Jimmy diharam jejak rumah bekas isteri
- Kesilapan teknikal AES: Saman dibatal
- Musa: Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal
- Peranan Musa Hassan dalam politik tanah air
- Mokhzani calon BN di Kedah?
- Politik samseng: Jangan gadai maruah kita
- Pemuda Gesa Tubuh Suruhanjaya Bebas Menyiasat Pendedahan Musa Hassan
- Laporan Polis Konvoi Oren; Umno Kelam Kabut, Pengecut
Tak Mengakui Blog Sendiri, Permulaan Kebinasaan PAPAGOMO! Posted: 07 Dec 2012 03:36 PM PST KELAB GREENBOC Disaman RM10Juta... PapaGomo tak mengaku dia pemilik Blog PapaGomo. Dari pendedahan-pendedahan yang berunsur fitnah yang dibuatnya, aku sangkakan dia ini seorang yang bertanggungjawab.... tapi rupanya sama saja dengan pencacai-pencacai UMNO yang lain.... berani baling batu tapi takut nak tunjuk tangan. Menurut sumber yang mengikuti pusingan pertama saman Husam terhadap PAPAGOMO yang berjumlah RM10juta itu: PAPAGOMO ini menggunakan peguamnya untuk kerap meminta penangguhan. Tak tau kenapa PAPAGOMO nak pengangguhan ni. Yang lebih menyedihkan, PAPAGOMO seboleh-boleh MENAFIKAN yang blog PAPAGOMO beliau itu bukan miliknya. Kita semua ingatkan PAPAGOMO mahu mempertahankan hujjah tulisan beliau yang tidak disukai Husam Musa itu. Rupanya, sikit pun dia tak sentuh tulisannya itu. PAPAGOMO lebih selesa menafikan blog beliau itu adalah miliknya. Rupanya, manusia PAPAGOMO ni hanya berani mengaum dalam alam siber sahaja. Bila disuruh bertanggungjawab di atas tulisannya, dia menikus. Manusia PAPAGOMO ini adalah jenis manusia pengecut, bachul dan suka baling batu sembunyi tangan. Dia lebih selesa melontar tuduhan dan fitnah dari jauh tanpa mengira tuduhan itu benar atau tidak. Apabila dia disuruh bertanggungjawab di atas tulisannya, terus lari lintang pukang. Dia ingin mengikut jejak langkah kawannya, si Ruang Bicara Faisal, yang berjaya mengelak dari di saman kerana Mahkamah tidak yakin bahawa Faisal ini adalah tuan punya blog Ruang Bicara Faisal. Namun jangan takut kerana walaupun RBF ini menang pusingan pertama, kes beliau sedang berjalan di Mahkamah Rayuan. Khabarnya kali ini selori saksi2 akan memberi keterangan mengecam manusia bachul bernama Faisal ini. Maka atas pengalaman dengan blogger bachul nama Faisal itulah, kali ini peguam2 Husam Musa telah menyeret selori saksi yang akan mengecam PAPAGOMO. Termasuk yg akan jadi saksi adalah sepupu kepada Papagomo sendiri. Kalau ahli keluarga pun cam dia, mcmna dia nak nafi lagi? Rasanya kali ini PAPAGOMO tidak akan dapat lari seperti kawannya Si Faisal itu. Ini kerana trick si Faisal tu Husam Musa serta lawyer2 Husam sudah maklum. Apa punya manusia si Papagomo ni. Blog sendiri pun tak nak mengaku. Jelas kepada kita bahawa Papagomo ini adalah manusia pendusta. ~tulangbesi Ulasan GB GB sudah ulas lama dulu di: Satu Hari Papagomo Tetap Kena Walaupun Polis & SKMM Tak Jalankan Kerja. Kini apa yang GB utarakan hampir menjadi kenyataan. Keengganan beliau untuk mengakui blog itu kepunyaannya bukti awal kebinasaan papagomo! Beliau TAKUT untuk mengakui blog fitnah itu miliknya kerana tahu blog itu menyajikan berita palsu dan dusta. Sepatutnya apabila beliau sudah tidak mengakui blog itu miliknya, pihak berkuasa sudah boleh menyiasat siapa pula yang mengemaskini blog tersebut selama ini kalau bukan papagomo sendiri, dan papagomo boleh pula didakwa kerana menipu jika sebenarnya beliau yang mengemaskinikan blog tersebut. Dusta di atas dusta! Namun, kebal macamana pun papagomo yang dilindungi oleh polis, dengan hukum kebenaran dan hukum Tuhan, papagomo pasti hancur binasa! Bukan saja papagomo, malah sekalian blogger pencacai UMNO yang menyebarkan dan menyemarakkan budaya fitnah, lucah dan porno. Termasuklah polis yang selama ini bersikap double standard! Petikan: GB perhatikan sudah ada laporan polis / SKMM sebelum ini terhadap papagomo tentang banyak isu, salah satunya mengenai video seks. klik untuk baca | ||||
PERHIMPUNAN PERGI TANPA PAHALA, BALIK MENAMBAH DOSA Posted: 07 Dec 2012 03:30 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS BERPEKIK melalak segala juak-juak mereka di dalam satu perhimpunan. Bermula dengan Presiden, Timbalan Presiden juga anak jantan muda dan betina, kesemuanya melolong bagai histeria. Gegak gempita PWTC dibuatnya umpama lembu kena penyakit 'lembu gila'. Tidak lain tidak bukan hanya kerana ingin tunjukkan bahawa sebenarnya mereka adalah pemimpin hebat dan gagah. Mereka bukan dari jenis 'roti kosong' tanpa telor. Maka bertepuk sehingga merah telapak tangan anak-anak buah mereka kerana bangga mereka mempunyai pemimpin yang berani menyalak di gelanggang sendiri. Hakikatnya, satu dunia tahu bahawa itulah pemimpin yang satu-satunya di dunia ini paling penakut untuk berdepan dengan musuh politik mereka. Sudah bertahun rakyat menanti pemimpin ini menunjukkan kejantanannya di khalayak umum, berhujah dengan fakta dan ilmu bagi menangkis hujah lawan politik mereka. Malang sekali, tiada sedikit pun keberanian di dalam jiwa mereka kerana mereka mempunyai jiwa yang penuh dengan kekotoran. Orang salah sememangnya selalu takut. Usahlah diberi berbagai alasan lagi kerana rakyat semakin bijak kecuali yang bertepuk tangan di dalam kandang PWTC itu yang belum sampai masanya untuk cerdik atau pun susah untuk membuang sikap mengampu yang selama ini menjadi tradisi mereka. Sang Timbalan tanpa rasa malu dan segan mengutuk dan mengeji anak Ketua Pembangkang. Kononnya Nurul Izzah itu akan menyesatkan umat-umat Islam. Memang buta mata beliau tidak tahu beza di antara Nurul Izzah dengan Najwa, anaknya sendiri yang menjadi artis yang sering 'bertelanjang' itu. Patutnya beliau malu untuk menuduh anak orang lain yang sentiasa menjaga moral dan auratnya sedangkan anaknya sendiri tubuh badannya setiap hari menjadi santapan jantan-jantan kemaruk. Begitu juga Sang Presiden. Menghina dan memburuk-burukkan Anwar dan pimpinan seperti Tok Guru Nik Aziz. Buta juga mata anak orang Pekan ini terhadap bini nya sendiri dan anak-anaknya yang juga 'bertelanjang' mendedahkan aurat. Jika tanya kepada Iblis sekali pun, Iblis pun tahu menilai siapa lebih mulia di antara Bik Mama dan Wan Azizah. Ertinya, mereka yang bertepuk dan bersorak, kemudiannya menangis air mata buaya di dalam PWTC hari itu, mereka lebih dahsyat dari Iblis untuk membuat penilaian. Cuba tanya perwakilan yang hadir, apa yang mereka boleh rumuskan dan point-point yang mereka bawa balik dari PWTC? Sudah pasti mereka akan lebih banyak bercerita tentang seronoknya tidor di hotel dan membeli belah sepanjang mereka berhimpun. Kesihan mereka, sudahlah pergi tiada berpahala, balik pula membawa dosa. | ||||
Usia bersara baru swasta dikuat kuasa 1 Julai 2013 Posted: 07 Dec 2012 03:22 PM PST MALAYSIA CHRONICLE SHAH ALAM - Pelaksanaan usia persaraan pekerja swasta iaitu 60 tahun akan dikuatkuasakan mulai 1 Julai depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam. "Hasil perbincangan tersebut, kerajaan telah memutuskan bahawa tarikh kuat kuasa pelaksanaan Akta (Umur Persaraan Minimum) ini adalah pada 1 Julai 2013 dan penetapan tarikh itu akan diwartakan pada 1 Januari 2013," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat masing-masing pada 27 Jun dan 17 Julai lalu. Ia diwartakan pada 16 Ogos. Di bawah akta itu, umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah 60 tahun. Oleh itu, kata Dr Subramaniam, majikan tidak boleh membersarakan pekerja mereka secara pramatang. "Namun begitu, seseorang pekerja boleh bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan sebagaimana yang dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif," katanya lagi. Dr Subramaniam juga berkata, majikan yang memerlukan lanjutan tempoh masih boleh memohon penangguhan pelaksanaan. "Jika permohonan tersebut dipertimbangkan, penangguhan tersebut hanya boleh diberikan sehingga 31 Disember 2013 dalam bentuk pengecualian pemakaian (peruntukan) akta ini. "Permohonan itu hendaklah disertakan dengan alasan dan justifikasi yang kukuh secara bertulis dan hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Sumber Manusia selewat-lewatnya pada 28 Februari 2013," kata beliau lagi.sinarharian.com | ||||
Ceroboh tapak ceramah suatu kesalahan – Musa Hassan Posted: 07 Dec 2012 06:20 AM PST Sidiqin Omar SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyifatkan serangan samseng Umno yang diketuai Pemuda Umno Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin sebagai suatu bentuk pencerobohan. "Apabila ada satu pihak menceroboh masuk, tugas polis ialah jangan sampai ada pertumbahan darah. Kalau nampak dia masuk, jangan benarkan," katanya tanpa menyebut Pemuda Umno pada forum 'Wacana Sinar Harian: Politik Samseng Di Mana Maruah Kita' hari ini. Beliau merujuk keganasan samseng Umno pada ceramah di Gombak Utara, 4 Disember lalu yang menyebabkan seorang lelaki cedera tikam manakala Ketua Pas Cawangan Gombak Utara, Haider Samsudin luka di kepala akibat dibaling pasu. Musa berkata, mana-mana pihak termasuk parti pembangkang berhak mengadakan ceramah di tempat terbuka, apatah lagi dalam premis persendirian. "Hanya bagi notis. Kalau di tempat awam, ada permit. Tempat sendiri tak perlu. (Kalau) saya, tak letak berdekatan. Sebelum berlaku, cegah dulu," katanya. "Polis kena adil jalankan tugas. Adakah timbulkan keadaan tak tenteram. Kita tak mahu orang berceramah bersebelahan. "Tugas polis untuk tentukan keselamatan orang awam. Bukan bertembung dan bergaduh. Keselamatan penting. Malu bila tengok politik bertikam," katanya. Pada sidang media pula, Musa sempat berpesan supaya polis tidak perlu menghantar pegawai Cawangan Khas (SB) bagi mengekori pergerakannya. "Tak payahlah ikut-ikut saya. Banyak kerja lain yang boleh dibuat pihak berkuasa. Saya hanya minta betulkan," katanya merujuk teguran dibuatnya kepada Menteri Dalam Negeri. Minggu lalu, Musa mendedahkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga sepupu Perdana Menteri, campur tangan dalam institusi polis ketika pasukan itu diketuai beliau. | ||||
Jangan salah guna ilmu silat – Pengasas Silat Pusaka Gayong Posted: 07 Dec 2012 06:16 AM PST Sidiqin Omar KUALA LUMPUR: Orang yang menyalah guna ilmu persilatan akan dilaknat ikrar yang dilafazkannya, kata pengasas Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid Mat Isa. "Pesilat sentiasa berwuduk, baca ayat surah at-Taubah dan bersumpah laknat. Sebab itu tak boleh tunjuk lagak. "Ilmu silat ada pantang-larangnya. Kalau berlagak, kita tak selamat. Allah yang akan balas," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau merujuk kejadian 4 Disember lalu apabila dua penyokong Pakatan cedera diserang samseng Umno termasuk pesilat Lincah di Dataran Sharuddin, Batu 8 1/2, Kampung Gombak Utara. Seorang daripada mereka cedera ditikam kerambit manakala seorang lagi luka di kepala akibat dibaling pasu. Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia masih mengekalkan gelaran 'Cikgu' meskipun beliau bertaraf mahaguru dalam dunia persilatan. Beliau adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman. Kata Cikgu Majid, silat untuk mempertahan diri jika diancam, bukannya untuk menyerang orang yang tidak bersalah dan tidak bersenjata. "Jangan sengaja tunjuk kelebihan. Saya keluarkan arahan kepada semua guru Gayong dan anak buah, jangan sembarangan tunjuk lagak. "Mereka yang melakukan kesalahan wajib bertaubat," katanya. Beliau juga mengarahkan pesilat Gayong bersiap-sedia menghadapi kemungkinan gangguan berikutan program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar Kedah, 7 Disember ini. | ||||
Guan Eng saman Utusan, Ketua Pemuda Umno Posted: 07 Dec 2012 05:56 AM PST
Pegawai Khas Undang-undangnya, Andrew Yong berkata, Guang Eng akan mengarahkan peguamnya memfailkan saman malu terhadap akhbar milik Umno itu. Shaik Hussein dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, "Guan Eng perlu faham rasuah juga merangkumi skop penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah seperti banglo mewah yang disewanya daripada seorang pengarah berkepentingan dalam KLIDC belum terjawab," Shaik Hussein sebelum ini juga memfitnah Guan Eng menerima rasuah dari Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd (KLIDC) "Rumah yang disewa oleh Ketua Menteri tidak dimiliki oleh pengarah ataupun pemegang saham KLIDC. "Tuan punya rumah sewa Ketua Menteri tidak pernah membuat pembidaan pun ke atas tanah yang dimenangi oleh KLIDC secara tender terbuka, baik secara individu peribadi mahupun menerusi mana-mana syarikat sebagai pemegang saham atau ahli lembaga pengarah. "Fitnah jahat Shaik dan Utusan Malaysia semata-mata suatu rekaan kosong demi mencapai niat jahat politik menjelang pilihanraya besar yang akan datang," kata Yong. Yong juga berkata, saman malu yang akan difailkan terhadap Shaik Hussein dan Utusan Malaysia untuk menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada desakan pertubuhan rasis Umno, dan tidak takut akan Umno dan Utusan. "Cara yang paling baik untuk menentang fitnah pemimpin Umno yang cakap tak serupa bikin adalah dalam mahkamah supaya bukti dapat diberikan secara hitam putih tanpa sebarang keraguan," katanya. Utusan Malaysia sudah dua kali disaman oleh Guan Eng kerana menyebarkan fitnah terhadap beliau. Kedua-dua keputusan mahkamah berpihak kepada Guan Eng yang juga Setiausah Agung DAP. "Namun, Utusan terus menabur fitnah terhadap Guan Eng, DAP dan para pemimpin Pakatan Rakyat, menimbulkan persoalan siapa yang mendalangi Utusan sehingga berani memfitnah dan berbohong serta melacurkan amalan kewartawanan di Malaysia," katanya. | ||||
Musa: Polis patut hentikan keganasan di Gombak Posted: 07 Dec 2012 05:54 AM PST Polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal akan sebarang kewujudan unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang ceramah terbabit. SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menegur sikap polis menangani insiden ceramah politik di Gombak kelmarin sehingga menyebabkan kecederaan orang awam. Beliau berkata, polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal akan sebarang kewujudan unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang ceramah terbabit. "Polis patut halang pihak lain mengganggu ceramah dan jangan biarkan pertumpahan darah berlaku. "Jangan benarkan pihak lawan buat tempat yang sama," katanya dalam sidang media selepas menjadi panel dalam wacana Sinar Harian "Politik Samseng: Dimana Maruah Kita" di Kompleks Karangkraf di sini petang tadi. Turut menjadi panel Presiden Institut Integriti Malaysia Datuk Dr Mohd Tap Salleh, Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dan Penasihat Undang-Undang PAS Hanipa Maidin. Katanya, undang-undang Akta Perhimpunan Aman 2012 yang tidak lagi memerlukan permohonan permit secara tak langsung menyebabkan keselamatan menjadi longgar dan mengurangkan kuasa polis memantau aktiviti ceramah. Dalam kejadian malam Selasa lalu, dua orang penyokong Pakatan Rakyat serta seorang penyokong BN cedera dalam satu pergaduhan di ceramah di tanah lapang di Batu 8 1/2, Gombak. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan semalam dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata bahaya dalam rusuhan. Pada masa yang sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mencabar pihak berkuasa dan menjadikan institusi PDRM sebagai musuh. "Saya nasihatkan kalau ada ceramah politik jangan bergaduh, tak elok," katanya. Sementara itu, beliau turut menolak cadangan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menyiasat salah laku anggota polis di negara ini. Katanya, wujud klausa dalam IPCMC yang tidak adil apabila tidak memberikan peluang kepada polis membela diri di mahkamah. "Sedangkan penjenayah yang dihukum diberi peluang untuk bela diri dimahkamah, polis yang dikenakan tindakan disiplin pula tidak dibenarkan berbuat demikian," katanya. | ||||
‘Umno memang tak boleh diharap bela Islam’ Posted: 07 Dec 2012 05:51 AM PST Sekali lagi Umno diam membisu apabila Gerakan mempertikai peruntukan bagi pembangunan hal ehwal Islam di Pulau Pinang. PETALING JAYA: Umno sememangnya tidak boleh diharap untuk memelihara dan meninggikan syiar Islam, kata Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang, Aidil Ibrahim. Beliau berkata, sekali lagi Umno diam membisu apabila Gerakan mempertikai peruntukan bagi pembangunan hal ehwal Islam di Pulau Pinang jauh lebih besar dari negeri yang dipimpin Umno. Baru-baru ini, seorang pemimpin Gerakan yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mempertikai langkah kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu menaikkan peruntukkan Hal Ehwal Islam sebanyak 300%. Beliau menegaskan, sekiranya kerajaan campuran BN yang diketuai Gerakan suatu ketika dulu tidak mengendahkan peruntukan hal ehwal Islam kerana tidak mendapat nasihat dari Umno, maka tiada sebab untuk Teng Chang cemburu dan iri hati terhadap kepedulian kerajaan Pakatan hari ini yang banyak mengambil berat terhadap pembangunan dan perkembangan Islam di Pulau Pinang. "Apakah Umno tidak lagi peduli tentang Islam? Apakah ada komplot antara Umno dan Gerakan?," soal beliau dalam satu kenyataannya kepada FMT hari ini. Ujar beliau, "Umno bukan sahaja gagal memimpin dan mendidik parti komponen dalam BN tentang Islam malah Umno tidak berbunyi sepatah haram pun untuk mempertahankan Islam apabila hukum menutup aurat dipersenda oleh seorang lagi pemimpin Gerakan, Tan Keng Liang baru-baru ini." Kata Aidil, ternyata parti Gerakan yang retak menanti belah ini seolah-olah telah dipergunakan oleh Umno bagi mencetus suasana tegang antara kaum dan agama. "Taktik serampang dua mata ini mungkin digunakan Umno dengan harapan parti Gerakan kembali disokong oleh kaum bukan Melayu dan dalam masa yang sama, Umno menadah tangan menanti sokongan sekiranya pergaduhan antara kaum atau agama benar-benar berlaku. "Itu adalah kelebihan parti berasaskan kaum atau parti perkauman seperti Umno," ujarnya. Justeru itu kata beliau, SAMM Pulau Pinang memberi amaran kepada Umno supaya tidak cuba untuk bermain api dengan menjadikan parti Gerakan sebagai pemetiknya. "Sentimen perkauman dan ketegangan agama harus dihindar khususnya di Pulau Pinang. Rakyat negeri Pulau Pinang juga harus sedar perencanaan jahat yang disusun ini setelah Umno dan Gerakan menemui jalan buntu untuk merampas semula Pulau Mutiara itu secara demokrasi," tegasnya. | ||||
Keselamatan: Jangan pertaruh masa depan Usia Posted: 07 Dec 2012 05:46 AM PST
"Pihak Pemuda PAS Sabah pada asasnya merasa bimbang berhubung tentang isu ibu pejabat Usia yang kini berada berdekatan Hypermall 1Borneo terutama berkaitan soal keselamatan," kata Ketuanya, Lahirul Latigu dalam satu kenyataan. Berikut adalah kenyataan penuh beliau. Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah dengan ini merasa terpanggil untuk menyuarakan kebimbangan rakyat negeri ini terutamanya di kalangan mereka yang beragama Islam yang semakin gusar melihat beberapa isu yang menyelubungi sebuah pertubuhan yang cukup dihormati oleh umat Islam di negeri ini. Harapan Pemuda PAS adalah supaya pihak Ahli Majlis Tertinggi Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (AMT Usia) tampil membuat penjelasan tentang perkara-perkara yang akan dibangkitkan ini bagi meredakan kebimbangan rakyat. Usia yang merupakan sebuah badan agama Islam ditubuhkan sejak tahun 1969 itu sering diimpikan kebanyakan ahli-ahlinya supaya menjadi pelindung untuk memayungi umat Islam di Sabah. Pihak Pemuda PAS Sabah pada asasnya merasa bimbang berhubung tentang isu Ibu Pejabat Usia yang kini berada berdekatan Hypermall 1Borneo terutama berkaitan soal keselamatan. Pembangunan Hypermall 1Borneo yang dimajukan secara usahasama diantara Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd dan Sagajuta (Sabah) Sdn. Bhd., dengan seluas 4.8 juta kaki persegi merupakan yang terbesar di Sabah yang dibina di atas tanah milik Usia seluas 23.3 ekar di Lebuhraya Sulaman, bersebelahan dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Tinjauan singkat Pemuda PAS Sabah mendapati bahawa stesen penjana kuasa elektrik bagi kegunaan 1Borneo telah ditempatkan di dalam bangunan yang sama dengan Ibu Pejabat Usia. Pemuda PAS Sabah difahamkan bahawa, bangunan tersebut adalah milik Usia sepenuhnya, maka adalah menimbulkan persoalan; adakah tindakan penempatan stesen penjana kuasa elektrik tersebut telah mendapat persetujuan AMT Usia atau tidak. Pemuda PAS Sabah juga merasa bimbang; adakah dengan kedudukan stesen tersebut tidak akan menimbul sebarang implikasi keselamatan dan kesihatan terhadap kakitangan Usia yang setiap hari berkemungkinan mendapat mudarat daripada perkara tersebut dan adakah para AMT USIA turut diletakkan dalam risiko yang sama kerana mereka kerap berurusan di bangunan tersebut sedangkan mereka itu terdiri daripada tokoh-tokoh penting masyarakat. Justeru itu, timbul persoalan adakah penempatan stesen penjana kuasa elektrik tersebut telah ditapis perihal keselamatannya oleh pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan lain lain agensi kerajaan yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan? Persoalan-persoalan lain juga turut dibangkitkan oleh rakyat berkaitan isu ini adalah:
Kesemua ini membawa kepada persoalan yang besar iaitu:
Akhirnya Pemuda PAS Sabah juga berkongsi kebimbangan besar ibu bapa dan keluarga kepada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang ditempatkan di bangunan tersebut sebagai kolej kediaman. Satu keraguan timbul, adakah pihak pengurusan UMS telah mengambil kira dengan cermat segala risiko apabila mereka memilih untuk memilih bangunan tersebut atau mereka sekadar mencari penyelesaian mudah kepada masalah penempatan mereka dengan menggadaikan soal keselamatan anak didik mereka? Pemuda PAS Sabah mengingatkan bahawa yang dipertaruhkan dalam isu ini adalah nyawa insan yang menjadi tenaga kerja Usia dan juga individu-individu penting yang menjadi AMT Usia, bahkan usah dipandang enteng pula tentang nyawa mahasiswa yang menjadi harapan keluarga dan tonggak negeri ini pada masa depan. Adalah amat tidak wajar sekiranya Usia dan semua pihak yang terlibat membisu dalam isu ini. Justeru, Pemuda PAS Sabah menuntut segala keraguan yang dibangkitkan ini perlulah dijawab dengan kadar yang segera. | ||||
Lebih 5,000 sudah memenuhi Stadium Sultan Abdul Halim Posted: 07 Dec 2012 04:14 AM PST
(Ustaz Azhar Idrus memberikan tazkirah di majlis petang menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat malam ini) ALOR SETAR: Lebih 5,000 rakyat Kedah mula berhimpun di Stadium terbuka Sultan Abdul Halim, Suka Menanti petang ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah. Majlis bermula sejak jam 3 petang apabila para pemuda PAS membuat perarakan bermotor dari Gurun ke stadium berkenaan. Di Stadium terbuka itu, ucapan dari pelbagai NGO dibuat untuk menyatakan sikap mereka dalam pelbagai perkara yang menyangkut perjuangan dan tuntutan masing-masing. Antaranya Kempen Anti Saman Ekor (Kase), R yang memperjuangkan royalti untuk Kelantan serta Anak. DAP pula membawa treler kempen mereka dan dijangka PKR akan datang dengan bas dua tingkatnya. Acara kemuncak petang ini adalah tazkirah dari ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus. Sebelum bermula Ustaz Azhar Idrus melancarkan Alternatif Riding Club (ARC) peringkat negeri Kedah. Dengan Leman Raja Lawak mengacarakan majlis, perhimpunan petang ini begitu meriah sekali apabila bandaraya Alor Setar bercuaca cerah yang membolehkan orang ramai memenuhi stadium terbuka itu dengan selesa. Kemuncak perhimpunan adalah malam ini apabila tokoh-tokoh Pakatan Rakyat akan memberikan ucapan mereka yang berupa amanat-amanat penting menjelang pilihan raya umum akan datang. Antaranya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang serta Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan razak. Himpunan ini adalah yang ke empat selepas Seremban, Kota Bharu dan Batu Pahat di Johor. Besok himpunan akan diadakan di Melaka manakala Ahad akan diadakan di Temerloh, Pahang. 14 dan 15 Disember ini himpunan akan diadakan pula di Terengganu. Kemuncak adalah himpunan yang menjangkakan kehadiran 1 juta orang pada 12 Januari di Kuala Lumpur. | ||||
100 sertai Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0 Posted: 07 Dec 2012 04:07 AM PST Kira-kira 100 orang mengayuh basikal menyertai acara 'Rakyat Pengayuh Perubahan 2.0' yang dianjurkan oleh NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) di Negeri Sembilan hari ini. Majlis itu dilancarkan oleh Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Nasir Hashim dan enam wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat di Pasar Besar Seremban pada jam 9.30 pagi ini. Antara ADUN Pakatan yang hadir memberi sokongan ialah Chai Tong Chai (PKR-Chuah), Che Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang), Mohamed Taufek Abd Ghani (PAS-Paroi) dan M Ravy (PKR-Port Dickson). Acara itu bertujuan menuntut tujuh perkara antaranya pilihan raya bersih dan adil, gesaan supaya menghentikan pemusnahan alam sekitar, perumahan selesa untuk rakyat dan tuntutan supaya kerajaan menghentikan penswastaan perkhidmatan awam. Selain itu, mereka juga menuntut supaya kerajaan melindungi hak dan kebajikan pekerja, hak untuk berhimpun secara aman, hak bersuara dan juga memansuhkan undang-undang yang didakwa zalim. Peserta akan melalui 23 kawasan luar bandar dan ladang di tujuh daerah di negeri itu sebelum berakhir di Wisma Negeri untuk menyerahkan memorandum tuntutan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Anthony Loke. Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Koordinator JERIT Negeri Sembilan P Nithiya berkata sepuluh lokasi yang menjadi laluan dan tumpuan peserta pada hari ini. "Kami tiba di Lenggeng pada jam 10.30 pagi tadi. Kami disambut oleh PAS kawasan itu, dan turut menyajikan makanan untuk kami. Kami mengedar risalah mengenai tuntutan rakyat itu di semua tempat yang lalui," katanya. Menurutnya lagi, peserta turut disambut penduduk Ladang Kerbi kira-kira jam 12 tengahari. Mereka turut meluangkan masa untuk mendengar keluhan dan tuntutan penduduk terbabit, antaranya menuntut supaya rumah, tanah dan kuil mereka di ladang itu dipelihara. Mereka juga menuntut pampasan daripada Sime Darby kerana mendakwa diberhentikan kerja selepas tanaman getah ditukar kepada kelapa sawit. "Sambutan rakyat cukup bagus. Mereka bertanya tentang acara kami dan kami juga menjelaskan tuntutan kami dan mengutip tandatangan untuk diserahkan bersama memorandum itu nanti," katanya. Nithiya berkata pihaknya dijangka sampai di DUN Rantau dalam parlimen Rembau kira-kira jam 6 petang ini dan akan bermalam di pejabat PKR di situ sebelum meneruskan berbasikal esok. | ||||
DAP: Rakyat hanya puas hati jika ikan besar didakwa Posted: 07 Dec 2012 04:05 AM PST MALAYSIA KINI DAP bersetuju dengan cadangan Transparency International (TI) untuk melakukan perubahan struktur dalam memerangi rasuah, kata setiausaha agungnya, Lim Guan Eng. Cadangan-cadangan tersebut ialah: 1. Reformasi politik untuk mengurangkan politik wang dan menyisihkan peluang yang mengakibatkan rasuah besar. 2. Terus memperkuatkan institusi-institusi penguatkuasaan undang-undang seperti SPRM, badan kehakiman dan polis. Keyakinan awam hanya boleh diperolehi jika mereka benar-benar bebas. 3. Meluhurkan undang-undang tanpa takut atau memihak supaya "ikan besar" tidak imun daripada dakwaan. 4. Membaik pulih Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat di peringkat persekutuan. 5. Tindakan tegas dan konsisten dalam menegakkan ketelusan dan kebertanggungjawab dalam kontrak kerajaan dan pemerolehan awam. 6. Menangani rasuah sistemik dengan bertumpu kepada sektor-sektor khusus melalui penglibatan semua pihak berkepentingan termasuk sektor swasta, awam dan masyarakat madani. 7. Memperbaiki perundangan untuk melindungi peniup wisel dan menggalakkan pemberian maklumat yang lebih. Lim berkata, di bawah Pakatan, pihaknya berjanji untuk memperkenalkan reformasi yang dicadangkan oleh TI itu bagi memastikan Malaysia menduduki tangga ke-30 dan ke atas menjelang akhir penggal pertama selepas pilihan raya umum Ke-13. Rakyat Malaysia, tegas Lim, boleh berpuas hati dengan usaha untuk membanteras rasuah hanya apabila "ikan besar" berjaya didakwa serta perubahan asas diperkenalkan untuk memerangi rasuah. "Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang baru dikeluarkan Transparency International menunjukkan Malaysia telah meningkat dalam kedudukan daripada tangga ke-60 daripada 183 pada tahun 2011 kepada tangga ke-54 daripada 176 buah negara pada tahun 2012. "Walaupun peningkatan dicapai dalam CPI, skandal-skandal seperti skandal RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC) tetap berterusan. "Baru sekarang kita dapat lihat penyalahgunaan kuasa yang berlaku dalam kerajaan Selangor terdahulu, di mana tanah yang kini bernilai RM300 juta telah dijual kepada parti komponen BN dengan harga RM1 sekaki persegi (skp). "Atau bagaimana wakil-wakil BN di Pulau Pinang menjual tanah primer di Tanjung Tokong, bersebelahan dengan Gurney Drive pada harga RM1 skp," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Peningkatan keseluruhan dalam CPI, kata Lim, mengaburi penemuan lain yang membimbangkan, seperti yang ditunjukkan dalam Kajian Pemberi Rasuah (Bribe Payer's Survey). "Sebagai contoh, apabila ditanya "Adakah ia satu kelaziman bagi penjawat awam untuk meminta atau menerima rasuah?", Malaysia mencatat markah 4.1 daripada 5 (5 merupakan yang paling teruk), iaitu sebahu dengan Indonesia yang menduduki tangga ke-118 dalam CPI. "Apabila ditanya "Adakah ia satu kelaziman bagi penjawat awam, khususnya mereka yang berjawatan tinggi serta ahli politik, untuk menyalahguna wang awam?", Malaysia mencatat 4.3 daripada 5, markah yang lebih teruk berbanding Indonesia yang mendapat 4.2. "Yang paling membimbangkan adalah hakikat bahawa 50 peratus responden percaya mereka telah kehilangan peluang perniagaan akibat rasuah, lantas meletakkan Malaysia di kedudukan paling teruk daripada kesemua 31 negara yang dikaji dalam Kajian Pemberi Rasuah, lebih teruk daripada Indonesia (47%), Pakistan (42%) dan Rusia (39%)," tambahnya. Menurut Lim lagi, jika salah satu teras utama NKRA Memerangi Rasuah – untuk mengukuhkan agensi penguatkuasaan, menangani rasuah besar serta mengurangkan ketirisan dalam pemerolehan kerajaan – dilaksanakan dengan betul, Malaysia sudah lama melonjak ke tangga ke-30 dan ke atas dalam CPI. "Kegagalan untuk mengambil tindakan ke atas "ikan besar" tidak meyakinkan rakyat tentang kredibiliti SPRM atau komitmen politik kerajaan," tambahnya. Pada masa yang sama, tambahnya, walaupun terdapat banyak laporan polis, dakwaan serta siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak dan Sabah, tiada tindakan yang diambil atau siasatan penuh dilakukan oleh SPRM. Laporan TI 2012 juga, kata Lim, tidak merangkumi "sumbangan politik" RN40 juta kepada Umno Sabah serta pendedahan ahli peniaga Deepak Jaikishan mengenai urusan tanah yang mencurigakan. | ||||
Ally: 'Cinta selepas kahwin lebih indah' Posted: 07 Dec 2012 04:03 AM PST WALAUPUN tidak menjalinkan hubungan cinta sebelum berkahwin, namun pasangan ini berjaya membuktikan pilihan keluarga mampu memberi kebahagiaan. Bagi pengacara terkenal, Ally Iskandar, tidak pernah mengungkap rasa cinta sebelum disatukan bukanlah halangan untuk membahagiakan isteri tercinta, Nurfarahin Romli, 22. Membina bahtera rumah tangga bersama insan pilihan keluarga, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mirdza Mohd Radzi, 36, tidak pernah menduga mampu memiliki insan istimewa seperti Farah sebagai pendamping hidup. Malah, bagi Ally, hubungan yang dibina tanpa berpandukan cinta sebelum kahwin ini mampu memberikan seribu satu nikmat buatnya. "Alhamdulillah, saya menerima jodoh yang ditentukan keluarga dan terbukti mereka membuat perkara tepat dalam memilih Farah sebagai isteri. Walaupun sudah hampir setahun hubungan perkahwinan ini, namun ia masih 'baru' dan indah. "Mengenali Farah membuatkan saya kenal diri sendiri. Segala kelemahan dan kekurangan sama-sama kami perbaiki dalam kehidupan. Kami sama-sama belajar memahami diri masing-masing dan cuma memberikan yang terbaik. "Maklumlah, cinta kami disemai selepas kahwin, jadi di saat ini kami masih bercinta. Namun bagi saya, cinta selepas kahwin lebih indah berbanding cinta tanpa ikatan," katanya yang disatukan pada 20 Januari lalu di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Pegang prinsip, jaga batas Mungkin ramai yang menggelengkan kepala apabila berbicara mengenai hubungan jarak jauh bagi pasangan suami isteri. Namun, bagi Ally, tiada istilah jauh atau dekat sekiranya masing-masing utuh dengan prinsip dan sentiasa menjaga batas-batasnya. "Kami saling mempercayai dan menganggap ia sebagai sebahagian daripada dugaan alam perkahwinan. Lagipun, dia perlu berada di Korea untuk menghabiskan pengajian yang masih berbaki sehingga hujung tahun ini. "Rindu memang rindu, tetapi saya harus bersabar dan berkorban buat ketika kerana masing-masing mempunyai komitmen sendiri. "Namun, kami sentiasa menyokong kerjaya masing-masing dan saling memberi sokongan moral. Walaupun saya bergelar selebriti, namun Farah memahami dunia kerjaya saya," katanya yang sesekali terbang ke Korea untuk melepaskan rindu. Farah yang melanjutkan pelajaran di Universiti Inha, Incheon, Korea Selatan, bakal menamatkan pengajiannya pada bulan depan. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya melahirkan rasa keterujaan untuk memiliki cahaya mata. Bagi Ally, walaupun sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai bapa, namun dia harus memikirkan beberapa perkara termasuk situasi isterinya yang sedang belajar. "Memang saya teringin nak anak, tapi saya harus fikirkan keadaan Farah pula. Ini bukanlah masa sesuai untuk berbicara mengenai cahaya mata kerana tidak mahu Farah terbeban. "Biarlah dia habis belajar dulu, barulah kami akan fikirkan perkara ini. Insya-ALLAH, selepas Farah pulang, kami akan berbincang," katanya. Tidak mengongkong Sebagai selebriti, tidak pernah terlintas di fikiran Ally untuk 'menarik' Farah menceburi kerjaya seninya. "Saya pernah membawa Farah dalam program, Singgah Sahur, untuk memperkenalkan dunia saya kepadanya. Namun, bukan untuk mengajarnya menceburi dunia seni. "Dengan cara itu, dia akan lebih faham kerja saya dan kami saling memahami tugas masing-masing," katanya. Namun, akui Ally, walaupun dunia mereka berbeza, namun jika diamati, ia lebih kurang sama kerana Farah juga mempunyai kelompok pengikut dalam dunia blognya. "Saya tidak pernah menghalang minat Farah, jika dia selesa menulis, dia boleh teruskan aktiviti itu. "Namun, saya tidak mahu tulisan itu lebih menjurus kepada kesempurnaan dan menggambar betapa baiknya kita kerana kami juga manusia biasa. Saya bimbang jika penyampaiannya mengundang rasa tidak puas hati pihak lain," kata Ally yang enggan dilabel sebagai otai dalam bidang pengacaraan. Ceburi perniagaan online Bijak mengatur langkah untuk mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan, kini Ally dan Farah memiliki perniagaan online sendiri, Farah Iskandar. Mula beroperasi pada 10 November lalu menerusi tempahan online, perniagaan ini mendapat sambutan daripada golongan Muslimah. Memetik kenyataan daripada laman Facebook milik Farah, sebagai permulaan, mereka memperkenalkan selendang bawal yang dijual menerusi online secara tempahan. "Pertama kali membuka tempahan, masih dalam proses untuk menyesuaikan diri dalam menguruskan koleksi. "Jadi kami mengambil keputusan untuk tidak menerima terlalu banyak order, khuatir tidak terlayan dan berlaku kecuaian. "Insya-ALLAH kami akan kembangkan perniagaan secara beransur-ansur. Maafkan kami jika gagal memuaskan semua pihak," kata Farah menerusi laman Faceboknya, Farah Iskandar. | ||||
AES tidak sepatutnya diswasta, kata Musa Posted: 07 Dec 2012 03:59 AM PST SHAH ALAM - Perkara-perkara yang membabitkan pelaksanaan undang-undang seperti kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak wajar diswastakan kerana boleh menimbulkan persoalan di kalangan rakyat sama ada ia bermotifkan keuntungan, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Justeru, kata beliau, dalam keadaan sekarang penerangan yang terperinci harus dilakukan supaya rakyat benar-benar faham berkenaan hal itu dan tidak menimbulkan persepsi yang bukan-bukan. "Sepatutnya benda-benda seperti penguatkuasaan kita tidak boleh swasta tetapi oleh kerana sudah dibuat begitu, jadi saya harap ini harus dimulakan dengan memberi pendidikan kepada orang ramai terlebih dahulu kerana mereka takut sekiranya sistem ini hanya untuk mendapatkan keuntungan bagi pihak syarikat. Itu kita kena beritahu. Itu penting," jelas beliau. Projek AES dianugerahkan kepada syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, projek AES diberikan kepada syarikat berkenaan pada tahun 2008. Projek AES ini menimbulkan reaksi pelbagai pihak sama ada di kalangan pemimpin kerajaan, pembangkang dan tidak kurang juga rakyat yang tidak berpuas hati dengan pelaksanaan sistem terbabit. Oktober lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan, empat kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan untuk pemasangan AES. Katanya, pemasangan 331 kamera AES yang dicadangkan di empat negeri terbabit, seharusnya mendapat kelulusan pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu. Esok kerajaan negeri Selangor akan menutup dua kamera AES di Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan berhampiran jalan Bangi ke Cyberjaya. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tindakan itu ekoran kegagalan kementerian yang bertanggungjawab memberi respon kepada surat yang dihantar oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang). Kerajaan Negeri Selangor menyifatkan kamera AES dipasang sewenang-wenangnya dan tidak mengikut pemerhatian, analisis dan kajian oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros). | ||||
IPP: Pakatan perintah, TNB jimat RM3.5b setahun Posted: 07 Dec 2012 03:53 AM PST PKR hari ini menawarkan kaedah penjimatan RM3.47 bilion setahun daripada bayaran yang dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada syarikat pembekal kuasa bebas (IPP) sekiranya mereka memerintah selepas pilihan raya umum akan datang. Ia akan dapat dicapai melalui pengurangan rizab margin kuasa elektrik dan rundingan semula kontrak sedia ada di antara IPP dan TNB, kata Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen. Menurut Wong Chen, pulangan atas pelaburan (ROI) IPP sekarang secara puratanya adalah 19 peratus - satu kadar keuntungan yang terlalu tinggi berbanding penanda aras global yang meletakkannya pada kadar 10 peratus shaja. Mengambil kira sektor penjanaan kuasa yang melibatkan kontrak jangka panjang dan risiko operasi yang kecil, Wong percaya ROI tersebut boleh dirunding semula kepada 10 peratus sahaja dan membolehkan TNB menjimatkan RM2.6 bilion setahun. "Pakatan Rakyat komited untuk merunding semula dengan IPP untuk menurunkan purata ROI daripada 19 peratus kepada 10 peratus," katanya. Beliau turut mencadangkan agar rizab margin kuasa sekarang pada 38 peratus dikurangkan kepada 20 peratus sahaja yang merupakan satu kadar optimum. Langkah tersebut katanya akan membolehkan TNB menjimatkan RM870 setahun. Penjimatan yang diunjurkan PKR itu juga akan melonjakkan keuntungan tahunan TNB kepada RM5.6 bilion daripada RM2.14 bilion setahun, tambahnya lagi. Beliau turut menyatakan komitmen PKR untuk memastikan pentadbiran TNB bebas campurtangan politik dan perkongsian laba TNB dengan pekerja dan pengurusan TNB apabila sasaran kewangan dan operasinya dipenuhi. "Kita akan pertimbang penjualan 10 peratus saham TNB yang dipegang Khazanah kepada semua 30,000 pekerja dan pengurusan TNB. "Ini sebahagian daripada dasar ekonomi "management buy-out" untuk mewujudkan kelas menengah pengurus - pemilik dan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam sektor swasta," katanya. VIDEO l 5.52 min | ||||
Selangor arah JPJ, syarikat AES tutup kamera Posted: 07 Dec 2012 03:52 AM PST SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor tidak akan menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang sepatutnya dilakukan petang ini, seperti dilaporkan semalam, sebaliknya mahu dua syarikat penyedia dilantik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau agensi itu sendiri menutupnya. Perkara itu dimaklumkan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) sebentar tadi. Sehubungan itu, kenyataan MPSepang menyebut pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas tempoh matang notis dikeluarkan. "Majlis Perbandaran Sepang tidak menutup kamera AES di dua lokasi yang terlibat yang sepatutnya akan dijalankan pada petang ini sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata kenyataan majlis itu. Sebaliknya katanya, pihaknya telah mengarahkan pihak syarikat yang bertanggungjawab memasang kamera tersebut iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menutup sendiri kamera mereka melalui notis Seksyen 72(1)c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan semalam. "Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," katanya lagi. | ||||
Anggota JPAM cedera ditembak ketika meronda di Bukit Mertajam Posted: 07 Dec 2012 03:50 AM PST SINAR HARIAN GEORGETOWN - Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) cedera terkena tembakan ketika melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Kulim, Bukit Mertajam malam semalam. Timbalan Ketua Polis negeri SAC Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, dalam kejadian 11.15 malam itu, Adi Luqman Zainal Abidin, 27, sedang meronda dengan menaiki motosikal bersama rakannya sebelum terserempak dengan dua lelaki yang berkelakuan mencurigakan. "Apabila petugas mendekati dua lelaki terbabit, mereka terus melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota berkenaan di Hospital Pulau Pinang, di sini hari ini. Beliau berkata, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah dua anggota JPAM terbabit setelah menyedari mereka dikejar dan satu tembakan mengenai bahagian pinggang kiri Adi Luqman. Keadaan Adi Luqman kini dilapor stabil, katanya. Katanya polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menjejaki dua lelaki terbabit dan yakin suspek dapat diberkas tidak lama lagi. Beliau berkata, insiden itu adalah yang pertama melibatkan anggota polis bantuan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan," katanya. - Bernama | ||||
Jimmy diharam jejak rumah bekas isteri Posted: 07 Dec 2012 03:47 AM PST Pengacara Jimmy Shanley telah diharamkan oleh bekas bapa mertua, Datuk Suhaimy Othman untuk menjejakkan kakinya ke rumah mereka di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini sejak Januari 2011. Menurut laporan akhbar Kosmo!, Jimmy memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis bahawa dia mengaku dia tidak pernah berjumpa dengan anak tunggalnya, Zahra Rania Shanley, yang berusia setahun tujuh bulan yang tinggal di rumah tersebut sehingga kini. "Kali terakhir saya bertemu anak saya ialah pada April lalu, itu pun apabila bekas ibu mertua (usahawan kosmetik, Datin Muniroh Kassim) membawa anak saya ke rumah saya sendiri," kata Jimmy yang diwakili peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus. Jimmy menetap di Putra Heights, Subang Jaya, Selangor berkata demikian semasa disoal balas peguam syarie Sa'adiah Din yang mewakili bekas isterinya, Norsuhaila Eliani berhubung alasan pengacara itu tidak melawat Zahra. Ia merupakan perbicaraan permohonan hak jagaan yang difailkan Nursuhaila, 26, selaku plaintif dan Jimmy pula sebagai defendan selepas mereka gagal memberi kata sepakat berhubung perkara tersebut sejak bercerai pada 10 Oktober lalu. Menurut Jimmy, kali terakhir dia datang ke rumah mertuanya itu pada Julai 2011 untuk berjumpa dengan anaknya yang lahir pada 24 Jun 2011. Bagaimanapun, sejak itu dia tidak pernah berkunjung ke sana lagi apabila plaintif memberikan pelbagai syarat kepadanya untuk berbuat demikian. | ||||
Kesilapan teknikal AES: Saman dibatal Posted: 07 Dec 2012 03:45 AM PST Seramai 24 pemandu didenda RM300, manakala 20 dilepaskan dengan amaran oleh Mahkamah Majistret Trafik Kuala Lumpur semalam setelah mengaku bersalah tidak mematuhi isyarat lalulintas yang dipantau Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES). Selain itu, 13 lagi mengaku tidak bersalah dan kes mereka akan disebut semula pada 24 dan 26 Disember ini. Kesemua mereka diwakili lima peguam antaranya Zulhazmi Shariff dan Mohd Fikah Sanusi. Kes itu didengar di hadapan Majistret Noorashikin Sahat. Sementara itu, kes terhadap seorang wanita berusia dalam 50-an ditarik balik atas alasan kesilapan teknikal. Kesemua mereka yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan profesion seperti akauntan, jurujual dan peguam, didakwa gagal mematuhi isyarat merah lalu lintas di sepanjang Jalan Klang Lama ke Jalan Sepadu, dan di Jalan Ipoh antara hujung bulan September hingga awal Oktober lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM2,000. Pegawai pendakwa dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zulkhairee Sabirudin mewakili pihak pendakwaan. | ||||
Musa: Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal Posted: 07 Dec 2012 03:38 AM PST SHAH ALAM - Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang. "Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku," katanya, semalam. Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian yang membincangkan tajuk Politik Samseng: Di Mana Maruah Kita yang diadakan di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini. Selain Musa, wacana turut mengundang Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh dan Jawatankuasa Pas Pusat, Muhamed Hanipa Maidin. Wacana itu dikendalikan oleh Profesor Datuk Mohamed Abu Bakar dari Universiti Malaya. Musa berkata, kerajaan yang membiarkan keganasan politik berleluasa juga tidak akan bertahan lama kerana mereka juga akan berisiko digulingkan melalui cara sama. "Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan. "Jika pemimpin tidak mengawal ahli, inilah yang berlaku seperti di negara Arab, banyak keganasan berlaku. Pemimpin jangan sesekali menggalakkan keganasan politik serta pergaduhan," katanya. Beliau berkata, dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, politik keganasan dan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan kerajaan tidak sepatutnya berlaku. "Budaya seperti reformasi tidak sesuai dilakukan, sekiranya mahu menjatuhkan kerajaan. Jika mahu laksana demokrasi, perlulah mengikut saluran yang betul. Pihak polis bertanggungjawab mencegah. Jangan anggap polis musuh tapi sebagai kawan. "Kalau dulu, hanya empat orang detektif boleh mengawal satu ceramah dan tak adalah sampai pening kepala macam sekarang ini," katanya. Berdasarkan pemerhatian, katanya, senario politik hari ini jauh berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini khususnya pada hari mengundi. "Ahli politik perlu bersikap gentleman. Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta, semua keluar bersama-sama. Pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan, tak ada masalah. Sekarang tak boleh," katanya. Beliau seterusnya menggesa agar proses membina negara dijadikan keutamaan oleh penyokong dan ahli politik, selain daripada berkempen untuk parti masing-masing. "Selepas habis pilihan raya, kita patut duduk sama-sama tanpa mengira parti, bina negara ini sama-sama," katanya. Menurutnya, pembangkang perlu ada dalam sebuah negara demokrasi demi melihat kesejahteraan terus terjamin, namun pembangkang perlu berkualiti dan mengetahui peranan mereka. "Saya lihat, politik negara ini tidak pernah habis dengan menyalahkan pihak lain tanpa memikirkan pembangunan negara. Adalah lebih baik duduk semeja dan bincang pembangunan negara," katanya. | ||||
Peranan Musa Hassan dalam politik tanah air Posted: 07 Dec 2012 03:37 AM PST Orang menjadi sasaran beliau ialah Menteri Dalam Negeri sendiri. Kritikan itu dilihat sebagai satu keberanian yang pelik kerana jarang bekas pegawai tinggi kerajaan yang sedang menikmati kemudahan selepas bersara membuat kritikan terbuka seperti itu. Selalunya adalah sesuatu yang berlaku, pelik kerana kalau tidak masakan tempua bersarang rendah. Apa ditimbulkan Musa kononnya Hishammuddin mencampuri urusan polis dengan memberi arahan kepada pegawai junior polis dan seorang ketua polis negeri melakukan sesuatu tanpa memaklumkan kepadanya. Perbuatan Hishammuddin itu dianggap mencampuri urusan polis dan salah mengikut akta polis. Lantaran itu ada orang bertanggapan beliau berbuat begitu kerana dendam disebabkan kontreknya kali kedua sebagai KP tidak disambung oleh Hishammuddin. Bagaimana pun beliau menafikan, apa dilakukan untuk memperbetulkan sesuatu yang salah dalam pasukan itu demi menjad imej dan integriti polis. Pendirian dan pengakuan itu ada munasabah dan boleh diterima. Tetapi ia tetap menjadi persoalan kenapa Musa tidak berbuat begitu semasa dia masih menjadi ketua polis? Apakah sekiranya dia sambung kontrak dia juga akan berdiam diri dan terus bersubahat dengan kekotoran itu? Kalau begitu adalah baik pegawai tinggi kerajaan tidak diberi kontrak (sambung jawatan) untuk menyaksikan berlaku pendedahan keburukan sesuatu jabatan? Dalam hubungan di atas kalau difahami Musa tidak mengkritik PDRM tetapi mengkritik menteri yang menjaga hal ehwal dan urusan kepolisan negara. Ini juga menimbulkan tanda tanya, kenapa? Harus difahami Umno selain daripada sedang mengheret dada untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, parti itu juga akan berdepan dengan pemilihan pemimpin pada tahun depan. Apakah Musa melakukan itu bagi mempastikan Hishammuddin terguling dari kedudukannya sebagai salah seorang Naib Presiden Umno kini. Bahawa Musa ada nawaitu memprojekkan seseorang untuk mengambil alih tempat itu atau memberi keselesaan kepada dua lagi Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dan Shafie Apdal? Apakah Musa sedang berkempen untuk menyelamatkan Ahmad Zahid yang dikatakan kurang selamat sekiranya Muhyiddin Yassin menjadi Presiden akan datang, begitukah? Zahid kini sedang mencatur kedudukannya sendiri di dalam Umno yang semakin kabur kini. Pastilah bila ada ubi tentu ada batasnya, bila ada budi pastilah ia diharap atau fahm-faham agar dibalas. Mungkinkah ada kerjasama di antara Musa dengan Zahid dalam soal ini secara faham memahami? Ops... ini hanya andaian tetapi ada kemungkinan ia berlaku. Politik itu serba mungkin. Juga, sebelum Musa membuat pendedahan yang boleh memburukkan reputasi Hishammuddin beliau telah melakukan sesuatu yang mengejutkan orang ramai bila mana menarik balik saman malu ke atas Anwar Ibrahim tanpa semena-mena. Musa bertindak menyaman Anwar kerana menuduhnya mereka-reka fakta atau menyembunyikan fakta sebenar dalam siasatan kes mata lebam melibatkan Anwar. Dalam satu laporan polis oleh Anwar terhadap Musa dan Peguam Negara, Abdul Gani Patail, menuduh Musa bersubahat dengan Gani melakukan kekejian itu. Laporan polis Anwar itu ekoran penemuan maklumat baru daripada bekas pegawai tinggi polis Mat Zain Ismail yang ketika itu menjadi ketua penyiasat kes itu. Bagaimana pun Musa menafikan dan merasa malu dengan tuduhan lantas mengemukakan saman kepada Anwar. Mengejutkan seluruh umat, tiba-tiba saat kes itu hendak dibicarakan Musa menarik balik saman itu tanpa ada apa-apa perundingan ketat dengan Anwar terlebih dahulu? Tindakan Musa itu dianggap aneh dan songsang dan ia mula menjadi perhatian umum. Tindakan Musa itu menyebabkan timbul berbagai andaian dan lenggang lengguk politik negara menjadi semakin menarik. Walaupun Anwar menafikan tiada apa-apa kepentingan atas tindakan Musa itu, tetapi bila dengan senang beliau 'memaafkan' Musa menyebabkan orang menyuluh dengan berbagai suluhan dan membuat spekulasi berhubung kejadian itu. Tindakan itu memelikkan kerana sebelum ini orang melihat dan menganggap Musa adalah musuh nombor satu Anwar dari species polis. Apa lagi Musa Hassan juga dilihat sebagai timbalan kepada Abdul Rahim Nor yang paling setia melaksanakan tugas-tugasnya mencengah kebangkitan reformasi. Ekoran kesetiaan Musa kepada tugas itu menyebabkan timbul kebencian amat sangat kepadanya, sampai ada yang meludah melihat gambar-gambarnya di akhbar atau di skrin TV. Jadi apabila tiba-tiba Musa berubah rasa dan tindakan menyebabkan ada orang sangsi dan mencari apakah motif di sebalik 'keikhlasan' Musa itu. Paling skeptikal mungkin dia ada niat tidak baik ke atas Anwar untuk meneruskan kerjanya selama ini. Ada juga beranggapan Musa terpaksa membuat koner 360 darjah kerana sudah dapat membaca situasi politik Malaysia di dalam pilihan raya umum akan datang yang BN akan kalah teruk dan Umno akan kehilangan kuasa. Jadi untuk menyelamatkan dirinya dia harus berbuat sesuatu (menanam budi) bagi mengelak akan dikenakan tindakan. Kemungkinan ini bukan tidak ada, ada. Sebab akhir-akhir ini bukan saja Musa tetapi beberapa orang bekas ketua polis negara dan pegawai tinggi polis lain juga aktif mengambil bahagian dalam percaturan politik hari ini. Semacam ada satu strategi bersama di kalangan mereka. Rahim Nor, Norian Mai, Hanif Omar juga telah dan sedang memainkan peranan masing-masing. Acap kali juga Rahim Nor mengeluar pandangan dan kebimbangan beliau terhadap kebangkitan rakyat warga Tionghua mengadakan siri-siri perarakan dan tunjuk perasaan. Dengan penuh tektikal Rahim mengeluarkan kenyataan perarakan komuniti Cina itu berunsur komunis. Apakah tujuan kenyataan begitu? Rahim yang dikenal sebagai orang terbabit rundingan membawa ke meja perundingan bekas komunis Malaya dengan kerajaan, menggunakan isu ini untuk menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu. Jelas kenyataan Rahim itu berunsur hasutan dan cuba memencilkan orang Tionghua dari bersama Melayu. Kalau tidak silap lebih dua kali beliau cuba mengaitkan himpunan Cina sebagai berunsur komunis dan termasuk juga Bersih 3.0 yang didominasi Cina. Begitu juga bekas KPN, Tun Haniff Omar yang sesekali muncul dengan kenyataan dan pandangan serong dan buruk ke atas Anwar Ibrahim. Semacam dia juga diberi peranan agar terus damagekan Anwar. Baik Rahim dan Haniff sependapat bahawa pengaruh Anwar berbahaya kepada masa depan Umno dan Melayu. Manakala Norian Mai pula tidak sezahir mereka berdua tetapi beliau juga ikut sama terlibat dalam mencaturkan agar kuasa politik Melayu (Umno) kekal. Baru-baru ini ketiga-tiga mereka ini menghadiri satu perjumpaan bersama intelektual terpilih Melayu di rumah veteran Umno di pinggir ibu kota. Tujuan kehadirannya untuk membincang mengenai nasib Melayu dan berikhtiar agar Melayu bersatu. Hasil daripada pertemuan itu, seorang bekas pegagai tinggi polis telah diminta berjumpa dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat membincang mengenai perpaduan Melayu. Khabarnya dalam perbincangan itu ia cenderung mengajak Nik Aziz (Pas) agar duduk bersama Umno. Bagaimanapun perbincangan itu gagak memecat nekad Nik Aziz untuk terus bersama Pakatan. Berdasarkan kepada latar peristiwa dan kenyataan-kenyataan serta aksi bekas-bekas ketua polis ini jelas mereka terlibat dalam mencaturkan 'game' politik di negara ini. Jadi berdasarkan kepada situasi itulah maka timbul di benak saya, apakah tindakan tanduk Musa Hassan itu juga termasuk dalam pakej bekas-bekas ketua polis negara itu? Kita menghormati mereka kalau ikhlas dan dibuat dengan penuh keadilan. Tetapi kalau usaha itu bertujuan memecahkan apa yang sedang dibuat oleh Anwar, Nik Aziz, Abdul Hadi Awang bersama DAP menerusi Pakatan Rakyat kini untuk membawa perubahan politik di Malaysia ia sangat dikesali dan kerja-kerja itu begitu jelek sekali. Mereka tidak bertindak atas prisinp keadilan dan berpijak pada paksi politik demokrasi. Saya telah menyatakan sebelum ini usaha mendamaikan politik orang Melayu demi mencari perpaduan Melayu akan sia-sia saja sekiranya Anwar Ibrahim dikecualikan. Perpaduan Melayu tidak akan berlaku kalau hanya di antara Umno dengan Pas. Suka atau tidak usaha itu perlu menarik sama Anwar Ibrahim ke meja perundingan itu. Apakah Musa diberi peranan itu? Dalam melihat dan mencari motif bekas-bekas ketua polis ini terutamanya Musa perlu diawasi. Mungkin mereka sedang memintal-mintal jerat untuk menjeruk kaki dan leher tokoh-tokoh Melayu dalam Pakatan untuk membolehkan pelanduk bernama Umno terlepas dan hidup seronok semula di hutan belantara. Mereka perlu diwaspadai. Dipetik dari http://msomelayu.blogspot.com/ | ||||
Posted: 07 Dec 2012 03:35 AM PST Lukman Moidin Kedah mempunyai 15 kerusi Parlimen dan hanya 4 sahaja yang dapat dipertahankan oleh Barisan Nasional pada tahun 2008. Antara kerusi parlimen tersebut ialah Langkawi, Kubang Pasu, Jerlun dan Alor Setar. Sama ada kita sedar atau tidak, semua kerusi tersebut adalah kawasan yang mempunyai kaitan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad. Parlimen Alor Setar (Kota Setar) adalah parlimen pertama Dr Mahathir bertanding. Manakala Kubang Pasu dan Langkawi sinonim dengan beliau sepanjang menjadi Perdana Menteri. Jerlun pula sebuah kawasan baru dan cuba dijadikan kubur politik Mukhriz pada PRU12, tetapi tanpa dijangka dan kuasa Yang Maha Esa, usaha jahat ini tidak terlaksana. Siapa sangka "magis" dan "bisa" negarawan ini masih kuat auranya dalam politik di Negeri Kedah. Legasi perjuangan negarawan tersohor ini harus diteruskan melalui anak ketiga beliau iaitu Mokhzani (gambar). Beliau adalah antara individu terbaik untuk memikul harapan dan cabaran untuk membantu kemenangan salah satu kerusi Parlimen di Kedah pada PRU13. Malah ramalan banyak kerusi yang dijangkakan akan kembali memihak kepada BN pada pilihnraya akan datang boleh menjadikan kehadiran 2 orang anak negarawan ini untuk mengukuhkan Umno dan Barisan Nasional di Kedah. Umum mengetahui ketika zaman pentadbiran Dr Mahathir, anak-anak beliau tidak dibenarkan bertanding. Selepas persaraan Dr Mahathir, hanya Mukhriz sahaja dibenarkan aktif berpolitik dan Mokhzani terpaksa mengalah. Keadaan kini sudah berubah, Dr Mahathir harus membenarkan Mokhzani turun ke gelanggang membantu kemenangan BN Kedah. Pengalaman menjadi Ketua Pemuda Umno Merbok, Bendahari Pemuda Umno Malaysia dan Bendahari Umno Negeri Kedah adalah aset besar untuk Mokhzani terlibat semula secara aktif. Dengan kekayaan perniagaan dan diiktiraf antara orang Melayu terkaya, beliau tidak perlukan jawatan politik untuk mengumpul harta. Ketika politikus lain hanya mempunyai jaket keselamatan atau pelampong untuk berenang, Mokhzani sudah mempunyai bahtera untuk meredah dan belayar di samudera politik Malaysia. "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, kalau tidak diberikan peluang, manakan nampak kehebatannya". ― lukmanmoidin.blogspot.com | ||||
Politik samseng: Jangan gadai maruah kita Posted: 07 Dec 2012 03:27 AM PST BUDAYA politik samseng yang semakin menular di negara ini hakikatnya tidak wajar berlaku. Apatah lagi ia bukan budaya masyarakat Timur yang sekaligus apabila berlaku, menggambarkan budaya politik Malaysia masih tidak matang meskipun negara sudah mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lamanya. Hakikatnya, ia hanya mencemarkan tatasusila dan menjatuhkan maruah rakyat Malaysia di mata dunia. Namun, dalam senario politik yang semakin tertekan pada hari ini, parti pemerintah dan pembangkang terpaksa akur, kedua-duanya sudah tidak mampu mengawal gejolak jiwa penyokong masing-masing kerana terlalu taksub kepada pemimpin mahu pun fahaman politik mereka sehingga merelakan pertumparan darah. Peristiwa terbaru yang berlaku di Gombak Selasa lalu menjadi saksi bahawa semakin ramai rakyat Malaysia gagal mengawal emosi apabila menyentuh hal-hal politik. Malah kes-kes sebelum ini apabila politik menghalalkan apa jua jenis perbuatan termasuk menayang punggung kepada gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Di mana maruah kita? Sinar Harian mengambil jalan tengah, menganjurkan satu wacana segar agar kedua-kedua parti, pemerintah dan pembangkang diberi ruang untuk mengupas seterusnya mencari jalan penyelesaian bagaimana budaya politik tidak bermaruah ini dapat ditamatkan. Meminjam kata-kata moderator, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya bahawa seharusnya di Malaysia ini tunjangnya adalah "politik siuman", maka pelbagai pandangan dan punca berlakunya politik samseng ini dilontarkan oleh para panelis jemputan. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sebagai panelis pertama berkata, sebagai sebuah demokrasi, pemilihan pemimpin sepatutnya tidak akan mewujudkan suasana kacau-bilau apatah lagi pertumpahan darah yang membahayakan keselamatan awam. "Namun akhir-akhir ini ada wujud konflik itu," ujar Musa. Meskipun begitu kata Musa, keadaan ini pada hematnya boleh ditangani sekiranya pemimpin setiap parti politik mampu mengawal penyokong masing-masing dan tidak mencetuskan sentimen tertentu sehingga membawa kepada budaya politik seumpama itu. Musa mengambil contoh bahawa politik samseng seperti berdemonstrasi di jalanan dalam keadaan tidak terkawal bukan cara politik di negara ini. Malaysia tidak boleh terikut dengan negara-negara luar yang mahu menggulingkan kerajaan semasa dengan mencetuskan huru-hara menerusi reformasi jalanan. "Jangan import cara yang tak betul dari luar untuk menjatuhkan kerajaan," tegas Musa. Dalam hal ini, Musa berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga harus bertindak realistik dan tidak melagakan kedua-dua belah pihak. "Kita perlu mencegah, dulu masa ceramah politik tak ramai pun polis nak kena jaga, dan penceramah politik mengikut teguran namun sekarang pemimpin atau penceramah cabar dari segi arahan polis," katanya. Sementara, Ahli Parlimen Kuala Selangor, P. Kamalanathan pula menyifatkan budaya politik samseng di negara ini hakikatnya berpunca daripada sikap pemimpin parti politik itu sendiri yang mencetuskan suasana politik sedemikian. "Kawal penyokong satu keperluan tapi sebelum itu kena kawal diri sendiri, tak boleh jadi pencetus kepada masalah. Kena jadi pemimpin cuba selesaikan masalah," ujar beliau. Menurut Kamalanathan, memang benar penyokong akan bersikap fanatik untuk memenangkan parti yang mereka sokong, namun untuk mencorakkan dengan cara bagaimana penyokong boleh bertindak adil dan saksama, itu adalah tugas pemimpin parti tersebut. "Kita harus memenangi hati pengundi dengan cara paling sopan. "Bukan lemparkan fitnah, menghasut tetapi beritahu pengundi inilah perancangan saya pada masa depan," tegas pemimpin muda itu lagi. Ketika ditanya apakah budaya politik samseng di negara ini didorong oleh kegerunan terhadap pembangkang yang dilihat berpotensi untuk mentadbir Malaysia, Kamalanathan berkata, hakikatnya, dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini semua parti berpotensi untuk menang. "Apabila PRU semua calon mahu menang, peluang menang tetap ada. Sebab itu cuba buat apa yang patut untuk menang," ujar beliau. "Kami juga bawa pembangkang bersama-sama. Beri ruang dan peluang untuk ambil bahagian ikut majoriti dalam Parlimen. Kena sedar pada akhirnya rakyat yang buat keputusan," tegas beliau. Oleh itu katanya, satu bentuk memorandum persefahaman (MoU) perlu diadakan antara calon-calon yang bertanding dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan salah faham dan budaya politik samseng ketika PRU13 nanti. Sementara Penasihat Undang-undang Pas, Hanipa Maidin berpandangan budaya politik samseng tidak akan berlaku sekiranya rakyat di negara ini menerima kepelbagaian idea dan perbezaan ruang pendapat dalam arena politik negara. Seharusnya kata ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu, perbezaan pegangan dan pandangan politik seseorang itu sepatutnya dilihat sebagai satu pertembungan yang sihat. "Seseorang yang berkepentingan sepatutnya memasarkan ideanya dengan lebih baik mengikut saluran yang sepatutnya, biarlah rakyat dan masyarakat umum menilai sejauh mana idea itu boleh diguna pakai atau boleh diterima secara rasional," kata beliau pada Wacana Sinar Harian, "Politik Samseng Di Mana Maruah Kita" di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam. Namun Hanipa tidak menolak kemungkinan wujudnya budaya politik samseng ini berkemungkinan hasil daripada kongkongan yang dilakukan dalam demokrasi politik negara ini. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila sesuatu pihak itu melihat idea pihak lain sebagai ancaman kepada mereka. "Mereka selalunya merasakan idea mereka tak diterima, mereka tidak senang dan iri hati dengan idea orang lain, maka timbul politik samseng," katanya. Sementara, Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh pula menyifatkan hakikatnya, rakyat di negara ini semakin muak dengan budaya politik yang tidak ketahuan seperti hari ini. Rakyat sudah "jelek" katanya dengan politik Malaysia sambil menambah "(seramai) 35 peratus mengatakannya, bukan hanya orang Umno, orang yang menyokong Pas, dan orang yang menyokong DAP juga... memandangkan arena politik kita ini tidak menyumbang kepada pembangunan negara. "Hanya bertelingkah, sibuk hendak mendapatkan kuasa sahaja," tegas Tap. Bahkan menurut Tap, hasil daripada kajian yang dilakukan oleh pihaknya, raka-rata rakyat Malaysia mengharapkan politik Malaysia berubah. Mentaliti pemimpin politik dan penyokong politik juga harus berubah. Rakyat Malaysia mahukan politik baru. "Tafsiran politik samseng itu, masih menjadi kegagalan hingga hari ini, politik di negara ini masih perlukan penambahbaikan," jelas Tap. Berdasarkan pandangan mereka yang langsung terlibat dalam arena politik negara termasuk bekas seorang penguatkuasa, sudah tiba masanya, ahli politik dan penyokong masing-masing, bermuhasabah tentang politik bagaimana yang ingin kita warisi kepada anak cucu kita pada masa hadapan. | ||||
Pemuda Gesa Tubuh Suruhanjaya Bebas Menyiasat Pendedahan Musa Hassan Posted: 06 Dec 2012 03:58 PM PST Wartawan BuletinMenurut Khalil, Musa Hassan dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campurtangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein. Khalil berkata, kerajaan wajar dengan segera merungkai misteri dakwaan Musa supaya tidak membuat rakyat tertanya-tanya dan akhirnya hilang kepercayaan kepada pihak polis. "kerajaan wajar, dengan seberapa segera, menubuhkan satu pasukan bagi menyiasat dan membongkar segala 'misteri' dakwaan bekas orang nombor satu dalam pasukan polis itu, "agar keraguan yang timbul dikalangan rakyat diredakan dan integriti polis dikembalikan,"ujarnya Sebaliknya, kata beliau, sekiranya kerajaan tunduk dengan dakwaan Naib Presiden Umno Hishamudin Hussein, sistem ketelusan pentadbiran negara akan hancur. Menurut Khalil yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Marang, pendedahan tersebut tidak boleh dianggap satu pengkhianatan oleh bekas ketua polis itu tetapi maklumat yang wajar didedahkan dan disiasat . Katanya, dakwaan Musa adalah sesuatau yang serius dan tidak pernah berlaku sebelum ini kerana tindakan campur tangan Hishamuddin itu, menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967). "seksyen terbut hanya membenarkan Ketua Polis Negara saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan,"tambahnya | ||||
Laporan Polis Konvoi Oren; Umno Kelam Kabut, Pengecut Posted: 06 Dec 2012 03:56 PM PST Editor Buletin(Kemakini jam 9.30pm - Polis Tiada Halangan Benarkan Konvoi Oren)DUNGUN - Tujuh Laporan polis yang dibuat oleh Penolong Pengurus Felda Jerangau Barat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Majlis Belia dan ahli-ahli belia Felda terbabit, cuba menghalang kemaraan Konvoi Kembara Oren selamatkan Felda (Konvoi Oren). Setiausaha Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Cawangan Terengganu, Naraza Muda yakin, laporan tersebut didalangi oleh kepimpinan Umno setempat. Beliau berkata, ia membuktikan Umno 'kelam kabut' dan cuba menutup pintu tanah rancangan Felda, agar maklumat dan kebenaran tidak sampai kepada para peneroka. "Semua kepimpinan JKKR, Majlis Belia Felda dan ahli-ahlinya adalah pemimpin Umno, mereka membuat laporan polis kerana 'kelam kabut' dan cuba menghalang Konvoi Oren, "dari manyampaikan maklumat dan memberitahu kebenaran kepada para peneroka Felda tentang penyelewengan yang berlaku dalam Felda,"ujarnya ketika dihubungi. Sementara itu,Pengerusi Lujnah Pertanian dan Industri Asas Tani PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid menyifatkan tindakan tersebut adalah pengecut dan cuba mengancam proses demokrasi. Katanya sebagai sebuah organisasi yang berdaftar mana-mana pihak "saya anggap tindakan (lapor polis) sebagai pengecut, sebagai sebuah negara yang demokratik dan parti yang dibenarkan oleh perlembagaan oleh (pendaftar) pertubuhan sepatutnya dibei kebebasan kepada rakyat untuk mendengar, "dari dua belah pihak, dari kerajaan dan Pakatan Rakyat, supaya rakyat boleh menilai dengan adil,"ujarnya. [Lihat Video] Katanya, Konvoi Oren masuk ke Felda-felda untuk bertemu dengan rakyat dan memberikan pandangan kedua dan laporan polis dibuat adalah satu tapi bila ada laporan polis dibuat, ia dalah satu sangkaan jahat. Haji Muhyiddin yang juga Timbalan Pesuruhajaya 2 PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Makan Durian diKuala Ping, Hulu Terengganu, petang Khamis (hari ini) 6 Disember. Beliau berkata demikian ketika mengulas lporan polis yang dibuat oleh Penolong Pengurus Felda Jerangai Barat, Razali Harun. Laporan yang dibuat pada jam 9.24 pagi di balai polis Jerangau itu membantah program Konvoi Oren yang didakwa razali bagi mengelakkan sebarang kekecohan danmengelakkan pergaduhan sesama masyarakat Felda. Haji Muhyiddin akan turut bersama Konvoi Oren yang bermula jam 7 pagi Jumaat (esok) 7 Disemberberkata sepatutnya tidak ada halangan dan ketegangan terhadap program itu. Beliau turut menyifatkan, laporan polis yang dibuat adalah merupaka satu 'provokasi' oleh Umno dan Barisan nasional. Beliau memberi jaminan, program tersebut akan berlangsung dengan aman dan memberi amaran supaya Umno dan BN tidak melakukan sebarang perkara yang tidak diingini. "InsyaAllah, kita (PAS) akan usahakan suaya tidak berlaku sebarang provokasi dari pihak kita dan kita harap tidak ada provokasi juga dari pihak Umno dan Barisan Nasional,"tegasnya. Sehubungan itu, Setiausaha dewan Pemuda PAS, Zaidan Abdullah memaklumkan bahawa, pihak penganjur telah mendapat surat 'tidak ada halangan' dari pihak polis Terengganu untuk meneruskan program tersebut. Konvoi Kembara Oren Selamatkan Felda akan bermula di Ketengah jaya dan berakhir di Felda Tenang Besut pada Jumaat malam dengan majlis ceramah besar-besaran. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan