DIALOG RAKYAT |
- Tanah runtuh: Jalan alternatif ke Puncak S'wangsa dibuka
- Jambatan runtuh: 200 penduduk Hulu Besut terputus hubungan
- Penduduk Pangsapuri Kayangan Lega Dapat Meter Individu
- Tirai 2012 Dilabuh : Kerajaan Selangor Makin Kukuh, Dicemburui Umno-BN
- Derih Natang Dah Dok Relevan
- Jual ikan di Facebook
- Amanat haji abdul hadi: masih relevan?
- Pelbagai Khidmat Kebajikan PAS Kepada Rakyat
Tanah runtuh: Jalan alternatif ke Puncak S'wangsa dibuka Posted: 30 Dec 2012 04:06 PM PST Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata jalan alternatif dibuka di Persiaran Setiawangsa bagi laluan kepada penduduk setempat. "Jalan tersebut dikawal oleh anggota polis dan Rela bagi kelancaran lalu lintas," katanya di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM) menyatakan sehingga kini masih berlaku pergerakan tanah yang aktif di kawasan cerun. "Tujuh buah banglo di Puncak Setiawangsa berada di zon bahaya dan telah dikosongkan manakala 22 rumah yang lain berada dalam keadaan selamat dan boleh diduduki," katanya. Sehingga pukul 3 petang ini, 86 penduduk yang telah berdaftar dengan pusat gerakan yang dibuka, katanya. Beliau berkata 13 unit kedai dua tingkat dan 52 unit teres yang terletak 100 meter dari cerun runtuhan telah dikosongkan. Pelajar Politeknik Ibrahim Sultan Johor, Ahmad Zuriyad, 20, berkata beliau kini tidak dapat menuntut pakaiannya yang dihantar di sebuah kedai dobi di Bukit Setiawangsa ekoran insiden tanah runtuh itu. "Saya menghantar baju-baju itu sehari sebelum kejadian untuk dibawa balik ke kampus pada Isnin tapi sekarang ni saya pun tak tahu bagaimana. "Pekerja dobi ada menelefon saya namun mengatakan mereka menunggu arahan daripada pihak polis sebelum dibenarkan masuk ke kedai semula," katanya kepada Bernama. Selain kedai dobi terdapat beberapa premis perniagaan lain antaranya kedai tempahan jahitan, agensi pelancongan, kedai gunting rambut, klinik, kedai runcit dan restoran. Pemilik Cantumas Travel & Tours Sdn. Bhd, Norlida Hassan, 49, mengakui banyak kesan yang dihadapi memandangkan premisnya turut diarah tutup atas faktor keselamatan. "Agensi saya banyak berurusan dengan pelanggan yang menempah tiket pelancongan dan lebih menyukarkan kerana semua sistem kami berada di dalam pejabat. "Kami ada meminta bantuan Telekom untuk menyambungkan semua panggilan pelanggan ke telefon bimbit kami yang sepatutnya disambung ke agensi untuk memudahkan operasi," katanya. Norlida berkata beliau akan mengadakan mesyuarat bersama kakitangannya untuk memikirkan alternatif lain sama ada berpindah ke tempat baharu atau menunggu keadaan pulih seperti sedia kala. Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon turut meninjau lokasi kejadian tanah runtuh. Noriah berkata kementerian akan menyediakan kaunselor dengan menggunakan sebuah van bergerak Mayang bagi memberi sokongan kepada mangsa yang terlibat. "Kita turut menyediakan segala kemudahan kepada mereka walaupun mereka mampu dan juga dalam proses mendapatkan profil penduduk," katanya.- Bernama | ||
Jambatan runtuh: 200 penduduk Hulu Besut terputus hubungan Posted: 30 Dec 2012 04:04 PM PST Lebih 200 penduduk di Kampung Durian Telur, Hulu Besut, terputus hubungan sejak seminggu lepas apabila satu-satunya jambatan di alur Sungai Besut yang menghubungkan kampung itu ke pekan Pasir Akar runtuh akibat hakisan tebing selepas banjir. Berikutan jambatan sepanjang 25 meter itu runtuh, penduduk terpaksa meredah alur sungai itu jika perlu pergi ke Pasir Akar atau Jerteh. ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad ketika dihubungi hari ini berkata jambatan itu akan dibaiki secepat mungkin. Katanya beliau akan mencadangkan kepada pihak yang berkenaan supaya jambatan konkrit dibina bagi menggantikan jambatan itu yang diperbuat daripada "pembetung simen". Beliau berkata jambatan berkenaan amat penting kepada penduduk untuk membawa hasil pertanian ke pekan Pasir Akar. Sementara itu, keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan beransur pulih dengan keseluruhan mangsa di kedua-dua negeri itu menurun kepada 913 orang setakat 5 petang ini berbanding 3,171 pagi tadi. Menurut portal banjir negeri, dua daerah yang masih menghadapi banjir ialah Dungun dengan jumlah mangsa seramai 543 orang dan Kuala Terengganu 119 orang. Menurut portal itu, satu daripada tujuh daerah yang mengalami banjir telah pulih dengan daerah terbaru Kemaman apabila mangsa banjir di daerah itu dibenarkan pulang tengah hari tadi. Sementara itu, enam pusat penempatan masih beroperasi iaitu Dungun (lima) dan Kuala Terengganu (satu). Jumlah korban banjir masih lagi enam orang di Terengganu sehingga petang ini. Di Kelantan, mangsa banjir yang dipindahkan di Tumpat kini menurun kepada 251 orang berbanding 1,983 orang pagi tadi. Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu jauh menyusut berbanding lebih 500 orang pada sebelah pagi. Mangsa banjir ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1 dan 2 yang terdiri daripada 74 buah keluarga. Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melawat mangsa banjir tengah hari tadi dan menyerahkan sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada mereka. Sungai Golok di Rantau Panjang kini telah surut kepada paras amaran. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat bencana alam itu di Kelantan. Pada keseluruhannya, keadaan cuaca adalah baik.- Bernama | ||
Penduduk Pangsapuri Kayangan Lega Dapat Meter Individu Posted: 30 Dec 2012 03:56 PM PST PETALING JAYA : Penantian penduduk Pangsapuri Kayangan di sini untuk mendapatkan meter individu dan menikmati 20 meter padu air percuma dari Kerajaan Negeri menjadi kenyataan apabila proses pertukaran itu dijalankan Disember ini. Sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih pentadbiran Kerajaan Negeri pada Mac 2008 dan mengumumkan pemberian istimewa itu, Pengurusan Badan Bersama (JMB) pangsapuri tersebut tidak ketinggalan membuat permohonan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi proses penukaran meter pukal kepada meter individu. Setiausaha JMB pangsapuri berkenaan, Moi Hoy Meng berkata, apa yang diperoleh penduduk di kawasan itu adalah hadiah penuh bermakna sempena perayaan Krismas dan tahun baru 2013 yang akan menjelang. "Saya begitu gembira kerana apa yang kita tunggu akhirnya menjadi nyata dan ia hadiah penuh makna kepada semua penduduk di pangsapuri ini. "Semoga kita semua akan beroleh faedah dengan pemberian air percuma daripada Kerajaan Negeri," katanya dalam majlis meraikan acara itu semalam yang turut berterima kasih kepada Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, dalam usaha merealisasikan proses migrasi meter berkenaan. Proses migrasi tersebut melibatkan 192 daripada 236 rumah di pangsapuri itu dijalankan Syabas dan berakhir baru-baru ini. Seorang penghuni, Amirul Salleh, 33, menjelaskan dengan pertukaran meter akan memberi banyak kemudahan kepada penduduk terutama dari segi kewangan lebih menjimatkan. "Dengan pertukaran meter kita akan mendapat air percuma dan bayaran bil akan berkurangan. Ia akan memberi banyak kebaikan kepada penduduk dengan cara berjimat," kata kakitangan kerajaan ini. Nik Nazmi berkata, dengan kejayaan proses migrasi dari meter pukal kepada individu, diharap penduduk pangsapuri kawasan itu akan menikmati kemudahan disediakan Kerajaan Negeri yang selama ini memberikan pelbagai ganjaran menerusi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Beliau berkata, biarpun proses tersebut memakan masa namun dengan kerjasama semua pihak, ia akhirnya dapat dijayakan dan penduduk memperoleh manfaat seperti dijanjikan. "Dengan kesungguhan pengurusan JMB dan semua pihak terlibat memperjuangkan perkara ini maka penduduk dapat menikmati kemudahan ini. "Kerajaan Negeri menerusi pegangan aset tunai melebihi RM2 bilion ketika ini akan terus memberikan banyak kemudahan kepada rakyat di Selangor," ujarnya. Turut hadir, Pengerusi JMB, Michael Lim dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Shah Alam, Izham Hashim. | ||
Tirai 2012 Dilabuh : Kerajaan Selangor Makin Kukuh, Dicemburui Umno-BN Posted: 30 Dec 2012 03:55 PM PST KOMENTAR: Tatkala tirai 2012 hampir dilabuhkan, Pakatan Rakyat (PR) terus membuktikan kemampuan mentadbir negeri-negeri yang diterajuinya dengan pelbagai kejayaan membanggakan di sepanjang memerintah. Antara pencapaian yang dianggap sebagai mercu tanda kejayaan negeri PR pada 2012 termasuklah pengkiktirafan Ketua Audit Negara yang dikepalai Tan Sri Ambrin Buang terhadap pengurusan fiskal yang baik oleh Kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2011 yang dibentangkan di Parlimen pada 15 Oktober lalu, jelas membuktikan pengurusan kewangan di negeri PR jauh lebih baik meninggalkan negeri ditadbir Umno-BN. Antara yang mendapat pujian dalam laporan LKAN, kutipan yang diperoleh Kerajaan Selangor meningkat sebanyak RM62.5 juta berbanding tahun sebelumnya. Negeri Selangor turut mencatat sejarahnya tersendiri apabila buat kali pertama, rizab Kerajaan Negeri itu mencecah lebih RM2.5 bilion. Selain itu, sambutan rakyat Selangor terhadap pelbagai Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor oleh Kerajaan Negeri juga semakin dicemburui Umno-BN. Sehingga 30 September 2012, Kerajaan Negeri membelanjakan sebanyak RM766,913,379 bagi menjayakan 16 program bantuan atau skim bantuan untuk rakyat Selangor sejak program tersebut dilancarkan. Dalam tempoh sama, seramai 166,441 rakyat Selangor dan 1,303,601 isi rumah menerima pelbagai manfaat dari program-program tersebut. Antara program yang diperkenalkan, Pemberian Air Percuma, Skim Mikro Kredit Selangor (SkimSel), Hadiah Anak Masuk Universiti, Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Pusat Tuisyen Rakyat, Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR), Skim Bantuan Tadika (TUNAS) dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SiKEMBAR) dan lain-lain. Umno-BN Melawan Dengan Fitnah Maka, tidaklah menghairankan apabila Umno-BN semakin menggila menyerang dengan memfitnah Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan tampuk pentadbiran negeri terkaya itu kembali ke pangkuan mereka. Antara tindakan luar kewarasan yang diambil Umno-BN termasuklah projek pembikinan iklan fiksyen 'krisis air Selangor' yang diadakan di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya pada 24 September lalu. Bagaimanapun tembelang politik tidak bermoral ini terburai juga setelah beberapa media termasuk TV Selangor sendiri berjaya menghidu kegiatan tersebut. Ketika di lokasi penggambaran, TV Selangor sempat diberitahu oleh beberapa pelakon bahawa mereka dibayar RM50 untuk menjayakan beberapa adengan yang menggambarkan 'krisis air Selangor'. Penggambaran tersebut juga tampak lucu apabila lori tangki yang kononnya membekalkan air kepada 'mangsa krisis air' itu bukan sahaja tidak membawa hatta setitik air, malah 'mangsa-mangsa' itu sendiri mengambil air paip sebelum diisi ke dalam baldi-baldi yang dibawa sebagai prop penggambaran. Penduduk yang kurang senang dengan tindakan tersebut juga memberitahu kediaman mereka tidak pernah mengalami gangguan bekalan air seperti mana yang mahu digambarkan dalam filem fiksyen itu. Manakala pada Oktober lalu, penduduk Taman Medan Cahaya turut menjadi mangsa politik kotor Umno-BN apabila mereka diperalat untuk menyertai demontrasi menuntut 20 meter padu air percuma dari Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Penduduk Blok B, Mohamad Fuad Jam Jam dan penduduk Blok H, pangsapuri terbababit, A Ramlee Yahaya, memberitahu pangsapuri terlibat sudah menerima bekalan air percuma sejak 2011 lagi. Selain itu, Mohamad Fuad turut memberitahu sebelum demontrasi diadakan, persatuannya dimaklumkan penganjur demontrasi, tujuan utama demontrasi diadakan adalah untuk memprotes penerbitan filem menghina Nabi Muhammad SAW sekaligus menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk. Politik Ganas Berleluasa Oleh kerana tekanan memuncak untuk kembali berkuasa di negeri PR dan mengekalkan kuasa di Putrajaya, Umno-BN berterusan menggila dengan bertindak ganas bagi menghalang kemaraan PR. Beberapa insiden ganas melibatkan serangan penyokong Umno-BN terhadap penyokong PR di tapak ceramah samada di Selangor mahupun di negeri-negeri lain turut menjadi antara topik hangat diperkatakan di sepanjang 2012. Terbaru, dalam kejadian di Negeri Sembilan, Ketua Penerangan Anak, Naraza Muda cedera di bahagian kepala dan pengsan selepas dipukul dengan sebatang kayu tajam oleh penyokong Umno-BN dalam Konvoi Kembara Oren pada 23 Disember baru-baru ini. Manakala, dua penyokong PR turut mengalami kecederaan akibat diserang dengan satu senjata tajam oleh penyokong Umno-BN dalam ceramah PR di Gombak pada 4 Disember lalu. Insiden keganasan Umno-BN lain yang paling diperkatakan di sepanjang 2012, siri serangan terhadap konvoi 'Jelajah Merdeka Rakyat' termasuk bas 'Merdeka Rakyat' yang dinaiki Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lebih malang lagi, polis sendiri tidak menunjukkan kesungguhan untuk mentangani isu keganasan politik ini sekaligus menjadikan ia berlarutan. Gadai Tanah Rizab Melayu Selain bertindak ganas terhadap penyokong parti lawan, Umno-BN juga tidak segan silu memainkan isu perkauman bagi menakutan pengundi Melayu yang kononnya bakal kehilangan kuasa politik mereka Bagaimanapun malang bagi Umno-BN, usaha-usaha mereka tidaklah mendatangkan kesan maksimum seperti yang mereka harapkan apabila tindakan ganas itu turut dicemuh masyarakat umum. Selain itu, tindakan 'patriotik' Umno-BN itu juga disia-siakan dengan pembongkaran tindakan khianat parti tua itu menjual tanah milik Kerajaan Negeri dan tanah rizab Melayu sendiri. Di Selangor sahaja, dari 1999 hingga 2008, dianggarkan tidak kurang 24 Lot tanah milik Kerajaan Negeri dianggarkan bernilai lebih RM300 juta, yang diperolehi Umno-BN ketika era pentadbiran Umno-BN dijual pada harga rendah atau bertukar tangan kepada pihak ke-tiga. Umno-BN juga bijak mengaut keuntungan mudah dengan menyelitkan kepentingan mereka dalam setiap urusniaga penjualan tanah tersebut kepada pihak ke-tiga. Oleh demikian, rakyat Selangor harus bijak membuat pilihan dalam pilihan raya yang bakal diadakan pada 2013 nanti. Jika dinilai dari segi prestasi, ia bukanlah suatu pilihan sukar buat rakyat Selangor kerana rekod lebih empat tahun prestasi pentadbiran PR Selangor dan rekod pentadbiran 55 tahun Umno-BN menceritakan segalanya. | ||
Posted: 30 Dec 2012 03:36 PM PST Idris Jusoh bekas MB Trengganu yg disingkirkan tetiba menasihati ahli PAS agar meninggalkan parti itu kerana sudah tidak relevan lagi. Alasannya mudah.. PAS sudah tersasar dari prinsip perjuangan Islam. Nak tergelak pun ada bile baca kenyataan orang yang dah sasau ni. Ramai sangat orang umNO yang sasau, Ahmad Maslan pun menunjukkan dia sasau juga selepas anak apdal yang menunjukkan sasau tahap gaban. Pertamanya aku pelik sejak bila Idris mengakui PAS berjuang Islam ni... Jika Deris natang kata PAS dah lari dari Prinsip Islam, maknanya, dulu deris natang ni menentang PAS yang berjuang Islam le... tak ke dia rasa bersalah.. Patutnya sebelum suruh ahli PAS tinggalkan parti sebab dah tersasar, dia kena istihar taubat dulu sebab lawan PAS yang berjuang Islam. Keduanya aku hera juga bile Deris Natang kata ahli PAS dak tak relevan sokong PAS sebab dah lari Prinsip, Patutnya Deris natang yang tinggalkan Trengganu bile dia dah tak relevan duduk di Trengganu sebab Sultan dah tolak dia jadi MB. Memang sultan tak halau dia dari Trengganu, tapi patut pahamle bile sultan dah tak bagi jadi MB, maknanya sultan tak suke tengok muke mu tu... Jadi tek releven le mu duk di Trengganu lagi. Dok Gitu Deris natang???? | ||
Posted: 30 Dec 2012 03:28 PM PST Web Sinarharian.com.my MERSING - Seorang nelayan dari Kampung Makam, di sini, menyambut baik cadangan dan saranan majikannya untuk menjual ikan di hadapan rumahnya bagi menambah pendapatan. Samsuri Ismail, 35, berkata, dia tidak sangka pujukan majikannya itu akhirnya menjadi sumber penambahan pendapatan buat dirinya bagi menampung keluarga tersayang. Menurutnya, perniagaan yang dijalankan atas bantuan isterinya itu kini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk sekitar kawasan kediamannya. "Perniagaan menjual ikan ini adalah pendapatan sampingan bagi kami sekeluarga. Semua modal dikeluarkan majikan dan saya hanya menjalankannya. "Dalam sehari, saya boleh meraih pendapatan sebanyak RM700 hingga RM800 termasuk modal dengan hasil jualan ikan ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam. Samsuri berkata, dia akan mendapatkan bekalan ikan daripada majikannya dan rakan nelayan lain setiap hari. Menurutnya, walaupun baru dua bulan dibuka, mereka sudah mempunyai pelanggan tetap. "Alhamdulillah, jualan semakin meningkat atas bantuan rakan yang memperkenalkan perniagaan ini ke laman sosial Facebook," katanya. Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan pelbagai jenis ikan tanpa perlu ke pasar, namun semua ikan segar yang dijualnya itu bergantung kepada keadaan cuaca semasa. Jelasnya, oleh kerana keadaan cuaca yang kurang memuaskan dan tidak menentu pada musim tengkujuh, bekalan ikan amat sukar didapati. "Antara jenis ikan yang dijual di sini adalah ikan cencaru, selar, kembong dan pari. Istimewanya, kami menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan," katanya. | ||
Amanat haji abdul hadi: masih relevan? Posted: 30 Dec 2012 03:27 PM PST Jika umno tidak memanaskan isu 'amanat Haji Abdul Hadi' yang menjadi antara ucapan paling mewah dan berisi bagi iklim politik tanah air hampir 30 tahun lepas, sudah pasti tidak ramai lagi yang akan mengingatinya. Ia bukan isu yang mahu dibincangkan oleh anak muda hari ini. Dunia politik akan sentiasa dihangatkan oleh generasi muda yang datang dan pergi. Justeru politik yang matang sentiasa menuntut pembaharuan yang menepati kehendak dan aspirasi anak muda. Oleh kerana isu amanat ini bukan isu penting di sisi anak muda, maka jika umno tidak memukul gendang itu kembali, tiada siapa lagi yang akan menoleh ke arah bunyi muzik era 80an itu. Malang, umno adalah parti tua. Isinya tua dan isunya pun tua. Generasi muda yang mendekati umno akan merasakan mereka dipaksa untuk memahami orang tua lebih daripada golongan tua dituntut untuk memahami orang muda. Kerana itu, golongan muda semakin lebih selesa menjauhi umno, bahkan lebih berharap umno tiada sentuhan pun di dalam membina wawasan masa depan mereka. Tetapi, katakan, jikalah umno tidak pula gatal menghidupkannya, adakah isu itu akan pergi dan hilang begitu saja? Dengan erti ia tidak berisi lagi. Tidak sesuai dan tidak relevan hari ini? Adakah ia isu yang isinya sudah diselesaikan dengan baik dan dibereskan? Adakah PAS sudah melihatnya sebagai lapuk dan tidak menguntungkan? Sudah tentu tidak. Tidak mungkin amanat itu yang begitu mengangkat martabat politik Islam pada masa itu, tiba-tiba jatuh sahamnya hari ini. Sebabnya ia bukan tuntutan anak muda hari ini? Lihat, tuan guru mursyidul am PAS dalam kenyataan terbaru meminta tuan guru haji Abdul Hadi Awang agar jangan menarik balik amanat itu sebagaimana tuntutan umno hari ini. Bahkan beliau mencabar agar debat yang belum terlunas itu dihidupkan kembali. Debat umno vs PAS. Kenyataan dan seruan mursyidul am itu jelas menunjukkan 'amanat haji Abdul Hadi' kekal berisi dan sedia difahami semula untuk kebaikan generasi hari ini. Itu jika umno terus mahu bermain dengan isu amanat tersebut. Jika ia dihidupkan kembali, maka debat yang dibatalkan dulu adalah penyelesaian. Ia tergantung dulu kerana umnolah yang menggantungkannya, lalu mendakwa mereka menang di serata kampung. PAS tak luka dan tak tumbang pun. Malah kerana amanat itulah, ia menjadi antara faktor kebangkitan PAS selepas era kesakitan akibat kealpaan di awal 80an. Tiada generasi muda PAS waktu itu yang tidak merasai betapa besar dan berkesannya amanat tuan guru itu di dalam memacak bendera perjuangan Islam di dalam dada masing-masing. Pertanyaan hari ini ialah, jika isu amanat itu, isinya masih penting, mengapa PAS tidak cuba menghidupkannya? Bahkan bagai dipaksa pula untuk menjawab apabila umno kembali memainkan isu ini? Ya, jawabannya ia hanyalah soal pewajahan baru. PAS sedang mengembangkannya dalam bentuk dan wajah baru yang lebih sesuai untuk zaman dan cabaran generasi hari ini. Isu besar amanat adalah isu akidah Islam. Akidah adalah satu garisan yang memisahkan di antara iman dan kufur. Ia isu yang menjadi isi perjuangan PAS di atas persada politik tanah air. Kerana akidahlah, PAS tampil dengan perbezaan yang nyata daripada parti-parti politik yang lain. Ia adalah tunjang seri kepada pembinaan pemikiran umat Islam. Ketika parti-parti politik lain bersaing di medan siasah dengan pemikiran yang tiang akidahnya hanyalah pemikiran manusiawi, PAS datang dengan tiang seri bersifat rabbani, langit dan wahyu yang melewati batasan akal dan pemikiran manusiawi. Di sinilah, amanat haji Abdul Hadi mengambil tempat. Umno adalah parti Melayu yang akidahnya adalah Melayu adalah Islam. Selagi Melayu, selagi itulah Islam. Akidah ini, baiknya sekelumit, buruknya melangit. Baiknya pada rasa cinta pada ugama oleh orang Melayu. Buruknya adalah pada hilangnya garis-garis pemisah yang akan mengesan kesalahan akidah yang boleh mengeluarkan bangsa Melayu daripada ugama Islam. Dalam erti lebih tepat, Melayu umno memakai kaedah buatan sendiri untuk menentukan garis akidah umat Islam Melayu. Ia salah dan telah banyak memakan mangsanya. Justeru umno menjadi sombong. Lagi mereka bertakhta gagah di anjung kuasa, lagi itulah sombong mereka menyondol-nyondol di atap langit. Siapa ingat, 30 tahun lepas, apa umno tidak kata pada syariat ugama? Syariat Islam? Ah, lapuk, ketinggalan zaman, padang pasir, anti kemajuan, tertutup, punca kelemahan Melayu dan macam-macam lagi. Adakah anda mendengarnya hari ini? Tidak bukan. Mulut berus umno telah berjaya dicucikan. Anda tahu apa sabun cucinya? Ia adalah 'amanat Haji Abdul Hadi' itulah. Itulah kuasa yang ada padanya. Umno disentap ke abawah agar tidak menyombong mencabar atap langit. Umno diingatkan selagi mereka iti tanah dan air mani, mereka harus menjunjung langit dan tuannya. Hari ini umno dalam kepeningan akidah. Segan dan pelat menyebut sekular, kelat dan telor menyebut Islam. Lidah kemunafikan, lidah bercabang jenis haiwan yang dikenali. Justeru anda tahu, pakaian apakah untuk pewajahan baru dakwah Islamiyah dalam politik Islam. Dunia Islam hari ini terus bertarung dengan musuh semasa. Penentang Islam diluar yang menjaja sekularisme, liberalisme, demokrasi tanpa tuhan dan pelbagai lagi. Juga, penentang Islam dari dalam yang mencampur adukkan kesucian Islam dengan agen-agen syirik yang nyata dan kabur. UMNO terus berdendam. Mereka kalah dalam menang. Menang kuasa pemerintahan, tetapi mereka kalah untuk menolak Islam ke tepi. Amanat tuan guru terus menjadi igauan yang menghambat mereka. Mereka terus mengasak agar ianya ditarik balik. Dengan itu, menjadi sejuklah dada mereka. Mampukah? Dalam wajah yang lebih baru, pemurnian akidah umat terus menjadi agenda PAS. Anak muda generasi terus mencintai Islam dan perjuangan PAS. | ||
Pelbagai Khidmat Kebajikan PAS Kepada Rakyat Posted: 30 Dec 2012 03:19 PM PST Skuad BOMenurut Pengarahnya, Syed Ahmad Syed Mohd, program yang berlagsung di kaki lima Simpang Tok Ku merupakan satu usaha Pemuda PAS Tok Ku menyahut seruan negara berkebajikan yang menjadi manifesto PAS. "ia melibatkan 10 orang ahli jawatankuasa pemuda, dan seramai 30 orang penyertaan daripada orang kampung terdiri daripda pelajar sekolah dan org dewasa, "walaupun prgram ini tidak sebesar mana, hanya sekadar gunting rambut, tapi kami menganggap ia sebgai satu jihad untuk mendekati masyarakat,"kata Syed Ahmad dilapor skuad BO Kuala Terengganu, Syed Solah. Khidmat yang sama turut diberikan oleh para pemuda PAS di Kuala Berang dan di Chukai baru-baru ini. Di BESUT, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menziarahi mangsa-mangsa 'Tsunami Paya Peda', banjir kilat akibat limpahan air takungan empangan Paya Peda yang dalam pembinaan, di Kampung Padang Bual, DUN Hulu Besut. Rombongan Misi Kemanusiaan DPPM itu diketuai oleh Setiausahanya Khairul Faizi serta para Exco DPPM, Mohd Adram, Ustaz Khali Abdul Hadi dan Dr. Suhazeli Abdullah. DPPM turut menyumbang hamparan tidur 'Toto' kepada setiap rumah yang dilawati. Menurut jurucakap Misi, Mohd Adram, ia hanyalah bantuan 'kecil' tanda keersamaan Pemuda PAS atas kesusahan yang dialami oleh penduduk Kampung Padang Bual. "kita juga akan meneruskan misi ini esok ke kawasan Dewan Undangan Negeri Chukai, khususnya bandar Chukai yang dilaporkan 'lumpuh' kerana dilanda banjir pada 25 Disember lalu,"kata Mohd adram sebagaimana di laporkan skuad BO Besut, Mohd Hafizi. Sementara itu, di DUNGUN, Kumpulan Bermotosikal Kuasa Tinggi, Muslim Biker degan kerjasama Kelab Pacuan Empat Roda PADAT menziarahi dan memberikan sumbangan kepada mangsa-mangsa yang terjejas kerana banjir di kawasan Dewan Undangan Negeri Rantau Abang. Skuad BO Dungun, Che Wan Hanis melaporkan, antara kampung yang dilawati adalah kampung Delong, Kampung Padang pulut dan kampung Burung Baru yang merupakan kampung-kampung yang paling teruk dilanda banjir baru-baru ini. Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Pengarah MTD Ranta Abang, Cikgu Alias Harun. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan